Tuesday, May 20, 2008

Ulangtahun ke 4 Roslan SMS Corner

Alhamdulillah hari ini adalah hari ulangtahun ke 4 blog ini, Roslan SMS Corner, yang telah saya mulakan sejak 20 Mei 2004 (iaitu selang beberapa minggu selepas PAS dan parti-parti pembangkang menghadapi kekalahan terbesar dalam sejarahnya pada Pilihan Raya Umum 2004). Sedikit pun tidak saya menjangka yang blog saya ini akan mampu meraih kunjungan dari orang ramai apa lagi menjadi bacaan tetap dan rujukan harian.

Saya sememangnya telah mula menulis dan berkarya sejak sebelum itu lagi, namun melalui blog ini saya menyalurkan secara tetap dan konsisten pandangan dan bacaan saya terhadap satu-satu isu yang terlintas difikiran. Ada kalanya ia dikongsi bersama dan ada kalanya ia tidak, terpulanglah kepada mereka yang mengunjungi blog ini.

Apa pun saya menghargai kunjungan saudara/i sekalian, malah ia sesungguhnya mendorong saya untuk berterusan berkarya selagi mana ada kemampuan dan idea insyallah.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjaya dan mempopularkan blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberikan semangat dan dorongan, kawan-kawan yang membantu mempopularkan dengan meng "forward" kan artikel dan karya saya ke kawan-kawan lain dan "e-groups", laman-laman web yang membantu, mereka yang tidak penat-penat menurunkan komen, teguran dan cadangan, termasuklah yang sudi "link" kan pula blog ini di laman web dan blog masing-masing.

Terima kasih khas sudah pastilah kepada Mamat http://kaset79.blogspot.com yang telah menghasilkan blog ini sejak awal-awal dahulu, Cpol yang menambah-baikkan dan lain-lain yang terlibat. Kejayaan blog ini adalah kejayaan anda semua jua.

Berikut adalah statistik pencapaian blog ini sebagaimana yang diukur oleh webstats.motigo.com dan onestat.com, ianya terlalu kecil berbanding dengan laman web dan blog lain yang lebih popular dalam negara, tetapi saya bersyukur dan berterima kasih:

Webstat

Mengukur sejak 12 Julai 2006
Jumlah "page views" setakat semalam: 1,664,747
Hari paling sibuk: 14 Disember, 2007 (10,212 "pageviews")

Onestat

Mengukur sejak 17 Oktober 2006
Jumlah "page views" setakat semalam: 1,506,700
Hari paling sibuk: 9 April 2008 (9,413 "pageviews")

Terima kasih semua, mudah-mudahan usaha kita bersama diberkati Allah swt.

7 comments:

Anonymous said...

salam ulangtahu bro ...
date tu sama dgn ana punye anniversary p'kawinan dgn ana/wife.

lan said...

tahniah saudara, teruskan usaha menulis anda!

Salam Ukhuwah... said...

Slamat hari lahir buat Roslan SMS Corner. Smg pengalaman mematangkan anda dan mendidik anda utk terus istiqomah mencurah bakti kepada bangsa dan agama. Smg kegigihan anda diteladani golongan muda. Asah dan tajamkn lagi mata pedang anda itu biar libasannya menyentak lamunan yang leka. Allah telah memilih anda utk beraksi di persada umat. Maka persembahkanlah yg terbaik utk ad-Din tercinta.

Salam perjuangan!

Anonymous said...

Tahniah saudara Roslan sempena sambutan yang 4 ... semoga terus suxces dan berani menyatakan apa yang benar dan menentang perkara kemungkaran .

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Faiz Shukri said...

Perjuangkan yang Hak, dan tentanglah Kebatilan!

InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Moga segala usaha saudara diberkati Allah s.w.t.

ANAK BAPAK said...

tahniah saudara roslan atas sambutan ulang tahun ke-4 blog roslan SMS corner..moga sentiasa menjadi wadah wacana minda kritis ke arah masyarakat intelek...tahniah sekali lagi..

bertekad membenarkan apa yang benar dan menyalahkan apa yang salah...

allahuakbar..!!

Imran Yusuf said...

Tuan Roslan,

Syabas dan tahniah serta terima kasih atas segala usaha tuan mendekat kami dengan ilmu politik.

Teruskan usaha menghangat suasana politik tanah air - kemanisan politik tidak dapat dinikamti dalam kedinginan...!!