Thursday, March 19, 2009

Apa itu “unity government”

Macam-macam berlaku dan timbul sejak kebelakangan ini. Sedang kita bersedia bagi menghadpi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, berbagai cerita panas dan menarik tersingkap di depan mata kita.

Ada yang menyeronok dan menguntungkan kita, ada juga yang menyedihkan dan meletakkan kita dalam keadaan serba-salah dan cemas. Apapun sesungguhnya perjuangan ini penuh cabaran, hanya yang istiqomah dan sabar sahaja yang akan berjaya mengharunginya hingga ke penghujung jalan.

Isu “Unity government” nampaknya terus menarik minat ramai. Ia tidak diulas terus oleh pencetusnya iaitu Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kerana berada di luar Negara. Saya percaya sejurus beliau pulang, insyallah beliau akan memberi ketyerangan dan ulasan lanjut dengan harapan idea beliau yang ikhlas dan baik itu dapat difahami dan disokong oleh semua pihak.

Berikut apa yang saya sendiri faham dan difahamkan berhubung perkara ini:

“Unity government” atau gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang tidak pernah terbentuk dalam sejarah politik Malaysia sebelum ini oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat perbandingan dengan mana-mana situasi dan kerjasama politik dalam sejarah Negara, kerana ia belum pernah wujud.

Ianya bukan bermaksud komponan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN, bukan juga PAS menyertai Umno atau BN, tetapi ia suatu gagasan yang baru yang bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan Negara dengan satu nada dan nafas agar rakyat dan Negara tercinta ini dapat selamat dan Negara betuah ini menjadi bumi yang sejahtera buat semua.

“Unity government” yang diilhamkan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh semua parti, mungkin dalam hal ini kerajaan yang didokong bersama oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekaligus meniadakan sama-sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri. Semua pihak diberikan saham untuk memerintah dan memimpin Negara ini bersama.

Dalam suasana demikian adalah diharapkan kerajaan “Unity government” itu nanti akan bersama mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan Negara agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan Negara yang adil dan saksama buat semua. Inilah yang telah berjaya diperkenalkan oleh “Unity government” di zaman Presdien BJ Habibie di Indonesia yang kekal dinikmati kebaikannya sehingga sekarang di Negara berkenaan.

Inilah juga yang sedang diusahakan bersama oleh dua puak yang berterusan bertelagah, iaitu Fatah dan HAMAS di bumi Palestin.

Atas gagasannya yang besar dan mulia itu, “Unity government” ini sudah pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ianya perlu dokongan semua pihak , bukan sekadar PAS dan Umno malah seluruh komponan BN dan Pakatan Rakyat, semuanya perlu memberikan persetujuan dan komitmen. Kerana itu ianya bukan suatu kerja yang mudah namun tidak mustahil dicapai kiranya kita semua ikhlas dan bersedia meletakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.

Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua.

27 comments:

Unknown said...

Sekarang kita perlukan manusia2 yg celik akal supaya Malaysia boleh diselamatkan....
Rakyat perlu diperjelaskan secukup2nya....
Cadangan yang bagus....

http://www.wealthyaffiliate.com/?a_aid=M9voXlAS

Anonymous said...

Tak payah bincang le...Rakyat tak nak... Kalau berdegil juga, rakyat akan sisih makhluk2 yg nak bergabung dgn UMNO ni. Semuanya dah dijangkiti penyakit gila duit dan gila dunia UMNO. Kalau nak sangat masuk je dalam UMNO...Tak payah bawak PAS...Habis cerita..TAK NAK 'UNTIY' GOVERNMENT ( SALAH EJA TU)...

