Bukan Dr Haron Din tapi kacamata Guan Eng yang rosak

Monday, July 06, 2015

Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB dipindahkan ke akaun peribadi beliau sedang hangat diperkatakan. Ramai terpegun dan terperanjat malah marah-marah dengan perkembangan terbaru ini.

Dalam kehangatan itu tiba-tiba timbul pula dakwaan kononnya Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din dalam kenyatannya telah mempertahankan Najib.

Maka melompatlah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan dakwaan bahawa PAS kononnya tidak berminat dalam isu 1MDB, kononnya PAS tiada berpengalaman dan lebih parah lagi kononnya PAS lebih minta untuk menubuhkan UG atau kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam TMI Guan Eng dilaporkan berkata:

"Not only is PAS not interested, although they may be inexperienced, they are now seem unconcerned about the issues affecting 1MDB. "It seems that they are more interested to work with Umno to form a unity government. PAS has really changed a lot. "

Benarkkah Dato Dr Haron Din telah “MEMPERTAHANKAN” Najib dalam kenyataannya?

Berikut laporan dalam akhbar The Star:

PAS hopes that allegations that funds were channelled into Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s personal accounts are proven untrue for the sake of the country.

“Otherwise it may affect investor confidence, and further weaken our economy,” PAS spiritual adviser Datuk Dr Haron Din (pic) told The Star on Saturday.

Dalam terjemahan saya :

PAS berharap agar tuduhan bahawa dana telah dipindah masuk ke akaun peribadi PM Datuk Seri Najib Tun Razak, dibukti tidak benar demi (kestabilan) negara kita.

“Jika tidak ia akan memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur, dan ini sudah pasti akan terus melemahkan ekonomi kita”

Dan apa kata Dr Haron Din lagi, menurut The Star:

It is unbelievable that someone transferred public funds into a personal account.

“If someone wants to cheat, they would have pumped it into a secret account,” he said, adding that it was not right to implicate someone without concrete evidence.

Mustahil seseorang boleh pindahkan dana awam ke akaun peribadinya.

“Jika seseorang mahu menipu, mereka mungkin telah memindahkan (dana tadi) ke akaun rahsia,” kata beliau menegaskan bahawa tidak patutu seseorang didakwa tanpa bukit kukuh.

Dr Haron, however, added that the matter should not be taken lightly if there was some basis to the allegations.

“But, for now, we will just wait for the authorities to conclude investigations,” he said.

Dr Haron walaubagaimanapun menambah bahawa perkara ini tidak harus dipandang ringan sekiranya terdapat asas terhadap tuduhan berkenaan.

“Namun setakat ini kita tunggu pihak berkenaan selesai menjalankan penyiasatan,” katanya.

Ada tak sesiapa yang siuman yang boleh buktikan pada saya dimana, kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan beliau mempertahankan Najib itu?

Dan dimana juga dalam  kenyataan itu menunjukkan yang Dr Haron Din seakan tidak berminat dalam isu 1MDB apalagi kononnya pula mahu berkerjasama menubuhkan UG dengan Umno?

Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS itu berhubung dakwaan WSJ merupakan kenyataan yang sangat layak buat seorang ulamak bertaraf Mursyidul Am PAS. Malangnya kenyataan yang terus-terang dan “simple” itu berbelit pada kacamata Gun Eng atau sengaja dibelitkan oleh beliau.

Kacamata apa yang Guan Eng guna agaknya?

PAS sekali-kali tidak berubah. Dr Haron Din sekadar menyatakan kebimbangannya jika dakwaan itu betul, beliau tidak mendakwa ianya palsu sama-sekali malah beliau menganggap isu ini jangan dipandang ringan dan penyiasatan terperinci perlu dilaksanakan. 

Guan Eng sepatutnya sebagai seorang bertaraf Ketua Menteri lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Biar mencerminkan seorang “statesman” yang sebenar, bukan gelabah. Kerja-kerja “spin” atau putar-belit kenyataan orang lain biarlah diserah kepada pakar umpama TMI, Utusan dan lain-lain.

Barangkali kacamata Guan Eng membuatkan beliau segera melompat dan gelabah. Kacamata itu mengakibatkan beliau melihat sesuatu yang orang lain tidak lihat. Beliau perlu segera menadapatkan khidmat nasihat kerana berasaskan fakta di atas ternyata kacamata beliau itu “rosak”.



5 comments:

jefrizam abdullah said...

TERRBAIK..

andah said...

Syabas admin. Pencerahan yg baik. LGE sudah terperangkap dgn kenyataan sendiri.

powertrain1648 said...

Sesuatu yang agak menarik sedang berlaku di persada politik Malaysia. Kenapa dengan segala publisiti buruk dikenakan terhadap UMNO tetapi Najib masih terus dikekalkan di tampuk pemerintahan? Najib dipaksa melaksanakan beberapa polisi yang suicidal seperti penarikan subsidi minyak dan GST dan sekarang dengan bebanan skandal2 kewangan yet beliau seakan2 tidak mampu diganggu gugat. Siapa yang mempertahankan beliau dan untuk apa beliau dipertahankan?

Samada DAP dapat menghidu atau DAP diberi hidu, UMNO diperhina sebegitu rupa sehingga pengundi2 UMNO sendiri akan merasa meluat untuk mengundi UMNO pada PRU14 nanti. Perkara ini telah berlaku di Terengganu pada 1999 dan di Selangor, Perak, Kedah dan sediki sebanyak di Pulau Pinang pada 2004. Oleh itu eksperimen yang sama sedang cuba diulang balik pada grand scale agar pengundi2 UMNO berpindah pangkah kepada pembangkang.

Jika mengikut perjanjian satu lawan satu PR, PAS yang akan pasti mendapat laba besar dari penghijrahan undi2 UMNO diikuti PKR manakala DAP akan tetap dengan status quo kerana DAP terlalu bergantung kepada undi Bukan Melayu. Jika ini berlaku, DAP akan terketepi dalam kuasa pemerintahan samada di peringkat negeri mahupun nasional.

Lebai Gōōgle said...

Nice 👆

rozman said...

Saya rasa la..guan eng ni ada penyakit....