Sang al Gojo menunggu isyarat dalam Umno
Sebagaimana yang ramai jangka rupanya tak cukup dengan kemenangan besar dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, kini sang al gojo sedang sibuk menajamkan sabitnya. Terbukti hari ini anggota Lembaga Disiplin Umno, Megat Najmuddin Megat Khas dipetik sebagai berkata bahawa beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang.
Ramai yang mengandaikan bahawa saki-baki yang masih setia pada mantan Presiden Dollah Badawi akan dikikis dan dicantas tanpa belas kasihan semuanya. Bukankah yang paling berkuasa adalah Lembaga Disiplin Umno, lihatlah apa yang telah berlaku kepada Tok Ali. Dulu Isa Samad menerima nasib yang sama, baru sahaja menang jawatan Naib Presiden terus dihukum “tembak”!
Tidak mustahil kini giliran Khairy Jamaluddin atau mungkin juga Azeez Putra Umno.
Porak-perandalah rumah tangga Umno angkara kegelojohan sang al gojo. Yang menang belum tentu selesa menang, yang kalah dendam kesumatnya terus membara. Dengan kemasukan semula “Wira Umno” Tun Dr M, ramai yang akan dicantas lehernya. Tun perlu kononnya untuk menstabilkan parti dan membantu menstabilkan ekonomi Negara, tapi kata Tun beliau akan masuk apabila syarat-syaratnya dipenuhi. Apakah syarat-syaratnya itu?
Megat Najmuddin dipetik oleh MStar sebagai berkata:
"Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,"
Lalu siapakah mangsa sang al gojo kali ini? Sama-samalah kita tunggu, sebagaimana sama-sama kita perlu tunggu untuk melihat siapakah yang akan dilantik sebagai PM oleh SPB dalam waktu terdekat ini.
1 comment:
sebelum ni saya ada dengar dari mulut seorang pemuda umno.. ada ura-ura KJ akan dicantas juga.. dan razali timbalannya akan dijadikan pemangku..
nampaknya Umno ini serius utk melakukan perubahan.. perubahan dalaman jer laa...
bak kata tuan haji yg menelefon ke rancangan Hello Malysia semalam.. perubahan yang mesti dilakukan dalam tempoh terdekat adalah:
bebaskan semua tahanan ISA.
kembalikan tanah2 orang melayu yang dirampas di sekitar Selangor dan KL.
kembalikan hak penerbitan Harakah dan Suara Keadilan.
itu perubahan yang dikehendaki oleh rakyat, bukan rakyat UMNO tapi rakyat Malaysia.
Post a Comment