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan Tuan Guru Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dalam masa yang sama. Sejurus selepas PRU yang sudah, timbul berkenaan kerjasama PAS - UMNO. ketika itu, memang saya tak bersetuju sangat-sangat. Bapak saya terus melompat bila mendengar, tak setuju. Hati ketika itu berbelah bagi, apa yang parti kesayangan kita ini cuba lakukan. Tak tahulah apa reaksi mereka yang baru masuk atau baru menyokong PAS, tapi pada kita yang memang bersama PAS dari awal, berita seperti itu amatlah tidak menyenangkan hati. Saya sedikit sebanyak terasa amat kecewa dan marah yang tidak dapat dipendam. Langsung ia menjadi topik perbualan dengan rakan-rakan dan saudara-saudara seperjuangan. PAS memang sentiasa terbuka, tapi penentang kita yang nombor 1 ini, memang teruk dia perlakukan kita sejak berzaman. cerita pasal sabar, memang kalau tak ke kuliah, tak ke masjid tak dapat nak menahan rasa benci pada umno ini. Alhamdulilah, berkat ilmu yang ditabur oleh ustaz-ustaz dan tok guru-tok guru kita, kita tempuh juga perjuangan dengan tabah. Mereka yang berada di dalam PAS ini, bukan saja pejuang-pejuang politik, tapi pejuang dalam menghadapi liku-liku kehidupan. mereka yang menuduh ahli PAS macam-macam ini, memang tak akan memahami sampai bila-bila. Cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam kehidupan bukan saja berkisar dalam politik, tapi cabaran kita apabila kita ingin memenuhi tuntutan agama iaitu amal makruf nahi mungkar. Cabaran dalam mencari nafkah dengan cara yang paling halal, cabaran membesarkan anak-anak dalam suasana selamat, cabaran mendidik anak-anak bukan saja dengan ilmu dunia, tapi ilmu akhirat, cabaran membina generasi yang membina dan bermacam cabaran lagi sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dalam pada itu, kita dituduh pula fanatik, taksub terhadap pemimpin, dituduh anti kerajaan, dituduh memecahbelahkan masyarakat dan berbagai tuduhan lagi. Jangan disebut yang kita PAS ini berdendam, tapi dengan panjang lebar senarai perlakuan UMNO terhadap kita PAS, kita tidak pula membalasnya, tapi bekerjasama bila keadaan mereka sudah tenat? Saya rasa jawapannya tepuk dahi tanya tanya diri.

Kemudian kini timbul pula cadangan dari Tok Guru berkenaan kerajaan perpaduan. Tidak saya tulis di atas, ketika berbual dengan rakan-rakan dan saudara mara berkenaan tajuk kerjasama PAS - UMNO. Saya terdengar pula rasa ketidakpuasan hati yang terbawa-bawa kepada perbuatan mencemuh Tok Guru Haji Hadi. Lantas saya tersentak, hilang pula rasa marah yang membara, ini kerana dalam kita yang menyertai perjuangan bersama PAS ini, kita sebagai ahli atau pengikut ini, sebenarnya hanya terkena tempiasnya, sedangkan, Tok Guru yang kena tembakan tepat. Beliau yag menghadapinya secara berdepan dan menjadi target dalam serangan-serangan dari berbagai sudut itu. Timbul persoalan pada saya, adakah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi kita sendiri. Dan adakah ada sesuatu sedang dilakukan musuh kita, sehingga kita tiba-tiba yang terkenal dengan kesepakatan kita boleh berbalah. Ia, PAS sebenarnya selalu di dalam keadaan bersepakat, ini antara ciri-ciri yang saya amat sayangkan parti ini. Lantas daripada itu, saya mula nampak, yang kita sedang meneju kejayaan, bermakna, ujian kita yang tiba selepas ini akan berubah bentuk. Sebelum ini, kita berjuang bersama-sama kerana kita masih tak terlihat akan hasilnya, dan kini, ianya mula dapat diintai sedikit demi sedikit. Ada yang mula terpampang. Yang paling penting musuh kita mula menggeruni kita dan mengubah strategi. Transformasi politik bukan saja berlaku dengan penukaran kerajaan, tapi suasana dalam parti-parti politik itu sendiri. PAS juga tidak terkecuali. Bermulalah, satu momentum telah berlaku mengakibatkan, keadaan domestik PAS itu sendiri sudah menampakkan perubahan yang mulai ketara di dalam organisasi. Maka, saya simpulkan, jawapan sebenar mesti dicari, dan jangan terbawa-bawa dengan emosi, musuh sedang mencari peluang untuk menyusup masuk dan memecah-belahkan kita.

Berbalik kepada kerajaan perpaduan. Idea ketika ingin mewujudkan kerjasama antara PAS-UMNO dulu berbeza dengan idea Tok Guru baru-baru ini, iaitu kerajaan perpaduan. Ketika membaca artikel tersebut, saya sudah bersedia, tidak seperti dulu yang terkejut mendengarnya, yang akhirnya terpaksa saya menenangkan diri buat seketika. Dalam artikel berkenaan idea Tok Guru dalam Siasah itu, saya baca dengan penuh teliti, dan mendalami maksudnya. Tok Guru Hj Hadi ada menegaskan di situ, PAS tidak akan masuk UMNO, dan UMNO tidak perlu menyertai PAS. Tok Guru juga menyatakan, yang penting ialah perpaduan ketika dewan bersidang untuk sebulat suara untuk membentuk dasar, yang penting dilaksanakan bagi kepentingan rakyat. Dinyatakan juga, yang pandangan ini dinyatakan kerana Tuan Guru melihat ketika membuat usul bagi mengecam Israel ketika Gaza diserang oleh Zionis laknatullah itu, dapat dibincangkan dan dapat dipersetujui sebulat suara, dengan cepat. Jadi, Tuan Guru berpendapat, dalam keadaan masalah negara dan rakyat yang pelbagai ini, jika dapat diputuskan penyelesaiannya dengan cepat seperti itu, bukankah amat baik sekali bagi membantu rakyat? Tuan Guru berpandangan, dengan keadaan di dalam dewan yang sering berlaku pertelingkahan, yang bakal menjadi mangsa berterusan adalah rakyat. Tuan Guru tidaklah lain yang menjadi keutamaan bagi beliau melainkan rakyat. Disini saya amat yakin dengan maksud sebenar Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Selaku ahli parlimen, beliau pasti mahu memainkan peranan sebaik-baiknya. Masalahnya, UMNO yang boleh pulak perasan dengan kenyataan itu, yang menyangka, PAS kembali ingin bekerjasama. Maka ramai yang ingin perkara itu diperincikan di bawah tajuk 'kerjasama PAS - UMNO'. Tuan Guru menyatakan kerajaan perpaduan yang ingin diwujudkan itu, adalah diantara semua parti politik terlibat. UMNO, yang memang tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan parti itu, yang mula hilang sokongan sebahagian besar pengundi bukan melayu yang selama ini, memenangkan mereka. (majorti melayu adalah penyokong PAS) memang mengharapkan sangat idea kerjasama ini menjadi kenyataan. Tapi saya amat yakin, bukan itu yang dimaksudkan oleh presiden kita. Ada dinyatakan disitu, PAS takkan jadi UMNO dan UMNO takkan jadi PAS. Ia hanya lahir kerana Tuan Presiden ingin menyelamatkan rakyat, itu sahaja.

Sebenarnya, memang boleh wujud kerjasama antara PAS - UMNO jika kita tidak mempunyai sejarah tersendiri sesama kita. Untuk tujuan itu halangan yang ada ialah, sejarah UMNO terhadap PAS dan ketidakjujuran UMNO yang tidak perlu diperincikan lagi itu. Berkenaan Ideologi parti, antara PAS dengan PKR pun berbeza, malah dengan DAP lagi berbeza. tapi kesepakatan muncul dengan wujudnya titik persamaan diantara parti yang digunapakai ketika ini. Pada saya, yang paling tepat sekali, halangan itu ialah UMNO itu sendiri. UMNO itu dan BN yang menjadi halangan bagi berbagai bentuk perpaduan selama ini, kerana perpaduan ini pada mereka adalah alat yang mereka gunakan setiap masa, bukan objektif mereka yang sebenar dan mereka sendiri pun maklum, perpaduan yang mereka gembar-gemburkan itu palsu semata-mata. Saya tak dapat melihat secara peribadi, apabila orang UMNO bercakap soal perpaduan, khususnya perpaduan antara kaum, sebarang keikhlasan dalam tutur bicara mereka. Bukan saja perpaduan yang menjadi alat mereka, "Melayu" itu sendiri merupakan alat mereka saja, bukan matlamat perjuangan pun, tak payah bercerita panjang tentang pembelaan bangsa Melayu yang mereka lakukan, pada saya itu semua dongeng belaka. Kesimpulannya, untuk mewujudkan kerajaan perpaduan ini, pandangan peribadi saya, UMNO itu harus dihapuskan dahulu. Kecederaan pada UMNO amat parah, tidak ada ruang untuk di ubati. Tiada penawar lagi. Tiada titik bertemu.

