Ini seakan satu budaya baru dalam PAS. Atau sekurang-kurangnya gerombolan tertentu dalam PAS.
Bila kalah pemilihan,
kumpul sebanyak mana dapat penyokong, tubuhkan satu badan. Kemudian bikin kacau
dengan menggertak dan mengancam parti. Kalau parti tak peduli, terjun keluar
beramai-ramai dan tubuh parti baru.
Barangkali inilah yang dikatakan politik progresif. Inilah
sepatutnya haluan baru gerakan Islam di Malaysia?
Tidak perlu muhasabah diri. Tidak perlu ambil iktibar dari
kes melibatkan Khlaid al Walid ketika diturunkan pangkat. Yang penting gerombolan
kita ini tidak sewajarnya kalah. Gerombolan kita berminda progresif, terbuka dan
mudah diterima masyarakat berbagai. Lalu apabila kita kecundang ditolak oleh
perwakilan, maka bukan kita yang kurang, tetapi semua yang dipilih, semua yang
memilih termasuklah parti sekali yang sebenarnya cacat dan tidak pandai.
Bagi saya sikap anarkis seperti ini sesungguhnya
membelakangkan demokrasi dan mencerminkan ketidakmatangan gerombolan ini.
Kita akui suara ramai, sekurang-kurangnya dalam
proses pemilihan pimpinan, itulah kuasa mutlak yang menguasai dan menentukan
hiraki dalam parti. Kita sendiri terjun dalam kancah pemilihan, berkempen,
menggunakan apa sahaja peluang dan kesempatan yang ada untuk “menjual” diri.
Tiba-tiba apabila ditakdirkan kalah, kita tidak dapat terima
kekalahan itu lalu kita memberontak.
Pelik sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun dari mereka
yang kononnya progresif itu bangkit dengan bukti-bukti menunjukkan bahawa
proses pemilihan Muktamar PAS tempoh hari telah dicemari atau tercemar, iaitu
bertentangan dengan peraturan dan Perlembagaan PAS.
Tidak ada!
Bermakna bulat-bulat mereka memberontak semata-mata kerana
tidak dapat menerima kekalahan. Sudah pasti sikap sebegini mencalarkan imej dan
keperibadian mereka masing-masing apa lagi profesionalisma yang kononnya mereka
jaja dan junjung itu.
Terbaru wakil gerombolan Gerakan Harapan Baru (G18), Khalid
Abd Samad yang telah memenagi kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PAS, mengancam
kononnya sedang menunggu tanggal 14 September iaitu tempuh berakhir 100 hari
yang beliau berikan kepada PAS untuk kononnya berubah sikap. Jika tidak katanya
gerombolan beliau akan menggantikan PAS dalam PR.
Walaubagaimanpun Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS
Selangor, Dato Iskandar Abd Samad, memandang sepi ancaman beliau, malah
dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai berkata:
“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah….kalau tak
serah diri mereka akan tangkap. Dalam politik saya rasa tak payahlah, tidak ada
apa yang penting pun”.
Dalam erti kata lain tak perlulah nak berlagak macam polis
pula.
Apa pun biarlah ahli-ahli PAS dan rakyat jelata menilai komitmen
dan keperibadian mereka ini. Parti sendiri yang telah menjadi wadah melindungi
mereka sehingga sebahagiannya menang sampai dua penggal, boleh diterajang
begitu sahaja semata-mata kerana kalah jawatan, maka apalah nak diharapkan dari
mereka ini. Harapan Baru?
2 comments:
👍🏻
Tiada Harapan
Post a Comment