Sidang dewan ditangguhkan setelah lulus dua usul
Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Perak yang sepatutnya di adakan dalam bangunan dewan telah walaubagaimanapun selamat dilangsungkan dan baru sahaja ditangguhkan.
Sejarah tercipta apabila sidang dewan diadakan di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan kerajaan negeri. Speaker Dewan yang lengkap berpakaian rasmi telah mempengerusikan sidang dan sebanyak dua usul telah dibentang dan diluluskan iaitu:
Pertama: undi percaya kepada MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin
Kedua: membubarkan DUN Perak
Kedua-dua usul diluluskan sebulat suara oleh semua ADUN Pakatan Rakyat yang hadir. Begitulah kehendak rakyat kini kita tunggu apa reaksi para pembunuh demokrasi!
5 comments:
Assalamualaikum,
Begitulah kehendak rakyat atau begitulah kehendak pakatan rakyat?
Jika di pihak Adun BN membuat apa-apa usul adakah akan dikatakan kehendak BN atau kehendak rakyat?
sekadar renungan...
dah macam main pondok2 plak sidang dun kali ini!! tp yg istimewanya bukan saja 27 adun bersidang, tetapi turut dihadiri ratusan fru! tahniah pdrm kerana sudi menjadi security rasmi pg td....
TAKBIR!!
..khaled kasturi..
en. roslan,
would u agree that the federal government need to expedite (and not to influence) the mahkamah tinggi ruling on perak government.
bodoh ke hapenya kalau kita biar rakyat berpecah dan kelam kabut macam ni.
if u agree, do u happen to see anyway to promote this idea? and maybe materialize it?
selesai satu perkara...ada perkara lain yg patut dirisaukan....iaitu...SULTAN AZLAN.
adakah sultan azlan akan mengiktiraf sidang DUN bawah pokok pagi tadi???
adakah sultan azlan akan memperkenan DUN perak dibubarkan??
atau...sultan azlan akan mentertawakan MB nizar bila nizar mengadapnya nnt???
so diharap...pakatan rakyat rancang bende nie elok2...make sure ada backup plan atau plan B jika plan A (pohon perkenan sultan perak) gagal.
musuh kita bukan sahaja umNO dan be end....tapi jugak sultan azlan.
salam tuan
bukan ke 3 usul yg diluluskan?
yg ke-3 = lulus usul sokong speaker gantung MB dan EXCO haram BN..
pls check..
Post a Comment