Saturday, March 07, 2009

Himpunan PPSMI terbukti Umno sudah terkubur…….

Semasa ucapan sulungnya ketika menyerahkan borang menjadi ahli PAS, bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Dato Zahar Hashim mengatakan bahawa PAS bukan parti alternatif kepada Umno tetapi PAS adalah satu-satunya parti pilihan orang Melayu/Islam di Malaysia.

Petang tadi terbukti Umno sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan Negara sebagaimana yang ia laung-laungkan disaat Allahyarham Dato Onn Jaafar menubuhkannya dahulu. Petang tadi Umno tidak terlibat dalam mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. Petang tadi yang hadir untuk mendaulatkan bahasa Melayu dari Masjid Negara sehingga ke Istana Negara hanyalah para intelek dan sasterawan Melayu selain pimpinan tertinggi dan ahli-ahli serta penyokong PAS salian rakan-rakan dari PKR.

Petang tadi kerajaan yang ditunjangi Umno mengarahkan agar kelongsong-kelongsong gas pemedih mata dituju dan dihalakan ke arah para pejuang bahasa Melayu yang berhimpun dari Masjid Negara ke Istana Negara. Sudahlah mereka bertanggungjawab mengorbankan kedaulatan bahasa, sudahlah mereka tidak hadir bersama mempertahankan bahasa ketika ianya dalam ancaman, mereka tergamak melihat anak-anak bangsa yang berhimpun untuk mempertahankan bahasa mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dihujani dengan air kimia dari water canon FRU.

Pejuang bangsa apakah Umno ini?!!

Apalah sangat sehingga mahu tunjukkan kuasa ke atas anak-anak bangsa sendiri? Mereka sekadar mahu menyerahkan memorandum suara hati mereka kepada Raja mereka, ketua Negara, ketua Melayu ketua agama, tetapi mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Sudah hilangkah kewarasan dan pertimbangan kita? 100 lebih anak-anak bangsa ditangkap tadi atas dosa mempertahankan kedaulatan bahasa mereka, sudah sasau dan biulkah Umno??!!

Saya yakin dan percaya perisitwa malang petang tadi akan merupakan kemuncak kehancuran parti yang kononnya berjuang untuk survival umat Melayu itu. Syabas dan tahniah para pejuang bahasa Melayu dari Sasterawan Negara, tokoh-tokoh akademik, para pelajar termasuklah ketua dan pimpinan parti siasah. Anda semua telah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa ini yang sudah dilupakan oleh Umno sanggup terus dipikul dan diperjuangkan oleh kita semua selain Umno.

Hapuskan PPSMI. Hidup Bahasa Melayu!

22 comments:

Anonymous said...

amno pengkhianat bangsa!
amno perosak agama!
amno petualang negara!
jauhi najis amno!
shit!

Anonymous said...

ada orang melayu kata PPSMI berjaya meningkatkan BI pelajar melayu secara terpaksa. Betul ke? Aku test anak aku yg darjah 3, is are am pun bercelaru lagi. cekap sangat math&science dalam BI sampai basic grammar pun tak tau? topik sains budak darjah 3 pula hampir sama level dgn budak ting 3, u all bayangkanlah budak ting 3 (tempat bini aku mengajar-dapat elaun perbandaran) pun terkial-kial nak jawab kertas ujian anak aku yg darjah 3 tu.

Mike said...

Hello brader, itu perkataan Sains dan Matematik pun bukan perkataan Melayu.

Melayu pernah jadi ahli sains atau matematik ke? Sepatah haram pun takde bahasa melayu dalm sains dan matematik. Semuanya dicipta (lebih tepat, diciplak) dalam zaman saya hidup.

Bahasa Melayu elok untuk sastera, syair, sajak, pantun dan gurindam saja, falsafah pun tak berapa boleh.

Lagi bodoh nanti anak Melayu. Contoh: BI - Square
BM - Segi Empat Sama

BI - Rectangle
BM - Segi Empat Tepat

Saya tanya 10 orang kawan Melayu yang berumur lebih 50 tahun, semua kata Segi Empat Tepat itu Square.
Anak saya kata segi empat tepat itu rectangle. Very confusing and stupid choice of words. BI satu perkataan yang tepat, BM kena pakai tiga perkataan tapi masih confuse (celaru).

AvanzaG said...

