Friday, April 11, 2008

Jangan sampai orang takut memeluk Islam

Jumaat tadi saya solat di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Sambil bersalaman dengan rakan dan taulan saya disapa oleh seorang sahabat. Beliau pada mulanya ucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor dan terus sahaja menarik perhatian saya kepada isu peraturan baru untuk saudara baru yang diumumkan oleh PM Dollah Badawi semalam.

Beliau ini dan isterinya orang lama di Subang Jaya. Asalnya penganut Hindu dari keturunan India tetapi setelah memeluk Islam beliau termasuklah anak-anaknya semua merupakan pengamal Islam yang paling taat di kawasan ini. Beliau ternyata tidak senang dengan cadangan Dollah itu, lalu beliau mengingatkan saya kepada satu persitiwa ngeri dan menyayat hati yang pernah berlaku di Subang Jaya pada 13 Febuari 1998.

Saya kebetulan tahu akan kisah itu. Ianya berkenaan pembunuhan sepasang suami -isteri dan bayi mereka, Allahyarham Ibrahim dan isterinya Solehah serta bayi mereka berusia 5 bulan telah dibunuh dengan kejam. Mereka berdua ini adalah keturunan India dan dari keluarga Hindu dan Kristian. Ditakdirkan Allah swt mereka menerima hidayah lalu memeluk Islam. Berpuluh aduan telah mereka buat samada kepada pihak polis mahupun JAIS tentang ancaman terhadap mereka oleh keluarga mereka yang tidak dapat menerima keputusan mereka memeluk Islam.

Ringkaskan cerita, setelah berpindah-randah dan bersembunyi dari setempat ke setempat (termasuk disembunyikan oleh sahabat ini tadi), akhirnya pada malam itu kedua-dua pasangan ini dan bayi mereka yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam ketika tinggal dalam sebuah kontena berhampiran Bandar Sunway.

Saya masih ingat seorang Imam yang telah menyempurnakan mayat Ibrahim ada menyatakan banyaknya kesan tetakkan ke atas tubuh Allahyarham termasuklah dikelar-kelar dengan lambang salib ditubuhnya.

Kes ini sehingga hari ini tidak diketahui siapa pembunuhnya!

Melalui kisah ini sahabat tadi menjelaskan betapa dalam kes-kes tertentu mereka yang memilih untuk menganut Islam akan berhadapan dengan pelbagai ancaman dan tekanan terutama dari kaum keluarga dan suadara-mara yang tidak dapat menerima keputusan itu. Bagi yang terima, alhamdulillah, tetapi ada juga yang tidak.

Beliau mengatakan jika bagi tujuan penyelarasan, sepatutnya sesiapa yang mahu menganut Islam dibenarkan memeluk Islam terlebih dahulu, kemudian samada melalui PERKIM atau Jabatan Agama barulah dimaklumkan kepada kaum keluarga mereka, samada secara notis bersurat atau melalui iklan di akhbar, itu lebih praktikal dan selamat.

Saya merasakan pandangan sahabat kita ini sangat berasas dan relevan dan perlu sangat diambil-kira. Kata Dollah tujuan pemakluman tadi adalah untuk mengelakkan sebarang konflik dikemudian hari samada dalam hal penjagaan anak-anak mahupun bila berlkau kematian. Oleh itu jika atas asas itu maka pemakluman perlu, maka elok sangatlah ianya dilakukan hanya setelah sipolan memeluk Islam, dan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa agama.
Masyarakat akan selamat dan Islam juga terpelihara.

Saya harap ahli-ahli Parlimen khasnya dari PAS termasuklah yang lain-lain yang beragama Islam perlu membangkitkan perkara ini pada persidangan Dewan Rakyat nanti bermula 28 April, 2008 nanti. Jangan sampai orang takut untuk memeluk Islam!

3 comments:

Anonymous said...

seharusnya isu ini perlu dibandingkan dengan isu babi di selangor.isu ini wajar dibincangkan oleh mat tampe dan zahid tukang pukul orang.berikan tajuk `PERLUKAH MEMINTA IZIN DARI KHIR TOYO DAN ZAHID HAMIDI JIKALAU HENDAK MEMBUKA LADANG BABI BERTEKNOLOGI JERMAN DAN TIDAK PERLUKAH BUKAN MUSLIM HENDAK MEMELUK AGAMA ISLAM MENGISYTIHARKAN KEPADA KHIR TOYO DAN ZAHID HAMIDI`
hah suruh dua mamat itu forumkan tajuk tersebut.

Anonymous said...

Kenapa harus dikendaki begitu dirahsiakan sekiranya menukar agama, seseorang individu harus diberi kebebasan mengumumkan dan mendapat respon awal daripada keluarganya terlebih dahulu.
Undang-undang baru ini amat bagus secara keseluruhan, saya tidak dapat lihat kenapa saudara Roslan melihat ianya sesuatu yang mengancam agama Islam.
Memeluk agama dengan merahsiakan daripada pengetahuan keluarga, saudara dan masyarakat memberi daripada pelbagai masalah dari pelbagai sudut, jangan disebabkan sikap fanatik saudara menenggelamkan 'Kebenaran'.
Beberapa insiden telah berlaku dimana menjerus kepada masalah perkauman.
Saya difahamkam agama Islam itu suci maka harus ditunjukan dalam aktiviti atau kegiatanya. Kenapa kesucian tersebut tidak dapat ditujukan dalam usaha mencegah ketengangan antara agama.
Ini juga mengelak prasangka diantara kaum lain kerana individu yang cukup usianya memelih agama beliau tanpa paksaan dan atas pendirianya sendiri...walaupun ditentang, atau usahanya menghadapi cabaran.
Saudara Roslan telah lama terperangkap apabila menjurus isu keagamaan kepada 'single option','one way rule'.
There is nothing such. Sekiranya Pak Lah memilih untuk membawa perubahan sebigini,tentu tidak tumbang BN yang kini tercungap-cungap. Itulah akibat apabila dacing berat sebelah....maknanya kurang adil.

Anonymous said...

saya mengamati tulisan bro roslan dan juga komen obie....saya terfikir satu komen...

with all the tragedies and all the incidents that happened, i think that maybe because they keep it silent..they hide the truth.

perhaps, when paklah decide to put in the law, mualaf will be safer. they will be protected easier. n perhaps, family members mereka pun lebih mudah untuk menerima.

n the govt right now,states n federal n all the islamic parties kena fikir cara sama2 bersatu, macam mana nak fahmkan kat non-muslim nih, our way of life.