Jadi disini, ingin saya nyatakan, ini merupakan pandangan peribadi saya, sebagai ahli PAS yang biasa saja. Kalau dilihat bekerja pun lebih pada bercakap saja, maklumlah, kita kena mencari nafkah seharian, dan kita bukan dari kalangan bijak pandai boleh memberi sumbangan yang bernilai, cukup hanya sekadar pandangan-pandangan dari perspektif rakyat biasa. Apapun, yang ingin saya tekankan disini, ahli PAS keseluruhan kena berhati-hati, musuh sedang berhempas pulas dangan pelbagai perancangan, maklumlah, kini, kuasa yang mereka nikmati selama ini menjadi pertaruhan, perancangan besar harus dirangka dan dikemaskinikan sebelum PRU akan datang. Rampasan kuasa di Perak hanya satu perancangan jangka pendek mereka, yang kita dapat lihat betapa kejinya perlaksanaannya. Masih banyak lagi perancangan mereka di sebalik wajah-wajah mereka yang muncul di kaca TV saban hari dengan berbagai isu-isu yang bukan sebenarnya berada di dalam fikiran mereka. InsyaAllah, perancangan yang lebih besar, perancangan yang mustahil dapat dibaca, dipatahkan, yang benar-benar memperjuangkan kebenaran yang sebenar akan dibantu dengan perancangan yang pasti ini, ialah perancangan Allah S.W.T. kita di dalam PAS akan terus kukuh selagi berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. PAS adalahi satu-satunya wadah perjuangan rakyat Malaysia hari ini dan masa depan. kerana kita mempunyai pemimpin yang benar-benar tiada niat lain berada di parlimen ketika ini, melainkan memperjuangkan hak rakyat secara total, tanpa ada sebarang kepentingan yang lain. Ini terbukti dengan idea kerajaan perpaduan ini, wahai YB Tuan Guru. Akan tetapi atas fakta berkenaan UMNO bukan lagi sebuah parti yang relevan, tiada sebarang kerjasama yang akan berlaku dengan mereka, melainkan mereka keluar dari umno yang mana benar-benar ikhlas, dan ketika itu, mereka layak mendapat kemaafan dari kita dan akan diterima dengan hati terbuka. (jangan malu-malu) untuk menyertai kita. Pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz merupakan pandangan yang lahir, dari pengalaman memerintah Kelantan selama ini. Fakta sejarah sudah la tentu sebagai sebab paling kukuh Tuan Guru Nik Aziz menolaknya, akan tetapi sepanjang memerintah Kelantan, UMNO banyak mempermainkan kerajaan Kelantan, tak pernah Tok Guru melayan PM atau sesiapa saja dari kalangan UMNO yang datang ke Kelantan dengan layanan sebagai musuh, tapi apa yang mereka lakukan pada Tok Guru selama ini. Perak diperlakukan sedemikian rupa, Kelantan, apatah lagi. Bila Tok Guru mengatakan perit bagi beliau menerima cadangan kerajaan perpaduan ini. Saya yang tidak berada di Kelantan selama ini boleh memahaminya. Kalau pada sayalah, apa yang mereka lakukan pada Tok Guru selama ni, mereka (UMNO) cium kepala lutut minta maaf pun tak tentu lagi boleh saya maafkan. Kalau Tok Guru, pasti tidak lah sampai begitu, tapi untuk bekerjasama? Tok Guru sudah memahami apa maksud kerjasama, jika ia dilontarkan oleh puak-puak ni dari dulu lagi. Pada PAS, itu merupakan pandangan Tok Guru bagi menjamin kebaikan rakyat. Pada UMNO, jangan perasan boleh? Tak ada kerjasama akan berlaku.

saya amat setuju dengan kenyataan ini

Anonymous said...