Pemuda Umno apa cerita?senyap jer…kata hero bangsa melayu. Sanggup buat apa saja untuk bangsa Melayu. Hero taik ayam pandu…

Pooodah…

Anonymous said...

Ekhem, Hisyamudin, bertuturlah anda dalam bahasa INGGERIS tatkala menyampaikan ceramah politik anda :)

Anonymous said...

Sabtu 7 Mac 2009 merupakan hari bersejarah dalam lanskap politik Melayu di Malaysia abad 21.
Petang Sabtu di ibukota ini menandakan bahawa kaum Melayu sedar dan yakin siapa sebeanrnya pejuang bangsa Melayu.Anak-anak muda yang bersama-sama generasi ASAS 50 meredah sekatan dan hujan untuk berjumpa dengan kepada Negara.Sayang, ketua kepada semua raja-raja Melayu juga sukar ditemui.Halangan yang dibina terdiri dari bangsa Melayu dengan senjata berat dan bersedia untuk memukul dan mencederakan siapa saja atas arahan orang berkuasa yang makan gaji duit rakyat yang berarak ini. Dengan uniform dari duit rakyat yang mereka pukul dan sekat.

Anonymous said...

Sebutlah siapa yang paling zalim di atas dunia, yang paling buta hati atau apa saja perkataan yang menggambarkan suatu kejahatan, pasti UMNO akan berada di senarai yang paling atas. Yahudi sekalipun tidak akan mengkhianati bangsa mereka sendiri walau wujud percanggahan di kalangan mereka...... tapi UMNO..... kita tidak mengerti dan tidak faham, apakah bukan manusia yang mentadbir UMNO sekarang, yang jelas IBLIS bertopengkan binatang.....!

akuinsanbiasa said...

lepas ni kalo ade pemimpin umno cakap diorg pejuang bangsa,tanye diorg kenapa tak pertahankan bahasa melayu utk kegunaan dlm pendidikan

Anonymous said...

soal demo, polis, tear gas & amno semua ni saya tak minat nak ulas. setiap kali demo mmg cerita yg sama.

tapi soal utama adalah PPSMI. Mengapa sangat2 ditentang? Setelah 6 tahun? Saya masih mencari-cari punca penentangan.

Adakah benar anak2 sukar belajar? Jika soal term terlalu tinggi, turunkan, jika masalah pengajaran, tambah jumlah kursus guru, jika murid-murid masalah nak paham, tambah masa/kelas tambahan.

Adakah kita mahukan anak2 kita belajar dgn mudah sahaja? Saya masih tidak tahu apa masalah sebenar?
Jati diri melayu? Penguasaan bahasa? Kelemahan murid? Guru? Politik?

Jika anak2 cina dan india selama ini boleh belajar dlm bahasa melayu, kenapa tidak orang lain? Mula dr darjah 1.

Anonymous said...

hello..mr mike!

matematik dan sains adalah pelajaran yg memerlukan pemahaman KONSEP2 tertentu.

sudahlah budak2 melayu (kampung) susah nak faham bahasa, nak faham konsep plk satu hal. akibatnya banyak konsep2 sains/matematik dihafal, bukan dicerna/difahami, spt contoh rectangle dan square yg kamu bagi. agaknya kamu ni hafal bodoh je, pelajaran sains/matematik masa kat sekolah (itupun jika kamu ambil subjek sains/matematik).

sekian, terima kasih

Anonymous said...

Hello Mike, I tak tau U ni melayu ke bukan melayu, tapi inilah satu contoh gaya pemikiran yang bangang bercampur dengan kebodohan yang amat sangat, tidak mengerti apa yang dibincangkan. Orang bercakap pasal bahasalah bodoh, bukan pasal istilah.
Orang Jepun & Korea yang maju 10 kali ganda dari melayu, belajar math & sains dalam bahasa inggeris ke? Itulah, lain kali kalau bodoh atau bangang sangat, jangan menyampuk.....!

Anonymous said...

Mike said...
Hello brader, itu perkataan Sains dan Matematik pun bukan perkataan Melayu.

Hello Mike,
Kome bodoh. Sains dan Matematik tu perkataan Melayu. 'Science' dan 'Mathematics' tu perkataan English.

Mike asked..
Melayu pernah jadi ahli sains atau matematik ke?
Mike,
Ada. Banyak. Kebanyakan mereka belajar sains dan matematik guna Bahasa Melayu.

