(Ini adalah cubaan)

Saturday, March 14, 2009

Hapuskan PPSMI





PPSMI atau “Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris” telah diperkenalkan oleh kerajaan bawah pimpinan bekas PM Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 lalu. Ia diperkenalkan dahulu kononnya untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Bahasa Inggeris dikatakan bahasa dunia, dan gagal menguasainya dengan baik akan mengakibatkan anak-anak kita tercicir dalam mengejar ilmu dan kemajuan serta bersaing dengan dunia luar.

Ketika pelancarannya dahulu ramailah pak hangguk dan kaki ampu yang mengiakannya walaupun hakikatnya mereka tahu impaknya terlalu besar terhadap para pelajar khususnya anak-anak Melayu secara keseluruhannya. Kita tahu dahlah penguasaan matematik dan sains secara umumnya lemah dikalangan anak-anak Melayu, dan sepatutnya penguasaan ilmu inilah yang ditekankan, tetapi sebaliknya anak-anak Melayu yang sedia lemah itu dibebankan pula dengan kewajiban untuk menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu yang mereka sudah kebelakang itu.

Sementara itu segelintir anak-anak Melayu yang memang baik pemahaman mereka terhadap ilmu sains dan matematik turut juga terbantut semangatnya apabila mereka perlu pula menginggeriskan ilmu yang mereka kuasai itu. Masalah yang serupa juga ditanggung oleh anak-anak di sekolah Cina.

Kita akui menguasai bahasa Inggeris itu adalah penting. Bahkan kita ada sabjek bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Mengapa tidak diperkukuhkan sabjek ini. Jika perlu tambahkan jam pembelajarannya. Rombak dan pertingkatkanb kurikulumnya. Sepatutnya begitu dan tidak dengan menginggeriskan sabjek lain kononnya untuk memperkasakan bahasa ini, karut!

Kini sudah hampir enam tahun PPSMI ini djolokkan ke dalam tembolok anak-anak kita. Pengasasnya pun sudah bersara, penggantinya pun akan bersara dalam beberapa minggu, pengganti kepada penggantinya pula entah macam mana. Akhirnya nasib kita terkontang-kanting begitu.

Cukuplah kita melahirkan seribu- satu alasan. Yang pentingnya di sini PPSMI ini perlu dihapuskan, kembalikan status quo pra 2003. Kalau perlu sangat penguasaan bahasa Inggeris itu dipertingkatkan, cari cara lain.

Jika anda prihatin tentang perkara ini, jika anda rasa terpanggil untuk turut melibatkan diri dalam berusaha menghapuskan PPSMI ini, ayuh kita bersama melangkah ke Istana Negara esok Sabtu 7 Febuari 2009. Kita solat zohor bersama di Masjid Negara dan dari sana dengan badan GPM atau Gerakan Mansuhkan PPSMI kita berarak secara aman ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada SPB Yang Dipertuan Agung, Raja dan penguasa yang mengawal dan memelihara adat-istiadat Melayu dan agama Islam.

Semoga perjuangan kita ini berolah kejayaan, insyallah.

2 comments:

Melayu Berwawasan said...

kau cakap nak hapus PPSMI...Tajuk kau tu pun banyak dalam bahasa English apa ni,buat la dalam bahasa malaysia,cakap tak serupa bikin bolehlah......nanti anak kau tu jangan bagi cakap bahasa english..bahasa melayu jer.baru sesal.

KakCik said...

Bodoh betul Melayu Berwawasan ni. Siapa yg anti BI? Ramai orang anti PPSMI. Tak nampak ke perbezaaannya?