Wednesday, January 31, 2007

Penduduk tempatan tuntut roboh pejabat Umno

Biasanya kita dengar kerajaan Umno meroboh rumah setinggan atau gerai, kedai dan rumah yang dibina tanpa kelulusan PBT. Tidak pernah kita dengar penduduk tempatan menuntut agar Pejabat Umno diroboh.

Itulah yang telah berlaku di Taman Bukit Puchong apabila pimpinan Umno cawangan telah menempatkan sebuah kontena 40 kaki di atas tapak sebuah taman awam di kawasan berkenaan. Kontena itu akan menempatkan pejabat Umno cawangan dan malah papan tanda Umno cawangan telah pun dinaikkan di hadapan kontena itu.


Para penduduk tempatan telah membantah atas alasan taman berkenaan adalah untuk kegunaan rekreasi orang-ramai. Lalu surat bantahan telah dikirim ke PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ. Akhirnya apabila tiada tindakan diambil para penduduk tempatan telah berhimpun untuk membincangkan tindakan selanjutnya yang sepatutnya diambil oleh mereka disamping mengumpul tandatangan bantahan. Ahli Parlimen Puchong Lau Yen Pang (BN-Gerakan) septutnya hadir dalam majlis itu.

Sungguh malang apabila YB yang ditunggu-tunggu telah membatalkan kehadirannya disaat akhir dan yang datang sebaliknya adalah segerombolan 20 orang yang mendakwa mewakili Umno cawangan. Lalu berlakulah pertengkaran sehingga mencetuskan tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk.

Akhirnya penduduk tempatan telah membuat laporan polis dan pihak polis difahamkan telah menahan pimpinan Umno berkenaan dan mereka itu dijangka akan didakwa dalam waktu terdekat.

Dan kini barulah pihak MPSJ mengeluarkan notis agar kontena itu dialihkan dalam tempoh 14 hari jika tidak ianya akan dimusnahkan.

Apa dah jadi ni?

Nampaknya Umno telah hilang lesen besar untuk berbuat apa sahaja sesuka hatinya. Kini rakyat sudah berani bangun menarik balik lesen besar itu. Adakah ini petanda bahawa hari-hari kepupusan Umno semakin menjelang tiba?

Adalah diharapkan agar kedua-dua pimpinan Umno itu (menurut The Sun: Hashim dan Zawawi) akan segera didakwa dimahkamah. Agaknya Umno cawangan ini mengambil contoh dari Zakaria Md Deros yang tidak segan-seilu mendirikan ISTANA tanap perlu kelulusan PBT. Bukankah Umno yang berkuasa dan meneraju negeri ini?

Kesudahannya rakyatlah juga yang terpaksa bangun mengajar mereka bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan, siapa sahaja yang tidak mematuhinya termasuklah Umno, telah melakukan kesalahan dan perlu dipertanggugjawabkan.

Syabas penduduk Taman Bukit Puchong!
Ulasan Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan harga minyak di WTV8

Harga minyak mentah dunia sedang berligar disekitar US$54 setong jauh berbeza dengan US$78.40 pada bulan Febuari 2006 lalu. Ketika itu kerajaan Malaysia telah menaikkan harga runcit minyak petrol tempatan setinggi RM0.30sen seliter.

Kini rakyat menunggu-nunggu apakah dengan trend penurunan harga minyak mentah dunia ini maka kerajaan juga akan turut menurunkan kembali harga petrol, diesel dan gas tempatan yang sangat membebankan penghidupan itu.

Menurut TPM Datuk Seri Najub Tun Razak kerajaan tidak merancang untuk menurunkan harga minyak tempatan setakat ini. Beliau berkata bahawa kerajaan sebaliknya akan memantau trend harga minyak dunia inisekitar setahun sebelum dapat memutuskan samada akan mengkaji semula harga runcit minyak tempatan ataupun tidak.

Sudah pastilah kenyataan TPM ini terus mencetuskan keresahan rakyat.

Ikuti ulasan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad PNB, Tan Sri Dato Abdul Khlaid Ibrahim berhubung isu hangat ini di WTV8 di http://wtv8.tv/


WTV8 Saluran Alternatif Anda.

Tuesday, January 30, 2007

Kerajaan tidak bayar US$50juta untuk A319???

Saya ikuti dengan penuh minat isu apa yang dikatakan pembelian pesawat Airbus A319 oleh kerajaan Malaysia bernilai US$50 juta untuk kegunaan Perdana Menteri yang didedahkan oleh rakan-rakan BLOGGERS di dunia maya ini.



Benarkah Perdana Menteri telah memberikan persetujuan beliau bagi negara berbelanja sedemikian besar semata-mata untuk mengangkut beliau ke sana-sini?

Dan hari ini akhbar-akhbar tempatan mendedahkan PENAFIAN Pak Lah. Adakah ia sebenarnya satu PENAFIAN?

The Star membawa tajuk:

Govt leasing Airbus.

It is for govt use, not just for the Prime Minister says Pak Lah

Menurut Perdana Menteri kerajaan sebenarnya tidak membeli pesawat berkenaan tetapi menyewanya dari Penerbangan Malaysia Berhad. Menurut UTUSAN:

Beliau berkata, pesawat tersebut dibeli oleh PMB dan kerajaan hanya menyewa sebagaimana amalan Penerbangan Malaysia menyewa pesawat daripada syarikat yang sama.

Itu bukan duit kita. Syarikat PMB beli kapal terbang untuk MAS, umpamanya, dan kalau kita kata nak sewa daripadanya tentulah itu satu keuntungan untuk syarikat itu, katanya.

Saya sebenarnya terperanjat dengan kenyataan PM itu. Diperingkat ini siapa pun tidak pertikaikan jika jet itu digunakan untuk kegunaan beliau, kerajaan atau YDP Agung. Isunya adakah kerajaan telah mengunakan wang rakyat mencecah US$50 juta membelinya atau tidak, itu yang dipertikaikan dan yang menjadi isu. Menurut kenyataan PM di atas, tidak, bukan kerajaan yang beli, kerajaan cuma sewa, yang membelinya PMB.

Siapakah PMB itu, mengapakah Pak Lah selaku PM dan Menteri Kewangan terlalu bimbang untuk berterus terang?

Kalau kita kunjungi alam web PMB kita akan dapati:

PMB is currently a wholly owned subsidiary of Khazanah Nasional Berhad.
(Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad)

Siapakah Kahazanah Nasional Berhad? Menurut laman web Khazanah:

Khazanah Nasional is the investment holding arm of the Government of Malaysia and is empowered as the Governments strategic investor.
(Khazanah Nasional adalah syarikat sayap pelaburan MILIK KERAJAAN MALAYSIA dan diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan)


Bermakna, benarlah kerajaan menyewa pesawat itu dari PMB, PMB itu milik Khazanah dan Khazanah itu milik kerajaan. Oleh itu US$50 juta itu bukannya dibayar oleh kerajaan tetapi oleh PMB yang dimiliki oleh Khazanah yang dimiliki oleh kerajaan?!

Terima kasihlah Pak Lah atas penjelasan itu, bermakna semua laporan dalam laman-laman web dan BLOG sebelum ini adalah fitnah belaka kerana bukan kerajaan yang membeli pesawat itu sebagaimana diterangkan oleh Pak Lah, yang membelinya adalah PMB (yang dimiliki oeh Khazanah yang dimiliki kerajaan). Patutlah orang di Batu Talam terus mengundi BN.

Monday, January 29, 2007

Kemenangan besar yang mencetuskan keraguan

Cuba kita fikirkan andaian ini. Saya bukan bermaksud menuduh bahawa ianya telah berlaku di Batu Talam. Tetapi sekadar membuat andaian, dalam melihatkan betapa ghairahnya BN menyambut apa yang dikatakan kemenangan besar mereka semalam.

Awal-awal lagi jentera BN diketuai Timbalan Presiden Umno menyatakan yang BN yakin menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Dalam Pilihanraya Umum lalu calon mereka mengalahkan PAS dengan majoriti 2,761 undi.

Bermakna awal-awal lagi jentera BN diberikan satu sasaran oleh pemimpin tertinggi mereka. Satu sasaran yang sesungguhnya tidak mustahil kalu dikaji kerana kali ini BN berlaga dengan Bebas dan bukannya calon pembangkang. Ng Chee Pang sepanjang-panjang tempuh berkempen tenggelam-timbul bersama ayahnya selaku jurucakapnya.

Jelas Ng tidak mampu mendirikan sebuah jentera pilihanraya yang sempurna. Tukang kempen dan tampal posternya tidak ada, malah poster pun sekadar berhampiran bilik gerakannya itupun sekadar salinan fotostat. Bilik gerakan beliau pula sering tutup dari dibuka. Dan lebih ketara lagi (malah yang paling kritikal) Ng tidak mampu mengemukakan polling dan counting agentnya untuk ditempatkan di tempat-tempat mengundi di 12 pusat pengundian di dalam kawasan DUN berkenaan.

Pernahkah anda berpengalaman menyaksikan operasi dalam bilik mengundi semasa pengundian dan pengiraan undi dijalankan?

Selain pengundi yang masuk keluar semasa tempoh pengundian, yang akan kekal berada dalam bilik mengundi adalah Ketua Tempat Mengundi (KTM), kerani-kerani tempat mengundi dan seorang wakil parti yang bertanding sebagai polling dan counting agent.

Dengan kelemahan Ng pasti tidak ada seorang pun wakilnya yang akan berada di bilik-bilik mengundi semasa pengundian dibuka sehinggalah ia ditutup untuk proses pengiraan. Jadi dapatkah kita bayangkan suasananya di dalam bilik-bilik mengundi ini?

Pertama, siapakah KTM ini? Mereka adalah pegawai yang samada terdiri dari kakitangan SPR atau kakitangan kerajaan yang dilantik oleh SPR termasuklah kerani-kerani tadi. Kalau kakitangan kerajaan mereka ini biasanya dari Raub sendiri, lazimnya terdiri dari guru-guru sekolah-sekolah disekitar daerah tersebut.

Sekali lagi saya perlu tegaskan yang bukannya saya berniat membuat tuduhan tetapi dalam ketiadaan wakil dan pemerhati calon Bebas lantaran kelemahan mereka tadi siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa ketelusan dan keadilan terlaksana dalam bilik-bilik mengundi di Batu Talam semalam?

Saya sendiri pernah melihat dalam satu kejadian dalam Pilihanraya Umum 1990 dimana wakil calon BN yang bertindak sebagai Polling Agent, tanpa segan silu berborak-borak dan memancing undi dalam bilik mengundi, itu dalam keadaan seorang budak 21 tahun hadir sebagai polling agent calon pembangkang. Budak tadi tidak berani membuat sebarang bantahan kerana polling agent BN tadi merupakan TAIKO di kampung berkenaan. Dan malah KTM dan kerani-kerani dalam bilik itu pun (yang semuanya orang tempatan) maklum. Jadi bayangkan senario yang sama di Batu Talam dalam keadaan langsung tiada wakil Bebas!

Baiklah balik kepada operasi dalam bilik mengundi. Mana-mana pengundi yang datang ke saluran (bilik darjah) yang ditetapkan perlu menyerahkan kad pengenalan untuk disemak oleh KTM lalu dikeluarkan kertas undi dengan disaksikan polling agent calon-calon. Lalu mereka memangkah dan memasukkan kertas undi ke dalam tong dan berlalu keluar.