Mike said..
Sepatah haram pun takde bahasa melayu dalm sains dan matematik.
Mike,
Dari saya Darjah Satu sehingga ke Tingkatan 5 saya belajar guna sains dan matematik guna Bahasa Melayu, adake pulak sepatah pun tak ada. Sekarang saya mengajar subjek Engineering dlm bahasa Inggeris di universiti swasta.

Mike, tahu tak bengap dalam English tu apa?

Yasir

Anonymous said...

mike,

Anda bangsa apa...? Hari ini kita cerita pasal bahasa untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Bangsa Melayu mahu menggunakan bahasanya dalam semua bidang ilmu.

Kalau anda kata Sains dan Matematik pun bukan perkataan Melayu, itu bukan pekara penting. Tapi pekara yang paling utama kenapa orang bijak dalam bahasa inggeris tidak mampu menterjemahkan dalam bahasa melayu...? Oleh kerana kebodohan itu maka mereka menunding jari kononnya bahasa melayu tiada kualiti...?

Kita mahu kerajaan pimpinan UMNO-BN terjemahkan bahasa sains dan matematik dalam bahasa melayu. Apa gunanya DBP...? Mereka bekerja disitu untuk apa...? Jangan jadi celaka makan gaji buta !

Anak Orang Jepun pergi ke US belajar sains dalam bahasa inggeris tapi apabila mereka balik ke Jepun mereka terjemahkan sains itu dalam bahasa Jepun. Agar rakyat Jepun keseluruhannya mudah faham timbul minat untuk mendalami pembelajaran itu. Tidak timbul masaalah orang Jepun mesti belajar bahasa inggeris untuk sains malahan mereka lebih bijak dalam sains dari orang US sendiri.

Sebenarnya pekara ini boleh diselesaikan dengan mudah, semudah ahli UMNO dapat komisyen dari projek yang diberi kepada kroni mereka. Cuma mereka nak tunjuk ego, berlagak sombong terhadap parti pembangkang. Biar pun perbuatan mereka itu sedang membunuh seni budaya bangsa melayu itu sendiri.

Kita tidak minta pendapat dari orang yang bukan melayu seperti anda "MIKE", tapi kita berharap ahli UMNO tampil kehadapan memberi komen jelas tentang pendirian mereka terhadap Bahasa Melayu.

Anonymous said...

Besok kalau ornag melayu tak berdaya maju, sibuk sangat dengan mansuhkan PSSMI ni, kita kencingkan kubur kubur mereka yang membangkang tak tentu hala.

Cina cina blajar sains dalam bahasa melayu (sebelum ppsmi), tak jadi melayu pun. Balik tarah cakap cina. Mak bapak cakap omputeh. Cina dapat, melayu dapat, emnglish dapat..orang melayu?

Anonymous said...

Pendapat saya umno bukan tidak memartabatkan bahasa melayu . Tp mereka lebih mahu mempertingkatkan bangsa melayu dgn memperkuatkan mrk dgn bahasa inggeris.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Bagi mereka yg masih menyokong ppsmi, berhujjahlah dgn rasional sebab kami tak membangkang tak tentu hala. Telah banyak kajian dibuat yg menunjukkan pembelajaran Sains dan Matematik yg terbaik ialah dgn menggunakan bahasa ibunda.
Kesimpulan sesetengah pemberi komen menyokong ppsmi tak disokong oleh kajian educationists, linguists dan pensyarah kejuruteraan.
Inilah satu punca Menteri Pelajaran takut berdebat isu ini. Laporan TIMSS 2007 yg menunjukkan kesan negatif ppsmi cuba disorok dari diketahui umum.
Mereka yg bahasa ibundanya English sudah tentu menyokong ppsmi, tapi yg bahasa ibundanya Melayu membabi buta menyokong juga. Sedih.

Yasir.

Anonymous said...

aduh peningggg....UMNO bukan memertabatkan bahasa melayu? hey bro....kamu ni sengal bercampur bengap ke? macamana le nak mempertingkatkan bangsa melayu kalau tidak dengan memertabatkan bahasa melayu itu sediri?

malaysia baru said...

Tahniah kepada kawan yg bersusah payah hadir di Himpunan 100,000 Rakyat di Masjid Negara 7/3/09 kerana bersama melakar sejarah perjuangan menyelamatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari pupus seperti pupusnya tulisan jawi sewaktu UMNO di ambang kuasa.

Alhamdulillah...
Jom protes sampai menang. Ws.

Unknown said...

en mike..

fahamkan segi 4 sama tu maksudnya
semua 4 garis tu SAMA panjang..

segi 4 tepat tu , ia bersudut TEPAT antara garisnya..

segi 4 SAMA adalah ahli kpd segi 4 TEPAT..

saya rasa istilah dia tak salah.. tapi kena fahamkan maksuknya..

cikgu en mike ajar macamana dulu...

Anonymous said...

Kepada En Mike,

Kami berjuang untuk membina tamadun Melayu berteraskan Islam. Kami sedar tiada satu tamadun dalam dunia ni tanpa dibawa bersama bahasa mereka. Rujuk kepada negara Germany,Perancis,Sepanyol, dan di timur pula Jepun, Korea. Tamadun dan teknologi mereka dibina bersandarkan bahasa ibunda mereka.

Tidak timbul isu bahasa inggeris disini. Cuma yang penting kami para pakar dan profesional melayu sedang bersiap sedia dan menambah usaha sedaya termampu untuk mencungkil dan mengorek ilmu-ilmu ini dan diterjemahkan dan ditambahbaik dalam bahasa ibunda kami. Jika anda tidak bersetuju, cipta kan lah tamadun mengikut selera dan tekak anda, kami tidak menghalang hak orang lain, kami cuba mempertahankan hak kami di tanah kami, harap anda faham.

Janganlah en mike sempitkan pemikiran pada segiempat sahaja. Anda yang keliru dengan pemahaman bahasa, jangan pula disalahkan orang lain. Perkara semudah segiempat pun anda pening,belum lagi 'white blood cell''red blood cell''hemoglobin''platlet'.

Saya belajar semua ni di sekolah dulu dalam bahasa melayu,ejaan melayu,tapi bila sudah faham konsep dan asas. Tak keliru pun.

Jangan keliru kan orang lain jika anda yang keliru, bertanyalah jika tak tau, atau diam sahaja. itu lebih baik dari membiarkan orang nampak kebodohan anda.

Jurutera Kanan,
Syarikat Multinasional Jepun,
Malaysia

Anonymous said...

Kepada SEMUA AHLI PAS lepas ni jangan belajar BAHASA ARAB nanti HILANG MARTABAT BAHASA MELAYU!!

Mereka lupa bahawa Nabi telah mewajibkan kita menuntut ILMU dalam macam-macam bahasa tetapi malangnya orang iSLAM lupa.

Wahai abg roslan jikalau betul-betul memperjuangkan bahasa kenapa semua orang masih menggunakan istilah bahasa inggeris. Janga tipu diri sendiri bahasa sekarang PAS membela Bahasa MElayu ini semua adalah politik. Semua orang kelantan dan PAS berjaya kerana bahasa inggeris. Tidak rendah martabat bahasa itu jika kita belajar bahasa asing demi ilmu.

Saya tak membenci BAHASA MELAYU tetapi saya rasa peluang untuk anak-anak belajar bahasa inggeris telah bertambah. Dibandar dan untuk orang yg mampu anak-anak mereka mampu di hantar untuk kelas tuisyen atau tambahan tetapi dibandar?? Dan adakah selama ini prestasi murid-murid diluar bandar didalam subjek matematik dan sains cemerlang??

Bagi pendapat saya yang menentang adalah orang-orang yang sendiri tidak faham kepentingan subjek itu di perkenalkan utk diajar dalam bahasa inggeris.

Mungkin sebab itulah kenapa nilai globalisasi tenagakerja orang melayu adalah amat rendah..

Anonymous said...

SEPATUTNYE DITAMBAH MASA PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI PERINGKAT ASAS,CONTOH DARJAH SATU SEHINGGA TINGKATAN 3,BANYAKKAN KELAS BAHASA INGGERIS..APABILA KE TGKATAN 4 DAN ATAS BARU SESUAI DI PRAKTIKKAN PENGAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS KERANA ASAS BAHASA ITU SENDIRI TELAH KUKUH...WE ALL KNOW THAT LANGUAGE IS THE DOOR TO KNOWLEDGE..