Friday, July 24, 2015

Pergilah tetapi tinggalkan kerusi milik PAS

Penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik baru sudah hampir pasti. Dua ADUN dan seorang ahli parlimen PAS di Selangor sudah secara terang-terangan menyatakan kesediaan mereka untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan menyertai parti baru itu.
PAS dijangka keheliangan beberapa kerusi Parlimen dan DUN angkara kemunculan parti baru yang rata-rata merupakan kenderaan buat mereka yang kecewa dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Parti baru ini dilaporkan akan memperjuangkan Islam tetapi yang progresif dan menerima keahlian terbuka tanpa mengira kaum atau agama.

Tidak boleh dinafikan bahawa PAS sangat terkesan dengan penubuhan GHB. Bukannya bimbang akan hilang pengaruh tetapi kesal kerana parti baru ini nanti bakal “mencuri” kerusi-kerusi PAS yang dimenangi atas pengorbanan dan penat jerih ahli-ahli dan penyokong PAS disemua peringkat.

Lainlah kalau mereka isytihar keluar PAS dan mengosongkan kerusi masing-masing, saya pasti kalau begitu pemergian mereka disambut dengan kelegaan dan kegembiraan.

“Bercerai” talak tiga dengan PAS tetapi segala harta dibawa lari tanpa sedikit pun rasa berdosa.

Itulah barangkali bukit betapa progresif dan terbukanya puak-puak GHB ini.

Sebenarnya kerana itulah orang-orang PAS masih sibuk dengan GHB ini. Memang PAS punya agenda, tugas dan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan, akan tetapi GHB ini telah menganggu fokus PAS, puncanya kes “mencuri” kerusi tadi.

PAS bukan tidak pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini. Berjasa dulu begitu, Hamim juga. Berjasa “curi” negeri dan Hamim “curi” kerusi, tak silap saya 4 dari 5 kerusi Parlimen PAS “dicuri” ketika itu sehingga tinggallah kerusi Pengkalan Chepa satu-satunya kerusi parlimen PAS angkara Hamim dulu.

Kini GHB. Tetapi seperti Berjasa dan Hamim, PAS bila-bila masa bersedia menghadapi mereka, malah sejarah membukitkan PAS telah “berperang” dengan mereka sehingga akhirnya kubur kedua-dua parti itu pun tidak diketahu mana nisannya! Kini giliran GHB.

Saya lihat, media alternatif khususnya yang “friendly” dengan Islam progresif yang dijaja GHB rata-rata menyanyikan lagu-lagu lunak belaka buat mereka. GHB akan muncul sebagai parti menggantikan PAS. GHB akan jadi rakan “berguna” buat DAP dan PKR dan berbagai lagi yang indah-indah.

Mungkin mereka perlukan lagu-lagu mengasyikkan seumpama ini bagi mengubat ego mereka kerana saya percaya dalam benak pemikiran mereka, perasaan sangsi, celaru, takut dan bimbang memang berserabut menghantui mereka. Biarkan.

Dalam banyak-banyak pujian dan julangan, saya terbaca komen berikut dalam Malaysia Today yang ditulis oleh  seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Edwin Jansz · St. Francis Institution, Malacca, Malaysia :

i wonder how many constituencies will dap dare field ghb people to run in. because they will all lose.and in ge14, every single seat counts.

(saya memikirkan (agaknya) berapa kerusi yang akan DAP pertaruhkan buat calon-calon GHB kerana mereka semua akan kecundang dalam PRU14 sedangkan setiap kerusi bermakna.)

in malay-majority constituencies: pro-pas malays will not vote them, pro-umno malays will not vote them, liberal malays will not vote them ('tainted' by pas).only pro-dap malays will vote for them, and how many are there? less than the hair in my nostrils?

(dikerusi majoriti Melayu: Melayu yang pro PAS tidak akan mengundi mereka, Melayu yang pro Umno juga tak akan mengundi mereka. Melayu liberal tidak akan mengundi mereka (kerana mereka “terpalit” dengan PAS) hanya Melayu yang pro DAP akan mengundi mereka, dan berapa ramaikah mereka ini? (barangkali) kurang dari bilangan bulu hidung (saya)?

even fielding them in chinese-strong constituecies might backfire. the rival candidate (most probably mca/gerakan) will have mat sabu-hudud posters all over the constituency.
i think dap will field them in the constituencies yang tiada harapan untuk pr menang.

(malah meletakkan mereka di kerusi majoriti Cina juga tidak akan bawa manfaat kerana calon lawan (mungkin dari MCA atau Gerakan) akan mengedarkan poster hudu mat sabu diserata kawasan mengundi (yang majoriti Cina itu

Saya rasa DAP akan hanya meletakkan mereka di kawasan-kawasan yang tiada harapan untuk PR menang.)

Rupanya ada juga yang kontra.

Mungkin pemuka-pemuka GHB akan marah dengan komen seumpama ini dan mungkin juga menguisnya ke tepi.

Biarlah mereka dengan nafsu rakus gelojoh mereka itu. Tetapi komen di atas bagi saya punya asas.

Apa pun kalau mereka benar orang yang punya prinsip dan wibawa, yang mana saya yakin mereka tidak punya, kembalikanlah kerusi-kerusi PAS yang mereka wakili itu dan langkah keluar lah sebagai anak “jantan” berkempen atas kekuatan sendiri (terkecuali Mat Sabu yang memang tak punya kerusi).

PAS sebagaimana biasa akan bersedia meghadapi mereka, bukan bongkak tetapi cita-cita perjuangan Islam yang didukung PAS lebih 60 tahun ini lebih penting dan utama dari cita-cita peribadi mereka.

No comments: