Suka tak suka Raja Petra Kamaruddin pengendali Malaysia
Today adalah seorang penulis dan pengkritik yang berbakat. Di zaman “Reformasi”
dahulu beliaulah antara penggerak yang tersohor dalam menghidupkan bahang “Reformasi”
khasnya melalui tulisan-tulisan dan karya beliau.
Saya sendiri mula kagum dengan penulisan beliau sebelum
zaman “Reformasi” lagi. Ketika itu kami sama-sama menyumbang kepada English
Section Harakah. Dizaman Ustaz Hashim Jasin menang Pilihanraya Kecil Parlimen
Arau 1998, dizaman Almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom dipecat sebagai Mufti
Selangor, ketika itu saya sudah mengikuti penulisan beliau yang mengambil nama
pojok Sulong Kamaruddin.
Kalau kolumnis The Star, Joceline Tan, barangkali secara
sinis, menganggap penulisan beliau sebagai:
Raja Petra’s style is
like telling grandmother stories
(Gaya penulisan Raja Petra seumpama seorang mak nenek
bercerita)
Saya pula menganggap beliau sebagai seorang yang berani,
yang akan menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya tanpa sedikit pun
ruang simpati untuk sasarannya. Beliau tidak peduli pada kesopanan penggunaan bahasa,
kalau perlu dimaki dan dicarut maka itulah yang akan dilakukannya demi
meluahkan isu perutnya dalam tulisan dan pemerhatian beliau.
Itulah Raja Petra, samada anda minat atau membencinya, terpulang.
Dalam penulisan terbarunya beliau menitipkan:
The GHB faction
fielded ulama’ Ahmad Awang against ulama’ Abdul Hadi Awang while Mat Sabu went
for number two. Both Ahmad Awang and Mat Sabu lost. However, Mat Sabu is the
President of GHB and not Ahmad Awang. Why is that?
The answer is simple.
DAP cannot accept an ulama’ as the new head of GHB so they had to appoint
secularist/liberal Mat Sabu instead. With Mat Sabu as GHB’s new head, the party
would not be seen as extremist, compared to if ulama’ Ahmad Awang is its head.
But Mat Sabu is more
radical than Ahmad Awang even though they pretend it is the other way around.
Mat Sabu is Shia and has links with Iran. How more radical can you get than
that?
Do these DAP people
know what they are doing? Surely they cannot be that stupid. Or are they not
stupid but actually very clever? And if they are not stupid but actually very
clever then what game are they trying to play? I am sure the voters from Sabah
and Sarawak would like the answer to that question.
(Kelompok GHB meletakkan ulamak Ahmad Awang menentang ulamak
Abdul Hadi Awang manakala Mat Sabu diletakkan di nombor dua. Kedua-dua Ahmad
Awamg dan Mat Sabu kecundang. Akan tetapi Mat Sabu adalah Presiden GHB dan
bukannya Ahmad Awang. Kenapa begitu?
Jawapannya mudah. DAP tidak boleh terima seorang ulamak
meneraju GHB, parti baru itu tidak boleh kelihatan ekstrimis, berbanding jika
diletakkan ulamak Ahmad Awang sebagai penerajunya.
Tetapi Mat Sabu (sebenarnya) lebih radikal dari Ahmad Awang
walaupun mereka berpura-pura ianya sebaliknya. Mat Sabu seorang Shiah dan punya
hubungan dengan Iran. Bagaimana anda boleh jadi lebih radikal dari itu?
Adakah puak DAP ini tahu apa yang mereka lakukan? Pastinya
mereka bukan bodoh. Atau adakah mereka tidak bodoh tetapi sebenarnya terlalu
pintar? Dan sekiranya mereka tidak bodoh tetapi sebenarnya jadi apakah permainan
yang sedang mereka mainkan? Saya pasti pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak
mahukan jawapan terhadap persoalan itu.)
Itu petikan dari artikel terbaru Raja Petra dalam Malaysia
Today di
Tajuknya : “Adakah DAP terlalu bodoh atau sebenarnya
terlebih pintar?”
Dalam TV3 sebentar tadi ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad
pula menyatakan yang GHB tiada kaitannya dengan DAP, tetapi melalui cara
penulisan Raja Petra ini DAP lah dibelakangnya dan sedang menyusun dan
mengaturkan gerak langkah GHB.
Siapa yang betul Raja Petra atau Khalid Samad, terpulang.
Yang penting di sini sejauh manakah anda boleh menerima
ulasan dan pemerhatian Raja Petra dalam artikelnya di atas?
Apa pun terjadi bahtera besar PAS kelihatan terus berlayar menuju destinasinya,
ada yang mahu naik roket atau terjun laut atau memanjat naik bahtera baru menuju
destinasi ciptaaan mereka sendiri terpulanglah. Bahtera PAS ini sudah pun
berlayar lebih 60 tahun menuju satu destinasi yang tidak diimpi atau dingini
oleh sesiapa pun melainkan mereka yang faham dan istiqamah dengan dasar dan
matlamat perjuangan PAS.
Dan Raja Petra saya percaya akan terus menulis ikut gaya dan
aksi tersendirinya.
No comments:
Post a Comment