Monday, May 05, 2008

Ucapan dari Sdr Faisal Mustaffa

(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana cekal dalam penulisan saudara melalui blog. Sebagai seorang yang banyak terdedah dengan isu-isu tempatan, nasional dan antarabangsa sesungguhnya sudah tentu maklumat dan pendapat saudara tidak patut dibiarkan begitu sahaja dan penggunaan blog untuk pengetahuan masyarakat yang lebih meluas amat penting.

Blog saudara sering saya gunakan untuk bahan-bahan maklumat tambahan dan isu-isu baru yang berlaku. Tidak semestinya kesemua maklumat itu pembaca dapat menerimanya tetapi kebebasan bersuara dan memberi pendapat blogger itu yang lebih mustahak.


Bukan mudah untuk menjadikan penulisan blog bertahan selama empat tahun. Sebagai blogger sendiri, saya sering terasa tertekan apabila teman pembaca rasa gusar apabila blog saya sendiri tidak dikemaskini, selalunya kerana tugasan lain yan gmemberi sedikit sebanyak kekangan.

Namun, saudara dapat bertahan dan mengatasi kesemua itu disamping urusan kerja, politik, aktiviti sivil dan mengendali WTV8.TV Kesemua tugasan dan tanggungjawab tersebut, saudara dapat laksanakan denganamat berkesan.

Tahniah sekali lagi dan saya harap n32.blogspot.com dapat memeriahkan lagi aktivisme maya dan memperluaskan lagi pengetahuan lebih ramai pihak. Tahniah dan saya sentiasa doakan semoga Tuhan memberi kesihatan agar dapat memeriahkan alam blog.

Ikhlas daripada

Faisal Mustaffa

http://www.faisalmustaffa.blogspot.com/


(Sdr Faisal adalah seorang aktivis yang rajin, berdisiplin dan gigih. Beliau saya kenali melalui penglibatan kami dalam gerakan politik alternatif. Beliau juga seorang teman blogger. Sukar mencari seorang anak muda yang istiqomah dan sanggup menongkah perjuangan dalam apa situasi dan kondisi sekalipun. Beliau salah seorang yang terlibat aktif dalam gerakan BERSIH. Terima kasih atas ucapan sdr. )

No comments: