Wednesday, April 23, 2008

Mansuhkan sahaja dasar PAS demi Karpal

Pengerusi DAP Karpal Singh tidak mahu PAS atau mana-mana pemimpinnya termasuk Mursyidul Am dan Presidennya untuk menyatakan hasrat mahu memperjuangan lagi Negara Islam di Malaysia. Karpal mahu PAS menggugurkan agenda tersebut dari pejuangan partinya. Mengapa? Sebab kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara sekular, dan ianya harus kekal begitu.

Oleh itu demi melayan kemahuan Karpal ayuhlah kita ubah PAS. Selepas ini jangan lagi PAS menjadi Parti Islam, sebab negara sekular tidak ada ruang untuk itu, dan tuntutan Karpal itu "valid" dan perlu diraikan. Mungkin perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meminda Perlembagaan PAS dengan mengubah nama PAS kepada yang lain yang lebih relevan, mungkin Parti Kebajikan atau Parti Kesejahteraan.

Selepas itu PAS juga perlu memansuh beberapa perkara asas dalam Perlembagaannya antaranya Fasal 3 yang menyebut: Dasar PAS ialah Islam. Tukar sahaja kepada "kebajikan" atau "keadilan". Mansuh juga Fasal 4 yang menyebut: Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. Tukar sahaja kepada "Salam sejahtera" atau apa sahaja yang seumpamanya. Bagaimana pula dengan Fasal 5 yang menggariskan "tujuan" PAS? Ia menyebut bahawa antara "tujuan" PAS adalah memperjuangakn sehingga terlaksana nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah. Ini tidak boleh kalau tuntutan Karpal mahu dilayan. Walaupun semangat peruntukkan itu telah kekal sejak penubuhan PAS pada 24 November 1951, namun demi Karpal eloklah ianya dimansuhkan sama-sekali. Cari sahaja tujuan lain yang tidak membawa konotasi Islam.

Begitu juga Fasal 6 yang memuatkan "usaha-usaha" PAS, mungkin dengan kerjasama Karpal kita boleh tubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyemak semula Perlembagaan PAS. Jangan lagi ada walau sedikit unsur ke arah sebuah peradaban Islam. Hati Karpal perlu dijaga.
Saya percaya siapa sahaja ahli dan pendukung PAS yang tulin, yang membaca perenggan-perenggan di atas pasti panas hatinya, malah saya yang menulis pun sebenarnya tidak tergamak tetapi begitulah kalau kita berpendirian perlu untuk melayan tuntutan Karpal itu, pemimpin tertinggi DAP, yang dengannya kita berkongsi kuasa demi kebaikkan semua.

PAS adalah parti Islam, PAS adalah galang-ganti kepada penubuhan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 dan kemudiannya diharamkan penjajah British. Perjuangan PAS sejak dahulu, dalam keadaan lemah dan terhina atau dalam keadaan kuat dan mulia, begitulah iaitu berpegang teguh untuk melaksanakan nilai-nilai kehidupan Islam, yang terbukti universal dan boleh diterima semua.

Kerana Islam inilah PAS berjaya membentuk kekuatan ahli dan jentera yang sangat berdisiplin, yang berkorban secara sukarela tanpa mengira upah atau ganjaran. Kekuatan ini bukan hanya diakui oleh lawan malah diiktiraf oleh semua termasuk ahli-ahli dan pimpinan parti Karpal sendiri. Siapakah yang telah berjaya meyakinkan orang-orang Melayu Islam untuk mengundi dan menerima DAP jika tidak jentera ini, siapakah yang telah memenuhi tenaga pilihan raya, polling dan counting agent termasuklah untuk calon-calon DAP jika tidak dari jentera ini. Di kerusi-kerusi "marginal" dimana DAP sangat memerlukan undi orang-orang Melayu untuk menang, siapakah yang telah bekerja mendapatkan kecenderungan ini jika tidak dari jentera ini.

Ramai ahli-ahli dan pemimpin PAS percaya yang ruang perlu diberikan untuk terus menerang dan memahamkan akan dasar dan perjuangan PAS khasnya kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Usaha ini malah sedang diteruskan dengan gigih bukan hanya kepada PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Cumanya sebagai kawan tindakkan Karpal akan menghiris perasaan kawan, dari situ akan timbul kebencian dans eterusnya ketegangan.