Tuan, Kenapa TGHA tak berbincang dulu dalam Majlis Presiden PR?
Dan kenapa pulak TGNA macam seolah tidak tahu perkara ini?
Saya sokong kalau tujuan dan matlamat baik semata2 demi kepentingan rakyat tapi buatlah dengan cara yg betul, bincanglah dengan semua pemimpin PR dan keluarkan kenyataan bersama..jika kenyataan bersama tentang isu dikeluarkan oleh TGHA ,DSAI,Lim Kit Siang dan disokong penuh oleh Tok Guru Nik Aziz yg semua bangsa Malaysia sayangni..agak apa keputusan POLL di NTV7 kalu isu ni ditanya pendapat kepada rakyat?Tapi keputusan Poll NTV7 menunjukkan mjoriti tidak menyokong!!Sebab apa..sebab utama mungkin Perak, sebab utama mungkin pendakwaan DSAI dan macam2 lagilah..
Jadi saya harap pemimpinan PAS pun kena bermuhasabah sikit..jangan sampai rakyat bandingkan isu ini macam isu muzakarah dulu!
Wasalam

A.D@M.K Hamdan said...

Slm, saya tk fhm dgn sikap sesetangah org yg terlalu cepat memberi komen & membuat ulasan. Adakah mereka memberi komen & ulasan tersebut setelah mendengar sejelas-jelasnya & memahami sefaham-fahamnya isu tersebut?

Anonymous said...

saya bersetuju dengan idea tersebut...

adalah tidak wajar disamakan kerajaan perpaduan dengan tragedi PAS menyertai BARISAN...

keperluan kerajaan yang bersatu dan bergerak kearah satu objektif adalah menuju kepada sebuah negara ISLAM yang sebenar...

dimana ISLAM = sejahtera ... akan terzahir secara menyeluruh...

insyaallah...

Anonymous said...

Salam,

Rasanya idea unity government ini secara amnya bagus. Tetapi PAS hendaklah menetapkan kaedah perlaksanaanya dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana ia dapat dilaksanakan. Jika sekadar diucapkan tetapi tidak nampak methods perlaksanaannya dibimbangi akan dijadikan oleh UMNO sebagai bahan kempennya bahawa PAS akan masuk UMNO.

Anonymous said...

Saya fikir cadangan ini baik. TGHA lontar untuk dihangatkan. TGNA menghangatkannya lagi. Kalau TGNA sokong mmg takkan jadi hangat sebab ahli PAS akan patuh saja bila dua TG ni sekata sejiwa. DSAI pun kelu nak komen sebab dia mmg TERpaksa jaga diri dari berselisih dengan PAS.

Jadi, eloklah ada sokong ada hentam. Yang teruk kena belasah pasti UMNO sebab kalau sokong pun tanda UMNO dah tak relewan nak memerintah sorang diri. Kalau lawan pun memang kerana takut terjangkit kudis UMNo dalam PAS pula.

Keputusan dah ada sebenarnya. Kamu saja yang bodoh dimain akhbar.
Apa keputusannya? TGNA kata kalau muktamar khas terima, dia akur saja. TGHA pula takkan nak keras juga kalau muktamar khas tolak.. Mana boleh TGHA buat sorang - sorang.

Ini PASlah.. Bodoh betul kamu.,wa ka ka kah kah kaaahhh :)

Anonymous said...

Macam mana kata idea TGHH, sedangkan dalam temubual Ku Li dengan Zul Sulong, Ku Li kata dia ketengahkan idea itu sejak Okt 2008, sudah sudahlah. Kenapakah diberikan satu lagi talian hayat kepada UMNO ? atau BN ?. Hangpa pemimpin boleh cakaplah, tapi yang berkorban ini kami jemaah bukan nya nak ungkit tapi jika dibiarkan nampak kian melampau....

Anonymous said...

Don't enter hissing contest with a snake, you loose! An old Red Indian proverb about umno! hau! hau! hau!

Anonymous said...

Roslan,

Sometimes I am confused.

PRK, RPK, PKR, PR.

Terlalu banyak akronim.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

Tok Long semakin konfius....mengapa Fatah dan Hamas tak boleh sependapat , dipakistan, iraq dan yg terakhir di malaysia......semuanya beragama islam ....

Adakah agama yg bagitu baik dan lengkap ini gagal untuk menghasilkan umat yg boleh bersatu dan bertolak ansur.....

BN bagitu memusuhi PAS dan bagitu sebaliknya...tak adakah titik2 pertemuan.....kalau tiada jangan mendabik dada masing2.....

Anonymous said...

Salam bagi saya yg jahil dalam pentadbiran PArti PAS saya nak tanya la di dalam PAS siapa yang menjadi KETUA? PRESIDEN atau MUSYIDUL AM?

Anonymous said...

pAS bukan lagi parti alternatif bagi Umno, tetapi PAS hari ini adalah satu-satunya pilihan terbaik buat orang-orang Melayu/Islam.

...so tak perlu umno lagi dlm apa jua gabungan politik. pas utk semua & pas harus belajar dewasakan diri & mulai berlatih bergerak sendiri.

...biarkan ler si pembuli umno tu syok sendiri.

Anonymous said...

Salam buat semua, Tok Long tak payah nak peningkan kepala untuk konfius. Berbeda pendapat adalah harus. Tapi apa yang sedang berlaku sekarang ini sangat jelas ketidak satuan kita sebagai ummat selayaknya kita meletakkannya dihadapan untuk dilakukan sesuatu tindakan yang afdhal. Inilah hasilnya jika jalan yang kita pilih bukan berdasarkan atas perintah ilahi. Pagi tadi terdapat perbincangan mengenai tajuk cinta dunia dalam radio IKIM. Memang bagus. Sebab apa kita susah nak bersatu sebab setiap dari diri kita terlalu hebat cinta dunianya. JADI betulkan diri kita sendiri dulu. Hentikan menuduh orang lain yang jelek, tetapi takutlah jika sebenarnya diri kita yang jelek disi Allah s.w.t. Apakah diri kita merasa bangga dengan meletakkan diri kita didalam kancah perpecahan ummat hari ini? PAS, PKR atau UMNO semua ahlinya yang punya IC islam mengaku beragama islam dengan lafaz kalimah syahadah. Jadi apakah hak kita hendak mengaibkan sesama kita. Kalau earthworld boleh buat kempen tak guna elektrik selama satu jam, mengapa kita sebagai ummat islam tak boleh nak buat kempen tutup mulut kita dari mengutuk saudara seislam kita untuk satu jangka masa tertentu tak kira panjang atau pendek. Sesungguhnya aku cintakan saudara seislamku.
zam

tok iskandar said...

Jarum halus ini kalau mengena alamatnya tipislah PAS untuk menang di PRK Bukit Gantang.

Saban hari,media totok UMNO akan mengambil peluang memainkan isu penderhaka kepada Raja Melayu sehinggalah ke hari pengundian.

Cara macam ni kira kembar seiras kaedah Yahudi.Tok tak mahu tuduh sesiapa tapi yang mendapat keuntungan daripada isu kartun hina Raja Melayu ini tentulah calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK Bukit Gantang.

Tok nak cadangkan kepada penyokong-penyokong yang terjumpa mana-mana mamat yang cuba mengedarkan gambar-gambar kartun ini agar menangkap mereka dan sebelum serahkan kepada polis ambil dulu nama,nombor ic dan alamat rumah mereka.

Penceramah-penceramah Pakatan rakyat juga perlu memberitahu orang ramai tentang gambar kartun yang menghina Raja Melayu ini bukan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Orang yang dah miskin idea untuk menang sanggup melakukan perbuatan yang keji ini.Bukannya murah kos cetak gambar kartun tu.Mungkin kerja gerombolan mamat yang hina Yang Di Pertuan Agong sebagai natang(binatang) tempohari kot.

Laporan polis telah dibuat dan eloklah perkara ini disiasat dan kes mamat yang hina Yang di Pertuan Agong juga perlu disiasat kerana berkemungkinan dilakukan oleh orang yang sama.

Tok percaya selepas ini lebih banyak lagi gambar kartun seperti ini akan diedarkan dari rumah ke rumah di kawasan Bukit Gantang dan jika ternampak orang asing yang mencurigakan elok ditahan mamat tu atau buat laporan polis.

Tok percaya kaedah gambar kartun hina raja Melayu ini tidak akan berlaku lagi jika UMNO tewas di Bukit Gantang dan Selambau.

Dahlah mahal bajetnya kalah pulak tu.Tengok macam kat Kuala Terengganu limpahan wang,projek telah dilimpahkan kepada pegundi di sana tetapi UMNO tetap tumbang sampai serik nak gunakan kaedah yang sama di Bukit Gantang.

