Tuesday, April 01, 2008

Mana satu ni?

Acaranya diberi nama “Festival Fesyen Islam Dubai”. Dalam festival ini serba pakaian busana Muslim diperagakan, iaitu fesyen pakaian untuk wanita Islam. Sudah pastilah pakaian wanita Islam berbeza dengan yang bukan Islam, perbezaannya kerana hukum Islam menetapkan wanita Islam perlu menutup aurat. Pakailah fesyen apa sekalipun asal menutup aurat.





Majlis tersebut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong dan isteri TPM.

Isteri TPM yang dimajlis berkenaan memperagakan fesyen pakaiannya sendiri telah dijemput berucap. Dalam ucapan beliau Rosmah Mansor berkata:

Fesyen pakaian Islam hari ini bukan saja perlu mengandungi ciri-ciri keislaman dan berasaskan akhlak, tetapi juga memenuhi ciri-ciri global.

Mungkinkah pakaian yang diperagakan Rosmah itu memenuhi ciri-ciri keislaman dan berasaskan akhlak serta global pula atau bagaimana? Yang pastinya Raja Permaisuri Agong memperagakan pakaian wanita Islam sebenar.

No comments: