Wednesday, March 04, 2009

Bila boleh reda krisis ini

Krisis politik di Perak tidak nampak kesudahannya. Imej Negara sebagai sebuah pendukung demokrasi sedikit sebanyak tercalar dan terjejas akibat kemelut ini. Yang semakin resah dan gelisah adalah rakyat khasnya warga Perak.

Memang mudah kita perlekeh dan merendah-rendahkan kesungguhan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang bersidang “di bawah pokok” itu semalam setelah dinafikan hak mereka masuk ke bangunan dewan, tetapi tidakkah mereka yang bertindak menafikan hak itu dan merampas kuasa melalui politik pintu belakang juga bagaikan “orang hutan” (meminjam kata-kata yang terpacul dari mulut Azalina Othman).

Mengapa mereka dinafikan hak masuk ke dalam dewan, jika benar negeri dan Negara ini bertamadun dan menjunjung demokrasi? Mereka adalah wakil-wakil rakyat yang telah diberi mandat secara sah oleh rakyat, barangkali Azalina boleh bantu untuk menjawab.

Apa pun saya yakin rakyat sedang menunggu-nunggu penyelsaian yang terbaik dari pimpinan mereka. Negeri ini berdaulat, punya undang-udang dan pemimpin, kerana itu jangan hampakan harapan rakyat.

Saya melihat kedua-dua pengulas politik dari akhbar The Star, Joceline Tan dan NST, Zubaidah Abu Bakar menumpukan ruangan mereka terhadap isu ini. Dan saya bersetuju dengan kedua-dua mereka apabila kedua-duanya membuat kesimpulan:

Joceline: The people are looking to the Perak palace for a wise solution
Zubaidah: And again the focus is back on the Sultan


Cuma Perak sahaja satu-satu negeri yang bersultankan seorang yang pernah memegang tampuk tertinggi kehakiman Negara. Sudah pastilah kebijaksanaan dan ilmunya menjadi harapan dan sandaran rakyat jelata. Walaupun mungkin ramai yang telah berputusa asa namun saya yakin ramai lagi yang masih menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan Sultan untuk memperkenalkan suatu jalan penyelesaian yang akan memuaskan hati semua pihak. Jika pun tidak berpuas sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat diterima dengan senang hati oleh rakyat.

Mungkin inilah masa yang terbaik bagi semua pihak merenung dan mengkaji “unity government’ yang disyorkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang tempoh hari.

Terpulanglah, tetapi rakyat sekarang menunggu-nunggu dan sebagai pemimpin samada Istana atau pemimpin politik rakyat mengharapkan agar kemelut ini segera reda dan mereka dapat hidup seperti biasa di bawah kerajaan yang diterima rakyat. Atau mungkin opsyen terbaik adalah serah kembali mandat pada rakyat, bubar dewan............ bagaimana Tuanku?

5 comments:

Anonymous said...

Masa mahathir dulu, sultan seolah2 tidak wujud dalam mencorakkan politik tanahair. Tapi sekarang lepas PRU12...ada guna jugak sultan erk. Tak malu sungguh orang politik ni yee. Apa2 pun...semoga Allah yang maha pengasih...beri hidayat pada sultan2 kat Malasyia ni yang statusnya sebagai ketua agama islam dapat mengamalkan islam dengan sesempurnanya. Insyaallah takde le lagi perselisihan yang buruk seperti sekarang. Semoga sultan bertanyakan alim ulamak dahulu sebelum mintak pendapat dari ahli politik yang nampak gaya tak pernah risau pun tentang hari kebangkitan kelak.

Anonymous said...

undang-undang dah dibuat macam tandas awam. ikut suka hati nak masuk nak keluar. tak kira orang besar atau orang kecik, semuanya membuatkan tandas jadi hancing! Tandas itu mesti dicuci dan dijaga. oleh orang itu!

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kalau tak kerana 4 malaun yang melompat hari tu... situasai tak akan jadi camni..... Hampeh....

Anonymous said...

Apa pun sebenarnya ...

bergantung dipihak mana kita sebenarnya ....inilah yg dipanggil "permainan"

Setiap sebelah pihak akan saling mempertahankan hak masing2 ... jadi bila kita bermain sama-sama akan bermain dgn tektik baik atau kotor tapi yg penting menang.

Polis, BPR, SPR pun jika PRU13 nanti dimenangi oleh PR jadi dia akan sokong le PR ... yg penting siapa yg memerintah masa tu... kalau cina memerintah pun masa tu nanti depa akan sokong dan dengar cakap cina le....

dulu pun kita kata SPR tak adil tapi bila menang 4 negeri dan 2 pilihan raya kecil SPR pun dikira adil...

jadi tok kata ...2X5 5X2 aje... ini kan dalam permainan...hahahahah

kesimpulannya tak perlu meratap, mengomel yg perlu " kena menang pilihanraya"

Anonymous said...

Salam semua,

"dulu pun kita kata SPR tak adil tapi bila menang 4 negeri dan 2 pilihan raya kecil SPR pun dikira adil... "

Maaf saya tak stuju dgn pendapat Tok Long.

Dulu kita kata SPR tak adil, tak telus, menipu dsbnya. Bila kita menang, kita TIDAK kata SPR adil. Kita kata " Alhamdulillah. Walaupun kamu tipu macam mana sekali pun Allah telah memberi kami kemenangan. Kunfayakun "

Bukan gitu Tok Long?

Allah Kareem.

Kak Long.