Anonymous said...

salam bro...

hari ni buka saja harakahdaily.. di ruangan bicara presiden tajuknya "Golongan Celaka Menyokong PPSMI".

Wajarkah atau sesuaikah penggunaan perkataan itu? Digunapakai oleh seorang Presiden sebuah parti politik yg besar dan berpengaruh? Lebih2 lagi di laman web rasmi partinya?

Sokong atau tentang hanyalah perbezaan pendapat? Org2 biasa seperti saya, yg tiada kepentingan yg menyokong mahupon menentang sekadar meluahkan pendapat. Wajarkah dikatakan celaka?

Mungkin kenyataan terbaru oleh TG Nik Aziz mengenai dialah nakhoda PAS ada asasnya...

tok iskandar said...

Dulu ada kartun hina Nabi sekarang ada kartun hina Raja Melayu dan Mufti.
Memang keja Yahudi nak pelaga dan pekena orang.
Bukan murah nak upah Yahudi buat keja terkutuk ni.
Setahu tok penasihat kempen pilihanraya UMNO dulu Sachi Sachi tu pemiliknya Yahudi.
Cuba kengkawan bloggers siasat kot-kot UMNO masih pakai Sachi Sachi ni.
Tok sokong benar cadangan sukarelawan yang akan ditubuhkan untuk meronda seluruh bukit gantang.Setiap kumpulan pecahkan kepada 10 atau 12 orang dan rondaan ikut shif.
kita kena bersedia selalu kerana musuh menyerang takkan bunyikan siren

Anonymous said...

idea kerajaan perpaduan UMNO memang menarik tetapi masalahnya ramai yang tidak paham dengan apa yang dimaksudkan TGHH, dan sekali kagi TGHH dikecam..alangkah sedihnya jika begini sikap jamaah islam..seharusnya kita teliti apa maksud TGHH dengan teliti dan jangan semborono membuta tuli...kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan adalah istilah berbeza...

Anonymous said...

maksud kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan pn xphm..

lemah daya fikiran atau ada udang disebalik batu?

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Pertamanya apa yang hendak kemukakan ini adalah secara pandangan peribadi semata,namun demikian jika ada butir butir yang bolih dibuat pengiktibaran maka saya amat mengalu alukan.

Terlebih dahulu mari kita lihat sejauh mana kefahaman kita berkenaan apa itu Ijma",ulama" dan qias.Ijma" ialah dari bahasa arab yang bermaksud perjumpaan,maknanya disini untuk menyelesaikan isu ini perlu ada pertemuan dikalangan ulama" dengan umara" bagi mencari satu keputusan secara syura(bersama).

Manakala qias pula ialah untuk mengkiaskan (mengaitkan)satu satu keputusan tersebut setelah tidak terjumpanya pedoman atau nasihat dalam agama iaitu dari Al Qur"an mahu pun Al-Hadith.Misalnya mengaitkan secara menyelongkar sejarah pra permulaan islam dizaman silam.

Olih yang demikian saya juga ingin menqiaskan "unity goverment" ini dalam kontek sebuah keluarga dalam satu rumah tangga.

Apa yang dimaksudkan perpaduan (unity) itu ialah perkahwinan manakala suami dan isteri isteri (jika lebih daripada satu) itu adalah kerajaan (goverment). Kedudukan taraf suami pula ialah sebagai nahkoda yang mempunyai kuasa mutlak keatas isteri isteri,namun demikian isteri isterijuga tidak bolih dinafikan hak haknya,sperti hak untuk mendapatkan nafkah (saham),hak harta sepencarian (ada pembahagian kuasa dalam kabinet/kementerian@kerajaan).

Disamping itu satu lafaz taklik perjanjian (hudaibiyah)perlu disebut iaitu tidak bolih menyakiti (dibawah hukuman tanpa bicara seperti ISA misalnya),tidak bolih untuk tidak ambil peduli keperluan rohani (keagamaan) mahupun jasmani (spritual).

Tempat rujukan (jika ada masaallah) ialah sudah tentulah kepada para khadhi atau hakim untuk menjatuhkan sebarang hukuman samaada mengikut undang undang dibawah enekmen keluarga islam 2002 (sebagai contoh).