Boleh atau tidak kertas-kertas undi dikeluarkan tanpa ada pengundi yang hadir? Jawapannya tidak boleh malah ia merupakan satu kesalahan dalam peraturan pilihanraya. Tetapi jika saya KTM, dan saya kebetulan kenalan polling agent lalu atau kenalan calon BN memandangkan beliau Setiausaha Umno Raub dan telah banyak menolong saya, lalu saya katakan, memandangkan ramai tidak keluar mengundi di saluran kita saya akan keluarkan 10 kertas undi, kerani (yang juga kenalan kita semua) tolong pangkahkan dan masukkan dalam tong. Siapakah yang akan membantah tindakan saya ketika itu?

Dan kedua selepas tempoh pengundian tamat, maka bermulalah proses mengira undi. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan akan dihitung dan begitu juga undi yang berada dalam tong. Bermulalah proses pengasingan kertas undi, yang akan diasingkan antara yang emangkah dacing dan bas (simbol calon Bebas). Undi yang ragu akan ditempatkan dalam bakul yang berasingan. Kemudian akan berjalan proses untuk memastikan samada undi ragu tadi rosak atau boleh diterima, sekali lagi siapakah yang akan menjamin ketulsan dan keadilan jika tiada wakil dari pihak Bebas?

Siapakah yang akan membantah kalau terdapat 30 (contohnya) kertas undi ragu dalam bakul lalu saya selaku KTM memutuskan kita beri sahaja semua 30 kepada BN? Atau lebih ekstrim lagi saya dengan kerjasama lain yang hadir meroskakkan kertas undi yang saya mahu rosakkan, siapakah yang akan tahu?

Saya memberikan andaian-andaian ini kerana saya bimbang dengan target majoriti 3,000 undi (yang akhirnya menjadi 5,857) yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden Umno, maka keghairahan petugas-petugas BN untuk melonjakkan nama bakal PM Malaysia itu mengakibatkan ada kecderungan manipulasi seumpama ini tamabahan dalam kelemahan jentera Bebas.

Cuba kita lihat kenyataan Setiausaha SPR dalam Utusan hari ini, bahawa peratus pengundian tertinggi ialah di SMK LKTP iaitu 79.62 peratus manakala yang terendah adalah di SK Kundang Patah iaitu hanya 58.18 peratus.

Manakala saluran undi yang menyaksikan paling rendah peratus yang keluar mengundi adalah di saluran dua SK LKTP Tersang 1 iaitu hanya 39.56 peratus!

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam saluran-saluran mengundi terutama yang mencatatkan lonjakkan tinggi umpama saluran satu SK Kuala Atok yang menyaksikan peratus keluar mengundi seramai 80.29 peratus.

Mungkin andaian-andaian saya ini tidak berlaku sama-sekali semalam, alhamdulillah. Tetapi sekiranya ada, maka mereka yang diberikan amanah samada KTM atau kerani-keraninya atau polling dan counting agent BN, ingatlah kamu mungkin boleh bersorak dan bersenang hati hari ini, tetapi esok apabila kita semua di hadapkan di hadapan Mahkamah Allah Yang Maha Adil, lidah kita mungkin kelu tetapi tangan dan anggota badan kita semua akan berkata-kata dengan lafaz kebenaran, ketika itu tiada gunanya wang dan kain pelekat atau apa sahaja habuan yang kamu terima di dunia, kekal abadilah kamu dalam azab dan kesengsaraan.

Sunday, January 28, 2007

BN menang undi Pembangkang menang dari segi moral

Keputusan tidak rasmi menurut MALAYSIAKINI calon BN telah menang dengan majority 5,857 undi. Manakala calon Bebas Ng Chee Pang hanya berjaya memperolehi 419 undi dan dengan itu telah hilang wang pertaruhan. Calon BN dikatakan memperolehi 6,276 undi. Undi rosak 385.

Bagi saya jelas BN telah bejaya melampaui jauh 3,000 majoriti yang dicita-citakannya. Walaubagaimanapun pembangkang yang tidak bertanding (Ng tidak boleh dikira calon pembangkang kerana beliau tidak mewakili mana-mana parti) juga berjaya. Pertama lebih 1,174 telah tidak keluar mengundi (sedangkan pada kebiasaannya pilihnaraya kecil akan menyaksikan lonjakkan). Dan kedua tambahan 147 undi rosak kali ini berbanding Cuma 238 dalam pilihanraya umum 2004.

Kesimpulannya kedua-dua pihak berjaya. Bila seri sebegini, pasti ramai yang tidak akan senang duduk. Sama-samalah kita ikuti perkembangan selanjutnya nanti.
BERNAMA 8.24PM

Election Commission Secretary Datuk Kamaruzaman Mohd Noor said a total 7,131 voters or 67.8 percent had cast their votes when the polling centres closed at 5pm.

The voter turnout is lower than the 76.59 percent turnout during the 2004 general election. This may be due to the weak challenged posed, he told reporters here today.

He believed that the boycott by the opposition parties did not influence the voters.

Nampaknya semakin merosot angka yang keluar mengundi tadi jam 6.37 petang BERNAMA menyebut 68 peartus dan kini yang rasmi dari SPR 67.8 peratus ataupun 7,131 orang berbanding 8,305 dalam pilihanraya umum 2004.

Kalau dah keluar merosot lebih 1,000 undi, bermakna ada kesanlah tu. Siaplah SPR nanti ditenyeh oleh Pak Lah yang dah berada di Zurich.

(Sementara itu menurut sumber MALAYSIAKINI majoriti tidak rasmi calon BN bertambah dua kali ganda berbanding pilihanraya umum 2004)
Gagal atau berjaya BOIKOT?

Berita di radio petang tadi awal-awal lagi menyatakan bahawa tindakan pembangkang memboikot Pilihanraya Kecil DUN batu Talam GAGAL apabila peratusan yang keluar mengundi dijangka melebihi dari angka ketika Pilihnaraya Umum 2004 lalu.

Saya sendiri pun kagum dengan pengumuman itu dan hampir menelannya bulat-bulat.


Tetapi menurut BERNAMA pada 6.37 petang:

Some 7,131 or 68 percent of the 10,525 registered voters for the Batu Talam state seat went to the polls until the centres closed at 5pm.

Sedangkan menurut rekod pada Pilihanraya Umum 2004 lalu sejumlah 76.4% ataupun 8,305 yang telah mengundi. Bermakna belum pun jumlah undi dikira telah ketara selisih sebanyak 1,174 orang yang telah TIDAK KELUAR MENGUNDI berbanding pilihnaraya 2004.

Adakah ini menunjukkan BOIKOT itu gagal atau berjaya?

Kita masih menunggu dari jumlah yang keluar mengundi, berapa yang rosak dan berapa yang mengundi Bebas dan berapa pula majoriti BN kali ini. (Dalam PRU 2004 calon BN menang dengan majoriti 2,761 undi)

Friday, January 26, 2007

For whatever its worth (33)

In this globalised world of ours today, friendly and even diplomatic gestures would have to come in the form of dollars and cents. At least that is what our government is trying to imply.

From Davos in Switzerland our big and kind hearted PM was reported to have directed our Foreign Minister to arrange for US$1 million (RM3.5 million) in aid from Malaysia to help in the rebuilding of war torn Lebanon. The PM acknowledge that back in Malaysia we are occupied in rebuilding our flood infested states, many of which are still in serious problem, but as Dollah puts it, the government needed to also consider the request for aid from the war-torn country.

Here we are urging donors to chip in and assist our fellow Malaysians who are badly hit by the recent floods (with a 3rd wave looming in the sky) and yet we have US$1 million to please Lebanon.

Not that I am against the aid to Beirut but we have to put our priorities right. With damage figures approaching RM1 billion I believe we should pool whatever resources we have to help ourselves first.

We symphatise with our brothers in Lebanon but I am sure they are matured enough to understand that we ourselves are confronted with our own problems. Already we have sent troops to Lebanon to maintain peace and stability there, I believe we have done enough for a state whose hands are full with their own domestic matters.

In times such as this it is essential for the PM to ponder the Malay saying:

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!
OSA terpaksa diguna untuk melindungi BN

Kabinet telah memutuskan bahawa dokumen perjanjian konsesi antara kerajaan dan para pemegang konsesi lebuhraya adalah rahsia dan mana-mana pihak yang memboco atau mendedahkannya boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi. Demikianlah kenyataan Menteri Kerjaraya Samy Vellu dalam akhbar The Sun hari ini.

Sebelum ini Gabungan Menetang Kenaikan Tol (PROTES) telah menuntut agar pihak kerajaan bertindak lebih telus dengan mendedahkan perjanjian konsesi ini yang pada pandangan mereka terlalu berat sebelah dan memihak kepada para pemegang konsesi dan membelakangkang kepentingan orang awam.

Berikutan kenaikkan kadar tol yang melampau bermula 1 Januari lalu rakyat merasakan mereka seolah tertipu oleh perjanjian ini. Malah bekas PM Tun Dr Mahathir turut menyuarakan pandangan agar kerajaan lebih telus dalam hal mengenai tol ini kerana ia menjejaskan penghidupan rakyat.

Ramai menyangkakan mungkin kerajaan Dollah Badawi yang pernah menjanjikan keterbukaan ini akan bersedia mendedahkan perjanjian konsesi ini, kerana apalah sangat rahsianya, sekadar perjanjian anatar kerajaan dan syarikat pemegang konsesi, tidak pun melibatkan keselataman negara atau akan mendatangkan mudarat kepada negara.

Jadi dengan NO dari kabinet ini maka yakinlah sesungguhnya perjanjian itu sebenarnya lebih memudaratkan survival kerajaan Umno BN dan bukannya rakyat dan negara. Bayangkan disaat kita kononnya mahu menuju ke arah status negara maju, tetapi kerajaan yang ada menggunakan OSA untuk melindungkan dirinya dari pertanggungjawaban awam. Makin tergelincirlah rating terhadap kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang ini nampaknya.

Thursday, January 25, 2007

Si putar alam di Batu Talam

Istilah SPIN DOCTOR merujuk kepada para penulis atau wartawan yang menggunakan kepakaran masing-masing untuk memutar dan mengolah satu-satu perkara sehingga dilihat sebenarnya memihak kepadanya walaupun pada asalnya tidak begitu atau: heavily biased portrayal in ones own favor of an event or situation.

Tun Dr Mahahtir dan bekas SETPOL nya Matthias Chang pernah merujuk kepada individu tertentu di NST sebagai SPIN DOCTORS.

Kalau hendak lebih tepat lagi barangkali SPIN DOCTOR ini merujuk kepada pakar-pakar PUTAR ALAM. Alam yang sepatutnya berputar di atas paksinya menurut ketentuan Allah pun mereka ini seolah mampu putar melawan tabie.

Semalam saya menulis berkenaan bantahan calon Bebas Ng Chee Pang kepada pihak SPR terhadap calon BN yang dikatakan telah melanggar kod etika calon sebagaimana yang diterbitkan oleh pihak SPR sendiri. Ng dan bapanya telah membuat laporan polis dan menyertakan bukti-buktinya sekali dalam laporan berkenaan.

Jelas dakwaan beliau ini adalah serius dan perlu ditangani dengan sewajarnya oleh pihak SPR bagi menjamin kewibawaan sistem berpilihanraya di Malaysia (yang semamangnya telah diragui oleh parti-parti pembangkang). Tindakan Ng ini menjejaskan kredibiliti SPR dan sekaligus BN itu sendiri kerana melanggar segala peraturan dan etika yang ada.

Tiba-tiba Utusan hari ini melaporkan:

CALON BEBAS SEMAKIN TERDESAK

Menurut akhbar PENYEBAR FIKIRAN RAKYAT itu tindakan calon Bebas ini sebagai sesuatu yang terdesak dan seolah sebagai satu taktik untuk meraih kemenangan.

Mengapa tidak HIGHLIGHT akan betapa seriusnya dakwaan calon Bebas itu. Dan pasti sekiranya laporan polis telah dibuat maka beliau memikul tanggungjawab terhadap dakwaannya itu. Benarkah calon BN dan ejen-ejennya telah melanggar etika dan peraturan pilihanraya sehingga memungkinkan pencalonan mereka terbatal?

Tetapi bagi SPIN DOCTORS ini persoalan itu tidak penting. Yang penting calon Bebas terdesak. Yang penting calon Bebas cuba-cuba untuk menang melalui kaedah kesalah teknikal. Yang penting calon BN mesti menang atas apa kos sekali pun.

Lalu terus lah mereka memberikan saham memutar-mutar segala yang ada bagi memastikan kemenangan kepada calon BN.

Sementara itu apabila membaca pejelasan pihak SPR (apabila mengakui bahawa memang ada poster BN digantung di pagar sebuah sekolah yang merupakan pusat mengundi):

The posters were not put up by the (BN) candidate himself, perhaps it was ACCIDENTALLY put up by his supporters and not everyone knows the law.

telah menambahkan keyakinan saya akan dakwaan parti-parti pembangkang bahawa sesungguhnya SPR memang telah tempang dan pincang. Tak pernah dalam sejarah pilihanraya Malaysia saya kira dimana calon BN menampal posternya sendiri, semua petugas pilihanraya mana-mana parti merupakan ejen kepada calon dari parti berkenaan. Oleh itu calon dan wakilnya perlu bertanggungjawab di atas kelakuan ejen-ejennya.

Bila SPR dengan selamba dalam kes ini menyatakan NOT EVERYONE KNOWS THE LAW, saya merasakan sahlah demokrasi di Malaysia sudah dimatikan ditangan mereka!

Wednesday, January 24, 2007

Talkinkan sahaja demokrasi di bawah SPR

Semalam kalau ada di antara kita yang menonton Buletin Utama TV3, laporan Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam, kita ditunjukkan lawatan Dato Siti Norhaliza dan suaminya ke Bilik Gerakan BN di Raub setelah menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Semantan.

Dalam berita itu dilaporkan Siti turut mengunjungi bilik operasi TV3 yang terletak di dalam Bilik Gerakan BN. Demikianlah hebatnya BN mengunakan setiap saluran media arus perdana yang berada di bawah telunjuknya untuk digunakan bagi memenangkan calon mereka.


Baru berhadapan dengan pemuda setahun jagung yang tiada parti dan tiada jentera, BN telah mengeksploitasi sepenuhnya ruang media bayangkan kalau yang bertanding itu calon PAS, malah saya yakin TV3 berkampung di Bilik Gerakan BN itu atas keyakinan bahawa yang akan menentang BN adalah calon PAS, rupa-rupanya tidak.

Kalaulah PAS yang bertanding berkemungkinan Dato Siti bukan sekadar akan singgah malah tak mustahil akan mengadakan konsert percuma di Hulu Pahang itu!

Saya membawa isu Batu Talam ini kerana baru sebentar tadi Malaysiakini melaporkan bahawa calon Bebas Ng Chee Pang yang bertanding atas simbol bas, telah memberi kata dua kepada pihak SPR (setelah membuat laporan rasmi). Menurut beliau calon Umno BN telah terang-terangan menyalah-gunakan jentera kerajaan dalam kempen mereka.

Menurut beliau SPR sepatutnya membatalkan hak calon BN dan mengisytiharkan beliau menang kerana tindak-tanduknya dan ejen-ejennya jelas bertentangan dengan kod etika calon yang dikeluarkan oleh pihak SPR lagi. Menurut Malaysiakini Ng turut membuat laporan polis berhubungd akwaannya itu.

Jadi bagaimana SPR?

Kalau kita berada di India barangkali status calon BN akan dibatalkan. Cuba kita lihat kod etika calon-calon yang bertanding yang dikeluarkan oleh Election Commission of India:

Party in power

The Party in power whether at the Centre or in the State or States
concerned , shall ensure that no cause is given for any complaint that it has
used its official position for the purposes of its election campaign and in
particular:

(i) (a) The Ministers shall not combine their official visit with electioneering
work and shall not also make use of official machinery or personnel during the
electioneering work

(b) Government transport including official air-crafts, vehicles, machinery
and personnel shall not be used for furtherance of the interest of the
party in power

(ii) Public places such as maidans etc., for holding election meetings ,and
use of helipads for air-flights in connection with elections shall not be
monopolised by itself. Other parties and candidates shall be allowed the
use of such places and facilities on the same terms and conditions on
which they are used by the party in power

(iii) Rest houses, dak bungalows or other Government accommodation shall
not be monopolised by the party in power or its candidates and such
accommodation shall be allowed to be used by other parties and
candidates in a fair manner but no party or candidates shall use or be
allowed to use such accommodation (including premises appertaining
thereto) as a campaign office or for holding any public meeting for the
purposes of election propaganda

Itu India, kita Malaysia, tahun 2020 nanti kita akan mengangkat diri kita ke status negara maju malangnya undang-undang dan peraturan pilihanraya kita begitu lemah setanding atau mungkin lebih lemah dari Zimbabwe yang mengamalkan demokrasi ala kuku besi!
Mungkin kalau Samy Vellu bertanding di India dan bukan di Sg Siput, dah lama kalah dan dicampakkan ke dalam penjara.
For whatever its worth (32)

Early this month during a press conference in Putrajaya former PM Tun Dr Mahathir Mohammed briefly touched on the ongoing toll hike issue. Tun was reported to have said:

The cabinet is not made up of experts. They are made up by politicians and some politicians like myself can be very stupid. What happens when you have an agreement is that the officers make the agreement and the agreement is sent to the cabinet and usually the small print is not there.Cabinet merely passes on the basis of principle. They do not really study the implication of some passages in the agreement.I give you an example of the things that can happen when you leave it to the officers and the cabinet doesn’t study it very well.

I bring this issue up simply to convince myself that indeed we were once or perhaps are still being infested with cabinet members who are certainly stupid in light of todays headlines in the local mainstream papers.


Two former Tabung Hajis GMs will spend their remaining days in jail for cheating. The offence being (inter alia):

For cheating then ministers in the PMs Department Tan Sr Abdul Hamid Othman and Brig Gen (Rtd) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin between June 29 2000 and July 27 2001.

The presiding judge remarked that:

The two ministers involved would not have approved the investment (RM200 million) if they had come to know that material facts had been kept out of the knowledge of the board meeting.

We may question why didnt these ministers apply reasonable precaution before giving their approval as it involves a large sum of money. They could have checked and counter check with qualified personnel who are always available at their disposal.

But of course as Tun aptly put it:

Some politicians can be very stupid

In this unfortunate case, we couldnt but agree wholeheartedly with Tun that these two were surely stupid to allow themselves to be conned and as result RM200 million hard earned cash belonging to depositor were lost. Hamid Othman I believe is currently still the religious advisor to the current PM in Putrajaya while Hamid ZA is an MP.

If indeed the two GMs were guilty than they deserved the jail sentence but I wonder why no action were taken against these two stupid former ministers, and today they are still around stupidly earning salary and allowances from the taxpayers pockets!
Najib secara terbuka arahkan SPR

Salah satu bantahan parti-parti pembangkang terhadap perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah betapa SPR ini menjadi alat dan tunduk pada nafsu serakah kerajaan Pusat yang diterajui BN. SPR membenarkan dirinya diperkosa oleh BN lantas melacurkan sistem pilihnaraya itu sendiri.

Baru-baru ini apabila daerah Raub mula dilanda banjir Setiausaha SPR telah memaklumkan besar kemungkinan hari mengundi di Batu Talam akan ditangguhkan sekiranya keadaan banjir di Raub bertambah buruk.

Kenyataan beliau itu dikira tepat kerana apalah gunanya diadakan pengundian jika para pengundi terhalang untuk mengundi lantaran keadaan banjir. Dan memang kuasa menangguhkan pilihanraya seumpama ini adalah kuasa SPR yang sewajarnya dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak. Bukankah sebagaimana didakwa bahawa SPR itu adalah badan tertinggi dalam urusan pentadbiran pilihnaraya di Malaysia.

Tiba-tiba terpacul TPM Najib Tun Razak di kaca TV semalam menyatakan bahawa pilihanraya Ahad ini mesti diteruskan. Utusan hari ini melaporkan kenyataan Najib itu atas alasan cuaca telah bertambah baik. Tetapi yang saya dengar di TV3 semalam kata Najib jika ditangguhkan pilihanraya akan menambahkan belanja pihak kerajaan. The Star memetik:

If we were to defer the voting, there would be need to inject additional expenses, manpower and other resources.

(Kenapa Utusan tak laporkan bahagian ini?)

Jelas dari kenyataan Setiuasaha SPR itu bahawa pilihnaraya perlu ditangguhkan jika cuaca bertambah buruk. Matlamatnya bagi memberi peluang kepada semua pengundi keluar mengundi dalam keadaan tenang dan selesa, mengapa dibangkitkan isu kos? Kalau pun bertambah berapalah sangat berbanding dengan mahalnya kita menjunjung demokrasi yang adil dan telus.

Mungkin cuaca telah bertambah baik, tetapi isunya di sini TPM telah campurtangan dalam urusan SPR. Biarlah SPR yang memutuskan perjalanan pilihanraya, bukannya Timbalan Presdien Umno. Saya tak pasti apakah reaksi Setiausaha SPR itu ekoran kenyataan Najib ini tetapi bagi saya beliau perlu membuat kenyataan balas bahawa hak memutuskan soal pengurusan dan perjalanan pilihanraya itu adalah hak SPR dan bukannya mana-mana pihak lain termasuklah TPM.

Jika beliau memilih untuk membisukan diri ternyata benarlah dakwaan pembangkang bahawa SPR berada di bawah telunjuk kerajaan.

Tuesday, January 23, 2007

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Apabila sahaja kita membincangkan Batu Talam, semua kita tahu bahawa yang bertarung di sana adalah BN yang diwakili Umno dan calon Bebas. Semua kita tahu parti-parti pembangkang telah mengambil pendirian memboikot pilihnaraya kecil ini. Bermakna pertandingan di sana hanya melibatkan Bn dan Bebas.

Tetapi hakikat ini sukar diterima oleh BN terutama pimpinan Umno. Jelas nampak betapa mereka merindukan sangat ketidakhadiran PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sehinggakan mereka tidak putus-putus menyebut-nyebut nama PAS dan parti-parti pembangkang walaupun parti-parti ini telah menarik diri.



Agkanya dalam tidur pun tersebut-sebut.

Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin (ada orang Umno beritahu saya beliau bakal menjadi TPM kiranya kes Altantuya meletup, kenapa ya?) semasa berkempen di Batu Talam dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata kononnya calon Bebas Ng Chee Pang, telah meminta bantuan pembangkang untuk berkempen membantunya. Kata Muhyuddin lagi tindakan Ng itu telah meletakkan parti pembangkang dalam keadaan serba salah selepas mereka mengambil keputusan memboikot pilihnaraya kecil ini.

Muhyuddin berkata lagi:

Jika parti pembangkang tampil memberi bantuan kepada calon Bebas maka ia bermakna mereka meludah ke langit

Nampak sangat Muhyuddin ketandusan modal untuk berkempen.Cukuplah dengan menjanjikan emas dan permata kepada para pengundi Batu Talam, tak perlulah mereka-reka dan mencipta kisah-kisah bohong dan tahyul.

