Penggunaan nama ALLAH
Berhati-hatilah kita semua
Penggunaan nama ALLAH dalam bahan cetak oleh pihak bukan Islam di Malaysia terus menjadi perbahasan walaupun pihak kementerian yang bertanggungjawab telah pun menegaskan bahawa ia dilarang. Tambah menjadi bahan apabila Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, turut memberikan pandangan, malangnya pandangan itu dihuraikan tidak sebagaimana maksud asal Tok Guru.
Saya sendiri sempat berada dalam satu majlis dalaman bersama Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Ternyata pandangan Tuan Guru juga jelas dalam hal ini. Dalam suasana atau waqi’ di tanahair kita, penggunaan nama ALLAH ini jika dibiarkan diguna tanpa kawalan akan mencetuskan fitnah dan mampu mengapikan perbalahan.
Tidak sama kita dengan saudara-saudara kita di Timur Tengah, adat dan bahasa memisahkan kita. Melayu itu Islam sebagaimana yang difahami melalui operasi perlembagaan Negara tiada di sana.Lalu ALLAH yang digunakan di sana tidak sama imapknya jika digunakan pula oleh media bukan Islam di sini.
Saya menerima SMS dari sahabat saya Anbakri atau Annual Bakri Haron, SETPOL kepada Tok Guru MB Kelantan. Ternyata beliau masih bersilat dengan isu ini yang telah diberikan nafas berbeza oleh pihak media berbanding dengan nafas asal yang dihembuskan oleh Tok Guru. Saya sendiri pernah mengalami suasana begini lalu saya sungguh bersimpati dan faham sangat akan apa yang ditanggung beliau.
Oleh itu demi untuk memberikan penjelasan rasmi akan kenyataan Tok Guru itu berikut saya siarkan email Anbakri kepada saya yang beliau pohon dikongsikan bersama dengan pengunjung blog saya:
Penggunaan Nama ALLAH Oleh Gereja: BOLEH ?
Untuk tidak mudah keruh air dihilir, mari kita cuba simpan ke tepi soal-soal komen orang terlebih dahulu. Mari kita kembali kepada kejernihan yang seasalnya dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.Soal sedih dan terlambat itupun barangkali tidak perlulah kita dahulukan justeru inipun juga dikhuatiri boleh menyebabkan "side tracking" yang kurang bermenafaat.
Pada dasarnya, Islam ini milik semua. Allah yang mencipta langit dan bumi dan segala isinya termasuklah segala kehidupan manusia atau non-manusia;benda atau non-benda.Ini jika boleh kita sama-sama bersetuju sebagai premis pertama.
Jika asas ini boleh kita sama-sama persetujui, maka inilah premis asal tempat bertolak yang membolehkan perkataan Allah itu digunakan oleh sesiapa.Dinding tempat bersandar sikap keluwesan Islam ini insya-Allah, boleh kita sama-sama cermati melalui firman Allah SWT di dalam kitab suci kita al-Quran secara tenang.Semaklah secara perlahan satu persatu. Lihat surah Al-Mu'minuun Ayat 85,Al-Mukminuun Ayat 87,Al-Mukminuun Ayat 89,Al-ankabuut Ayat 61, Luqman Ayat 25, Az-Zumar Ayat 38,Az-Zukhruf ayat 9 dan Az-Zukhruf Ayat 87.
Pendek kata, "mereka akan menjawab, "kepunyaan Allah". Katakanlah:Maka apakah kamu tidak bertaqwa?"(Surah Al-Mukminuun Ayat 87).
Sungguhpun penggunaan perkataan Allah ini boleh digunakan oleh semua golongan tetapi ia wajib digunakan dengan penuh tanggungjawab. Pisau tidak boleh menikam sebarang benda walaupun halal ianya pada prinsipnya untuk menikam apa jua.Analog ini boleh dikembangkan sejauh-jauhnya jika perlu berbuat demikian.Pokoknya, walau apapun benda atau perkataan itu, ia tidak boleh disalahgunakan.
Di sinilah letaknya persoalan niat.Apa niat penggunaan pihak gereja dalam konteks isu seputar penggunaan nama Allah ini?
Tidak mahu dilihat gopoh dan terburu-buru Tok Guru mahu Islam itu dilihat masih terbuka. Maksudnya, kita masih boleh izinkan JIKA pihak gereja sedia letakkan deklarasi terbuka di muka surat pertama bahagian hadapan dalam setiap naskah yang mahu diterbitkan iaitu(umpamanya):MAKSUD ALLAH DISINI MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA, YANG MENJADIKAN SELURUH ALAM LANGIT DAN BUMI DALAM KERANGKA PENGERTIAN DAN PERSEPAKATAN MAKNA SELURUH AGAMA SAMAWI YANG ASLI. ALLAH YANG DIRUJUK DI MANA-MANA TEMPAT DALAM TULISAN INI ADALAH SEPERTI YANG DIERTI DALAM SELURUH AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, YANG TERPANCAR SIFAT-AIFAT KAMALAAT-NYA MELALUI 99 ASMA UL-HUSNA-NYA. PAKSI DAN TUNJANG YANG MEMANCANG SIFAT ALLAH YANG DIRUJUK DALAM TULISAN INI BERSEMAYAM DIKERAK PENGERTIAN EMPAT AYAT DALAM SURAH AL-IKHLAS YANG BERBUNYI: KATAKANLAH DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA.TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. TIADA SIAPA YANG SETARA DENGAN DIA."
Di peringkat ini, jangan-jangan kita sudah mampu menjerat seekor harimau yang berpura-pura menjadi kucing itu, untuk menunjukkan taring menjelaskan pendiriannya. Mampukah dia !
Ini premisnya.Jika perlu saya ulangi,maka mana-mana pihak yang mahu menggunakan perkataan Allah perlu di WAJIBKAN untuk mematuhi ketetapan ini.Ia perlu dicatat dalam bentuk deklarasi bertulis berupa pengakuan.Kita memulangkan persoalan ke gelanggang pilihan. Terpulang !
Inilah yang agaknya sering disebut oleh ahli-ahli ilmu sebagai barang hikmah yang tertinggal. Dengan begini,kita tidak "mencederakan" Islam; bahkan mengekalkan pendirian asal Islam itu yang bersifat meraikan. Akan tetapi, di sana tetap adalah syaratnya. Ia bukan sebuah izin mutlak.ia bersifat muqoiyyat.
Mengelakkan diri dari dituduh gemar membuat pemborongan, pendekatan ini akan dipandang lebih menyerlahkan unsur fatonah yang menjadi ciri yang "intact"; milik para Rasul dan nabi-nabi.
Dengan kenyataan ini, barangkali saya sudah tidak perlu lagi memujuk mereka yang "sangat sedih"..bahkan "sangat-sangat bersedih". Saya sebenarnya lebih suka mencurigai hajat media dari bersifat jengkel sesama sendiri."When suspicion is asleep, wake it not".Ini bukan soal sedih atau terlambat.
Wallahua'lam
- anbakri -
9 comments:
Saudara Roslan SMS,
Saya masih tidak dapat memahami hikmah dan motif di sebalik toleran dan semangat 'give-and-take' yang cuba ditunjukkan oleh sebahagian kita. Cubalah mendalami ayat-ayat dalam Surah Maryam. Terlalu bangsatkah kita ini sehingga hal ini pun perlu dipolemikkan sesama kita. Ketuanan Melayu sudah diketepikan. Ketuanan Islam hanya tinggal sebagai laungan semangat. Raja-Raja Melayu juga diketepikan. Nah sekarang ini ALLAH pula yang dipersoalkan. Inikah cara anak-cucu Tok Janggut, Tok Bahaman dllnya berjuang ?. Apakah yang hendak kita tinggalkan kepada warisan kita Kaum Muslimin Melayu ?.
Harap jangan sampai mereka mencerca kita nanti. Sungguh ini adalah satu fitnah bencana dan musibah kepada ummat.
InaliLlahi wa inna ilaihi rajiuun !.
TOKPAKIR
salam bro roslan..
buat penulis email sdr anbakri, tahniah satu penulisan yg sangat baik. sebagai org Islam majoritinya saya rasa Allah itu hanya merujuk pada yg Maha Esa. Andai muslim menyebut Tuhan saja sekalipon, saya juga yakin hanya Allah yg dimaksudkan.
Isu penggunaan Allah sepatutnya tidak menjadi persoalan dikalangan org Islam. Tetapi apa yg berlaku sekarang pihak gereja umpama ada matlamat yg tersembunyi dlm menggunakan Allah pada penerbitan mereka. Tidak perlu melihat jauh, sekada jiran kita di Indonesia cukup. Mengapa tiba-tiba mahu digunakan istilah Allah dlm penerbitan Kristian Malaysia selain dari mahu mengelirukan?
Jika tulisan sdr anbakri merujuk pada saya, usahlah gusar sesedih manapon saya.. ketika mula2 membaca tajuk ulasan Nik Aziz saya amat yakin itu mainan media. Laknatlah pada mereka jika sengaja menimbulkan fitnah. Apa yg dimaksudkan lambat, seharian berita ulasan Nik Aziz terpampang di akhbar2 termasuk online tanpa ada penjelasan lanjut termasuklah di Harakahdaily sendiri.
Maka saya sendiri merasakan ulasan Nik Aziz itu memang benar sehingga punya waktu itu diulas oleh Noh Omar di berita.
Saya tidak mahu dipanjangkan isu ulasan Nik Aziz, tapi biarlah lebih berhati-hati tika mengulas isu2 tertentu pada media perdana. Saya rasa beruntung kerana berpeluang menerima ulasan lanjut, bagaimana saudara2 kita termasuk sahabat bukan Islam yg hanya membaca ulasan awal?
Saudara Roslan
Hanya ada satu Tuhan yakni Allah SWT yang mempunyai segala sifat ketuhanan yang tidak sama dengan makhluk. Yang lain i.e. batu, kayu, patung, dewa etc tidak layak dipanggil Tuhan kerana tidak mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan kesempurnaan. Tuhan kita dan tuhan mereka adalah sama , cuma mereka tidak mentauhid dan mengabdikan diri kepada Allah seperti mana yang disyariatkan oleh Nabi Besar kita Muhammad SWA.
Maka mereka ini dihukumkan oleh ulamak sebagai kafir musyrik (penyembah berhala atau pagan) atau kafir murtad selepas diberikan kitab @ ugama samawi.
Wallahu 'alam
Pihak gereja nak gunakan nama Allah hanya untuk mengelirukan dan memecahkan perpaduan umat islam. Mereka nmpak bangsa melayu islam ni lemah. Tgk lah melayu kat kl tu area2 bukit bintang, yg suka berhibur dan jauh dari agama, mudah nak dipesongkan.
Layak ke dorang nak guna nama Allah swt dalam kitab dorang? Adakah mereka mengesakan Allah sebagaimana umat islam. Kita wajib bangkit menentang mereka.
Tok guru ore ilmu dale. utusan & berita sampai ke tua pun tak akan pehe (sampai). buleh kah kita nak tutup mulut tok guru supaya jange kkecek? Oghe klate (termasuk ahli PAS seluruh negara yg ditarbiah) tak dok masalah, kita pehe bahasa tok guru. yg masalahnya, bangsa amno ni!
Sdr Roslan,
Cuba nasihatkan TGNA supaya usah keluar kenyataan 'tangung' yg boleh menyebabkan pihak lain 'smash' kita balik. Sekarang ini orang makin keliru.
banyak kali kenyataan TGNA dilihat semacam 'arahan', tetapi xsemua yang mengikutnya. Cth; calon PAS di KT, syura dalam PAS dll.
kena faham, TGNA bukanlah mempunyai kuasa mutlak di dalam PAS. kerana TGNA sebagai mursyidul am adalah ikon tarbiyyah kepada PAS. Namun keputusan di dalam jemaah adalah berdasarkan syura. jadi bukan satu sebab yang semua orang kena ikut kata-kata tuan guru. TGNA kena ikut keputusan syura.
sedangkan junjungan mulia kita pun ikut keputusan syura, inikan lagi TGNA.
Wallahu a'lam
ALLAH ITU MAHA ESA.
Salaam,
ambo tak pehe. Bukankah Al-Quran sendiri mengandungi ayat2 yang mengatakan orang Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah 'Allah' seperti "Berkata orang Yahudi Uzair anak Allah". Maka apa isunya?
Beza kita dengan mereka bukan perkataan "Allah" tetapi kefaham atas sifat2 Allah itu sendiri. Dan inilah perjuangan Rasulullah (SAW), membersihkan kesesatan terhadap "Allah" yang disembah kaum Quraish, Yahudi dan Nasrani.
Itulah yang saya faham. Kalau tidak ayat2 yang seperti di atas, kita nak letak kat mana?
Wallahu'alam.
Hamba Allah.
Post a Comment