Suatu sikap dan pendirian segera perlu diambil. PAS bukan parti yang terdiri dari 10-20 orang, bilangan ahli-ahlinya berpuluhan ganda lebih besar dari DAP. Jangan sampai ahli-ahli PAS hilang kesabaran dan menuntut sesuatu yang akhirnya merugikan semua.
Samada kita akur dan melayan karenah Karpal atau kita bersama mempertahankan parti ini, bagaimana?

27 comments:

Idham said...

Segala penerangan PAS itu telah diselewengkan oleh UMNO-Barisan Nasional dengan diputar belitkan kenyataannya yang melahirkan satu gambaran, Negara Islam adalah Negara yang akan menindas golongan non muslim. Golongan non muslim tidak menerima negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS, adalah kerana mereka bimbang nasib dan masa depan mereka dizalimi, sedangkan dalam bentuk negara islam yang dicadangkan oleh PAS, tidak pernah mengabaikan hak-hak non muslim dalam sesebuah negara, bahkan Islam menetapkan hukum haram bagi kerajaan Islam mengabaikan hak-hak non muslim.
http://idham-xpression.blogspot.com

azhar said...

Assalamualaikum,
PAS tetap PAS , perjuangannya memang untuk Islam , jika tiada apalah ertinya hidup ini buat orang Islam, Karpal biarlah hingga putus nyawanya, dakwah sudah ,tarbiah sudah , terang sudah , lihatlah contoh kepimpinan Kelantan , jika beliau begitu biarkan tarbiah lagi , usaha lagi , mungkin terbuka hatinya nanti..lakum dinukum ..waliadin

Anonymous said...

sape karpal tu yang sesedap dia aje nak suruh parti lain tukar ideologinya. MEmang dasar tak boleh dibuat kawan, tak reti2 nak bertoleransi dengan kawan.

Anonymous said...

Salam,
Tuan Roslan, kita dakwah kat Karpal sampai masuk ISLAM!

Anonymous said...

karpal outdate mcm trm.rasa

Anonymous said...

sdr
kenapa perlu dibahaskan lagi perkara ini, masa kini adalah masa untuk membuktikan kebajikan dalam negara Islam melalui contoh dan amalan.sesiapa pun akan skeptik kerana sesuatu dasar amat kerap tidak selari dengan amalan ( cakap lain bikin lain ).Karpal singh bukan masalah bagi PAS, beban membuktikan kebajikan dalam Islam itulah masalah sebenar bagi PAS.
Tanpa hujjah yang bertubu-tubi pun masyarakat akan akur dengan bukti dan amalan yang dilakukan .kebayakan menanti-nanti apa itu kebajikan dalam Islam.ayuh kita bersama membuktikanya.

sekian

Anonymous said...

cuba baca artikel bertarikh 15 april oleh aris awang berjudul antara durian dan sabun http://kedahlanie.blogspot.com/search/label/Penulis%20Tamu

Yanaam said...

Lantik je dia jadi penggubal perlembagaan baru PAS. Mungkin dia kecewa sebab tak dilantik sebagai SU Agung Umno baru-baru ni.

Unknown said...

Saya pada mula-mulanya tidak mahu mengambil bahagian dalam perbincangan ini dan hanya sekadar berdiam diri sahaja. Tetapi menyedari ramai ahli PAS terlalu ghairah dan tidak sabar dalam suasana kita berpakat dalam Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan tidak memahami dalam strategi khususnya di Malaysia, maka saya terpaksa lontarkan sedikit pendapat saya sebagai orang bawah untuk renungan kita bersama.

Syabas kepada TG Nik Aziz (Mursidul Am PAS) dan TG Haji Hadi Awang (Presiden PAS) di atas kebijaksanaan mereka berdua memimpin PAS dengan penuh berhemah dan matang dalam menyusun PAS untuk memerintah negara.

Kita tidak nafikan bahawa dalam masyarakat Malaysia pelbagai bangsa, agama dan etnik tidak mungkin kita memerintah Malaysia melainkan kita terpaksa bekerjasama dengan orang-orang bukan melayu.

UMNO sejak dulu kini dan selama-lamanya berkempen supaya menentang Islam. Mereka ( UMNO) bukan sahaja menghasut orang-orang bukan melayu/Islam supaya benci kepada Islam malah turut berkempen kepada orang-orang melayu/Islam jangan sokong PAS nanti Islam akan memerintah. Di sini saya kemukakan antara fitnah dan hasutan UMNO terhadap PAS dan Islam antaranya:-

1. Jangan jalankan Islam nanti huhara negara.

2. Jika laksanakan hukum hudud banyak tangan yang dikudungkan.

3. Islam tidak maju kerana jalankan hukum hudud.Ini Hudud PAS dan bukan Hudud Islam sebenar.

4. Jika PAS memerintah nanti bukan Melayu dipaksa masuk Islam.

5. Jika PAS memerintah nescaya ramai orang-orang bukan Islam akan dikhatankan.

6. Kelantan jangan melaksanakan Undang-undang Islam nanti Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan.

7. Undang-undang Islam yang diluluskan oleh Kerajaan PAS semasa perintahan (1999-2004) telah disaman oleh orang UMNO ( Kini sipolan berkenaan telah dilantik sebagai Menteri dalam BN).

8.Dan macam-macam lagi ugutan dan hasutan oleh UMNO kepada orang bukan Islam mahupun kepada orang-orang Islam sendiri.

Sejak PAS menyertai pilihanraya pelbagai manifesto yang kita gunakan namun PAS masih gagal. Pencapaian terbaik ialah pada tahun 1999 dimana PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan menawan Terengganu.

Walau bagaimanapun dalam pilihanraya tahun 2004, PAS kalah teruk dan kehilangan Terengganu tetapi bernasib baik dapat mempertahankan Kelantan yang dikatakan nyawa-nyawa ikan.

Apabila kita gagal dalam pilihanraya bermakna PAS tidak dapat berkuasa . Justeru itu beberapa polisi telah dibuat oleh UMNO untuk melemahkan Islam antaranya:-

1. Sekolah Agama Rakyat (SAR) Dikawal dan sesetengahnya telah ditutup.

2. Kegiatan dan aktiviti surau/masjid dikawal supaya PAS tidak dapat menjalankan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat.

3. Ceramah dan kuliah agama tidak dibenarkan melainkan sekadar bercakap pasal fardu ain, soal nikah-kahwin, hal-hal zakat. Berkenaan syiar Islam dan perkara-perkara yang menyentuh teguran ke atas pemerintah tidak dibenarkan walaupun ianya bertentangan dengan agama.

4. Muda/mudi didedahkan dengan hiburan dan pergaulan bebas. Jom Heboh diperhebatkan oleh UMNO/BN. Akademi Fantasia merupakan strategi UMNO/BN melemahkan Islam.

5. Pasal murtad dan gejala sosial tidak menjadi hal bagi UMNO. Janji mereka menyokong/mengundi UMNO/BN.

Cuba anda renung dan buat analisa keputusan pilihanraya sama ada PRU-11, PRU-10 dan juga PRU-9. Kenapa mengapa dan sebab apa BN masih menang dengan cemerlang (melainkan tahun 1999 ? BN mengalami sedikit kekalahan). Tetapi pada tahun 2004 BN kembali menang dengan cemerlang.

Apabila kita, PAS tewas apa terjadi pada rakyat?. Bertapa sombong dan angkuhnya UMNO/BN. PAS dihina begitu juga dengan PKR.

Di sinilah peranan Dato Seri Anwar Ibrahim, TG Haji Nik Aziz dan juga TG Haji Hadi telah berjaya menyusun strategi dan memperbetulkan tektik dan teknik bagi mendapat sokongan rakyat.Antara strategi PAS ialah mendekati orang-orang cina/India dengan menubuhkan Kelab Peyokong PAS dan lain-lain strategi yang diatur oleh pucuk pimpinan.

PAS, PKR dan DAP berpakat melawan BN satu lawan satu ( walaupun ada juga dua tiga kerusi yang bertanding sesama sendiri) namun pada keseluruhan Kerusi Parlimen dan DUN bolehlah dikatakan kita ( PAS/PKR/DAP) satu lawan satu dengan BN.

Strategi UMNO memang suka menghasut orang-orang Melayu antara hasutan ialah "jangan undi DAP nanti cina jadi Perdana Menteri". Manakala bila berdepan dengan cina/India "jangan undi PAS nanti Islam akan memerintah Malaysia". Hasutan dan fitnah UMNO nampaknya tidak berkesan dalam PRU-12 kenapa?.

Hasilnya ialah kerana slogan PAS " PAS UNTUK SEMUA","NAGARA BERKEBAJIKAN" telah menarik minat dan sokongan orang-orang cina/india kepada PAS amat-amat membanggakan. Seluruh rakyat terkejut kita (PR) berjaya memerintah Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor di samping mempertahankan Kelantan.

Di Kelantan, PAS sebagai MB nya. Di Kedah pun PAS juga sebagai MB nya. Di Perak tidak termimpi pun PAS telah dilantik sebagai MB. Inilah kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyusun strategi. Kita sanggup mengenepikan Slogan Atas Nama Islam demi untuk mendapat sokongan bukan Islam angkara hasutan/fitnah UMNO.

Apabila kita (PR) dapat memerintah Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor bermakna Portfolio agama kita kawal. Lihat sekarang, kita menggunakan surau/masjid untuk dakwah. Sekolah Agama Rakyat kita perhebatkan. Sekiranya kita tidak berkuasa jangan mimpi PAS dapat membuat perkara-perkara ini semua.

Bila menang bukan sahaja kita berdepan dengan ahli PAS supaya menjalankan hukum hudud tetapi kita berdepan dengan isu babi di Selangor. Isu DEB di Pulau Pinang dan isu EXCO Cina begitu ramai di Pulau Pinang dan Perak. Tetapi kita bersyukur kerana pimpinan dapat menyelesaikan dengan baik.

BN begitu cemburu dengan PR. Kerja mereka melemahkan PR antaranya menghasut DAP membenci PAS melalui MCA/Gerakan atas isu Negara islam. Melemahkan PKR/PAS melalui UMNO mengenai isu babi/isu ketuanan melayu dan sebagainya.

UMNO/BN akan bertepuk tangan jika PR berpecah. Sekiranya berpecah jawabnya mudah untuk BN menang dalam PRU-13. Tidak mustahil Perak, Selangor dan Kedah kita tumbang jika PR berpecah. Ingat kemenangan kita kerana sokongan dan kerjasama antara DAP/PAS/PKR. Apakah kita sanggup membiarkan BN mengambil alih negeri-negeri tersebut?.

Cita-cita dan azam PR ialah untuk memerintah Malaysia dalam PRU-13. Justeru itu PR ditubuhkan. Tetapi pada masa ini telah timbul beberapa isu pasal itu dan pasal ini. Soal itu dan soal ini. Akhirnya semua rugi. Hilang hendak berjuang Islam akhirnya tidak menjadi kerana tidak memahami strategi pimpinan.

Apakah kita lupa semasa Nabi Muhamad SAW bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiyah dengan orang-orang Quraish telah ditentang hebat oleh para sahabat. Perjanjian yang dibuat oleh Rasullah dikatakan merugikan Islam sedangkan Nabi kita bersetuju kerana mempunyai strategi jangka panjang bagi perjuangan Islam.

Pada masa ini jumlah kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222 kerusi. Jumlah wakil melayu/Islam seramai 132 orang iaitu 79 daripada UMNO, 23 PAS, 20 daripada PKR (melayu) dan 10 kerusi lagi dari PBB (Bumiputra Islam Sarawak). Jumlah ini membolehkan melayu/Islam membentuk Kerajaan kerana majoriti mudah hanya memerlukan 112 kerusi sahaja.

Jumlah wakil cina/India seramai 59 orang iaitu MCA 15 orang, Gerakan 2, MIC 3, DAP 28 orang dan PKR (Bukan melayu) 11 orang. Manakala jumlah kerusi dari Parti-parti Bumiputra Islam/Cina di Sarawak dan Sabah baru ada 31 kerusi. Ini bermakna orang-orang cina/India tidak boleh memerintah Malaysia melainkan mesti bergabung atau bekerjasama dengan orang-orang melayu .

Jika orang-orang cina/India bergabung dengan Parti-parti Bumiputra Bukan Islam/Cina dari Sarawak/Sabah baru ada 90 kerusi dan masih gagal untuk membentu kerajaan. Masakan cina/India bergabung dengan Parti-parti Bumiputra Bukan Islam, PAS/PKR (melayu) dan UMNO hendak membiarkan kita berpecah adalah mustahil.

Tidak ada sebab mereka (cina/India) bergabung kita masih duduk bergaduh, jawabnya " bodohlah melayu/Islam membiarkan kita dihina di Negara sendiri".

Kembali kepada PR. Jika kita kuat dan memerintah Malaysia memudahkan PAS melaksanakan Undang-Undang Islam di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu mungkin juga di Pahang. Tidak menjadi masalah di Peringkat Persekutuan kita memakai Undang-Undang sekarang manakala di peringkat Negeri yang mempunyai majoriti Melayu/Islam yang ramai sahaja dibenarkan menjalankan Undang-Undang Islam. Kita boleh mengambil contoh apa yang dipraktikkan di Nigeria dimana Persekutuan tidak menjalankan Undang-Undcang Islam tetapi membenarkan beberapa buah negeri di di perinbgkat negeri menjalankan Undang-Undang Islam. Kita boleh contohi Nigeria dan dalam masa yang sama kita ajak Karpal Singh melawat Nigeria, Sudan, Iran dan Arab Saudi supaya DAP memahami tentang Islam. Undang-Undang Islam untuk orang Islam kenapa DAP takut, " jawabnya kerana terpengaruh dengan hasutan dan fitnah UMNO" .

Apabila Undang-undang Islam berjalan untuk orang-orang Islam sudah pasti cina/India dan lain-lain etnik akan melihat tentang keadilan islam. Tidak mustahil satu hari nanti mereka pun minat kepada Undang-undang Islam.

Persoalannya sekarang, penyokong dan ahli PAS terlalu gopoh dan tidak ada strategi langsung untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Kita sekarang hendak sembelih lembu. Soalnya sekarang lembu belum disembelih kita sudah berebut, " aku nak ekor aku pulak nak daging peha, aku pulak nak hati" . Biar kita sepakat tumbangkan lembu dulu selepas itu baru kita bagi-bagikan siapa dapat ekor, siapa dapat daging peha dan siapa pula dapat hati. Kata orang, "belum apa-apa dan fikir pasal daging". Biar kita sembelih lembu tu dulu ( Maksudkan tumbangkan dulu BN dalam PRU-13).

Oleh itu kepada orang-orang PAS kita jangan mengelabah dan terpengaruh dengan provokasi UMNO/BN yang melagakan PR. Serahlah kepada kebijaksanaan TG Haji Nik Aziz dan Tg Haji Hadi. Mereka siang malam berjuang Islam sudah tentu mereka dan pemimpin PAS yang lain ada matlmat masing-masing. Janganlah kita mabuk dengan kemenangan yang kecil ini kerana perjalanan kita masih jauh. Doakan semoga Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah dan TG Haji Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Takbir!.

Siapa KARPAL SINGH nie
NAIB PRESIDEN UMNO ka
KETUA VETERAN UMNO Ka

Laye aahhh makhlok monopous nie...
dah sampai masanya suruh mangkok hayun nie berdiam diri...itu pon jika nak Bagi PR dok elok2..jika dok biaq mulut cabul nie dok membebel... PR kemana KARPAL kema PAS kemana.. last BN yg potong tengah...

ANWAR KIT SIANG HJ HADI..
teguq sikit mangkok nie..

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Masihkah kita ingat kenyataan TG Hj Hadi menjelang PRU 11 lalu? Kenyataan yang akhirnya menyebabkan TG HJ Hadi diserang lantaran kekalahan PAS. Termasukoleh orang PAS sendiri- "Karpal dan Kit Siang macam ubat dah expired." Tidakkah itulah kenyataannya yang dilihat kini.Kepimpinan DAP lain tak banyak buat masalah. Demikianlah pandangan jauh pimpinan kita....Serahkan wala' kita kepada pimpinan tanpa berbelah bahagi!!!!

Anonymous said...

Brader Roslan, jangan tersentuh sangat dengan kata-kata Karpal. Pakatan Rakyat menang untuk menunjukkan kita mampu bergerak maju walaupun berbeza pendapat. Dasar walaupun kelihatan berlainan, tetap sama, iaitu membawa perubahan terhadap sosio-ekonomi, sosial dan kerohanian.
So, cakap cara baik ngan dia sudahlah, tahpayah tersingung dan gaduh-gaduh.