Maknanya perkongsian kuasa ini dalam rumahtangga ini terikat dengan satu akad nikah tanpa menukarkan status bangsa sama ada bangsa cina atau pun india(maknanya pas tetap pas,umno tetap umno)akan tetapi pernikahan ini dibawah satu aqidah,satu kiblat iaitu islam.

Itulah Formulanya,jadi fikir betul betul....!

Anonymous said...

Unity govt ni asalnya idea Tg Razaleigh...jadi bukan perkara baru. Adakah ini kebetulan? Jd nampak sangat PAS mencedok idea orang.

Anonymous said...

salam...

dalam ruang yang ada tersentuh utk memberi pandangan...setelah mendengar ulasan dari saudara jelas pada saya `unity goverment` yang idea tersebut dilontarkan oleh TGHA...Alhamdulillah...pandangan yang bernas dan jauh kehadapan dalam memastikan perpaduan dalam masyarakat majmuk yang pelbagai bangsa dan fahaman politik ini terpelihara....

TGHA sekadar melontarkan idea...tidak salah...tidak perlu utk minta pandangan org lain untuk melontarkan idea...TGNA mengulas kerjasma tersebut berdasarkan pengalaman beliau bersama BN dahulu...tidak salah...kedua2 idea ini jika digabungkan menghasilkan natijah yg baik utk rakyat malaysia...

TGNA lebih berhati2 utk menjalinkan hubungan dgn BN atas pengalaman beliau sebelum ini...TGHA menyatakan `unity goverment` ini tidak perlu masuk BN...atau BN join PR...cetusan formula ini harup digarap kelak kebaikan yang akn diperolehi oleh rakyat...kerajaan yg masih wujud sistem check and balance...

PAS dgn dasar PAS...DAP dgn dasarnya...UMNO dgn dasarnya...(dasar PAS lebih menyeluruh:ISLAM)...atas satu isu...katakan isu ekonomi...maka PAS akn memberi pandangn sesuai dgn dasar perjuangannya...begitu juga DAP....UMNO...PKR...MIC...MCA etc...sudah pasti satu keputusan utk kebaikan rakyat dapat dicapai...bukan hanya berdasarkan kepentingan masing2....

dari segi teori begitu...maka utk aplikasinya juga perlu disusun dan dirangka bersama secara tersusun...

idea ini sangat baik...perlu dibincangkan dengan mendalam peranan dan struktur perlaksanaan...semua ini harus diketengahkan oleh PAS...PAS perlu ditonjolkan sebagai parti yang kehdapan bukan sahaja idea tapi juga bersedia memikul amanah yg berat dalam `unity goverment` kelak...

MS said...

Kita memerlukan satu kata, yang boleh memberi satu makna. Tapi itulah masalah bahasa politik kita.

Beri apapun kata, maknanya hanya akan merujuk apa yang difikirkan.

Anonymous said...

alhamdulillah poksu...

Anonymous said...

Mr ketam. dalam PAS ni yang membuat keputusan adalah pimpinan dan jamaah. Bukannya Presiden sahaja, bukannya Mursyidul Am sahaja, tetapi pimpinan. Sebab dalam satu situasi, kena diserahkan kepada Presiden PAS yang membuat keputusan, dan ada satu situasi perlukan Majlis Syura yang membuat keputusan. Kesimpulannya keputusan dibuat berdasarkan kepada Syura (mesyuarat). Kadang-kadang ianya melibatkan semua ahli PAS/Perwakilan PAS dalam membuat keputusan.

Kan indahnya Islam, nak buat keputusan pun hatta sekecil-kecil keputusan kena bermesyuarat. Biar nampak lambat, asal selamat.

Indahnya Islam

Anonymous said...

terima kasih atas penjelasan tuan... baru saya faham, bermaksud Majlis Syura yang sebenarnya yang mengeluarkan arahan dan mentadbir parti dan Presiden pula perlu memastikan parti berjalan seperti yang telah di persetujui oleh majlis syura..
Alhamdulillah...

Kepada sesiapa yg rapat dgn Dato Dr Haron DIn tolong sampaikan salam kepada beliau dan ucapan terima kasih kerana anak murid beliau pernah selamatkan sahabat saya yg hilang di Taman NEgara dahulu kala..

wassalam