Tuesday, May 06, 2008

Ucapan dari Sdr Anuar Mohd Nor


(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)


Tahniah kepada Sdra atas sambutan tahun ke 4 blog saudara. Asas yang ada bagi kita bloggers adalah untuk menyampaikan apa yang kita rasa, tahu dan ingin berkongsi kepada semua pembaca. Setakat ini blog sdra telah banyak memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dan tempat berdiskusi untuk berbagai-bagai isu khususnya politik dan kemasyarakatan. Keprihatinan sdra amat membanggakan.




Saya percaya kehadiran sdra turut memberi impak kepada perubahan yang ada khususnya dalam memastikan agama dan bangsa kita melangkah ke tahap yang lebih membanggakan. Saya percaya kepada sumbangan dan peranan yang saudara mainkan melalui blog saudara.


Bagi saya satu pendekatan khusus perlu kita ambil " ketegasan dengan penjelasan" dalam usaha kita untuk memainkan peranan menyatupadukan orang Melayu dalam kerangka kita dari masyarakat yang pelbagai kaum dan memastikan Malaysia ini berjaya dalam memenuhi hasrat dan matlamat rakyat.


Teruskan dan saya Anuar Mohd Nor mengucapkan Tahniah dan Syabas

(Sdr. Anuar yang saya kenali adalah salah seorang tokoh reformis di alam siber sejak sekian lama. Mengendalikan pelbagai laman web dan kini umnoreform dot com yang sangat panas dan infomatif itu. Terima kasih atas penghargaan sdr. )

http://www.umno-reform.com/

No comments: