Wednesday, June 14, 2006

Mathias cabar Kali dan KJ

Nampaknya pertembungan antara Tun Dr Mahathir dan PM Dollah Badawi tidak kelihatan akan kunjung reda.

Ianya kini tidak hanya melibatkan kedua-dua tokoh tersebut semata-mata tetapi kini leftenan ataupun orang-orang kanan masing-masing pun turut terbabit dan terseret sama.



Terbaru bekas Setiausaha Politik Tun, peguam Mathias Chang telah melancarkan serangannya mempertahankan Tun. Malangnya peluru berpandu beliau sekadar mendapat liputan dalam akhbar berbahasa Cina. Akhbar-akhbar lain dingin dan senyap membisu seribu bahasa.

Saya pun cuma terserempak akan hal ini apabila mengunjungi Blog Jeff Ooi di http://www.jeffooi.com/ dimana Jeff memetik laporan yang terbit dalam akhbar The Oriental Daily News.

Mathias mencabar kedua-dua Kalimullah Hassan Timbalan Pengerusi NST dan menantu Dollah, Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengannya bagi membuktikan siapakah diantara mereka yang sebenarnya orang di belakang Dollah Badawi yang mengawal dan mempengaruhi segala keputusan Dollah.

Sebelum ini para pemberita pernah menghujani Tun berkenaan benarkah ada individu di belakang Dollah yang bertindak sedemikian rupa. Walaupun tidak menjawab namun Tun ketawa panjang bila nama Khairy disebut.

Berbalik kepada cabaran Mathias tadi beliau turut menyerang Kali dan KJ sebagai hipokrit keranan kononnya bercakap berkenaan anti rasuah sedangkan mereka menggunakan pengaruh Dollah untuk kepetingan perniagaan dan keduduakan masing-masing.

Beliau turut mencabar Kali dan KJ agar mengisytiharkan aset masing-masing dari sejak Dollah menjadi PM pada Oktober 2003 sehingga kini.

Mathias menganggap Kali menggunakan ruangannya dalam NST untuk menyerang Tun dan tindakan itu beliau nisbahkan sebagai suatu tindakan penderhakaan terhadap bangsa Melayu memandangkan Tun dianggap ramai sebagai wira bangsa Melayu. Dan beliau menggesa Kali agar menghentikan tohmahannya terhadap Tun kerana Tun telah banyak menyumbang kepada bangsa Melayu, sepatutnya orang Melayu menghargai jasa-jasa Tun itu.

Disamping itu Mathias turut menyelar pemimpin-pemimpin tertentu yang telah menyerang Tun sejak akhir-akhir ini antaranya Musa Hitam, Hisahmuddin, Rafidah, Azalina dan Syed Hamid yang menurut Mathias mereka yang berkenaan tiadak akan sampai ke kedudukan mereka hari ini tanpa bantuan Tun.

Hangat dan berasap sungguh kenyataan, tuduhan dan cabaran Mathias itu, padanlah Utusan dan NST tak berani mahu pickup.

Saya kira bola kini berada di gelanggang Kali dan KJ. Mereka berhak menyahut cabaran Mathias ini ataupun mereka berhak menyamannya.

Apa pun sebagaimana WORLD CUP di Jerman, nampaknya perkembangan ini menjadi semakin hangat dan menarik. Cuma diharapkan akhbar media perdana agar beranilah sedikit membuat laporan. Kalau pun tak setuju tak mengapa tapi jangan menyembunyikan maklumat dan berita dari pengetahuan rakyat. Syabas kepada akhbar berbahasa Cina, syabas Jeff.
Nepal mansuh ISA

Ketika menonton BBC sebentar tadi saya terus terpaku melihatkan perkembangan yang sedang berlaku di negara mundur yang terletak di celah pergunungan Himalaya iaitu Nepal.



Disiarkan berita pembebasan puluhan tahanan politik terdiri dari pemberontak kominis Maois oleh kerajaan baru Nepal yang naik memegang kuasa setelah berjaya mengambil-alih dan mengekang kuasa bekas pemerintah monarki iaitu Raja Gyanendra.

Menurut BBC:

The controversial anti-terrorism law was introduced eight years ago. Successive governments renewed it with additional stringent provisions, despite opposition from human rights groups.

It gave sweeping search powers to the security forces and allowed them to arrest anyone on suspicion of links with the rebels. Detainees could be held for up to a year without trial.

Undang-undang kontroversial anti pengganas (ala ISA) itu diperkenalkan 8 tahun dahulu. Kerajaan yang berkuasa sebelum ini telah memperbaharui undang-undang tersebut dengan mengetatkan lagi peruntukkannya walaupun ditentang oleh kumpulan hak asasi.

(Undang-undang tersebut) Ia memberi kuasa besar kepada pihak keselmatan disamping kuasa menahan sesiapa sahaja yang disyaki mempunyai hubungan dengan puak pemberontak. Para tahanan boleh ditahan tanpa bicara selama setahun.


Itu negara mundur, yang serba kekurangan, dhaif dan susah. Tetapi kita yang mendakwa sebagai negara dunia pertama, maju, kaya dan serba membangun, tiba-tiba mengekalkan undang-undang zalim ini warisan penjajah British sehinggalah ke hari ini.

Sekurang-kurangnya ISA di Nepal memberi kuasa menahan tanpa bicara seseorang cuma selama tempoh 12 bulan. Di Malaysia tempoh tahanan ISA nya adalah selama 24 bulan dan boleh diperbaharui dari masa ke semasa atas budibicara pemerintah.

Barangkali lebih baik kita ambil seorang PM dari Nepal dan hantarkan sahaja PM kita ini ke Nepal, apa macam?
Shahrir menjolok sarang tebuan lagi

Kali ini yang dijoloknya adalah Samy Vellu, Menteri Kerjaraya yang sedang sibuk mempertahankan imejnya kerana parti beliau MIC akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinan tidak berapa lama lagi.

Sungguhpun Samy sendiri telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden namun orang keliling-kelalangnya mahu dipastikan menang juga, oleh itu tindakan Shahrir membongkar kerja-kerja kementerian beliau diketika ini sungguh tidak disenanginya.



Shahrir selaku Pengerusi Jawatankausa Kira-kira Wang Negara ataupun PAC (sebuah jawatankuasa yang duduk di bawah Parlimen yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Negara) sedang tekun menyiasat dan mengkaji kerja-kerja yang melibatkan Projek Jambatan Bengkok yang dihentikan oleh kerajaan dan Lebuhraya KL-Putrajaya.

Dalam kes Jambatan Bengkok Shahrir mahu pihak kementerian mengkaji semula bayaran gantirugi RM100 juta yang terpaksa dibayar oleh kerajaan kepada kontraktor utama Gerbang Perdana Sdn. Bhd. Manakala dalam kes Lebuhraya KL-Putrajaya Shahrir mahu pihak kementerian membeli rumah-rumah yang terlibat dan terjejas dengan pembinaan lebuhraya tersebut sebagai satu kaedah penyelesaian.

Cadangan-cadangan Shahrir yang didedahkan dalam akhbar-akhbar semalam telah menyengat Samy sehingga beliau melompat mengeluarkan kata-kata berupa amaran kepada PAC.

Samy mendakwa PAC hanya berkuasa menyemak perbelanjaan di atas projek ataupun kerja-kerja yang telah siap dan bukan sebaliknya.

Beliau mendakwa PAC cuba menganggu perjalanan dan urusan kementerian beliau. Menurut THE STAR beliau mendakwa:

Every week, they have their meetings, and our officers attend and answer their questions. Our officers cant be there always as they also have their responsibilities to carry out. We cant waste our time. We only have a limited time to implement projects.

Tiap-tiap minggu, mereka mengadakan mesyuarat dan para pegawai kami terpaksa hadir dan menjawab persoalan-persoalan mereka. Para pegawai kami tidak boleh semata-mata berada di sana kerana mereka ada tanggungjawab lain untuk dijalankan. Kami tidak boleh MEMBUANG MASA. Kami Cuma ada masa yang terhad untuk melaksanakan satu-satu projek.

Malah dalam nada sinis (dan Samy memang dikenali dengan perangai demikian) sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN beliau berkata:

There must be a limit to the PAC, you are not an operator of this ministry. Ask them to come sit in the Works Ministrylah , and run the ministry. Ask the PAC chairman to come and sit in the ministry. Every project he approves, we will implement it.

Mesti ada had (dalam kuasa-kuasa) PAC, mereka bukan pengurus kementerian (ini). Panggillah mereka duduk sebagai Mentyeri Kerjaraya, dan uruskan kementerian ini. Panggil Pengerusi PAC ke sini dan duduk dalam kementerian ini. Setiap projek dia boleh luluskan dan kami laksanakan.

Perlukah Samy melatah sedemikian rupa?

Tidakkah tindakan Samy itu menghina Jawatankuasa tersebut yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan dilantik pula oleh Parlimen?
Apakah Samy tidak boleh diambil tindakan oleh Parlimen kerana berkata demikian?

Saya kira sikap dan perangai Samy ini mencerminkan betapa beliau tidak bersedia untuk mengamalkan ketelusan dalam menjalankan tugasnya. Ianya sungguh mengaibkan terutama kerana datangnya dari seorang berstatus menteri. Apakah begitu amalan kabinet Dollah Badawi? Seringkali Samy dilihat terlepas dari jaringan seumpama ini, apakah akan terlepas lagi Tok Samy kali ini?

Untuk makluman kerja-kerja PAC yang ahli-ahlinya dilantik oleh Palimen sebenarnya adalah memeriksa:

Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;

Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;

Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Jadi apa akan jadi selepas ini?

Tuesday, June 13, 2006

Aduhai demam World Cup

Bersengkang-sengkang mata sebahagian besar diantara kita setelah semalaman menonton pasukan-pasukan kegemaran beraksi.

Sindrom ini dijangka berterusan sepanjang bulan ini.

Demam bolasepak ini memang tak mengenal agama, bagsa dan fahaman politik. Malah dewasa ini bukan sekadar kamu lelaki, wanita pun turut meminatinya.

Apa pun sebagaimana pesanan alim-ulamak kita, jangan sampai kita lalai meninggalkan kewajipan agama, bola-bola juga.

Akhbar THE STAR Sabtu lepas sempat mendapatkan pandangan Presiden PAS yang ketika itu sedang mengikuti Muktamar PAS Ke 52 di Alor Setar mengenai WORLD CUP FEVER ini.

Ayah Chik (gelaran Tuan Guru dikalangan mereka yang rapat dengannya) menyatakan beliau akan menyokong mana-mana sahaja pasukan yang bermain secara GENTLEMAN tanpa mengira samada pasukan itu dari negara Islam ataupun tidak. Yang beliau minat adalah menyaksikan pasukan yang memilki taktik yang baik bermain.

Sementara itu di Kota Bharu, Kelantan, Negeri Serambi Mekah, menurut anggota EXCO Takiyuddin Hassan (yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Kelantan) skrin-skrin besar akan dinaikkan bagi memudahkan rakyat jelata mengikuti siaran langsung pertandingan World Cup dari Jerman itu.

Bagi saya sendiri keciwa melihat Iran tewas pada Mexico tempoh hari, pasukan pilihan, Brazil, sama dengan Ayah Chik kot?!
Najib mahu timbangkan beli peti undi dari India

NST
hari ini melaporkan kunjungan TPM Najib Tun Razak ke Karnataka, India.

Semasa di sana beliau bersama Presiden MIC Samy Vellu, telah mengunjungi kilang Bharat Electronics Limited. Salah sebuah produk syarikat gergasi India ini adalah peti undi elektronik.


Peti undi elektronik dari India yang digunakan MIC

Menurut Pengerusi syarikat tersebut Gopala Rao, peti undi keluaran syarikatnya itu (iaitu EVM ataupun Electronic Voting Machine) mampu mengelakkan sebarang penipuan, tiada memerlukan kertas, pengundi sekadar membuat pilihan dengan menekan butang-butang yang perlu dan dalam masa kurang dari 30 minit peti elektronik tersebut sudah mampu mengeluarkan keputusan.

