DAP telah cuba menguasai Pulau
Pinang puluhan tahun. Melalui Projek Tanjungnya, setiap kali PRU DAP akan
melancarkan serangan semaksima mungkin bagi menguasai negeri berkenaan kerana
Pulau Pinanglah satu-satunya negeri di Malaysia dimana kerusi majoriti bukan
Melayunya boleh membentuk kerajaan.
Sebelum Peristiwa 13 Mei 1969
Pulau Pinang dikuasai oleh pembangkang diketuai parti Gerakan sehinggalah
Gerakan menyertai BN pada tahun 1974.
Pada PRU 2008 hasil gabungan dan
kerjasama PAS dan PKR akhirnya DAP berjaya dan terus menobatkan Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP yang
pertama.
Rupanya kemenangan itu bukannya
matlamat utama DAP, setelah menang, ia kini terdorong melalui kekuatan sokongan pengundi bukan
Melayu khasnya pengundi Cina ia boleh menguasai lebih dari Pulau Pinang. Tetapi
tidak seperti Pulau Pinang di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Sarawak,
Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain, DAP boleh dominan jika parti kawan yang
lain mampu memberi sedikit “tongkat” sokongan bautnya.
Contohnya di Perak terdapat 59
kerusi DUN, Mana-mana parti yang memperolehi 30 kerusi sudah boleh membentuk
kerajaan di sana. Pada PRU ke 13 lalu DAP bertanding dan menang di semua 18
kerusi yang dipertandingnya. Ia cuma perlukan bantuan 12 kerusi sahaja untuk
membentuk kerajaan campuran dengan partinya menguasai majoriti dalam kerajaan
berkenaan.
Di Negeri Sembilan pula terdapat
36 kerusi DUN, penguasaan 19 kerusi boleh membentuk kerajaan. Dalam PRU ke 13
lalu DAP bertanding dan menang semua 11 kerusi yang dipertandingnya. Dengan
bantuan 8 kerusi sahaja dari parti kawan, kerajaan campuran yang DAP dominan
boleh terbentuk.
Sifir-sifir ini berlegar dan
merangsang nafsu politik DAP. Malah ianya meluap-luap sehinggalah ke peringkat
Pusat.
Oleh kerana ia percaya ia punya
kuasa “sakti” menguasai pengundi-pengundi bukan Melayu khasnya pengundi-pengundi
Cina, DAP mula menunjukkan taringnya. Kerjasama dalam Pakatan tidak boleh
dibiarkan ikut nafsu dan selera parti lain, agenda DAP lah yang wajar
didahulukan.
Taring itu bukan mahu ditunjuk
kepada BN tetapi ditayangnya kepada kawan-kawan khasnya PKR dan terutama PAS
biar mereka gerund an tunduk.
DAP seakan boleh mengatakan
bahawa jika mahu terus menang selepas ni melalui kuasa “sakti” DAP itu maka
parti-parti PKR dan PAS perlu terus setuju sahaja dengan karenah dan kemahuan
DAP.
Antaranya DAP tidak cenderung
sama-sekali terhadap sebarang idea dan usaha untuk meletakkan Islam lebih dari
fahaman mereka sebagai simbol adat istiadat agama Persekutuan. Cukuplah dengan
membenarkan sambutan Hari Raya, Maulidur Rasul. Cukuplah dengan ada masjid dan
surau serta sekolah agama.
Lebih dari itu, sebarang usaha
untuk memartabatkan pengamalan Islam khasnya dalam kehidupan seharian sehingga
menjadi peraturan dan perundangan, ianya tidak boleh diterima sama-sekali.
Malahan bab-bab tertentu dalam
amalan yang ada pun kalau boleh mahu disemak-semula. Urusan mahkamah syariah,
urusan majlis agama, urusan jabatan agama, mana-mana yang dilihat menggugat
kedudukan negara sebagai sebuah negara sekular (yang memisahkan negara dari
agama) menurut fahaman mereka, juga perlu dihadkan.
Ringkasnya DAP percaya bahawa
Malaysia wajib kekal sebagai sebuah negara sekular.
Fahaman Islam tidak boleh
diterapkan menjadi fahaman dan amalan negara.
Kerana itu DAP bantah apabila ada
usaha ke arah tu.
Peristiwa melarang jualan arak di
kawasan majoriti Melayu di Selangor satu ketika dahulu dibantahnya. Begitu juga
usaha untuk memisahkan tempat duduk antara mahram dan bukan mahram dilihatnya
sebagai men “Taliban” kan Malaysia.
DAP bantah mengharamkan premis
judi di Kelantan serta menghadkan minuman arak hanya dikalangan bukan Islam di
sana. Larangan lelaki mengunjungi kedai gunting rambut wanita juga di protesnya
di Kelantan.
Dan kemuncaknya DAP menolak
sebarang usaha dan inisiatif untuk melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana
sedang diusahakan PAS buat negeri Kelantan.
DAP berani membuat
bantahan-bantahan ini semua kerana pada perkiraannya ia punya kuasa politik
untuk protes. Ia memegang kuasa “sakti” tadi.
Kerana itu hari ini walaupun PAS
telah berkawan dan membantu DAP sejak sebelum PRU tahun 2008 dahulu, ahli-ahli
dan petugas PAS bekerja untuk bantu DAP, tiba-tiba PAS ditendang keluar oleh
DAP. Ini semata-mata kerana DAP melihat PAS lebih cenderung mahu melaksanakan
Islam dari meraikan cita-cita dan agenda DAP yang kononnya agenda rakyat.
Ringkasnya PAS seakan menjadi
batu penghalang kemaraan DAP.
Walaupun PAS berkata ia mahu berkawan
dengan syarat jangan langgar dan langkah prinsip perjuangan Islam yang
didukungnya, bagi DAP syarat semua itu sudah tidak relevan sebab PAS tidak
punya kuasa “sakti” sebagaimana DAP, jika PAS berkeras, DAP akan mencari kawan
baru.
Dan benar, setelah gagal
memepengaruhi pemilihan pucuk pimpinan PAS yang DAP lalukan secara
terang-terangan, hari ini DAP berjaya membentuk sebuah “PAS” yang baru yang ia
percaya boleh membantu mencapai cita-cita politiknya untuk menguasai
negeri-negeri tadi termasuk Malaysia.
PAS yang lama pada pandangan
mereka kolot dan ultra konservatif, sebenarnya keras kepala dan tak mahu ikut
cakap mereka.
Lalu bagaikan bulan jatuh ke
riba, barangkali dengan kelebihan kuasa “sakti” nya itu, DAP hari ini berjaya
melunakkan beberapa bekas pimpinan PAS khususnya mereka yang kecewa dalam
pemilihan parti baru-baru ini, untuk mengikut rentak mereka.
Bukankah kuasa politik yang lebih
penting dari segala-galanya. Apa guna kekal dalam PAS yang hanya mementingkan
agama sehingga tiada ruang untuk tolak ansur dan kompromi. Yang penting kuasa
mesti diperolehi, biarpun dengan kaedah matlamat menghalakan cara.
Habis hancur luluh dan terburai
semua ilmu dan tarbiyah yang diterima dalam PAS dahulu, rupanya logik akal dan
janji-janji DAP lebih enak dan meyakinkan bekas orang-orang kuat PAS ini.
Lalu bersusunlah ahli-ahli
parlimen dan ADUN PAS termasuk beberapa kerat yang lain, terpengaruh dan
sanggup mengkhianati perjuangan PAS yang mereka dukungi selama ini.
Mereka sanggup menubuhkan parti
baru, katanya parti Islam baru dengan matlamat menjadi kawan baru DAP.
Betapa rendah dan hinanya moral
serta akhlak sesetengah yang tergamak menggadaikan prinsip demi habuan dunia.
Hakikatnya bukannya PAS tidak
tahu agenda DAP itu. PAS selama ini yakin yang ia boleh memahamkan DAP akan
dasar dan perjuangan Islam. Itulah yang PAS lakukan selama berkawan dengan DAP.
PAS sedar DAP yang sekular sukar untuk terima Islam tetapoi sekurang-kurangnya
berharap DAP tidak akan tentangnya.
Akan tetapi kekuatan dan
keupayaan PAS itu mula merosot apabila mereka yang dari kalangan PAS sendiri
memilih untuk berbeza pandangan dan pendekatan khasnya dalam menjalin
persahabatan dengan DAP.
Bagi mereka kuasa “sakti” yang
DAP perolehi itulah segala-galanya.
Jika kita bertegas mahukan Islam
nanti kuasa “sakti” itu lari dan terlepas dari tangan DAP dan akibatnya kita
semua kalah dan hilang kuasa.
Mereka memaksa PAS untuk tunduk,
mereka tentang besar-besaran dari dalam dan apabila mereka gagal, mereka
terajang PAS jauh-jauh dan merelakan diri tubuh parti yang baru untuk bersaing
dengan PAS demi memenuhi tuntutan nafsu DAP.
Itulah keadannya hari ini, satu
ujian dan cabaran besar buat PAS.
Tetapi ahli-ahli dan pimpinan PAS
yang istiqamah, bersedia menghadapinya, kerana bagi PAS yang “sakti” itu
sementara, tidak kekal, yang kekal hanyalah kehendak dan ketentuan Allah swt.
PAS akan meniti jalan kebenaran
ini walaupun hilang kawan dan hilang mereka yang pernah bersamanya dahulu.
2 comments:
Dulu tahun 2008 saya dah tanya Tuan apa rancangan gabungan dengan DAP. Tuan marah dan tuduh saya cuba menganggu usaha Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional. Sekarang apa sudah jadi?
Saya dah guna contoh Amerika dan Soviet sama-sama bersatu menyerang Nazi Jerman tapi lepas menang terus keduanya lancar perang dingin sesama sendiri.
Lain kali buat lah rancangan awal-awal. Bukan orang tak bagi amaran awal-awal pun. Rakyat tak nak undi Pakatan Rakyat sebab ni lah. Dah dapat kuasa baru nak pikir nak buat apa macam mana.
kalau kita kira dulu,anwar pun sokong umno,tetapi kita mesti ada perubahan-perubahan dalam politik ijtihad baru yg tidak meninggalkan dasar...jika sudah mula melanggar dasar kita kembali kelandsan,begitulah yg terjadi sekarang...
Post a Comment