Wednesday, January 03, 2007

Bersama saya dalam rancangan: Apa Khabar Kelantan

PAS telah diamanahkan memerintah negeri Kelantan sejak tahun 1990. Dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, kerajaan negeri ini menerima kekangan dan pelbagai sekatan semata-mata kerana ia tidak sealiran dengan kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN.

Dan salah satu cara menganak-tirikan Kelantan adalah dengan memotong terus ia dari arus perdana media elektronik dan cetak yang dikuasai Umno-BN. Maka apa sahaja yang berlaku di Kelantan akan dikhabarkan menurut selera dan nafsu Umno-BN. Seringkali yang hitam menjadi putih dan yang putih sebaliknya.

WTV8 telah mengambil inisiatif menerbitkan satu rancangan yang diberi nama APA KHABAR KELANTAN untuk memberi peluang dan kesempatan kepada Kelantan untuk memberikan maklumat dan perkembangan mereka dan bagi rakyat untuk bertanya terus tanpa perlu merujuk kepada authority yang kabur dan mengelirukan.

Sudah pastilah inisiatif besar ini tidak sehebat media eletronik dan cetak yang berada dalam genggaman Umno-BN tetapi sekurang-kurangnya ia suatu permulaan yang proaktif.

Rancangan mingguan ini akan memaparkan Setiausaha Politik YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan iaitu Sdr Anual Bakhri Haron dan saya diberikan amanah sebagai moderatornya.

Rancangan ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengemukakan soalan, pandangan dan cadangan untuk dijawab dan diulas oleh SETPOL MB ini. Segala soalan, pandangan dan cadangan bolehlah dikemukakan kepada info@wtv8.tv

APA KHABAR KELANTAN siri 1 kini sudah pun ke udara dan boleh dilayari di http://wtv8.tv

No comments: