Pelancaran inisiatif parti baru oleh gerombolan yang kecewa
dalam PAS semalam telah digerhanai oleh peristiwa hitam di Low Yatt.
Mereka menyangkakan “coup de tat” mereka boleh menguasai “headlines”
rupanya insiden Low Yatt yang terpencil itu mengatasi mereka, demikianlah
perancangan Allah.
Setelah lebih sebulan menanggung kekecewaan lantaran
kecundang dalam pemilihan parti, ramai menyangkakan kepala-kepala gerombolan
ini akan membakar terus jambatan dengan PAS dan mengisytiharkan sahaja
penubuhan parti baru yang entah apa namanya itu.
Rupa-rupanya tidak. Mereka masih dalam keadaan tidak yakin
pada diri sendiri. Masih separuh belut separuh ular juga.
Majlis pelancaran semalam di sebuah hotel di KL sekadar
mengisytiharkan akan mengambil inisiatif menubuhkan parti baru dalam waktu
terdekat. Buat masa ini mereka akan bergerak atas nama Harapan namu sebagiaman
tegas Pengerusinya, Muhammad Sabu, mereka semua masih ahli-ahli PAS.
Maka dipaparkanlah wajah-wajah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkifli
Ahmad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan
lain-lain.
Kata Mat Sabu Harapan Baru mereka nanti akan mengasaskan
penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam. Islamnya kata Mat lagi
adalah Islam yang sebenar-benarnya.
Dalam erti kata lain Islam yang PAS bawa tidak tulen tetapi
Islam yang bakal beliau bawalah yang tulen dan sebenar-benarnya, hebat Abang
Mat.
Dalam akhbar The Star hari ini disebut “Ready to be sacked”
bahawa kumpulan ini sedia dipecat dari PAS.
Sesungguhnya tindak-tanduk mereka dan pengisytiharan semalam
itu sudah cukup membuktikan pelanggaran dispilin parti. Ahli-ahli PAS
dipelbagai peringkat perlu mengemukakan laporan ke Jawatankuasa Disiplin.
Kalau mereka masih terkial-kial, tidak berani menetapkan
pendirian dan sekadar mahu bikin onar dalam parti, maka lebih baiklah parti
sahaja yang menunjuk jalan keluar buat mereka.
Nak tebuk perut kapal , tidak berani, maka lebih baik
disuruh terjun sahaja.
PAS punya banyak lagi tugas dan tanggungjawab di hadapan.
Kehilangan mereka insyallah tidak ditangisi ahli.
No comments:
Post a Comment