Friday, March 06, 2009

Taib Azamudden bersyarah dalam Parlimen berkenaan nama “ALLAH”

Sejarah tercipta dalam Dewan Rakyat semalam apabila dalam sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertua Agung, Menteri di JPM Zahid Hamidi dan Timbalan Speaker Wan Junaidi telah memohon agar seorang ahli parlimen PAS membantu dalam memberi penjelasan.

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib.

Isu yang berbangit ketika itu adalah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Ternyata ia masih mengundang pelbagai tafsiran dan sebenarnya menambahkan lagi kekusutan dan kekeliruan yang tidak nampak kesudahannya. Apalagi apabila ahli-ahli parlimen kita masing-masing bangun memberi tafsiran dan pandangan masing-masing.

Alhmadulillah apabila terbuka peluang untuk memberikan pandangan, Ustaz Taib telah menampakkan kematangan dan kebijaksanaan seorang tokoh agama/ulamak dalam menangani isu yang sensitif ini agar dapat difahami dan diterima masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.

Kata Ustaz Taib:

Dalam kontek Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan dating tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

Beliau menambah:

Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...

Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,

“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...

Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am. Syabas Ustaz Taib, insyallah itulah ikutan kita semua.

14 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya setuju dengan pandangan Ust Taib dalam isu kalimah Allah.

Rasanya rata rata warga BPN turut bersetuju berkenaan isu tersebut.

Syabas kerana mempertahankan yang hak dan membantah yang batil seperti yang diulas oleh dua orang MP PAS yang beria ia mahu membela ALLAH diberi kepada bukan Islam.

saya menggesa sahabat BPN lain menyuarakan sokongan atas pandangan dan artikel ini.



Hidup Islam !

Hidup Malaysia !

Anonymous said...

Salam,
Satu hujjah yang mantap, bernas dan jelas menunjukkan keilmuan Yb Baling, Tahniah!

Anonymous said...

TAHNIAH yb baling!

menteri jaga agama tanya bab agama pd pembangkang? sepatutnya menteri tu yg dok pembangkang, yb baling jd menteri..baru la sesuai!!

Baru isu sebegini dah x de wakil kjaan yg mampu memberi jawapan yg pasti tentang persoalan dan kekeliruan yg berbangkit...ramai yg komen tp berbeza2 jawapannya dan bertambah keliru dibuatnya...itu lah pemimpin bn umno...

tapi masih ramai rakyat msia yg blum sedar....sabar..

TAKBIR!!

..khaled kasturi..

Anonymous said...

Alhamdulillah, memang tepat sekali tempat rujukan untuk memberi penjelasan. Supaya YB UMNO berfikir le dulu sebelum nak tembak mana2 individu. Saya setuju sangat2.
Yang menjadi kekeliruan adalah, orang UMNO yang biol. Mereka dah le tak faham agama, berlagak pulak macam pandai. Solat pun tak jaga tapi berani pulak menyentuh bab2 hukum apatah lagi bab khilafiah. Taubat le wahai saudara ku UMNO. Sama2 le kita menuju dan membuat kebaikan di muka bumi Allah ini.
zam

Anonymous said...

Maaf, saya kadang kala melihat, ada pemimpin PAS yang lebih suka mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan kepada kedaulatan Islam yang telah di jamin oleh Perlembagaan. Saya amat bersetuju dengan Ustaz Taib Azimuddin, masih ada lagi dalam PaS, ulama@pemimpin yang tidak memandang keuntungan politik semata. Saya amat kecewa dengan pemimpin PAS yang bersikap untuk mendapat keuntungan politik.

Di saat, UMNO semakin lemah, saya secara peribadi tidak melihat PAS cukup bersedia untuk menganti UMNO untuk mentadbir Malaysia.

Maafkan saya, saya bukan bersikap extrimis agama atau pun kaum tetapi hakikatnya, masih ada pemimpin PAS yang celaru.


ridwan

www.muhammadridwanto.wordpress.com

Anonymous said...

Tuan,

Nak tahu jugak setakat mana penerimaan YB Khalid Samad dan Yb Encik Dzulkifli terhadap serta YB2 bukan Islam BN mahupun Pakatan terhadap penerangan ini?

Anonymous said...

Peringatan kpd diri sendiri & kepada rakan-rakan (pas @ bukan pas),
tak cukup kalau sekadar berdegar-degar pertahankan kesucian nama Allah, tapi syariat & iman longgar & Islam hanya mekap sentimen sahaja.

Anonymous said...

merujuk kepada isu ini, saya boleh setuju jika penggunaan perkataan 'baitullah', 'kaabah' dan 'solat' dibataskan kepada wacana dan orang islam sahaja atas alasan berkemungkinan menimbulkan kekeliruan. ini kerana ketiga-tiga perkataan ini, baik dari segi sejarah, bahasa dan penggunaannya merujuk secara khusus kepada islam dan umat islam.

tetapi bagi perkataan 'allah' tidak begitu. sekiranya alasan kekeliruan mahu juga diterima, maka kita juga akan berhadapan dengan 'kekeliruan' yang sama dalam penggunaan perkataan-perkataan seperti 'malaikat', 'dosa', 'pahala', syurga', 'neraka', 'roh', 'kiamat', 'kebangkitan', 'nabi' (termasuk nama-nama nabi)dan lain-lain sebagainya. ini kerana, perkataan-perkataan ini membawa makna yang berbeza bukan sahaja kepada agama yang berbeza, malah di kalangan individu yang berbeza juga.

