Ucapan dari "Sang Kelembai"
(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)
Satu sikap Sdra dan saya ialah yakin dengan apa yang dilakukan sebagai penulis blog. dan sudah pasti mereka yang tidak yakin, tidak akan berusaha melakukanya. Kita bersama tidak pernah keraguan mempengarahui kita dalam pilihan yang kita lalui ini yang dikira sebagai menentang arus. Kerana Saudara tidak pernah rasa takut maka sifat berbahaya dalam setiap tulisan Saudara menjadikan Saudara seorang pemberani. Maka itu kadang kalanya ada tulisan Saudara yang saya rasakan salah, sebenarnya kesalahan yang Saudara lakukkan itu dengan mudah diralat atau diperbetulkan dengan keberanian yang lebih besar. Semua orang akan mengagumi orang-orang yang berani,tidak ada seorang pun yang menghormati orang yang penakut. Selamat Berjuang dan Selamat Hari Jadi yang ke Empat tahun Roslan SMS Corner
dpd ZAHARIN MOHD YASIN @ SANG KELEMBAI.
(Kami saling mengenali melalui tulisan masing-masing. Pertemuan pertama adalah di Kelab Century Paradise sama-sama mengikuti pidato bekas PM Tun Dr Mahathir. Zaharin mencipta nama melalui gaya dan sasaran penulisannya. Tidak kurang beliau juga seorang karekter yang penuh kontroversi. Walau apa pun beliau seorang kawan temnpat saya bertukar-tukar pandangan, terima kasih Abang.)
2 comments:
tak paham laa apa maksudnya.bahasa tinggi apa yang dia pakai ntah laa.macam samy vellu ja ayatnya.
itu la bahasa yg di panggil berpaling tadah,,muka tembok,,
Post a Comment