Saya duduk beranggapan bahawa selama ini DAP sengaja mencari
pasal dengan PAS.
Mereka kelihatan begitu bersungguh mahu menendang keluar PAS
dari Pakatan Rakyat terutama apabila PAS mengambil sikap berterus-terang dalam
beberapa isu, memberikan pandangan secara jujur dalam perkara-perkara pokok
melibatkan dasar PAS sendiri.
Dari pandangan DAP “tidak bersetuju” dengan mereka bermakna
khianat. Tambah-tambah pula apabila meneruskan agenda perlaksanaan hukum Islam
di Kelantan, DAP langsung tidak dapat menerima bukan sekadar tidak bersetuju
malah menentang dan mengancam memutuskan hubungan pula.
Dan malah tidak cukup dengan itu, DAP campurtangan pula
dalam isu dalaman PAS. Dan secara terang-terang menyokong puak-puak yang
bermasalah dalam PAS.
Mungkinkah PAS yang tidak pandai berkawan?
Rupa-rupanya apabila saya dimaklumkan oleh seorang rakan
berkenaan perkembangan di Sarawak, saya dapati DAP sesungguhnya bukan sekadar
bermasalah dengan PAS malah dengan PKR pun mereka bersengketa.
Posting terbaru dalam FB PKR Sarawak menyebut:
The difference between
PKR Sarawak and DAP Sarawak is PKR Sarawak leaders have been publicly invited
by Adenan to join BN Sarawak but PKR leaders declined politely. Where else DAP
Sarawak leaders offered to join BN Sarawak to form Unity Government but they
were rejected by BN leaders publicly.
In today's World, if
you have the qualities for the job, you will be invited and offered the job. No
need to blow your own trumpet or carry your own busket.
(Perbezaan dianatara PKR Sarawak dan DAP Sarawak adalah
bahawa pimpinan PKR Sarawak telah dijemput secara terbuka oleh Adenan (KM
Sarawak) untuk menyertai BN Sarawak akan tetapi pimpinan PKR telah menolak secara
hormat. Manakala pimpinan DAP Sarawak pula telah menwarkan diri menyertai BN
Sarawak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) tetapi ditolak secara terbuka
oleh pimpinan BN.
Dalam dunia hari ini, jika anda memiliki kualiti untuk
melaksanakan satu-satu tugas, anda akan ditawarkan tugas itu. Tidak perlulah
meniup trumpet sendiri atau mengangkat bakul sendiri)
Sinis sungguh kenyataan PKR Sarawak itu, tetapi demikianlah
DAP bagi mereka.
PKR Sarawak turut memberi komen pada posting itu yang
berbunyi:
PKR is always
committed to Reformasi and Ubah and never once abandoned or left PR. Our
Manifesto to rescue the economy and restore a responsible government of
Malaysia has never been allowed to be superseded by any personal personal
ambition neither have we allowed our values to be clouded by minor difference
between our PR partners.
Yes, as admitted by
DAP and accepted by PAS Pakatan Rakyat has ceased to exist but PKR leadership
remains crystal clear that our enemies are in BN Camp.
So despite all the
open squabbles let it be known Sarawak PKR is not interested to pick a fight
nor to pursue a collision course with any political parties in the contrary we
are seeking cooperation with even NGOs who yearn for real change.
(PKR sentiasa komited pada Reformasi dan Ubah dan tidak
pernah sekali-kali meninggalkan PR. Manifesto kita adalah untuk menyelamatkan
ekonomi dan mengembalikan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab di Malaysia dan
tidak pernah ianya dibenarkan mendahalui sebarang kepentingan peribadi dan
tidak pernah juga kami membenarkan nilai-nilai bersama itu digerhanai oleh
perbezaan-perbezaan kecil antara rakan-rakan PR.
Ya, sebagaimana diakui oleh DAP dan diterima oleh PAS,
bahawa Pakatan Rakyat telah tidak wujud lagi, namu pimpinan PKR tetap jelas
dengan sikap bahawa musuh kita adalah BN.
Oleh itu, walaupun berhadapa dengan sengeketa secara terbuka, ketahuilah bahawa
PKR Sarawak tidak berminta bertelingkah dengan mana-mana pihak sebaliknya kami
mahukan kerjasama dengan semua pihak termasuk NGO yang inginkan perubahan.)
Sebelum itu, semalam dalam FB yang sama dimuatkan (bersekali
dengan terjemahan BM):
Fact that the peoples
of Sarawak should know;
PKR Sarawak NEVER initiated attack against DAP
Sarawak but only "SELF DEFENCE" to answer. Or just silent and let the
rakyat to judge DAP attack against PKR Sarawak.
Fakta yang rakyat Sarawak harus tahu;
PKR Sarawak TIDAK PERNAH memulakan serangan terhadap DAP
Sarawak tetapi hanya MEMPERTAHANKAN DIRI untuk menjawab. Atau berdiam sahaja
dan biar rakyat menilai serangan DAP Sarawak tersebut terhadap PKR Sarawak.
Demikianlah rupanya sikap DAP di Sarawak, itu terhadap PKR.
Sebelum itu PAS telah pun diiterajang oleh mereka di sana.
Sikap itu saling tak tumpah dengan sikap DAP di sini.
Secara jujur saya melihat PAS sebenarnya tidak bermasalah
berkerjasama dengan sesiapa pun. Dan mengikut rekod PAS telah menjalin
kerjasama politik dengan pelbagai pihak sejak Pilihanraya Persekutuan yang
pertama iaitu tahun 1959 lagi, ketika itu DAP pun belum berdaftar.
Asas kepada berkawan adalah bertolak-ansur dan saling
homrta-menghormati.
Diperingkat ini kita perhatikan PAS dan PKR matang dan
memiliki kualiti demikian, tetapi DAP perlu banyak belajar khasnya dalam
menjalin hubungan sesama kawan. Raikan perbezaan kita, tumpukan pada persamaan,
jika tidak, siapa pun tidak mahu berkawan dengan anda. Bukitinya di atas, BN
Sarawak pun “reject” mereka.
Semoga kita semua dapat belajar demi menjanjikan masa depan
yang baik buat Malaysia.
No comments:
Post a Comment