Friday, May 09, 2008

Ucapan dari Ahli Parlimen Titiwangsa

(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)

Sedar tidak sedar anda telah berjaya menjadi ejen perubah masyarakat melalui peranan awal anda dalam blog. Saya salut anda atas 'keberanian' untuk memulakan perkara baru, 'ketabahan' untuk terus bertahan, dan 'kebijaksaan' untuk menjadi 'out-standing', lain dari yang lain.

Saya kongsi konsep rakan-rakan blog, lakukan yang berbeza untuk dapat hasil yang berbeza. Moga terus teguh dan terus memacu perubahan kearah kemenangan. Moga usaha anda diganjari berlipat kali ganda.

Saya salut Roslan SMS dan semua yang mendorong dan mendokong.

Dr Lo'lo'


(Terima kasih YB Dr Lo’lo Dato Ghazali, seorang pemimpin Muslimat yang cekal, walaupun nampak tegas tetapi sangat menghormati pandangan orang lain. Beliau memecah rekod sebagai ahli parlimen PAS yang pertama di Wilayah Persekutuan. Walaupun sibuk dengan tugasnya namun mengambil masa untuk menurunkan coretannya di sini. YB juga seorang blogger.)

http://docpearl.blogspot.com/

No comments: