Mungkinkah demokrasi berkubur pagi ini di Ipoh?
Suasana di Ipoh kini tegang. Demokrasi sedang nazak mungkinkah ia berupaya dipulihkan atau tersungkur mati di bumi Lembah Kinta pagi ini?
Semalam saya menerima panggilan dari rakan saya seorang pemimpin DAP dari Selangor yang ditugaskan ke sana. Suasana agak mencemaskan. Pihak polis sudah menunjukkan kehadiran mereka dalam bilangan yang besar termasuklah FRU di sekitar Bangunan SUK.
Di Mahkamah Tinggi Ipoh juga nyawa demokrasi akan diletakkan pada tangan para hakim yang mengadilinya.
Semoga hidup dan terus hiduplah demokrasi dan kuasa rakyat. Semoga kerajaan yang dipilih rakyat terus berkuasa, semoga politik pintu belakang dinyahkan dari diamalkan di Negara kita.
Setakat ini saya difahamkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sudah pun berhimpun di luar bangunan yang dikepung pihak polis. Pihak polis menggunakan pembesar suara mengarahkan agar Speaker, V. Savakumar agar memasuki bangunan. Khabarnya beliau enggan, mengapa hanya beliau dipanggil…………
Juga pihak FRU dikhabarkan sedang bersedia menyuraikan mereka yang berhimpun diluar dengan menalakan “water canon” kea rah orang ramai.
Y Allah selamatkanlah Perak!
No comments:
Post a Comment