Setahu saya parti-parti pembangkang khasnya PAS dan PKR memang telah dan akan berada di Batu Talam, akan tetapi agenda mereka adalah untuk menerangkan darihal keputusan pemboikotan mereka. Mereka menuntut reformasi keadah dan sistem pilihanraya di Malaysia, yang selama ini kotor dan di kotorkan lagi dengan pembabitan aktif Umno dan BN. Agenda mereka terlalu besar dan penting sehingga saya yakin mereka tidak akan mudah menipu dengan membantu pula calon Bebas sebagaimana didakwa.

Muhyiddin dari sibuk menabur fitnah di Raub, lebih baik beri tumpuan kepada negerinya sendiri di Johor yang teruk dilanda musibah itu. Berilah tumpuan memulihkan negeri Johor dan teruslah bercita-cita untuk menjadi TPM walaupun melalui pintu belakang.
Petanda kegagalan program kerajaan

Pada tahun 2002 dahulu kita terjah sahaja program ini atas dasar kononnya mahu memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan anak-anak kita yang teruk merosot. Lalu melalui program EteMS atau English for the Teaching of Maths and Science kita wajibkan anak-anak kita belajar dua matapelajaran ini dalam bahasa Inggeris.

Ramai yang tak setuju, ramai yang bantah, namun apa kan daya laksana durian dan mentimun, dari dilenyek luka, maka rakyat termasuk tenaga pengajar yang tidak punya banyak pilihan menerimanya bulat-bulat.



Jika kerajaan terlalu yakin bahawa formula penyelesaian mereka ini efektif maka seharusnya persediaan yang cermat dan lengkap telah pun dilakukan. Rupa-rupanya tidak. Kini setelah 5 tahun perlaksanaan tiba-tiba mereka menyedari bahawa guru-guru yang mengajar matematik dan sains di sekolah-sekolah itu sendiri tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Kini setelah 5 tahun terdetik pula dalam benak mereka bahawa guru-guru ini perlu melalui peperiksaan bagi mengukur tahap penguasaan bahasa Inggerisnya. Kenapa baru hari ini nak ukur, enapa tidak 5 tahun sebelumnya? Kenapa sebelum perlaksanaan dasar ini guru-guru berkenaan tidak dihantar berkursus dan dilatih.

Saya tidak menyalahkan guru-guru ini kerana mereka sesungguhnya selama ini menerima latihan dalam Bahasa Melayu. Kerajaanlah yang telah merobah dasarnya terlalu kerap sekerap anak kecil ditukarkan lampinnya, maka kini yang menerima padahadalah kita semua.

Bukan hanya guru-guru tadi kini bermasalah, malah anak-anak kita rata-rata bermasalah kecuali segelintir kecil di sekolah-sekolah di kawasan-kawasan elit.

Keresahan ini kini dirasai, cerdik pandai Melayu telah berkumpul di Dewan Bahasa dan Pustaka November tahun lalu untuk berbincang isu ini dan akhirnya mengeluarkan resolusi menuntut kerajaan agar kembali ke status quo 2002. Malah dikalangan pimpinan Umno sendiri pernah menyuarakan hal ini (Konvensyen Umno Johor meluluskan resolusi yang hampir sama) walaupun kini mereka senyap seribu bahasa, sedangkan mereka sebagai parti Melayu terbesar di dunia sepatutnya menjuarai isu ini.

Kita akui bahawa bahasa Inggeris penting dan perlu diperkasakan namun bukan dengan cara kita ini. Sepatutnya waktu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dipertingkatkan, metodologi pengajarannya diperbaiki, bukannya menginggeriskan matematik dan sains!

Sekali lagi nasib dan masadepan umat dan bangsa diperjudikan oleh kekalutan kerajaan Umno/BN.

Monday, January 22, 2007

Minyak dunia turun
Apa jadi minyak di Malaysia?

Hari Jumaat lepas apabila para wartawan bertanyakan PM samada penurunan harga minyak dunia akan mendorong beliau menurunkan harga minyak tempatan, jawab beliau, kerajaan belum berhasrat berbuat demikian. Kata beliau lagi harga minyak dunia mungkin turun sekarang ini namun kita tidak tahu bila pula ia akan naik.

Harga minyak mentah dunia kini berligar sekitar USD50 (RM180) setong. Sedangkan pada bulan Febuari tahun lalu apabila kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 30sen seliter, harga minyak mentah dunia ketika itu adalah USD78.40 (RM280) setong. Bermakna kini terdapat perbezaan sekitar USD28.4 ataupun sekitar RM100 setong!



Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) Datuk Seri Lim Gait Tong telah menyarankan agar kerajaan segera menurunkan harga minyak tempatan. Kata beliau langkah ini sudah tentulah berasa memandangkan penurunan besar ini serta sebagai tanda betapa kerajaan bersimpati dengan penderitaan rakyat.

Lalu apakah yang menghalang Dollah dari mengambil tindakan menurunkan harga minyak ini? Janganlah terus membiarkan rakyat menderita. Terlalu banyak kos tambahan yang terpaksa mereka tanggung sejak kenaikan harga minyak itu. Takkanlah Dollah nak tunggu sehingga ada ilham untuk bubarkan parlimen barulah mahu mengambil kesempatan menurunkan harga minyak ini.

Benar harga minyak ini volatile, tidak stabil dan berubah-ubah. Tetapi isunya perubahannya kini sudah melebihi USD28.40 setong. Tidakkah penurunan ini terlalu besar sehingga sepatutnya mendesak kerajaan untuk menurunkan harga minyak tempatan kecualilah kerana kerajaan memang mahu mengambil kesempatan dari rakyatnya dan terus menerus memeras mereka.

Kalau harga dunia naik, cepat sungguh kerajaan bertindak, tetapi apabila telah turun, mereka seolah mendiamkan dari lalu rakyat terus tertekan dan menderita.

Semoga kewarasan segera bertapak dihati dan pemikiran mereka melainkan mereka memang sudah bersedia untuk terlentang jatuh bagi digantikan oleh orang lain yang lebih bertenaga dan berupaya.
Anak Johor berkempen di Raub
Negeri sendiri ditimpa musibah

Cuba kita perhatikan betapa bersemangatnya petugas Puteri Umno dari Johor ini. Walaupun pusat gerakan mereka iaitu Rumah Umno Johor di Batu Talam, Raub, dilanda banjir namun beliau masih bersemangat bertaut pada panji-panji dacing BN.

Ada orang berkata secara berseloroh bahawa banjir Johor ini nampaknya menghantui orang-orang Umno sehingga walaupun mereka berada jauh di Raub, Pahang, malapetak ini turut menjejaki mereka.


Apa pun bagi saya, tak tahulah si puteri ini berasal dari mana di Johor, tetapi alangkah baik dalam keadaan negerinya sendiri turut digenangi air, para sukarelawan berpusu-pusu turun ke negerinya untuk membantu anak-anak negeri, alangkah baiknya beliau dan rakan-rakannya itu berada di Johor menghulurkan bantuan di sana.

Tak perlulah berkampung di Batu Talam, yang melawan calon BN cuma seorang calon Bebas yang terlalu kecil (jentera pun tak ada) yang saya yakin jentera BN Raub dan Pahang sudah terlalu besar dan mampu berhadapan dengannya.

Kasihan negeri sendiri dilanda musibah tetapi anak-anak Johor ini lebih berminat berkempen untuk mengalahkan seekor anak kancil sedangkan mereka gajah jantan yang perkasa!

Sunday, January 21, 2007

Mr Clean yang sudah tidak suci lagi

Semasa Pak Lah naik sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 lalu beliau membawa bersamanya imej bersih, cucu ulamak, seorang yang lembut dan berperwatakan mulia.


Lantaran imej baru itu pada pilihanraya umum 2004, ramai yang kagum dan terpengaruh sehinggakan umpamanya penduduk di Terengganu sanggup menerima beliau dan melempar keluar negeri pimpinan PAS yang baru setahun jagung usianya. Malah kerajaan PAS di Kelantan pun hampir rebah angkara aura yang Pak Lah bawa ketika itu.

Tetapi bagaimana Mr Clean yang ditonjolkan sebagai cucu seorang ulamak besar ini hari ini? Hari ini saya berpandangan imej tersebut sudah semakin lusuh, luntur dan pudar dari Pak Lah, malahan hari ini dalam usia jawatan PM nya yang setahun jagung, ramai yang sudah mula bosan dan berani mengkritik beliau secara terang-terangan (ini tidak berlaku pada PM Umno sebelum ini).

Tiba-tiba dalam jangkawaktu yang sebegini singkat Pak Lah sudah menjalani transformasi dari seorang yang baik dan mulia kepada seorang yang sebaliknya. Cuba kita lihat contohnya kenyataan beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno baru-baru ini:

Depa (pembangkang) takut nak bertanding, bacul, suruh budak (calon bebas) itu bertanding, nak bertanding sendiri tak mahu, takut kalah.

Terbayangkah di kepala kita sebelum ini Pak Lah akan mampu mengeluarkan kata-kata seumpama ini. Mungkin sebelum ini tidak tapi hari ini demikianlah Pak Lah yang pernah dikaguni satu ketika dahulu.

Beliau tidak mengulas isu kepincangan dan ketempangan SPR yang dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang, sebaliknya beliau mencuri kesempatan menyerang parti-parti pembangkang dengan mendakwa mereka bacul dan penakut.

Siapa pun yang berpengalaman dan mengenali PAS akan tahu bahawa pertama parti tersebut tidak pernah BACUL apabila menghadapi pilihanraya di Malaysia ini. Malah siapa pun dari kalangan Umno yang berjawatan PM sekali pun akan mereka lawan dan cabar dalam pilihanraya umum ini kan pula satu pilihanraya kecil. Dan kedua jika pun ada sekelumit kebenaran akan dakwaan Pak Lah itu, takkanlah PAS mahu menaja seorang calon Bebas bernama Ng Chee Pang. Ramai lagi dari kalangan mereka yang boleh mereka taja, mengapa pula harus menaja seorang berbangsa Cina sedanglan pengundi Cina di Batu Talam sekadar 11% sahaja bilangannya.

Ternyata Mr Clean ini sudah pandai mengeksploitasi jawatan beliau sebagai tokoh paling tinggi di negara. Beliau gunakan peluang itu untuk menghamburkan fitnah dan adu-domba kerana pasti media saluran perdana akan memberikan liputan seluas-luasnya. Maka akan percayalah rakyat Malaysia bahawa parti-parti pembangkang itu khasnya PAS memang bacul dan memang penakut dan menaja calon Bebas di Batu Talam, atau bagaimana?

Salam Maal Hijrah kepada para pengunjung BLOG ini.

Friday, January 19, 2007

Penggabungan Utusan NST batal: Siapa yang untung?

TAK JADI itulah tajuk akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Cadangan gabungan antara dua gergasi media iaitu NSTP dan Utusan akhirnya secara rasmi dibatalkan. Pembatalan ini kerana kedua-dua pihak dilaporkan gagal mencapai persetujuan untuk membentuk satu skim penggabungan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat dan para pemegang saham mereka.

Pastilah berita ini akan mengembirakan banyak pihak. Pastilah terutamanya lega para kakitangan Utusan yang sebelum ini resah memikirkan nasib dan masadepan masing-masing.

Tetapi menurut Jeff Ooi yang paling gembira sekali seudah pastilah para pemegang saham kedua-dua pihak kerana semasa spekulasi ini bertiup kencang saham kedua-dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu melonjak naik terutama sejak 1 Disember lalu.

