Monday, March 30, 2009

Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….


Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

6 comments:

shahiran said...

saya baru bukak tv tengok berita TV3 1.30.. start2, pemberita mengumumkan kempen bagi PRK dah bermula, sejurus selepas itu muncul komen dari muhyiddin yasin selaku epngarah PRK kali ni.. apa dia cakap macam biasalah.. pembangkang akan menggunakan fitnah... bla,bla.. keluar pulak, ismail safian melawat pasar dan memberi komen, sebelum ni dia kerja dgn majlis jadi takat nak jaga pasar tu bagi dia takder hal lah.. jadi kalau BN yang dipilih maka dijamin tak akan ada masalah dengan rakyat kerana dia kerja kat majlis sebelum ni jadi tak akan ada masalah, semua yang timbul boleh diselesaikan... hermmmm.. ok laa, bukak internet lagi terbina sikit minda ni rasanya... tengik, tv dari elok2 nak rilek kan otak, terus jadi tak boleh berfikir.. jadi bodoh rasanya tengok lama2...

apa2 pun, diharapkan tidak ada petugas2 kita di 3 PRK ditimpa musibah dan dipermudahkan urusan mereka.. insyaAllah..

Anonymous said...

Saudara Roslan

Dia orang tak reti nak agak tu, sebab tulah angkanya pelbagai. Nanti kita suruh Mr. Bean kira, baru tepat.

amirul nazri said...

Selamatlah Parti Islam Melangkah
Membmbing Ummah Ke Medan Siasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah Hidupnya Kan Pasti Berbuah

Allah Maha Besar!!!

Zali said...

Maksud "kebebasan akhbar" oleh media kerajaan ialah:-

i) memberi ruang yang sempit kepada media lain dan rakyat untuk lebih bersuara

ii) menghalang dari bercakap benar/fakta yang diragui (allowed not to be honest & truthful)

iii) seronok untuk menghentam, menafikan kebolehan orang lain

iv) berusaha untuk mendominasikan diri lebih baik daripada orang lain

v) jangan diberi peluang seluas-luasnya kepada sesiapapun

vi)boleh mengawal dan punya kuasa mutlak mengenai penerbitan selain media mainstream.

vii)

slyderrose said...

Editor suratkhabar tersebut memang suka menipu tentang PR. Jumlah kehadiran penyokong PAS dan PR pun nak tipu. sepatutnya papers merekalah diharamkan.

Anonymous said...

Saudara Roslan
Tak payahlah diulas akan angka2 begini, dah selalu dah. Saya rasa terlalu bodoh bagi mereka dan usah dilayan sibodoh tu kecuali sdra boleh memberi kesan kepada orang ramai di kampung2, ceruk2 tanpa internet. Ada banyak benda lain yang saudara boleh analyse. Yang lebih bagus untuk minda.