Anonymous said...

ahli-ahli pas/ ataupun yb-yb mrk punya pandangan yg berbeza. akan tetapi mereka boleh saling menerima.

itu yg bagus. boleh create perbincangan dan menambah kefahaman.

slyderrose said...

Syabas pada Ustaz Taib. Pemimpin macam ini mesti dipertahankan di Parlimen. Pemimpin yg berani bercakap benar dan berilmu. Beramal dengan ilmu mereka. Bukan yg berdolak dalih. Kenapa Zahid tak refer saja pada ustazah mashitah atau Firdaus atau mufti-mufti pilihan umno?.

Walaupun Ustaz Taib jelas dengan ilmu namun puak-puak umno pasti mencalunkan suku-sakat mereka untuk mengalahkan Ustaz Taib dalam piliharaya yg akan datang. Sungguh memalukan!

akuinsanbiasa said...

bagi saya utk perkataan-perkataan seperti malaikat,dosa,pahala,dan syurga, rata-rata org malaysia paham perbezaan nye.kalau ia pun tidak paham sekurang-kurangnya org jelas itu ade perbezaan.ini bagi rakyat malaysia la.

cuma perkataan Allah mmg sinonim utk rakyat malaysia adalah dimaksukan kepada tuhan org islam.seperti uztaz taib azamuddin ckp,dalam konteks malaysia definisi Allah itu berbeza dgn rakyat di negara lain.

org kita mmg tau sejak dari dulu lagi perkataan allah ni utk org islam.kalau ia nye ditulis dalam karangan,artikel atau mana2 teks ia jelas membawa perbezaan maksud tuhan yg dimaksudkan.

lagi satu,sy rasa ade bende yg tak kene mengenai isu ini.mengapa ia baru nk dibangkitkan sekarang?kenapa tak dibangkitkan sebelum2 nie.sy risau perkara ini akan dijadikan taktik oleh puak2 kristian utk mengkristian umat islam.

kalau ade pihak yg tahu asal usul kenapa isu ini baru dibangkitkan sekarang,mohon perjelaskan kepada sy dan org ramai

Anonymous said...

sdra Roslan,

semua ini adalah dakyah halus yg akan meresapi jiwa serta pasti mengelirukan anak2 cucu2 kita nanti tapi apa yg umat Islam khususnya yg berkuasa berusaha utk mengubah semua ini dari berlaku? apa nak jadi negara kita skrg, sibuk main politik tak ingat ttg bangsa lagi dah.

Empat hak asas org Melayu dlm negara kita ini yg tlhpun diperkotak katikkan oleh rakan2 anda dlm PR.

1. Agama Islam
2. Bahasa Melayu
3. Hak Keistimewaan Org Melayu
4. Kesultanan Melayu

kalau bangsa lain sudah blh mencabar hak asasi kita di atas, mana letaknya maruah agama (yg mahu dipertahankan oleh PAS) dan bangsa (oleh UMNO)? klu itupun tak blh nak buat, toksah jadi wakil kami la klu yg senang ini pun tak blh nak jaga. yg PAS mabuk kuasa, UMNO pulak nampak wang, wang, wang. DSAI? PM la.

saya cabar anda semua utk berjuang membatalkan penggunaan nama ALLAH oleh org lain selain umat Islam. Sahutlah klu berani.

Abuarif said...

Apa yang ada dialam yang kita tahu dan yang kita tidak tahu adalah ciptaan dan hak ALLAH(TUHAN SEKELIAN ALAM).Hujah Taib jelas dari segi Ilmu Islam.Apakah manusia Melayu merasakan ALLAH itu hanya hak mereka.ALLAH bukan hak melayu dan bukan sesiapa tetapi Melayu itu adalah ciptaan dan hak ALLAH.Sekadar menulis dan menyebut ALLAH(bukan tujuan penghinaan)apa yang perlu ada pertikaian.Yang penting peng ESAAN ALLAH.Semua umat manusia percayakan ALLAH cuma yang tiada kepada sebahagian manusia ini adalah meng ESAKAN ALLAH.Apakah kita akan marah jika jiran bukan Islam saya mengatakan "ayya..ini Tuhan ALLAH sudah bagi rejeki pada saya".Suka dingatkan bahawa nama ALLAH itu banyak,apakah nama lain juga orang bukan Islam dilarang menggunakannya...bukalah minda.

Anonymous said...

Alhamdulillah, masih ada pimpinan PAS yang berani memberikan pandangan tegas demi masa depan Islam, taklah ikut je cakap Nik Aziz.