Mula-mula dulu Musa Hitam menjadi mangsa Dr Mahathir.
Berjalan berganding tangan bersama. Kerajaan 2M. Tiba-tiba Musa dipecat dan
tergolek begitu sahaja. Ini diikuti dengan Ghafar Baba, dilantik mengisi
kekosongan Musa. Akhirnya Cikgu Ghafar keluar begitu sahaja setelah tersingkir.
Timbalan PM seterusnya adalah Anwar Ibrahim. Turut menerima
nasib yang sama seperti Musa dan Ghafar. Lebih parah lagi Anwar dijatuhkan
melalui satu konspirasi yang sangat memualkan.
Ramai menyangkakan perangai pecat Timbalan ini cuma ada pada
Mahathir. Beliau memang keras hati, dan tiada pemaaf khasnya apabila mejawat
jawatan nombor satu Umno dahulu.
Tiba-tiba hari ini kita dengar PM Najib pula pecat
Timbalannya. Muhyuddin menjadi TPM Umno keempat yang dipecat dari jawatan
selepas Musa, Ghafar dan Anwar.
Dalam kekalutan Najib berlawan dengan Mahathir yang
bertalu-talu menyerang kepimpinannya rupanya Najib turut mengamalkan apa
yangMahathir pernah amalkan – pecat TPM.
Tapi rekodnya tetap dipegang Mahathir kerana beliau sempat
pecat 3 TPM.
Kes pemecatan Muhyuddin ini pasti melakar dan memberi impak
pada lanskap Malaysia seterusnya selepas ini. Isu kontroversi 1MDB tidak
selesai disiasat yang kecundang gugur TPM.
Dalam hal ini ada sahabat yang beritahu sekurang-kurangnya
Presiden PAS tidak mengambil pendekatan sedemikian terhadap Timbalannya. Umum
tahu sebelum Muktamar ke 61 lalu Timbalan Presiden PAS ketika itu Muhammad Sabu
memang dingin terhasdap Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Tuan Guru sedar perkara ini tetapi tetap meraikan
Timbalannya.
Apa pun pendekatan yang diambil adalah untuk menyerah pada
para perwakilan Muktamar PAS. Dan benar, akhirnya Muktamar yang menurunkan
Muhammad, tidak melalui pemecatan.
Najib kelihatan gopoh dan gelabah dalam hal ini.
Di sinilah terserlah bijaknya dan matangnya bacaan politik Tuan Guru
Presiden PAS. Biarkan Najib kekal sebagai PM, bukannya maksud mempertahankan
Najib sebagaimana mainan mereka yang memang tidak senang dengan apa sahaja
tindakan Tuan Guru. Maksudnya jika Najib kekal sehingga ke penghujung penggal
dan memimpin BN dalam PRU seterusnya, ketika itu kebencian dan kemarahan rakyat
sudah sampai ke tahap maksima.
Kalau PRU 1999 dahulu Kelantan dan Terengganu jatuh terlepas
dari tangan Umno BN, kerana rakyat khasnya pengundi Melayu Islam terlalu benci
pada Dr Mahathir, tidak mustahil jika Najib terus kekal PRU berikutnya nanti
Kelantan, Terengganu dan yang lain-lain pasti goyang, tak termasuk “kuasa sakti”
DAP yang memegang undi Cina satu Malaysia.
Tahniah Zahid, jaga-jaga jangan sejarah Dr Mahathir nanti
tertimpa ke atas anda pula.
No comments:
Post a Comment