Monday, May 19, 2008

Tun Dr M: Selamat tinggal Umno

Masing-masing terpinga-pinga, ada yang tergamam, ada yang terdiam, ada yang melonjak gembira apabila mendengar berita, bekas PM dan Presiden UMno mengisytiharkan keluar dari Umno siang tadi. Sekali lagi kita menjadi saksi ke atas perkara dan persitiwa yang berlaku dalam negara dan terhadap BN dan Umno yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini.

Mengapa Tun bertindak demikian?

Menurut laporan beliau melakukan demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dollah Badawi sebagai Presiden parti. Tun tidak sekadar mengisytiharkan dirinya keluar meninggalkan Umno malah mengajak ahli-ahli lain turut sama berbuat demikian.Tujuan utama Tun, agar dengan tindakan sedemikian, nanti Dollah akan tertekan dan akhirnya melepaskan jawatannya, dan apabila ini berlaku barulah beliau dan yang lain akan kembali menyertai Umno.
Ini bermakna dalam Umno sudah tidak ada lagi demokrasi, benar akan ada pemilihan parti tersebut hujung tahun ini, tetapi dengan pelbagai syarat dan peraturan yang tidak demokratik termasuklah memenuhi kuota pencalonan, mustahil pucuk pimpinan Umno dapat diubah melalui proses pemilihan itu.

Mungkinkah ramai akan menyertai jejak Tun dan seterusnya melumpuhkan Umno?

Kalau orang Umno masih ada yang berani, masih ada jiwa Umno yang sepatutnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, mungkin Umno akan lumpuh sebelum akhir tahun ini, mendorong Dollah untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti dan PM.
Tetapi mungkin juga hanya Tun dan dua tiga kerat sahaja yang akan berbuat demikian, (terbaru Tan Sri Sanusi Junid) yang lain mungkin tidak berani, lantas terus mengekalkan Umno sebagai sebuah parti elit milih Dollah dan kaum keluarganya, tidak lagi berani membawa perubahan apalagi mahu memperjuangkan secara ikhlas nasib agama, bangsa dan negara.

Ini satu lagi perkembangan terbaru dan sangat menarik, marilah sama-sama kita ikuti dengan penuh minat.

15 comments:

Anonymous said...

Bro Roslan,
Bagi aku plak Tun M ni mmg suka buat kacau! Dia ni macam cakap depan cermin ... dia cakap Pak Lah itu Pak Lah ini, padahal zaman dia dulu lagi teruk!!

Yg kuota utk menjadi calon presiden UMNO tu saper yg buat kalo tak dia?? Skang ni bleh plak dia kritik mende yg dia sendiri perkenalkan ... zaman dia dulu nak bersuara sepatah pun tak de siapa yg berani ...

Aku rasalah bro, kalo tahun 1998 dulu, ko sendiri tak berani nak bukak blog utk kritik mahathir habis-habisan ... silap2 masuk ISA zaman tu!!

Ibn Jabbar said...

Berakhirnya mahathirisme dalam umno yang memungkinkan parti itu akan terkubur atau lega untuk menghadapi cabaran luar-dalam.

Anonymous said...

Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Faiz Shukri said...

saya lebih prefer kalau mereka ni keluar umno sebab dah menyampah dengan dasar umno yang tak relevan tu, dan bukan atas faktor kepimpinan yang lemah semata-mata.

andaikata PM sekarang ditukar sekalipun, saya tak rasa pelapis2 Pm yang ada dlm umno skrang mampu bawak perubahan yang significant kpd umno. pusing2 pun ke situ jugak, selagi dasarnya tak diubah.

ibarat penumpang yg keluar keretapi buruk sebab tak suka dkt pemandu dia. bila tukar pemandu baru pun, penumpang masuk balik. walhal, destinasi tetap sama, keretapi pun tetap yg buruk ;)

Anonymous said...

Tun KT sudah tidak releven lagi, dah tak laku...percayalah tiada apa apa pun akan berlaku malah puok TT akan bergumbira kerana duri dah terkeluar dari dalam daging dengan sendirinya!

Mek Na said...

sy suka ide dan cara Tun yg pragmatic tu tapi saya rasa tak patut la Tun buat lagu tu. dia betul2 seteru ngan pak lah. i thk PL shd be given a chance to proove himself...rasanya dia dah belajaq dr kesan PRU baru2 ni.

Letting the time pass me by said...

With these kind of political situation, what is more alarming is its impact on the economy that may trigger an economy instability...

Well with the high inflation rate and the current high rice prices, there will be a rough ride ahead..

Faiz Shukri said...

Saya bersetuju yg kestabilan ekonomi tu berkait rapat dengan kestabilan politik. cuma, pada saya, politik negara kita takde lah sampai ke thp tak stabil. perbezaan ideologi itu normal, krisis dalaman parti pun normal. tp, secara keseluruhan, flow politik kita masih stabil.takde rampasan kuasa sesuka hati, takde bom sana bom sini. hormat menghormati masih ada to some extent.

lihat sahaja di negeri pakatan rakyat. dulu katanya, pelabur takut. tp, sekarang, kat penang saje dah capai rm1 bilion pelaburan sjk pakatan amik alih krjn.

selain faktor politik, faktor2 lain seperti aman, high market potential, high purchasing power, akan dinilai oleh pelabur.

Wallahu'alam.

Rezeki itu dtg daripada Allah. Kita usahalah yg terbaik dulu insyaAllah :]

Anonymous said...

....biasa laa umno...pemimpin datang dan pergi.lepas jadi pemimpin,dah habis semua dia bolot...kluar laa parti.macam yg sudah2 gak.tak heran pun aku...

Imran Yusuf said...

Tuan Roslan,

Walau apa pun reaksi atau sebabnya, saya percaya akibat daripada tindakan Tun ini akan memanaskan lagi suhu politik tanah air yang memang belum reda kehangatannya sejak keputusan mengejut PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

hannan said...

Cuma harap saya, jgn kaitkan perpecahan Umno dengan perpecahan melayu. Tak adil jika dihukum begitu. Sebab kalau umno berpecah, melayu tak semestinya berpecah. Umno bergolak, melayu tak semestinya bergolak sama. Kena ingat, ramai orang melayu pun ada dalam Pas dan Pkr juga ;)

Anonymous said...

AnakMudaParlimenBatu,
TUN RAZAK tak sempat nk keluar UMNO sebab meninggal di LONDON, kalau umur pnjg mcm TUN M pun aku rasa mesti beliau keluar UMNO jugak..betul bapak aku cakap, sejarah UMNO memg begitu dn sekrg berulang lagi, semua pemimpin akan meninggalkn parti sebb, UMNO hanya mementingkan kebendaan, tolak agama ketepi..

joey

Anonymous said...

to Mek Na>
Nie kita bercakap pasal pemimpin, bukan pasal budak sekolah bleh wat silap di maafkan utk lebih baik.
Pemimpin ni dipilih dr berjuta2 dan kesilapan kalau kecik takpe, inikan kesilapan mengkayakan anak bini, mengkucar-kacirkan akidah org( islam hadhari yg tak jelas) dan menyusahkan rakyat, camane nak maafkan tu kak oi.

So sorry to you Pak lah, there will be no 2nd chance unless you go down to lowest level back then if you can climb back to the top, maybe youll get the forgiveness( 2nd chance).

Anonymous said...

Memang betul pun.
UMNO hanya mementingkan kebendaan.
Nak minta biasiswa ke, kerja ke
mesti endorse org kuat Umno.
tak kira la prgkt Adun ke Parlimen
ke. Kalau tak ada surat sokongan drpd diaorg mmg tak dpt la...
Lepas tu aku tgk kalau org dpt
pangkat ketua bahagian disesuatu
kwsn mesti dia dpt kereta yg best
punya. Pulak tu secara drastik!!
Tu yg heran bin ajaib betul.
Especially kat FELDA byk insiden2
mcm ni berlaku.
Kalau time nak mengundi G10 kumpulan yg paling "ketar kepala"
meraih undi agar anak2 Felda yg
bermastautin di tmpt lain kembali
utk mengundi.Lps tu janji bagi
duit kat diaorg ni mengikut
kilometer.
Habis mengundi bagi imbuhan tak setimpal dgn apa yg mula2 dijanjikan.

GENERASI KE 2 FELDA
PAHANG

Anonymous said...

...apa?!! che det nak keluar parti? ada SYARAT pulak, pak lah letak jawatan. tak ada maknanya tu. mulia lagi tunku & hussin onn, keluar tanpa sebarang syarat.

...ini bukan era kejatuhan pak lah tapi lebih kpd era kejatuhan che det, umno & bn. sekali package 3 dlm 1. kahkahkahkah.