Sunday, March 15, 2009

Apabila Tun mula melatah

Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah lama meninggalkan kerusi empuk PM namun terus mampu meraih publisiti dan kadangkala terus mampu mengundang kemarahan orang. Dengan rekod memegang tampuk nombor satu Negara lebih 2 dekad sudah pastilah sentuhan jari dan tapak tangannya berada hampir disetiap inci bumi dan pentadbiran Negara, kerana itu beliau terus menganggap dirinya relevan walaupun kadangkala ramai yang tidak lagi berpandangan begitu.

Saya perhatikan Tun kebelakangan ini sudah kurang tajamnya. Kalau dahulu ngaumannya mampu memberi impak kepada suasana, kini ianya walaupun lantang tetapi dikira tumpul, bagaikan ngauman perkasa tetapi dari harimaun tua yang patah tarin dan haus kukunya.

Dua perkara yang beliau ulas kebelakangan ini menampakkan hakikat itu. Pertama dalam isu PPSMI. Program yang membangkitkan kemarahan ramai ini diperkenalkan dizaman beliau. Lalu hari ini apabila rakyat keluar ke tengah jalan menyatakan bantahan secara terbuka, siapa lagi jika tidak beliau yang bangkit mempertahankannya. Tun tidak dapat menerima tentangan rakyat terhadap dasar beliau, dan itulah Tun, tidak pernah mahu kalah.

Tetapi yang menampakkan kelatahannya adalah apabila Tun menyerang mereka yang berarak ke tengah jalan-raya menyatakan bantahan kepada kerja tangan beliau.tempoh hari. Kata beliau mereka yang berarak itu kebanyakkannya menikmati keuntungan dari pendidikan bahasa Inggeris. Soalnya siapakah yang menentang pendidikan bahasa Inggeris? Saya yakin tidak ada seorang pun yang hadir pada hari itu yang menentang pendidikan bahasa Inggeris.

Cuma Tun sahaja dahulu yang bersikap keterlaluan. Apabila dilihat mutu penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar merosot, Tun telah memperkenalkan PPSMI sebagai penyelesaian. Itu yang silap. Itu yang ditentang. Bukannya bahasa Inggeris itu sendiri.

Sudahlah Tun masa anda telah jauh berlalu, sekarang bukan sahaja mereka yang hadir berhimpun secara aman hari itu, malah kalangan pimpinan Umno yang anda pernah pimpin pun hari ini menentang PPSMI. Cara Tun melompat dan menyerang secara rambang menampakkan betapa beliau benar-benar sudah semakin “out of touch” khsusunya dalam isu ini.

Keduanya dalam akhbar hari ini, sekali lagi Tun mahu menumpang ulas, berkenaan isu besar iaitu“Unity Government” atau kerjaaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS baru-baru ini. Kata Tun ianya tidak perlu iaitu kerajaan campuran BN-PAS. Tun menerkam bagaikan harimau lapar tetapi malangnya tidak tepat dan tersasar. Siapa pula yang mencadangkan kerajaan campuran BN-PAS? Apa yang dicadangkan adalah kerajaan perpaduan tanpa pembangkang iaitu antara BN dan Pakatan Rakyat. Sebab-musababnya telah banyak saya ulas sebelum ini.

Kenapa Tun jadi phobia dan cuba menyerang PAS pula?

Unity government ini pun sekadar lontaran untuk keluar dari kemelut politik dan bahana ekonomi yang melanda. Biarlah yang celik dan berkuasa yang membincangkannya, Tun rasanya sudah tidak berapa sesuai, tambahan maklumat pun tak betul.

Eloklah Tun berihat dahulu. Takut-takut jika banyak sangat mengaum, harapan anaknya untuk merangkul takhta Ketua Pemuda Umno pun tergugat. PPSMI beliau telah gagal dan kerajaan campuran ini bukan masalah beliau. Janganlah beliau dalam kedudukan sebagai negarawan melatah tak menentu, nanti yang susah bukan Negara dan rakyat tetapi diri beliau juga. Yang lepas kita lupakan ayuh kita berkayuh menuju muara di hadapan.

7 comments:

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Saudara Roslan,
Cadangan Unity Government adalah cukup molek. Peluang sepatutnya diberikan kepada kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS untuk sama-sama berbincang tentang kemungkinan-kemungkinan ini. Yang lain terutamanya DAP diminta duduk diam dan jangan bising.

tok iskandar said...

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

salam bro roslan...

saya rasa Tun memang kerap melatah, bukan kali ini saja malah sejak sekian lama.. banyak latahannya sangat lawak tapi ada juga yg masuk akal. tapi sejak bersara saya rasa lebih elok dia kurang bercakap hal politik, sekalipon banyak perkara yg kurang disenangi saya tetap menghormati Tun sebagai negarawan.

begitu juga saya melihat Tn Guru Datuk Nik Aziz, satu-satunya pemimpin politik yg paling saya hormati, malangnya akhir2 ini agak kerap juga melatah. malah yg terbaru berkenaan unity goverment. tapi bagaimanapon saya tetap hormatinya sebagaimana dia berjuang selama ini.

bagi saya biarkan mereka ini bersuara, mungkin 90 peratus agak jelek didengar satu pihak, tapi saya pasti ramai juga yg suka dengarkannya...

Anonymous said...

Walau pun masa tun sudah berlalu, tapi view tun masih didepan. Abg Roslan pk lah sendiri. Hormatilah orang, tengoklah kebaikannya.

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Salam,
Dengar-dengar ada usaha mencantas pemimpin Pas yang pro kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Kerajaan Perpaduan. Kuatkan semangat dan tabahkan hati demi perjuangan ke arah perpaduan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

Anonymous said...

perpaduan wajib melibatkan seluruh rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dan agama...

atau apakah ianya tidak pernah berlaku ketika pembentukan MADINAH...?

mut said...

Tun ni nak menjatuhkan Khairy pulak. Macam lah Mukhriz tu bersih dan bagus sangat.

Maka dibuat-buat lupa, sebahagian besar kemenangan BN 2004 adalah kerana Mahathir turun dan Pak Lah naik !

Rasuah yang terpalit pada pentadbirannya bukan sikit. Berbukit-bukit. Kalau negara ni undang2 ada daulat (macam dalam Rukunegara) maka saya percaya ramai dah masuk penjara! Nasib baik la polis, BPR, kehakiman dan pejabat pehuam negara hanya pandai memainkan lawak sarkis. Kredibiliti dan wibawa dah tiada, akibat dimainkan UMNO.

Antara Mukhriz, Khairy dan Toyo, siapakah yang akan menang? Yang pasti bukan yang "paling bersih" kerana ketiga-tiganya sememangnya mempunyai baggage yang cukup banyak.

Tapi inikan pemilihan UMNO? Alah bisa tegal biasa.....