Rasuah politik terus menjahanamkan Umno dari dalam
Baru sahaja beliau dikatakan kononnya mendahului para pesaingnya bagi merangkul jawatan nombor dua dalam Umno, tiba-tiba Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam jatuh tersungkur, kecundang. Lembaga Disiplin Umno sebentar tadi menggugurkan kelayakan Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana dikatakan telah terlibat dalam rasuah politik atau dalam istilah Umnonya: politik wang.
Sampai bilakah barah berpuaka ini akan susut dari tubuh Umno? Ia nampak semakin membusung dan memunahkan tubuh Umno yang semakin tenat dan lesu itu.
Pendedahan ini membuktikan bahawa rasuah untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan masih diamalkan dalam parti Melayu ini. Ia diperangi sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi namun nampaknya ia semakin hidup, makin dirawat, makin menular, makin diubati makin memamah sampai ke tulang sumsum.
Ini juga bermakna negeri Melaka yang bersejarah itu kini berketuakan seorang pengamal rasuah. Dimanakah SPRM? Kalau kes 46 ekor lembu di Selangor, mereka boleh ligan MB Selangor sampai ke lubang cacing, mengapakah dalam kes rasuah yang diakui Lembaga Disiplin Umno ini berlaku, mereka tiba-tiba bagaikan batu diam membisu?!
Dalam penyiasatan Lembaga Disipili parti berkenaan, calon Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Dollah Badawi juga didapati salah mengamalkan politik wang, namun bagi beliau, sekadar diberi amaran dan masih layak untuk terus bertanding.
Dengan pengguguran Ali ini, calon Timbalan Presiden, Muhyuddin Yassin dijangka akan memperolehi kemenangan selesa memandangkan pencabar yang tinggal hanyalah bekas MB Selangor, Mat Taib, yang dikira tidak mampu menyaingi ketokohan Muhyuddin. Mat Taib sendiri memiliki rekod yang tercalar, yang bakal menghancurkan harapan dan masa depan poltiknya.
7 comments:
yang takut bukan apa, kalau mat taib kalah dia bawak lari anak perempuan muhyidin sebab nak balas dendam
abu jamil
Menantu Pak Lah dianyai oleh pihak pihak tertentu ok
tok iskandar
Tok baru je tengok berita panas hari ni. Ali Rustam tak boleh bertanding Timbalan Presiden UMNO. Bermakna peluang Muhyiddin untuk menang kerusi nombor 2 dalam UMNO makin cerah kerana Mat Taib bukanlah tandingannya.
Spekulasi tentang cantas-mencantas sedang berlaku dalam UMNO antara kem Najib dengan Pak Lah tok tak nak ulas.
Tok heran macamana Khairi dan Ali Rustam yang melakukan kesalahan yang serupa tapi Khairi kena amaran tapi Ali Rustam dikenakan hukuman tak boleh bertanding. Paling pelik dulu Isa Samad kena gantung beberapa tahun kerana politik wang. Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah tidak pula digantung oleh jawatankuasa tatatertib UMNO.Begitu juga dengan Azalina Othman Said yang sedang disiasat SPRM.
Khalayak ramai semakin keliru dengan UMNO yang tengah bergolak sakan sekarang.Eloklah kita sediakan sebanyak mungkin borang PAS, PKR dan DAP di Melaka. Mana tahu ramai yang nak join.
Ali Rustam dulu pernah melarang kakitangan awam negeri melawat Kelantan dan siapa sangka hayat politiknya berakhir begini.
Cuma tok nak rakan bloggers perhatikan tadi AJK Jawatankuasa Tatatertib UMNO, Hasfarizam Harun banyak buat statement. Mamat ni kan peguam bela menteri pasola di negeri pasir dua butir. siapakah gerangan mamat ni sampai begitu berpengaruh. Cuba kengkawan bloggers luangkan sikit masa siasat latar belakang mamat ni dan dedahkan kat blog masing-masing.
Tok juga nak ulas tentang kerajaan perpaduan dengan UMNO-BN. Eloklah kita dengar nasihat Tok Guru Nik Aziz yang serik untuk bergabung dengan UMNO-BN. Ramai yang meragui keikhlasan UMNO.
Kerajaan PAS di Perak ditumbangkan dan Nizar dimalukan.Kerajaan PAS di Terengganu pernah ditarik royalti minyaknya dan kerajaan PAS di kelantan selama 18 tahun diberikan bermacam-macam tekanan.
Buat apa kita menaiki kapal yang hampir karam. Jika benar-benar ikhlas, MP-MP UMNO patut keluar parti dan jadi bebas atau serta PAS ataupun PKR.Jika tidak,lupakan sahaja kerajaan gabungan dan kepada mana-mana pemimpin PAS yang berminat dengan idea sebegini, ingatlah Tok Guru Nik Aziz seorang MP PAS ketika PAS ditendang keluar BN.
Tok percaya majoriti ahli PAS akan bersetuju dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz
Masa Mike Tyson jadi MB Selangor dia bawa 22 kg wang dalam guni ke Australia. Bila jadi TPM, tentulah berkontena wang yang akan dilarikan dari Malaysia. Sudah tentu bukan wang gajinya.
Mat Taib memang pakar 'melarikan'. Satu- pakar melarikan anak raja ke Siam. Dua- pakar melarikan wang berguni-guni dari Malaysia. (sudah tentu wang songlap).
kemungkinan Mat Taib ada can boleh menang .... duit juta2 blom pakai lagi.
siapa nak aniaya menantu pak lah pulak...sebenarnya ramai lg yg terlibat dgn politik wang nunnnnnnn cumanya tak dapat dibuktikan jer.
mengimbau 2-3 minggu lalu, baru Ali Rustam dok perleceh tok guru nik Aziz. emmmm lepas ni org sibuklaaaaa pulokkk perlecehkan dia. keh keh keh
hari ini hari kau Sadiq.....esok2 hari aku pulakkk.....
Post a Comment