Thursday, April 10, 2008

Rasuah di Lembaga Zakat Selangor!

Pada 2 April lepas saya ada memetik kenyataan bekas EXCO Agama Selangor ketika BN memerintah iaitu Abd Rahman Palil, diblog ini. Beliau dilaporkan berkata (berkenaan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor):

Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.

Lalu saya menulis:

Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak!

Kebetulan sebentar tadi pihak BPR mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor ditahan reman untuk membantu siasatan berkenaan satu kes rasuah. Kes yang dilaporkan itu membabitkan sogokan wang kurang dari RM1,000 oleh seorang kontraktor kepada pegawai tinggi berkenaan.

Berita berikut saya petik dari pemudabersih.blogspot:

Biro Pencegah Rasuah diberitakan telah memasuki Pusat Zakat Selangor untuk menyoal-sisat memeriksa serta mengambil fail-fail dari Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor mulai Isnin hingga Selasa yang lalu.

Beberapa pegawai tertinggi dikatakan telah disoalsiasat oleh BPR. Antaranya adalah Pengurus Besar, Pengurus Agihan dan beberapa pegawai lain.

Sumber-sumber LZS memberitahu bahawa siasatan berlarutan sehingga lewat malam. Sumber yang belum disahkan juga menyatakan seorang dari pegawai tertinggi ditahan reman.

Saya difahamkan pegawai tinggi yang dimaksudkan telah diambil berkhidmat oleh bekas EXCO Agama BN. Saya turut difahamkan BPR baru berjaya menyabitkannya dengan satu kesalahan kerana kontraktor berkenaan berani tampil ke hadapan memberikan keterangan. Namun pegawai itu dikatakan terlibat dalam banyak lagi kes penyelewengan tetapi saksi-saksi belum berani tampil ke hadapan. Menurut satu sumber pegawai tadi banyak mengaut duit haram sehinggakan gaji bulanannya di bank dikatakan tidak terusik oleh kerana lumayannya rasuah yang beliau terima setiap bulan itu!

Satu demi satu pegawai kanan difahamkan akan diseret ke mahkamah. Ini sudah pasti mencemaskan kedudukan Rahman Palil yang pernah menjadi bos di Lembaga berkenaan atas sifatnya sebagai EXCO Agama. Mungkin selepas ini giliran Rahman pula siapa tahu.
Dalam keadaan sebegini kita mungkin bertanya, siapakah agaknya yang lebih terhibur dan siapakah pelawak yang terbesar. Hanya Rahman Palil sahaja yang mampu menjawabnya nanti. Jangan lari, anda sedang diperhatikan!

11 comments:

Anonymous said...

En.Roslan,
Byk sgt perubahan yang tak relevan di blog tuan ini. Apakah tuan masih pengendalinya? atau sudah pakai penulis upahan.
Maaf cakap...blog ni macam blog bebudak le pulak mcm friendster atau myspace tuuuuu....
-kembarakita

Anonymous said...

Assalammualaikum. Tahniah atas naiktaraf blog saudara.

Saya ingt menyentuh tentang banner saudara, rasanya ada salah ejaan pada jurnalist. Sepatutnya Journalist.
Harap maklum.

yang prihatin

Anonymous said...

Huh ... memang banyak penyelewengan wang zakat di malaysia ni. kalau betullah wang zakat digunakan untuk bantu orang miskin dah sah sah kurang orang miskin di sini.

Raja Idris said...

Habislah fail fail diambil oleh BPR. Jangan haraplah nak dapat balek. Bila tak ada kes nanti fail fail pun hilang.

Kerajaan PR pun tak dapat akses ke fail fail untuk membuat penyelidikan.

Apasal ghairah sangat hendak mengambil fail fail, sampai rasuah kurang dari RM1,000 pun dipunggah randah pejabat PZS.

lan said...

nice one bro!

Anonymous said...

ya....rahman palil, you can run but you can`t hide!

Anonymous said...

Anonymous said... Thu Apr 10, 11:53:00 PM :

aku setuju dgn hang...aku pon dah komen b4 this..
aku rasa mcm bukan berada kat blog roslan sms...suasana politik dlm blog baru ni mcm tk serius spt blog lama...
link kat kanan tu plak aku rasa tk relevan dgn blog ni...sepatutnya link kpd blog2 politik/isu semasa yg relevan..
maaf sekali lagi ye bro roslan...

Anonymous said...

dulu ada kes Malaysian ngaku jadi Nabi Pelsu d Dubai (pas tu p Doha). kami buat siasatan, berjuta dia songlap duit pak arab. pas tu kami buat siasatan, dia ni pernah d tuduh bawak ajaran sesat ketupat linux. bila kami adu pada Majlis Agama, ramai yg macam tak nak ambik kisah. rupa2nya depa kata ada bau bacang dgn Rahman Palil, exco agama!

Anonymous said...

Kembalikan 'wajah' blog yang asal. Nampak simple tapi educated dan matang.... bukan mcm yang baru ni... sorry ya......

iera said...

Jangan kita terlalu menaburkan banyak tuduhan.. Masih dalam siasatan,

Anonymous said...

jangan terlalu menuduh mengenai LZS