Anonymous said...

Saya sokong apa yang dikata oleh En Wan Ismail tu, sebenarnya bukan non muslim shj percaya dakyah BN ni malah ada org melayu sendiri yang takut pasal perlaksanaan hukum hudud, sbb dah biasa dengan cara hidup yang dicandu dengan hiburan leka. Harap komen En Wan ini didengar oleh pemimpin PAS atasan.

Letting the time pass me by said...

Tetaplah dengan Al-Quran dan Al-Hadis...

Unknown said...

Makhluk Karpal ni dah jadi macam kapal karam. - tak tentu hala. Pemimpin DAP yg lain relax je. Saya rasa PAS TAK PERLU ubah prinsip perjuangannya, tapi DAP yang perlu tukar pengerusi partinya yg tak guna sesen pun ini! hanya tahu nak bertekak saja. Beliau lebih sesuai tinggal di hutan, biar dia bertekak dengan rimau, gajah, ular sawa dan bermacam jenis spesis yg sesuai dengannya.

Anonymous said...

salam ... (buka minda.. rileks.. jgn cepat melenting)

berlaku adil lah biarpun kebenaran tu berada di pihak kawan atau pun lawan.. what karpal singh said might just be something for pas to consider in order to really really win future elections.. rileks

i still dont see what's the commotion is all about.. nak tukar fasal 4 dari "islam" ke "kebajikan dan keadilan" .. yeah y not.. isnt that not islam itself..

seruan pas "ALLAHU AKBAR" ke "salam sejahtera".. yeah y not..

have we not learn anything from history ..

perjanjian hudaibiyah..

or how parti AKP di turki strategized their win in the election..

i believe it's high times that PAS/or any islam lovers out there to look into the achieving the islamic SUBSTANCE of governing a country ..instead of getting all emotional wanting every policy/constitution to have an "islamic word" in it ... kite pertahankan what's on a piece of paper more than kite pertahankan the real issue..

would we be less of a muslim if dasar tu diubah ..

PROVE TO msians that ISLAM is indeed for the whole of mankind..

say for example there's a christian party... dasar dier memperjuangkan nilai2 hidup christian.. seruan NABI ISA ialah tuhan .. contoh je... wouldnt we melenting.. we'd be going like.. come onn.. ape nih tak adil la camnih.. mane bukti nabi isa tu tuhan etc etc..

SUBSTANCE OVER FORM ... i couldnt care less if not a single verse of the QURAN/HADITH is in the constitution...(klu ade alhamdulillah uh... but that shouldnt be the main goal) for as long as in substance we are indeed practicing it ... instead of boasting we have this n that but is pretty much the same when in practice..

call it capitalist/socialist/liberal democratic country/party... i dont care... let's fight for the substance ... or at least a means towards the achievement of it..

one day pas might consider to change it's name even ... call it parti bunga matahari/buah durian .. who cares..

"What's in a name? That which we call a rose
By any other name would smell as sweet." Shakespeare

“WHO NEEDS AN ISLAMIC STATE ?”

AN INTELLECTUAL DISCOURSE ORGANISED BY MUSLIM PROFESSIONALS FORUM ( MPF )

SUNDAY, 20th APRIL 2008

10.00 AM – 12.30 PM

KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM, BUKIT KIARA

PROGRAM :

0930 : REGISTRATION & REFRESHMENTS

1030 : INTRODUCTION BY CHAIRMAN, DR. JOHARI BUX, MPF

1040 : INTELLECTUAL DISCOURSE

PANELISTS :

1. Dr. Abdelwahab El-Affendi, University of Westminster, London. Author of “Who Needs an Islamic State?”
2. YB Dr. Dzulkifly Ahmad, Member of Parliament & Director PAS Research Centre
3. Malik Imtiaz, President, National Human Rights Society (HAKAM)

ADMISSION FEE : Contributions of RM 10.00 welcomed
STUDENTS : RM 5.oo

FOR INFORMATION :

SITI JAMILAH : 012-3718518
MIMI NORA : 012-3723135
AZRA : 016-2094500

Anonymous said...

pada pandangan ana... yang dok bising-bising ni, orang-orang tua dalam DAP jer... orang muda dalam DAP nampak ok jer.. macam Guan Eng dll......

kalau Karpal dan kit siang berkeras minta agar PAS tukar dasarnya, kita doakan agar orang-orang tua dalam DAP ni cepat2 mati jer la....

ana yakin, orang-orang muda DAP mudah menerima PAS....

selalunya,,, yang tua ni masalahnya, maklumlah orang tua......

AGRO BISTRO said...

Saya sendiri menghadiri discourse anjuran MPF. Jika dilihat respons dari peserta yang hadir dan kebanyakannya yang bersoaljawab dengan Dr Zulkefly, ialah bukan muslim berpuashati dengan jawapan yang diberikan. Saya melihat ketokohan dan ketajaman Dr Zulkefly. Lebih banyak forum seperti ini perlu dilaksanakan.
Persoalan jika Anwar tiada, PR akan lemah is out of questions.. Here comes Dr. Dzul.

syphoon said...

Pakat-pakat gak, jangan sampai tergadai prinsip.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Kalau Karpal itu bapa saya atau bapa mertua saya, saya akan katakan begini:

"Hmm.. bagus, bagus, bapak kena laung dan jerit, Biar semua dengar ... tak lama lagi bapa mati. Saya yang akan jaga semuanya dan buat apa yang saya suka."

Muliaku kerana Islam...

Anonymous said...

salam...
apa yang di catatkan oleh saudara Wan Ismail itu ada kebenarannya. Buat masa ini, elok lah kita abaikan sahaja segala permintaan karpal tu.... kerana apa yg dibaca dari brader roslan tulis yg bermasalah adalah org2 tua dlam DAP yg masih xfaham dlm Islam.

Kalau ikutkan sirah Rasullullah dulu pun bapa saudaranya yg tua2 seperti Abu jahal, Abu Talib pun masih tidak memeluk Islam, dlm ertikata lain mereka ini tahu akan kebenaran Islam, ttp disebabkan pintu hati mereka tidak terbuka utk Islam, jadi mereka menentang Islam kecuali Abu Talib.

Apa yang dimaksudkan ialah kemenangan PAS ini
di beberapa buah negeri pd PRU12 ini adalah satu permulaan dlm perjuangan Dakwah Islamiyah untuk memberi penerangan yg sebaiknya ttg Islam pada muslim dan non-muslim. Disamping itu PAS haruslah menjaga segala kkebjikan dan kerjalah sungguh2 utnuk menjaminkan segala kebajikan dan keadilan seluruhnya utk rakyat malaysia berdasarkan manifesto2 yg dijanjikan dulu.

Hanya dengan cara ini dpt membuka mata rakyat khasnya muslim dan non muslim dengan membuktikan cara kepimpinan yang mana selama ini ditunggangi oleh umno.

Rasulllulah s.a.w sebelum berdakwah(sblm menjadi rasul) memang terkenal dengan gaya kepimpinan yang jujur, amanah, adil dalam memimpin perniagaan Siti Khadijah.
Gaya kepimpinan dan AL aminnya Rasullulah yang dpt membuka mata penduduk2 mekah ttg dakwah Rasullullah dlm menyampaikan risalah Allah, walaupun mendapat tentangan hebat dari puak2 kafir.

Tapi Rasullullah tidak mudah melenting, baginda sabar wlaupun diberi tekanan hebat bersama2 pengikut2nya.

13 tahun Rasullullah berdakwah di Mekah, sebelum baginda berhijrak ke Madinah sehingga dpt membentuk kerajaan Islam dan diberi kemenangan oleh Allah Taala.

apa yang nak disimpulkan disini ialah kejayaan atau kemenangan utk mendaulatkan Sebuah KERJAAN ISLAM adalah terlalu MAHAL dan memerlukan kesabaran, tawaduk, pengorbanan dan strategi utk jangka masa panjang.

Allah telah memberi kemenangan pada beberapa buah negeri, oleh itu kpd KEPIMPINAN PAS, jalankan kerja yang terancang utk memenangi hati rakyat Malaysia yg berbgai kaum. JADIKAN PAS SEBAGAI PARTI CONTOH YANG TERBAIK dari parti2 komponen pakatan rakyat.

Jangan risau, sekiranya kepimpinan PAS dalam menjaga amanah dan corak kepimpinan yang baik, semua rakyat akan terima semua perjuangan yg syumul ini.

dan ingat janji Allah Taala yang akan memberikan kemenangan pada pihak yang benar.

Takbir!!!

Anonymous said...

Saya setuju dgn apa yg dato' timbulkan. Saya masih ingat tgk berita dimana ustz hadi berkata demikian, terdetik dihati..kasarnya tuan guru mcm kurang berhikmah, hinggakan beliau kalah tetapi 2 ekor tu menang. Tapi melihatkan keadaan sekarang, benarlah kata2, tn guru, jelas 2 org inilah yang mengancam keharmonian antara kaum, antara zimmi dan muslim, antara DAP dan PAS sedangkan golongan muda mereka sedia bekerjasama.
Pantang korban dasar PAS, biarlah kita kalah asalkan dasar Islam tidak tergugat. Biarlah walaupun terpaksa memakan akar kayu asal sunnah tetap digenggam erat.

mymoksha said...

Jgn di layan kerenah si karpal ni. dah terang berkali-kali tp masih benak jugak pasal pemerintahan Islam dan Negara Islam. Pas sbg parti terawal dlm dunia politik Malaysia, yang menaungkan hampir 3 juta masyarakat Melayu Islam takkan tunduk pada tuntutan mana2 pihak utk gugurkan perkataan Islam dlm parti atau matlamat perjuangan utk mendaulatkan Islam dan menubuhkan Negara Islam samada dari Karpal atau Dap atau mana2 pimimpin politik termasuk dr Umno,Keadilan atau Anwar Ibrahim. Jgn kita jd bermuka-muka mcm Umno, kalau suka kata suka, kalau tak jgn berdiam diri. Kalau Anwar Ibrahim nak Pas keluar dr pakatan rakyat pun kita sanggup asalkan tak ikut tuntutan Karpal dan Dap.

Saya nampak, Anwar Ibrahim banyak diam hal2 Islam dan negara Islam. Adkah drh uMNo yg pernah mengalir dlm dr dia masih tebal? Sedarkah dia perjuangan ats nama Kebangsaan adalah satu dosa, mcm UMNO.

Jd saya seru, semua ahli Pas dan pemimpin2 Pas, agar jgn kita bg muka pd si Karpal laknaktullah ni. Agaknya selepas DaP menang besar dlm pilihan raya, dia jd 'gila' publisiti dgn media massa. So, tak dak isu2 lain selain dr Negara Islam yg boleh buat org sebut nama dia.

Anonymous said...

ramai yang tak paham tentang perjuangan Islam... yang penting berjuang dan tetap pada landasan yang haq... menang kalah... itu urusan Allah... Dia yang tentukan kita menang atau kalah...

apa guna menang kalau islam tergadai? baik lagi kalah dengan Islam tetap dijunjung...

Kalau kalah, kita akan terus meminta kepada Allah... kalau menang... entahkan kita lupakan Allah pulak... mabuk kuasa, macam yang berlaku kepada beberapa kerajaan Islam sebelum ni... kerana memegang tampuk kuasa.. meraka jadi alpa... kelaziman orang kita, mengingati Allah di kala susah, bila senang... jarang nak ke masjid...

Anonymous said...

MPF: 'Dinosaur celupar' dalam Pakatan - ada tambahan dlm url sy yg dipinjam - Ttg buku 'Who Needs an Islamic State?', ada perbincangan di sini . I've found out about Consensus democracy (similar to 'ijma`), now thinking about Shura & Bay'ah, ramirezxy yg ber-url page utk buku tu, u pegi forum ttg buku tu hujung minggu lps? wallahua'lam wassalamu'alaikum...

Anonymous said...

Biarlah Karpal Singh dengan dunia dia. Kalau kita kutuk dia, nanti orang kata kita lawan OKU. Tidak adil kita kutuk dia habis-habisan. Memang dari dulu lagi, dia macam tu. Biarlah dia sesat seorang diri. Maklumlah dia tak dapat jadi Ketua Menteri Penang. Frust tu ada le.
Bagi saya, memperjuangkan Islam adalah tugas PAS. Jangan sekali-kali berganjak darinya.
Hidup PAS di atas landasan Allah swt.