Saham NSTP contohnya mencacak naik dari RM1.60 sen sebelum berita penggabungan ini keluar sehinggalah ke RM2.90. Manakala Utusan yang Cuma bernilai RM0.90 sen sebelum berita penggabungan ini terbit telah naik sehingga RM1.90.

Orang lain senak perut memikirkan apa akan jadi apabila berlaku penggabungan, mungkinkah kakitangannya diminta berhenti, tetapi para pemegang saham dan spekulator dari kalangan orang-orang dalam Umno terutamanya tersenyum lebar, jadi atau tak jadi, sekurang-kurangnya aku dah raih keuntungan.

Jadi apa yang dikatakan kebebasan akhbar yang ada pada Utusan itu akan kekallah, Utusan akan terus berperanan sebagai:

Penyibar Fikiran Rakyat

Betulkah? Setahu saya gabung atau tak gabung Utusan akan terus kekal sebagai penyibar suara dan kehendak Umno, dulu kini dan selamanya (walaupun kakitangannya tidak semestinya begitu)

(SEMENTARA ITU: Blogger Jeff Ooi dan Rocky Bru disaman malu oleh NSTP kerana kononnya menulis artikel yang mencederakan nama baik mereka. Akhbar boleh kritik dan tabur fitnah tetapi orang lain jangan)

Thursday, January 18, 2007

Berkejar-kejar berbuat kebajikan

Nampak macam nak FLAG OFF rally tetapi rupanya tidak.


Menurut Utusan Khir Toyo kelihatan sedang melepaskan konvoi bantuan mangsa banjir Johor di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam semalam. Kerajaan Selangor dilaporkan menyerahkan sumbangan barangan bernilai lebih RM500,000 untuk mangsa banjir di Johor

Menurut MB Negeri Maju itu:

Agak mengejutkan kerana sumbangan yang kita serahkan itu berjaya dikumpul dalam tempoh 24 jam.

Antara yang menderma adalah Nirvana Memorial Park, MBSA, MPSJ, Sime UEP, Tesco dan lain-lain. Kerana sumbangan tersebut Utusan memberi liputan lebih suku muka termasuk gambar warna Khir seperti di atas.

Semalam juga Buletin Utama TV3 membawa berita kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan yang kerajaan negeri berkenaan akan menderma RM1juta melalui Perbadanan Menteri Besar manakala PAS Kelantan telah menyumbang wang tunai RM49,000 beserta 5 tan beras.

Menurut MB Kelantan, seramai 40 sukarelawan dari Briged Amal turut dihantar ke Johor untuk membantu kerja-kerja pemulihan di sana.

Utusan membawa berita kecil berkenaan sumbangan kerjaan Kelantan ini (berbanding berita Selangor din atas)dengan memetik Tok Guru MB sebagai berkata:

Sumbangan itu akan disalurkan secepat mungkin dan saya telah mengarahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menyalurkan hari ini juga. Saya tidak mahu ia dilengahkan.


Mungkin Selangor kena tambah lagi sumbangannya. Takkanlah negeri pembangkang yang mundur dan serba-serbi hodoh dan buruk itu menyumbang lebih besar dari negeri yang paling maju di Malaysia?
Khir Toyo gagal di kawasan sendiri

Jika saya Ketua Bahagian Umno, sayalah personaliti yang paling hebat dan besar di kawasan saya. Semua jentera kerajaan samada diperingkat Pusat mahupun negeri akan tunduk pada saya. Maklumlah bukan senang nak naik ke kerusi empuk ini.

Dari jawatan ini saya juga akan memegang berbagai jawatan lain, rata-rata ketua bahagian Umno diberi peluang memegang kerusi DUN atau Parlimen (kecuali bertanding dan kalah) atau sekurang-kurangnya dilantik sebagai Senator.

Untung-untung jadi pula ahli EXCO atau Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri, mungkin juga Menteri penuh. Lebih untung lagi kalau jadi MB, KM atau paling atas TPM atau PM.

Sebagai ketua bahagian sayalah rujukan dalam semua hal di kawasan ini. Segala yang berdetik dan terdetik di kawasan saya pasti akan sampai kepengetahuan saya (kecualilah budak-budak saya memainkan saya) lambat ataupun cepat. Mustahil saya tak dimaklumkan kalau ada yang kahwin atau mati atau berjaya di kawasan saya. Kedai baru buka, restoran baru, pam minyak baru, ladang baru, sekolah baru, masjid, surau, kuil, tokong, gereja semua akan dimaklumkan pada saya. Ketua-ketua cawangan termasuklah ketua pemuda, wanita dan puteri semuanya mata dan telinga saya (itu belum ambil kira dari MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain). Pendek kata saya bagaikan raja di kawasan ini!

Diperingkat daerah dan PBT, tidak ada pegawai yang berani membelakangkan saya kerana kedudukan saya dan betapa kuatnya kabel saya dengan mereka yang di atas. Ahli-ahli majlis biasanya ditunjuk dan mendapat restu saya. Malah pegawai-pegawai masuk dan keluar juga boleh melalui sokongan saya.

Jadi lantaran kedudukan istimewa ini mustahil saya tidak tahu apa yang berlaku di kawasan saya kecualilah saya seorang ketua yang benar-benar lemah atau sentiasa dipermain-mainkan oleh anak-anak buahnya.

Lalu apabila MB Selangor Khir Toyo marah-marah apabila empat buah premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram diserbu pihak polis Bukit Aman baru-baru ini berbagai tanda-tanya bermain di kepala saya.

Khir bukan sekadar Menteri Besar, Pekan Sekinchan itu duduk dalam parlimen Sg Besar, dan di bawah parlimen ini terdapat dua kerusi, satu Sekinchan dan satu lagi Sg Panjang. Sg Panjang ini diwakili oleh Khir malah Khir adalah Ketua Umno bahagian Sg Besar ini!

Kerana itulah barangkali Khir terpaksa menyinga, diterajangnya keluar Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, kerana dikatakan memberikan lesen kepada keempat-empat premis ini sedangkan mereka menjalankan kegiatan haram selama lebih 1 tahun. Khir beri amaran kepada semua para pegawai dan kakitangan PBT berkenaan.

Sekali lagi Khir bermain POLITIK SELAMATKAN DIRI. Sebelum orang lain bertanya apa kerja Ketua Bahagian? Takkanlah perkara ini tak di bawa ke pengetahuan beliau? Kecuali kesemua ejen-ejen beliau, semuanya menerima habuan belaka, kerana itu MB yang juga ADUN dan Ketua Bahagian tak tahu menahu tentang kegiatan ini!

Tapi takkanlah Ketua Bahagian tak turun padang langsung? Tak jenguk-jenguk pekan, tak ambil tahu perkembangan dalam kawasan sendiri?

Khabarnya isu judi haram ini pernah dibangkitkan dalam dewan undangan negeri oleh ADUN Sekinchan dari DAP, takkan semasa membangkitkannya MB tidur dalam dewan? Takkan para pegawai MB di dewan tak maklumkan padanya?

Bagi saya Khir perlu memikul pertanggungjawaban bersama, jangan hanya berani bertindak atas orang lain sahaja. Judi haram berlaku berleluasa di kawasan MB pun MB tak tahu bayangkan di kawasan-kawasan lain!

Kesimpulannya bagi saya Khir lemah dari sudut pengurusan, Khir tidak mampu mengawal anak-anak buahnya. Khir seorang pemimpin yang gagal. Kalau dah gagal maka eloklah beri laluan kepada mereka yang layak dan bertenaga.

Wednesday, January 17, 2007

Pak Lah dan air bah

Lihatlah betapa hebat dan prihatinnya Perdana Menteri kita semasa meninjau keadaan banjir di Kota Tinggi semalam.

Cuba perhatikan MB dan Menteri Luar yang juga MP Kota Tinggi itu duduk dengan cermat di bot kecil lagi sempit itu, malah pegawai tentera dan para pegawai keselamatan pun duduk tetapi PM kita berdiri gagah. Entah apa yang terkumat-kamit dimulutnya itu.


Satu pose istimewa bagi menggambarkan betapa PM kita sentiasa bersama rakyat walaupun ketika dilanda musibah.


Tetapi kalau tak silap saya bagi bot seumpama ini yang sedang meluncur atas air, peraturan keselamatannya adalah bahawa para penumpang (tambah pakai life jacket pula) mesti duduk di tempat yang ditetapkan kecuali beliau adalah pengendali atau petugas. Kala nak pose untuk kamera pun tunggulah bila sampai di darat atau tempat yang selamat yang tidak memudarat dan menyuasahkan orang lain.
Umno sasau di Batu Talam

Tiba-tiba serangan Umno dan BN bertukar haluan. Sebelum ini dengan ghairah dan sombong mereka menyerang dan menyelar PAS dan PKR kononnya bacul dan penakut kerana memboikot pilihnaraya kecil ini. Dan mereka menuduh sudah pasti BA akan menaja calon Bebas. Tetapi apabila calon Bebas yang terpacul di depan batang hidung mereka semalam adalah NG CHEE PANG, tiba-tiba segala-galanya berubah.

Ya tak ya, takkanlah PAS kalau nak menaja calon Bebas pun, ia akan menaja NG CHEE PANG.

Oh tidak, bukan PAS tetapi DAP yang menajanya. DAP sengaja mahu mencetuskan huru-hara.

Begitulah kedangkkalan politik huru-hara yang diamalkan oleh kononnya gergasi politik yang terhebat dan paling perkasa di Malaysia. Bagi saya kalau dah hebat dan gagah, peduli apa siapa pun calonnya. Malah Umno dan BN tak perlu buang masa mengulas pun, tak perlu layan.

Buletin Utama TV3 semalam tanpa segan silu, tanpa mengambil kira etika kewartawanan dengan megah membawa tajuk berita semalam bahawa calon Bebas ditaja oleh DAP!


Oh ya, semalam juga Setiausah SPR mengumumkan bahawa calon-calon yang bertanding termasuklah ejen-ejen mereka perlu mematuhi peraturan ataupun etika calon yang dikeluarkan oleh pihak SPR. Apakah sikap dan gelagat Utusan, TV3 dan media perdana yang lain terkecuali dari etika ini? Kalau jawapannya ya maka elok sahajalah etika itu dengan SPR sekali dilontarkan sahaja ke dalam tong sampah, kerana kedua-duanya sudah tidak relavan dan tidak bernilai lagi.


Dan kepada rakan-rakan dari Umno termasuklah Puteri dan Putera yang berbondong-bondong ke bumi Mona Fendi tu, lebih baik berada di Johor sana, tolong cuci sekolah, masjid dan surau serta rumah-rumah mangsa banjir. Tinggalkanlah Khairy Jamaluddin dan Azeez Ketua Putera itu untuk berhadapan dengan Ng anak beranak. (Malulah seluruh kekuatan Umno dan BN ditalakan ke arah apa yang The Star panggil: UNKNOWN YOUNGSTER!)

Tuesday, January 16, 2007

Mana calon Bebas tajaan PAS?

Akhirnya berlaku juga pertandingan di Batu Talam. Ramai menjangkakan yang calon BN berkemungkinan besar menang tanpa bertanding apabila PAS dan PKR mengisytiharkan yang mereka memboikot pilihanraya kecil ini. Rupanya tidak.

Yang menariknya calon Bebas yang ditunggu-tunggu itu rupanya bukan Mamat bukan Dollah sebagaimana yang diduga tetapi calon bebas yang mengemukakan kertas pencalonannya siang tadi adalah Ng Chee Pang, 21 tahun.


Saya tersenyum mendapat berita ini kerana semalam saya menggeleng kepala membaca rencana wartawan Utusan NAZRULLAH ROSLI dan ARSHAD KHAN yang menulis berkenaan analisa politik mereka di bawah tajuk:

Berselindung disebalik calon Bebas

Mereka menulis:


Strategi Pas di Batu Talam dengan meletakkan calon bebas bukannya menggugat BN, tetapi diibaratkan sebagai menggali kubur sendiri.


Penyokong mereka sendiri yang mengharapkan satu pertandingan hebat pastinya kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dibayangi oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memandangkan Pas sudah melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika parti itu tidak meneruskan dengan sebarang idea yang tidak masuk akal.


Harus diingatkan, Batu Talam bukan kawasan hitam atau kelabu buat BN, ia adalah kubu kuat parti itu dan telah mendapat sokongan majoriti lebih besar daripada pengundi pada pilihan raya umum lalu.


Justeru, walau apa pun keputusan Pas pada penamaan calon esok, yang pastinya, baik parti itu mahupun calon bebas yang ditaja kelak tidak berupaya menandingi jentera pilihan raya BN yang sudah bersiap sedia dengan secukupnya.


Membaca tulisan pasangan ini sahaja membayangkan kepada kita akan betapalah BEBAS sebenarnya Utusan itu. Rencana ini terbit semalam iaitu sehari sebelum penamaan calon dalam waktu PAS dan PKR telah pun membuat pengisytiharan tidak akan bertanding malah akan memboikot pilihanraya kecil ini.

Jadi kenapalah pasangan penulis ini yang menganggap akhbar mereka sebagai akhbar Melayu yang kononnya bebas tergamak menggambarkan sesuatu yang bohong, palsu dan berbau fitnah.

Nah ambil, siang tadi yang mengemukakan kertas pencalonan adalah NG CHEE PANG! Lalu apa lagi yang akan kedua pasanagan ini tulis pula selepas ini. PAS taja calon Cina yang bukan Islam!?
Kerusi Batu Talam ini adalah kerusi majoriti Melayu. Kalaulah benar ada suara halus telah membisik ke telinga pasangan ini bahawa PAS akan menaja calon Bebas dengan maksud menentang calon Umno takkanlah PAS memasang seorang Cia yang bukan Islam sedangkan peratus pengundi Melayu adalah seramai 79%.

Kalau pun kita diarahkan untuk menulis bagi memenangkan BN dan meranapkan pembangkang, tulislah dengan fakta. Sesungguhnya kita tidak sekali-kali akan terlepas dari pertanggungjawaban di hadapan Allah swt atas segala kerja dan dalam hal ini karya yang kita usahakan di dunia. Jelas kalaulah orang merungut bahawa jika berlaku penggabungan NST-Utusan kelak maka akan hilanglah kebebasan Utusan nanti, saya percaya saya tidak keseorangan dalam berkata: lantaklah mereka, kerana kebebasan Utusan itu sebenarnya telah lama mati berkubur tanpa nisan.

Monday, January 15, 2007

Judi di kawasan Menteri Besar

Pada 6 Januari lalu ini pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman diketuai Pengarahnya Datuk Christopher Wan Soo Kee telah menyerbu serentak 4 buah premis di Sekinchan, Sg Besar. Dalam penyerbuan itu pihak polis telah merampas 241 buah mesin judi bernilai RM723,000.

11 orang pekerja premis berkenaan turut ditahan.

Anehnya premis-premis tersebut terletak hanya 100 meter dari balai polis Sekinchan. Dan disamping itu keempat-empat premis ini dikatakan telah dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai premis hiburan keluarga (family entertainment centre).

Kita mengucapkan syabas kepada Datuk Christopher atas tindakan proaktif beliau. Sememangnya anggota polis dari balai berkenaan perlu diambil tindakan malah Ketua Polis Daerah juga perlu dipertanggungjawabkan kerana beliau adalah Commanding Officer di daerah berkenaan.

Selang beberapa hari Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo telah mengeluarkan kenyataan menyelar anggota polis dari balai berkenaan termasuklah pihak PBT yang mengeluarkan lessen yang telah disalahguna itu. Ahli-ahli majlis PBT berkenaan turut diselar oleh Khir.

Kemudian Timbalan Menteri Keselamtan Dalam Negeri Johari Bahrom pula mengeluarkan kenyataan agar dalam kes ini jangan hanya menyalahkan pihak polis tetapi pihak kerajaan negeri teruta,a PBT perlu dipersalahkan juga. Mneurut beliau:

Bila kerajaan tempatan tidak dapat kawal, polis pula menjadi mangsa.

Bagi saya polis di Sekinchan bersalah dan Timbalan Menteri berkenaan jangan cuba-cuba mekindungi mereka. Apa guna adanya kekuatan anggota polsi sekiranya aktiviti perjudian haram boleh dibiarkan berlaku di bawah batang hidung mereka. Begitu juga polise daerah Sabak Bernam.

Dan bagi saya pihak PBT pun perlu memikul tanggungjawab. Saya menerima maklumat premis-premis itu dimiliki dan ditaja oleh orang kuat MCA di Pekan Sekinchan.

Dalam hal ini bukan hanya pihak polis malah pihak Badan Pencegah Rasuah BPR pun wajib masuk campur. Kita dapat menghidu bau bangkai rasuah berligar di udara dalam kes ini membabitkan pihak polis tempatan dan PBT.

Dan jangan pula kita terlepas pandang, MB Selangor yang marah-marah itupun jangan dibiarkan terlepas. Bukankah beliau Ketua Umno bahagian di Sg Besar? Sekinchan terletak di bawah bahagian Sg Besar dan selaku ketua dari parti yang memerintah, tamabhan pula sebagai MB beliau jangan sekadar menegur orang lain untuk melepaskan dirinya!

Saya difahamkan YB Adun Sekinchan dari DAP pernah membawa perkara ini ke dewan undangan negeri Selangor, mengapa selepas Bukit Aman bertindak baru MB mahu bising-bising? Jangan-jangan MB pun ada saham subahat juga?

Sekali lagi tahniah kepada Datuk Christopher dan rajin-rajinlah lagi menjenguk kawasan PBT lain dalam Selangor yang memang penuh dengan aktiviti seumpama ini.
Boikot tetap boikot

Tinggal tak sampai 24 jam dari sekarang akan bermulalah proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN N.06 Batu Talam, Pahang bagi mengisi kekosongan ekoran kematian wakil rakyat Umno baru-baru ini.

PAS, PKR dan parti-parti politik pembangkang yang lain telah membuat keputusan untuk memulau atau memboikot pilihanraya tersebut. Ini bermakna tidak ada parti politik yang berdaftar selain BN dijangka akan mengemukakan kertas pencalonan esok. Jika hanya BN sahaja yang mengemukakannya bermakna calon mereka akn diisytihar menang tanpa bertanding. Oleh itu tiada pemilihan dijalankan pada 28 Januari nanti.



Sepatut-patutunya seluruh hulubalang dan pendekar BN terutma dari Umno bersyukur dan berterima kasih kerana mereka menang percuma. Tidak perlulah menghasut dan mencabar terutama PAS dengan kata-kata jolokkan takut kalah, bacul dan seumpamanya. Saya pasti jika PAS atau mana-mana parti pembangkang lain diisytiharkan menang tanpa bertanding sebegini, sudah pasti merek akan mengucapkan terima kasih kepada BN.

Jadi kenapa ada sikap sedemikian dari Umno khasnya? Jawapannya pertama, mereka tidak akan dapat mengukur kekuatan pembangkang sebelum pilihanraya umum dipanggil, apabila boikot ini berlaku dan kedua, lebih peribadi lagi, ramailah dalam Umno dari peringkat sebawah-bawah cawangan sehinggalah bahagian dan dari luar Pahang tidak akan berpeluang disuap dan disogok wang dari kantung parti dan taukeh-taukeh mereka, kerena bila dah menang tanpa bertanding, apa gunanya berbelanja lagi.

Dalam kekalutan ini sepatutnya elok sangat kita meneliti dan mengkaji asas-asas pemboikotan PAS itu.Benarkah proses pilihanraya dalam negara yang dikendalikan oleh SPR pincang dan tempang?

Benarkah dalam pertandingan pilihanraya gelanggangnya tidak sama rata?

Benarkah SPR itu memihak dan akur kepada telunjuk parti pemerintah?

Rakyat perlukan jawapan. Tindakan PAS dan rakan-rakan mereka ini perlu dipandang serius dan tidak ditolak ke tepi begitu sahaja. Kalau benar sistem pilihanraya kini pincang dan tempang maka mengapa yang Umno dan BN takut sangat untuk mengarahkan agar ianya diperbaiki? Saya kira jika reformasi dan rombakan besar-besaran dilakukan terhadap SPR sudah pasti ianya akan membawa imej yang baik bagi negara di mata dunia dan rakyat sendiri.

Kalaulah contohnya permohonan pembangkang agar semua pengundi yang telah keluar mengundi dicelup jarinya dengan dakwat bagi memastikan ia tidak mengundi bagi kali yang kedua (sebagaimana diamalkan di India, bumi demokrasi terbesar di dunia), apalah yang Umno dan BN takut sangat? Kalau dilaksanakan pun belum tentu mereka akan kalah, kecualilah memang mereka dengan bantuan SPR berkomplot membenrakan pengudnian berulang berlaku dalam kes-ks tertentu!

Kalaulah contohnya lagi anggota tentera dan polis tidak lagi mengundi secara pos tetapi sebaliknya mengundi sebagaimana orang awam yang lain iaitu secara terbuka dan boleh diperhatikan oleh semua, apakah ini akan mengakibatkan Umno dab BN akan kalah? Di Palestin bumi yang sedang berkecamuk pun semasa pilihnarayanya tentera dan polis mereka mengundi sebagaimana orang awam biasa, mengapa pula Malaysia yang aman damai ini mengamalkan sistem yang sudah ketinggalan zaman ini? Kecualilah memang Umno dan BN berkomplot dengan SPR bagi memanipulasi keputusan undi pos ini!

Segala kemungkinan ini menimbulkan keraguan, malah ada kes-kes yang telah pun dilaporkan namun tiada tindakan yang konkrit diambil oleh kerajaan dan SPR. Lantas bagaimana kita mahu mendakwa WE ARE THE BEST?

Saya bimbang jika setelah perkara ini didedahkan, dan SPR terus berselindung disebalik kain Umno dan BN, sudah pastilah ianya mencacat dan mungkin membunuh pertumbuhan sistem demokrasi yang sepatutnya mekar subur dalam sebuah negara maju. Apa gunanya kita maju tetapi proses demokrasi kita setaraf dan mungkin lebih teruk dari negara dunia ketiga yang lain.

Friday, January 12, 2007

Semoga berjayalah tuntutan CUEPACS itu

Saya tumpang gembira dengan lebih 1.1juta rakan-rakan kakitangan awam apabila PM semalam menyatakan bahawa kerajaan terbuka kepada cadangan menyemak semula tangga gaji kakitangan awam. Kali terakhir semakan semula ini dilakukan adalah kira-kira 14 tahun dahulu.

Kini kos hidup semakin mencengkam, segala-galanya mahal dan memerlukan wang. Maka sesuai sangatlah kerajaan menimbangkan permohonan CUPACS ini dengan serius, kerana kita memerlukan kakitangan awam yang cergas dan cerdas, dan ini hnaya dapat diperolehi apabila nasib dan kebajikan emreka terbela.

Pada bulan September lepas apabila CUEPACS membuat tuntutan antara 10 ke 40% ini, PM menolaknya mentah-mentah atas alasan permohonan CUEPACS itu nanti akan mengakibatkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih sehingga RM6billion.

