EPF hampir tertipu RM15 juta
Menurut akhbar THE STAR hari ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF hampir sahaja mengambil-alih sebuah syarikat untuk RM15 juta bagi tujuan pelbauran. Setelah membayar deposit sebanyak 10% atau RM1.5 juta, EPF diberitahu oleh sumber dalaman bahawa syarikat tersebut sebenarnya dalam proses gulung tikar dan hanya bernilai RM700,000.
Mujurlah ada pihak yang memaklumkan demikian lalu pengambil-alihan itu dibatalkan.
Soalnya mengapa begitu mudah EPF mahu melabur dalam sebuah syarikat demikian rupa? Apakah proses kajiselidik terhadap syarikat tersebut tidak memaparkan hakikat nilai sebenar syarikat itu atau hakikat itu sengaja dikaburkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan?
EPF adalah pemegang amanah kepada tabungan wajib para pekerja seluruh negara yang hanya boleh dikeluarkan diwaktu persaraan mereka. Sudah pastilah amanah ini besar, kerana disitulah para pesara kelak mengharapkan pulangan untuk menyara hari tua mereka.
Jika EPF dengan mudah boleh melabur dalam syarikat-syarikat seumpama ini saya khuatir wang yang diamanahkan kepada mereka itu kelak hangus dan membawa padah kepada para penyimpannya.
Kini pun pulangan 5% (2005) yang diberikan oleh EPF masih dikira kecil berbanding jumlah dana berbillion yang ada ditangan mereka (RM200 billion 2005). (LTAT contohnya memberikan pulangan 15.75% bagi tahun 2004).
Kita harapkan pihak EPF yang diberi amanah membuat kajian terhadap syarikat yang sebenarnya bermasalah itu disiasat oleh pihak berwajib dan mungkin juga BPR. Mungkin berbanding berbillion yang berada ditangan mereka, apalah sangat RM15 juta tu, tapi ingat, ini adalah wang dari titik peluh rakyat. Mereka dipaksa menabung lantaran peruntukkan undang-undang yang mewajibkan, jangan persia dan perdayakan harapan mereka.
No comments:
Post a Comment