Menurut Rao lagi kerajaan India telah mula menggunakan 5,000 unit EVM ini dalam Pilihanraya Umum India yang lalu. Sebuah peti bernilai RM1,520 sebuah.

Yang menariknya Samy mengakui bahawa MIC sudah pun menggunakan peti-peti undi EVM ini sejak tahun 2003 untuk pemilihan partinya. (Adakah MIC telah membeli peti-peti undi tersebut atau memperolehinya dengan percuma sebagai promosi untuk memastikan kerajaan Malaysia kelak akan turut membelinya?)

Dan Najib dilaporkan kagum dengan EVM itu dan memaklumkan bahawa kerajaan akan menimbangkan cadangan syarikat tersebut.

Soalnya apakah masalah sebenar yang sering timbul dalam proses pengundian di Malaysia?

Saya kira sistem penjumlahan undi dan peti-peti undi yang ada sudah pun kemas dan tak perlu dipinda-pinda lagi. Sistem penjumlahan undi di tempat-tempat membuang undi sebagaimana yang diamalakan sekarang yang diperhatikan oleh wakil-wakil parti yang bertanding tidak pernah dipertikiakan sejak ia diperkenalkan samada oleh parti pemerintah mahupun pembangkang.

Tak perlulah kita mahu membelanjakan sampai RM1,520 untuk sebuah peti undi baru.

Yang perlukan perhatian adalah pendaftaran pengundi dan daftar pengundi yang masih longgar dan menimbulkan kecurigaan ramai, proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya yang diadakan SPR tanpa mengambil-kira kehendak asal perlembagaan dan proses pengundian pos yang membelakangkan sama-sekali kaedah ketelusan dan free elections.

Peti undi dan proses penjumlahan undi mungkin masalah untuk MIC atau barangkali Umno tetapi ianya NON ISSUE bagi rakyat Malaysia!

Saya harap jangalah kerana Samy dan MIC menggunakannya maka kerajaan pun turut ghairah mahu meniru. Saya perhatikan keluaran utama BHARAT adalah peralatan dan kelengkapan militeri khususnya dalam bidang sistem dan komunikasi. Jangan nanti kerana nak beli peralatan militeri maka kita terikat untuk turut membeli peti-peti EVM ini yang bukannya merupakan keperluan mendesak bagi negara.

Kalau Najib benar-benar prihatin mahu perbaiki proses demokrasi dalam negara perkara-perkara besar yang saya nyatakan di atas perlulah diberikan perhatian, bukannya membazir duit negara dengan membeli EVM ini.

Monday, June 12, 2006

Mana Che Det tak marahkan Kali

Artikel saya sebelum ini bertajuk ANTARA KALI DAN MULLAH bermaksud memaparkan betapa marahnya Ketua Pengarang NST Kalimullah Hassan terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir atas serangan Tun terhadap beliau termasuklah yang beliau katakana sevagai serangan peribadi.

Pada hari ini dalam akhbar NST disiarkan surat dari Suffi Yusoff iaitu Pembantu kepada Tun yang telah menjelaskan beberapa perkara mengelirukan yang telah disiarkan oleh Kalimullah dalam artikelnya di NST Ahad lepas.

Kata Suffi antaranya dalam artikel tersebut Kalimullah mendakwa:

PERTAMA Tun telah memohon untuk berjumpa dengan PM Dollah Badawi ketika mereka sama-sama menginap di Tokyo sedangkan menurut Suffi sebenarnya Dollah lah yang memohon untuk berjumpa Tun dan permohonan itu dibuat hanya 20 minit sebelum Tun terpaksa menghadiri majlis di Nikkei Conference Tokyo. Lantaran itu Tun bersetuju bertemu tetapi Cuma 10 minit yang dapat diluangkan. (Bagaimana seorang bertaraf Kalimullah boleh berbohong dalam hal ini di dalam akhbar media perdana!)

KEDUA Tun tidak pernah mengundang wakil-wakil media asing untuk menyerang Dollah sebagaimana didakwa. Media asing diundang pada 78 Jun lepas bertujuan megumumkan Forum Global Peace yang akan dianjurkan oleh Perdana Leadership Foundation yang dijadualkan diadakan di KL antara 20 ke 22 Jun nanti. Dalam perjumpaan itu wakil-wakil media yang telah mengemukakan soalan berkenaan dengan Dollah dan disitulah Tun membuat penjelasan.

KETIGA Tan Sri Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) bukanlah Penasihat kepada Tun sebagaimana didakwa di dalam artikel tersebut. Mana-mana individu bebas memberikan pandangan dan pendapat atau nasihat kepada Tun tetapi itu tidak menjadikan mereka sebagai Penasihat kepada Tun.

Demikianlah anatara penjelasan yang terpaksa dilakukan oleh Tun ekoran artikel Kalimullah itu.

Patutlah Tun benar-benar marah pada Kalimullah kerana Kalimullah sendiri pun gemar mereka-reka kisah dan cerita yang palsu dan dibikin-bikin.

Menarik juga kalau kita perhatikan diruangan surat dari pembaca di NST yang menyiarkan surat dari Suffi itu terdapat nota dari pengarang yang menyebut:

We have received many letters in support of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Because they express similar sentiments to the correspondence already published, we have decided to bring this subject to a close. : Editor

Tak tahulah sejauh mana sebenarnya bilangan surat yang meyokong Dollah dan berapa pula yang menyokong Tun yang diterima oleh NST. Tetapi kalau kit teliti akhbar THE STAR hari ini masih terdapat surat dari pembaca yang terus menyokong Tun.

Who is the actual demon now???
Antara Kali dan Mullah

Semalam dalam ruangannya di NST Ketua Editor akhbar milik Umno itu Kalimullah Hassan mengadu tersinggung dengan kenyataan Tun Dr Mahathir akhir-akhir ini terhadap beliau.



Beliau mendakwa kenyataan dan serangan Tun terhadap beliau kini sungguh peribadi dan menganggu beliau dan keluarganya.

Apabila membaca artikelnya AND WHO REALLY IS DEMONISING WHOM? Saya agak bersimpati juga dengan Kalimullah. Beliau menulis:

At a couple of Press conferences, he joked about my name, saying that the media was controlled by a Hindu God (Kali) and a Muslim priest (Mullah). Some guys thought it was witty and laughed with him.

Dalam beberapa sidang akhbar, beliau mempermaikan nama saya dengan mengatakan bahawa media (hari ini) sebenarnya dikawal oleh dua orang iaitu Tuhan Hindu (KALI) dan seorang ulamak Islam (MULLAH)

Memang kenyataan Tun itu kelihatan sungguh personal, sebagaimana kalau tak silap mereka yang mebantahnya satu ketika dahulu pernah menggelarnya MAHAFIRAUN.

Tetapi mungkin Tun membuat kenyataan itu kerana hakikatnya memang media perdana pada hari ini telah diekakng dan dikawal oleh kuasa tertentu. Tiada lagi kebebasn akhbar.

Ahhh bukankah masa Tun juga begitu?

Mungkin di zaman Tun bukan KALI dan MULLAH nama pengawalnya!

Apa pun saya kira apabila semua akhbar media perdana meletakkan kenyataan Tun yang hangat dan membakar tempoh hari (termasuklah mengatakan Dollah bukanlah calon sebenar untuk menggantikannya sebagai PM) di muka depan akhbar masing-masing, memang terasa seolah bagaikan ada suatu konspirasi sedang disusun oleh pihak-pihak tertentu.

Ternyata esoknya seluruh saluran media perdana bukan sekadar yang bercetak, malah TV dan radio termasuklah NST telah digembelingkan untuk menyerang Tun pula !

Kerana itulah agaknya Tun pula terbakar, sehinggakan nama KALIMULLAH pun dibuat lawak.

Entahlah, tapi untuk pengetahuan KALIMULLAH bagi pihak pembangkang kenyataan seumpama ini sudah biasa. Kerana mereka dikongkong, dikekang, diputar-belit, difitnah dan dimacam-macam lagi oleh akhbar media perdana hampir tiap hari termasuklah (terutamanya) oleh pihak NST, samada di zaman Tun ataupun kini dizaman Dollah, dizaman beliau.