Tetapi kini Dollah merubah pendiriannya.

Sesungguhnya Dollah dan rakan-rakan kabinetnya kini mula merasai sentimen membahang dikalangan kakitangan awam dan orang kebanyakkan diperingkat bawah. Hakikatnya dengan kenaikan harga minyak, barangan, perkhidmatan, tol, cukai tanah, cukai pintu sejak akhir-akhir ini rakyat semakin tertekan dan merana. Kerajaan terus berbelanja seolah negara ini tidak bermasalah. Gelung EYE ON MALAYSIA di Tasik Titiwangsa sahaja bernilai RM30juta!

Jika kerajaan terus-menerus menolak permohonan mereka ini berkemungkinan akan berlaku tindak balas yang berkemungkinan pula mampu menghakis kuasa dan menjatuhkan mereka.

Lalu terpaksalah Dollah akur, soalnya berapa banyakkah tuntutan itu yang akan dipenuhi?

Dan dalam pada itu saya percaya jika tuntutan ini dipenuhi, tak kiralah sebahagaian atau sepenuhnya, ketika itu Dollah pasti akan memanggil pilihanraya kerana beliau ketika itu yakin yang rakyat walaupun sengsara dengan kenaikkan kos hidup, namun bila diberikan gula-gula, akhirnya lupalah segala kesengsaraan dan semua akan kembali melutut kepadanya. Benarkah begitu?
SPR kuda tunggangan Umno?

Parti-parti pembangkang memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam atas dasar terdapat kepincangan dalam pengurusan pilihanraya oleh pihak SPR. Mereka mahukan pihak SPR lebih telus menyediakan Level Playing Field atau gelanggang pertaurungan yang adil dan saksama.

Malah di Batu Talam sahaja telah didedahkan beberapa isu membabitkan SPR yang mencurigakan. Contohnya SPR telah mengumumkan bahawa untuk pilihanraya kecil ini daftar setakat 30 November 2006 akan digunakan. Anehnya SPR telah mengurangkan jumlah pengundi di DUN ini (atas alasan membersihkan dari pengundi yang telah meninggal dunia) dari 10,748 ke 10,524 tanpa melalui proses pameran dan seumpamanya yang membabitkan penyertaan rakyat dan parti-parti politik.

Dalam THE SUN hari ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan bagaimana dalam satu kampung itu hanya terdapat 2 rumah yang dihuni oleh pengundi India tetapi daftar pengundi menunjukkan terdapat 300 pengundi India di sana!

Sepatutnya SPR memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan bertindak mengembalikan keyakinan rakyat, sebaliknya semalam dalam Berita TV Pengerusi SPR Tan Sri Rashid telah bertindak memperlekehkan tindakan PAS dan parti-parti pembangkang dengan antara lain menyatakan yang jika mereka tidak mahu bertanding itu mereka punya pasal.

Tidakkah ini merupakan satu komen politik yang sekaligus meletakkan beliau sebagai tidak lagi non partisan dan sebaliknya menyebelahi satu pihak secara terbuka. Sepatutnya Pengerusi SPR, Setiausaha dan Pengarah-pengarahnya perlulah dilihat berkecuali malah kalau boleh memiliki karektor seorang hakim. Tetapi di Malaysia malangnya tidak dan kerana itulah mereka ini benar-benar memerlukan rombakan dan pengkstrukturan semula agar dilihat lebih telus dan adil.

Diperingkat ini Pengerusi SPR sepatutnya kurang bercakap dan bertindak memperbetulkan keadaan kecualilah memang sungguh mereka merupakan kuda tunggangan Umno dan BN.

Ikuti temuramah saya dengan Sdr Mohd Sayuti Omar, Ketua Pengarang SIASAH berhubung isu ini dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 http://wtv8.tv/

Thursday, January 11, 2007

We dont believe in gimmicks to project Islam

Saya terserempak dengan laporan kahbar THE STAR ini semalam walaubagaimanapun kerana semalam saya menghadapi kesukaran untuk update BLOG ini maka saya memuatkan ulasannya hari ini.

Zainuddin Maidin di Kementerian Penerangan sedang sibuk mahu memartabatkan imej RTM. Banyak juga yang telah beliau lakukan menurut seleranya, adalah yang baik dan patut kita beri pujian tetapi banyak juga yang karut dan membuang masa.

Tetapi yang menarik perhatian saya berkenaan kenyataan beliau semalam dalam THE STAR adalah (Bila ditanya adakah RTM akan mewajibkan para penyampai beritanya mengenakan tudung kepala sebagaimana di TV9):

We will not make it compulsory because we will stick to our principles. We dont believe in gimmicks to project Islam. We will promote the values of Islam through our programmes.

Prinsip pertama Islam Hadhari yang dicipta oleh PM adalah:

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

Dan dalam ucapannya di PWTC pada 23 September 2004 Dollah telah berkata (dalam menghurai prinsip maqosid syariah):

Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama

Adakah mewajibkan wanita Islam mengenakan pakaian menutup aurat itu gimik? Satu helah satu tindakan mengejar publisiti murahan?

Beriman dan bertaqwa kepada Allah bermakna percaya, yakin dan taat serta melaksana segala suruhan dan tuntutan Nya. Sekali ambil dan sekali tolak itulah gimik dan itulah kerja mempersendakan Islam sebenarnya.

Apalah sebenarnya prinsip Zam itu?

Agakanya semasa menyentuh bahu Michelle Yeoh di Terengganu dulu Dollah terlupa sekejap prinsip-prinsipnya itu. Itu;ah bukti betapa Islam hanya gimmick bagi mereka.
Khir Toyo jaguh?

Saya telah menulis berkenaan Dr Nasrudin Aspan, bekas Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Kelang MPK yang telah dibelasah oleh beberapa orang yang tidak dikenali sehingga merosakkan kenderaannya.



Dr Nasruddin terus menerima ancaman terhadap nyawanya setelah kejadian tersebut. Lalu beliau tidak yakin lagi yang diri dan keluarganya akan selamat, beliau telah meletakkan jawatan dari MPK.

Saya telah menulis betapa kita kesal bagaimana pihak polis sehingga hari ini masih gagal mendakwa mereka yang terbabit. Dan lebih serius lagi apabila Dr Nasrudin mendakwa berkemungkinan kes beliau ini ada kena mengena dengan tindakan yang beliau ambil terhadap beberapa premis hiburan di sekitar Kelang.

Tiba-tiba hari ini Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dilaporkan sebagai berkata bahawa kakitangan awam yang menerima ancaman sepatutnya jangan mengalah dan meletak jawatan. Malah katanya beliau sendiri pernah menerima berbagai ancaman, tak perlu meletak jawatan.

Kenapalah Khir dengan mudah mengeluarkan kenyataan begitu, apakah beliau tidak maklum akan kejadian yang menimpa Dr Nasrudin. Saya pernah menulis:

Pada 27 November tahun lalu, pada jam 730 malam sejurus selepas meninggalkan rumahnya di Taman Menegun Indah untuk bertugas, kereta MPV yang beliau pandu telah dilanggar oleh sebuah lori 1 tan. Tidak cukup dengan itu, tiga orang yang tidak dikenali telah turun dan menyerang beliau dengan parang dan batang besi.Mereka telah memecahkan cermin keretanya dan menyerang beliau sehingga Dr Nasruddin terpaksa menerima lapan jahitan di kepalanya disamping luka-luka lain seluruh badan.Kemudian sepuluh hari selepas kejadian tersebut Dr Nasruddin menerima panggilamn telefon mengancam beliau. Kata pemanggil sekiranya beliau enggan meletakkan jawatan, beliau akan dibunuh.

Pernah tak kepala Khir menerima lapan jahitan sebagaimana Dr Nasrudin?

Sepatutnya sebagai MB Khir mendesak pihak-pihak berwajib agar menyiasat dan menyelesaikan segera kes melibatkan Dr Nasrudin ini. Ini kes samseng dan gangsterisma yang memalukan negeri dan rakyatnya.

Jelas mangsa tidak lagi yakin akan jaminan keselamatan yang diberikan. Jelas mangsa berada dalam ketakutan. Sepatutnya MB bertindak bagi mengatasi ketakutan dan kebimbangan itu dan bukannya bertindak bagai JAGUH kononnnya beliau lebih berani dan tahan diugut.

(artikel ini tak dapat diupload semalam kerana gangguan internet)
Boikot bukan kerana takut

Ramai sudah maklum tentang keputusan parti-parti pembangkang memulaukan pilihanraya kecil DUN Batu Talam yang penamaan calonnya dijadualkan Selasa depan. Menurut PAS dan PKR boikot ini dibuat kerana tidak berpuas hati dengan ketelusan kerja-kerja pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR.

Bagi orang Umno dan BN tentulah menganggap ini sebagai satu helah PAS dan parti-parti pembangkang. Takut kalah, kecut dan berbagai lagi. Tetapi saya difahamkan oleh seorang pemimpin kanan PAS yang juga bekas ahli Umno, kiranya keputusan tidak bertanding ini diambil Umno sebenarnya menangis di dalam hati. Ini kerana jika tiada pertandingan maka melepaslah mereka yang selalu meraih keuntungan dan kekayaan semasa tempoh berkempen ini.

Upah, elaun, peruntukkan ketua-ketua cawangan, wanita dan pemuda semua tak akan turun. Akibatnya lapar dan hampalah anak-anak buah termasuk pimpinan dipelbagai peringkat.

Balik kepada isu asal, benarkah PAS dan parti-parti pembangkang takut kalah? Sesungguhnya boikot ini adalah yang pertama dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia dan ia pasti mencetuskan kesan yang besar terhadap imej negara.

Saya kira PAS dan parti-parti pembangkang lain tidak pernah takut kalah, mereka pernah bertanding dalam PR kecil yang peluang mereka terlalu tipis umpama di DUN Sanggang dan Ketari di Pahang sebelum ini, oleh itu isu takut memang tak timbul. Malah saya yakin pimpinan PAS terpaksa berhempas-pulas bagi meyakinkan ahli-ahli dan jentera mereka yang memang dikenali sentiasa bersedia bertanding walau apa keadaan sekali pun.

Boikot ini adalah serius kerana ia memababitkan kewibawaan institusi pengendali pilihanraya itu sendiri. Malah baru sahaja Pengerusi SPR sendiri mencadangkan agar distruktur semula SPR dan dirombak peraturan dan undang-undang pilihanraya yang telah lebih setengah abad itu.

Bagi saya yang sebenarnya takut adalah Umno dan BN sendiri. Kalau benar gagah dan tidak mungkin kalah-kalah, maka apa salahnya kita kembalikan kewibawaan SPR. Jangan negara sahaja mahu maju tetapi sistem pemilhan pimpinan negara dikendalikan dalam keadaan penuh kelompongan dan penipuan.

Saya difahamkan parti-parti pembangkang dan NGO akan mendedahkan penipuan dan penyelewengan SPR sehingga ke peringkat antarabangsa. Maka sudah tibalah masanya pencari Ghazali dan Shafie, agar mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya ini. Takkanlah disebabkan memulihkan proses pemilihan nanti akan mengakibatkan Umno dan BN tewas kecundang, atau memang akan terjadi begitu?

Wednesday, January 10, 2007

Isu TOL: OSA digunakan untuk mengancam rakyat

Semalam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dilaporkan membuat syor agar jumlah kutipan atau pendapatan dari tol yang dikutip oleh pemegang-pemegang konsesi lebuhraya didedahkan kepengetahuan umum.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Membantah Kenaikan Tol Tuan Syed Shahir Syed Mohamud turut mendesak agar perkara yang sama dilakukan. Ini bagi membolehkan rakyat memeriksa adakah keuntungan mereka ini kini sudah melampaui jumlah kos pembinaan lebuhraya itu atau bagaimana.

Kerana menurut setengah-setengah pihak jumlah pampas an yang dibayar oleh kerajaan kini mengatasi jumlah pembinaan kelima-lima lebuhraya yang mengumumkan kenaikan kadar tolnya bermula 1 Januari ini.

Dan PKR baru-baru ini mendedahkan memiliki salinan perjanjian konsesi lebuhraya ini dimana, ianya didedahkan begitu berat sebelah sehingga memberikan keuntungan luar biasa kepada para pemegangnya.

Apa kata Pak Lah?

Dalam UTUSAN hari ini:

Kerajaan tidak boleh terus beri subsidi tol.

Kata Dollah lagi:

Kita tahu untuk kegunaan kemudahan seperti itu bayaran perlu dikenakan.

Menurut THE STAR Dollah berkata:

If you want to use such facilities you pay for them

Saya minta maaf tetapi saya merasakan semalam semasa menjawab soalan-soalan dari para pemberita ini Dollah agak BLUR dan kalau boleh mahu mengelakkan diri kerana berkemungkinan beliau tidak maklum tentang isu tol ini. Terbukti menurut THE SUN :

When told that LDP recorded an RM80million profit in its 2006 annual report and why there was a need for the government to still compensate the company Abdullah said: We had a lot of discussion on this. We did what we felt was right. If you (reporter) have more information on what you said, please let us know.

Pelik tak? Apa yang dimaklumkan oleh REPORTER berkenaan adalah maklumat kewangan syarikat yang mengendalikan LDP, ianya bukan maklumat eksklusif tetapi PM yang juga Menteri Kewangan boleh minta agar REPORTER itu memberikan kepada beliau maklumat tersebut??!!

Sehubungan dengan itu dari New Dehi Menteri Kerjaraya Samy Vellu mula melihat yang asakkan dan pendedahan rakyat melalui Gabungan Menentang Kenaikan Tol ini kini semakin berani (dan benar) dan mula mengancam beliau, PM dan kerajaan BN lalu beliau mula menguna taktik ugutan.

Melalui TV semalam Samy mengancam bahawa Akta Rahsia Rasmi OSA akan digunakan terhadap pihak yang mendedahkan perjanjian konsesi antara pemegang konsesi dan kerajaan. Dan Dollah sendiri bersetuju apabila Utusan melaporkan beliau sebagai berkata:

Kerajaan boleh mengambil tindakan sekiranya dokumen itu diklasifikasikan di bawah OSA.

Apalah yang rahsia sangat sehingga perjanjian konsesi itu pun mahu disorok-sorok dari pengetahuan rakyat. Adakah mengetahui syarat-syarat perjanjian itu boleh mengancam keselamatan negara? Kecualilah memenag pihak pimpinan politik dalam kerajaan hari ini bimbang akan terdedah tembelang dan kelemahan mereka.

Bagi saya jika tindakan melalui OSA dimabil semata-mata kerana pihak pembangkang mendedahkan sesuatu demi kepentingan rakyat, maka kita semua berhak bangun mempertahankan usaha berani itu dan jika ada pihak yang diseret ke pengadilan maka rakyat harus bangun membela dan mempertahankan mereka itu.

Sementara itu apabila Dollah diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir berkenaan isu tol ini THE SUN melaporkan:

Abdullah did not offer a reply (jadi betul tak telahan saya?)

(maaf artikel ini hanya dapat diupload lewat malam kerana gangguan internet siang tadi)

Tuesday, January 09, 2007

Tun Dr M mengaum kembali

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini ramai yang bertanya mengapa bekas PM Tun Dr M senyap sahaja, sudah tidak bersuara lagi? Mungkinkah beliau secara diam-diam telah berdamai dengan Pak Lah?

Saya sendiri tidak percaya, kerana semasa berpeluang menemuramah YBM Tengku Razaleigh Hamzah melalui WTV8, Ku Li ada memaklumkan bahawa dari pengalaman beliau mustahil Tun akan mudah mahu berdamai.



Terbukti memang benar, tiada ceasefire pun.

Semalam semasa hadir dalam satu sidang akhbar di Taman Melewar saya terdengar seorang pemberita berkata, Tun dah bersuara kembali. Tun dah mula menyambung serangannya.

Semalam Tun mempertikaikan kenaikan harga tol mulai 5 Januari di 5 lebuhraya sekitar Lembah Kelang. Kata Tun rakyat perlu tahu berpakah perolehan pendapatan para pemegang konsesi ini setakat ini kerana jika mereka untung bermakna kerajaan berhak menerima saham keuntungan dan oleh itu tidaklah perlu tol ini dinaikkan secara besar begitu.

Cuba teliti kenyataan Tun ini dalam akhbar THE SUN hari ini:

What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid.

Jelas terselit dalam kenyataan ini sindiran yang besar jika kita mampu menafsirnya. Kalau beliau umpamakan diri beliau sebagai SOMETIMES STUPID bermakna mereka yang selepas beliau?

Menurut Presiden MTUC sekurang-kurangnya Tun berani mengakui kelemahannya, masalahnya PM dalam akhbar hari ini menganggap kenaikkan kadar tol ini sebagai sesuatu yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana!

Dan Tun tidak sekadar mengulas berkenaan tol. Tun turut menyentuh berkenaan banyak perkara lain tetapi seperti biasa digelapkan oleh akhbar Saluran Perdana.

Mengenai Khairy Jamaluddin Tun berkata (kerana Pak Lah mendakwa Tun telah pecahkan periuk nasi Khairy):

Ianya periuk yang besar, sukar mahu dipecahkan.

Berkenaan Batu Talam:

Sekiranya rakyat gembira dengan BN sudah pastilah majoritinya akan meningkat tetapi jika tidak ianya akan menurun dan jika rakyat benar-benar menyatakan ketidakpuasan hati mereka tidak mustahil BN boleh tewas.

Berkenaan rasuah politik dan membeli undi:

Sekiranya wang digunakan saya harap rakyat menolaknya dan saya harap rakyat melaporkan berkenaannya kepada pihak berkuasa.

Apakah beliau akan terus mengkritik kerajaan:

Apa sahaja yang dilakukan tidak betul akan dikritik samada dilakukan oleh kerajaan kita atu kerajaan lain. Dan itu prinsip saya samada saya sebagai PM atau tidak.



Nampak-nampaknya benarlah telahan Ku Li bahawa sukar (malah mustahil) dijinakkan Tun setelah beliau mula mengganas. Dengan ini yang pasti tidak senang duduk (atau nyenayk tidur) adalah PM Dollah Badawi. Selamat kembali bersuara Tun!
Syed Shahir menjawab kenyataan Dollah Badawi

PM Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa kerajaan meluluskan kenaikan kadar tol (untuk 5 Lebuhraya di Lembah Kelang mula 1 Januari tahun ini) dengan penuh tanggungjawab. Dan bagi mereka yang benar-benar berfikir, kenaikan ini dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

Apakah bantahan rakyat terhadap kenaikan ini tidak bijaksana? Apakah rakyat tidak benar-benar berfikir?

Ramai yang keciwa dengan kenyataan Pak Lah ini, beliau seolah menidakkan rintihan dan kesusahan rakyat.

Saya telah bertanya kepada Tuan Syed Shahir Syed Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Kenaikan Told dan Presiden MTUC (dalam Rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini) berkenaan kenyataan ini, sama-sama ikuti ulasan beliau serta reaksi beliau terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengakui kelemahan perjanjian konsesi lebuhraya ini.

Semuanya di http://wtv8.tv/

WTV8 Saluran Alternatif Anda.





Ini gambar Ketua Puteri Umno Pandan yang
dijanjikan tempoh hari, baru dapat UPLOAD
hari ini

Monday, January 08, 2007

Report Card Pak Lah

Penganalisa politik akhbar THE STAR Sdri Joceline Tan hari ini menulis atas tajuk:

Report card on Abdullah

Dimana beliau melaporkan berkenaan ucapan Pengerusi BERNAMA Datuk Annuar Zaini yang telah berucap dalam satu persidangan berhubung pencapaian PM selama 3 tahun di Putrjaya. Beliau telah mengulas pencapaian Dollah dalam isu menangani rasuah.

Kata Annuar pembenterasan rasuah merupakan isu utama yang diberikan tumpuan oleh Dollah sejak menjadi PM walaupun mengakui masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Mungkin benarlah bahawa rasuah merupakan isu utama yang diberi tumpuan oleh Dollah akan tetapi sejauh manakah keberkesanan dan kejayaannya masih boleh banyak diperdebatkan. Dollah menjadi PM ketika anak, menantu dan adik-beradik beliau turut terlibat dalam sektor perniagaan termasuklah yang melibakan perolehan dan kontrak kerajaan yang telah tidak mengecualikan beliau sendiri dari turut terdedah dalam bahana ini.

Bukannya anak menantu dan kaum kerabat PM tidak boleh berniaga, namun perlu ada garispanduan yang menetapkan sejauh manakah mereka ini dibolehkan terlibat dalam kerja-kerja dan usaha yang melibatkan kepentingan kerajaan. Saya pernah menulis dalam BLOG ini betapa mendiang Tun Tan Siew Sin, bekas Menteri Kewangan Malaysia pernah melarang isterinya dari memohon untuk mendapatkan saham terbitan awam atau IPO kerana beliau tidak mahu dilihat sebagai telah menyalah-gunakan kuasa walaupun hakikatnya Menteri Kewangan tidak terlibat langsung dalam menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang tidak dalam proses IPO.

Itu baru memohon saham, bagaimana pula anak-anak dan kaum kerabat pimpinan politik yang pada hari ini bukan sekadar memohon malah memiliki syarikat-syarikat korporat gergasi ini, contohnya anak KM Sarawak yang memiliki institusi kewangan dan anak PM yang memperolehi kontrak dari GLC (walaupun pada kadar yang kononnya kecil).

Anuar sebagaimana dilaporkan dalam THE STAR hanya menumpukan ulasannya terhadap rasuah dari kalangan kakitangan dan pegawai kerajaan. Benar kita tidak menafikan bahawa masalah ini serius namun jangan pula kita lupa atau buat-buat buta bahawa rasuah dan salah-guna kuasa lebih besar lagi berlaku dikalangan mereka yang berkuasa dari kalangan ahli-ahli politik.

Siapakah yang membina ISTANA di Pandamaran tanpa memperdulikan undang-undang dan peraturan? Siapakah yang telah meluluskan tanah-tanah balak untuk diberikan kepada kawan-kawannya?

Jangan pula kita tutup sebelah mata dalam kes rasuah dalam pilihanraya. Wang ringit bertukar tangan untuk membeli undi. Dalam proses perlantikkan pemimpin masyarakat, iaitu melalu proses pilihanraya pun kita terlibat dalam membli undi, lalu bagaimana kita nak salahkan contohnya mata-mata polis yang minta RM10-20 ringgit untuk tidak menyaman seorang pemuda yang menunggang motorsikal tanpa lessen!

Perang rasuah perlu bermula dari atas. Dari proses pemilihan pemimpin lagi. Kalau proses pemilihan pun dipengaruhi rasuah, jangan haraplah peperangan apa jenis sekali pun akan berjaya diperingkat-peringkat yang lain.

Kesimpulannya bagi saya report card nya fail, dan murid ini perlu ditamatkan persekolahnnya!