Friday, January 05, 2007

Jawapan dari EPF

Kajian awal terhadap syarikat berkenaan mendapati ianya berdaya maju, demikianlah kenyataan pihak EPF berhubung berita bahawa ia hampir mengambil-alih sebuah syarikat yang cuma bernilai RM700,000 dengan harga RM15 juta.

Menurut EPF lagi kajian yang dibuat oleh private equity department nya telah dimajukan kepada panel pelaburannya dan telah pun diluluskan oleh panel tersebut. Dalam erti kata lain kajian secara menyeluruh dan komprehensif menurut perkiraan mereka telah pun dilakukan (sehingga syarikat bernilai RM700,000 boleh dinilai sebanyak RM15 juta iaitu lebih dari 20 kali ganda!)

Soalnya mengapa private equity department nya serta panel pelaburannya tidak mengesan yang syarikat itu sedang nazak. Mungkinkah laporan dan input yang diberikan tidak berdasarkan kenyataan sebenar, dalam lain perkataan EPF telah ditipu?

Kerana bagi saya dalam soal ini cuma ada dua kesimpulan yang dapat dibuat iaitu, pertama, EPF telah tertipu dan ditipu atau kedua, para pegawai EPF menyembunyikan fakta dan menipu EPF.

Saya tak tahu dengan yang lain tetapi saya tidak dapat mengesan kesimpulan selain itu.

Sekarang EPF telah pun membayar 10% dari RM15 juta sebagai pendahaluan yang khabarnya boleh dituntut semula, syarikat itu pula dalam proses digulung tikar, jangan sampai hangus duit tu sudahlah.

Kesimpulannya jawapan pihak EPF ini lemah, modal insan yang longgar, jangan esok lusa entah berapa buah lagi syarikat seumpama ini akan diambil-alih. Cemerlang, gemilang, terbilang!

No comments: