Saturday, May 24, 2008

Tangani segera isu pakaian sekolah ini

Saya menerima banyak email, sms dan komen dari kawan-kawan dan para pembaca blog ini berhubung isu baju kurung yang digunakan disekolah-sekolah kerajaan, ramai yang menyokong walaupun ada yang menentang dan mirip pada pandangan Sisters in islam. Sesungguhnya kita semua bertanggungjawab memperjuangkan isu ini demi maruah dan masa depan anak-anak kita semua.

Awal pagi tadi saya terpaku melihat siaran Berita Bernama, apabila seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Tamil dengan berani mengakui bahawa isu ini adalah kritkal dan perlu diberi perhatian. Kata beliau memanglah pakaian baju kurung ini lengkap menutup aurat (menurut beliau), tetapi kadangkala ada pelajar terutama yang bukan Islam yang menggunakan pakaian yang tipis sehingga menampakkan pakaian dalamnya bagi tujuan menarik perhatian orang.

Saya terpaku kerana seorang guru besar yang bukan Islam boleh mengakui perkara ini dan ancaman yang berbangkit darinya tetapi ramai kita yang Islam pandangan sepi dan kecil malah menyerang pula saranan PKPIM itu.

Dalam The Star hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sekolah-sekolah) Datuk Noor Rezan menjelaskan bahawa pihak sekolah boleh mewajibkan pelajar-pelajar yang berpakian baju kurung terlalu tipis agar mengenakan "camisole" atau pakaian dalam berupa singlet di bawah baju kurung berkenaan. Menurut beliau terpulanglah kepada guru besar masing-masing untuk menimbang dan melaksanakannya jika perlu.

Ini bermakna isu yang diketengahkan oleh PKPIM itu adalah "real" dan mengancam kestabilan masyarakat kita lantas perlu ditangani segera.

Saya sangat-sangat berharap kita pandang serius isu ini, dan menunggu-nunggu ahli Parlimen dari manakah yang akan membawa isu yang ditonjolkan oleh PKPIM ini ke Parlimen nanti.

9 comments:

Carl said...

Salam,

Saya mengharapkan ahli parlimen dari kalangan kaum hawa dapat mengusulkan isu ini di parlimen. Ini bukan soal feminis atau tentang sikap kaum adam, tapi lebih daripada mencegah sebelum terjadi sesuatu yang tidak elok. Masalah sosial yang kian parah kini perlu di atasi dan dibendung dari peringkat sekolah lagi. Jangan kaitkan isu ini dengan hak asasi manusia. Soal hak dengan langkah pencegahan adalah perkara yang berbeza.

lan said...

amat sedih bila non muslims pun boleh setuju dengan pakaian yang yang tidak berapa selamat di sekolah.. kita yang islam pun asyik menghentam pihak yang saya kira cuba untuk membantu amal makruf nahi mungkar

Lidah Penghunus said...

Takpe la kita tunggu la bencana ni kena pada anak-anak mereka yang memperlekehkan pandangan Helwa PKPIM tu.

Anonymous said...

sekiranya yg menentang dan memperlekeh saranan dari PKPIM nie adalah orang Islam melayu....memang bengonglah orang itu...guru besar bukan Islam pulak yg concern dan prihatin...syabas diucapkan kpd guru besar tersebut.

kpd YB salahuddin dan sewaktu dgnnya...lain kali kene peka dan berhati2 dlm memberi reaksi or comment kpd media..tambah lagi media arus perdana...YB adalah duta PAS...YB sepatutnya lebih maklum tentang mereka...saya rasa mahfuz omar waktu jadi ketua pemuda PAS lagi peka dan bijak dlm mengeluarkan kenyataan kpd media....so utk YB salahudin...jgn ulangi kesilapan bodoh nie.

utk yg lain....jgn anggap idea dari adik2 dlm PKPIM or mana2 PMI uni kat malaysia nie sebagai idea yg remeh temeh....budak2 nie lebih mengetahui sbb mereka berada dlm masyarakat, mereka selalu buat research melalui pengalaman peribadi, mereka selalu discuss dgn kawan2 mereka...dgn erti kata lain, idea dan saranan mereka adalah lebih tepat dan bernas berbanding pandangan mereka yg hanya duduk atas kerusi empuk yg terlalu bergantung kpd nombor statistik.

sila belajar2 respect pandangan dan idea dari adik2 PKPIM dan sewaktu dgnnya.

p/s: ceramah yg YB salahuddin keluarkan comment yg tak releven tue adalah pd tahun 2005

Naimz said...

Assalaamu'alaikum,

Terima kasih diucapkan kepada saudara Roslan SMS kerana memperjuangkan isu ini di dalam blog yang popular ini. Semoga hal-hal seperti ini akan diperjuangkan secara serius. Sekurang-kurangnya, di samping kita memperjuangkan pemurnian pemikiran melalui perjuangan ideologi, usaha-usaha pembaikan yang konkrit seperti ini pun perlu dilaksanakan.

Setiausaha Agung PKPIM.

Unknown said...

selain daripada pengetua/guru besar yg boleh mewajibkan pelajar memakai baju kurung @ pakaian dalam yg sesuai, peranan ibubapa sangat besar dalam menjaga tingkahlaku dan pemakaian anak-anak mereka. banyak hal yg berlaku pada budak-budak sekolah sekarang ni adalah kerana sikap ibu bapa yg tak ambil peduli dan terlalu manja/percayakan anak-anak. Pihak sekolahpun sebenarnya tak ada banyak ruang yg selesa utk mengkuatkuasakan peraturan yg mungkin tidak mendapat persetujuan ibu bapa. Sebenarnya di sekolah, bukan setakat baju kurung, pakaian hari kokurikulum juga banyak menimbulkan ketidakselesaan mata memandang dimana budak-budak suka sangat pakai seluar sukan yg kecik dan ketat (nampak bergolek-golek). Tapi apa pihak sekolah boleh buat? ibu bapa pun tak tegur! kalau sekolah melarang, pasti ada komplen dari ibu bapa & pihak sekolah pasti kalah jika dirujuk pada pihak yg lebih tinggi. JADILAH IBU BAPA YG BERPERANAN!

Anonymous said...

tapi Menteri Pelajaran dah bagi komen..
Macam tak setuju je..
Camne nie???
Pada pandangan saya memang baju kurung putih ni menampakkan keseksian budak perempuan,,,

Mr. Right said...

Jawapan kementerian:

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/26/nation/21361461&sec=nation

Ted said...

tgk dalam berita ke ape ntah, tp tgk org temuramat menteri, d.hishamudiin..muka dia macam blur...n dia kata takdela bukan sbb pakaian pun..