Saturday, March 14, 2009

BN tak akan guna pembangunan “mee segera” di Bukit Gantang


Siang tadi Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang penamaan calonnya pada 29 Mac ini. Calon BN dari Umno adalah Ismail Safian, bekas ketua Penerangan Umno bahagian.


Sekarang tinggal giliran PAS untukmengumumkan calonnya yang akan mewakili Pakatan Rakyat.

Setelah kalah dua kali berturut-turut dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sudah pastilah BN mahu memastikan ia tidak kalah lagi. Lantas dalam ucapannya di Taiping tadi Najib menyatakan bahawa dalam kempen kali ini BN tidak lagi akan memunggahkan projek-projek pembangunan seperti dahulu. Kali inirakyat katanya perlu membuat keputusan, jika mahu pembangunan maka pilihan mereka adalah BN.


Memang sebelum ini jika ada sahaja pilihan raya kecil maka BN akan menabur projek-projek pembangunan ala “mee segera”. Ia bukan rasuah atau sogokkan kata mereka, ia sekadar melaksanakan program yang telah dirancang. Puluhan juta kerja-kerja pembinaan jalan-raya dan jalan kampung, baik pulih bangunan dan sekolah serta rumah ibadat, pembekalan subsidi peralatan termasuklah mesin jahit, basikal, atap zink, pakaian malah di dalam satu pilihan raya kecil di Pahang dahulu, cermin mata percuma juga diberikan kepada rakyat dari perkampungan orang asli!


Berupayakah BN mengekang nafsunya sehingga tidak bergantung pada pembangunan “mee segera” ini? Entahlah, pokoknya ikrar ini diberikan oleh bakal PM Najib sendiri. Jika berbohong beliau maka itulah jenis PM yang bakal mentadbir Negara kita ini. Mari sama-sama kita saksikan nanti.

5 comments:

Unknown said...

biarlah segalanya ditentukan oleh rakyat people's power, i beryakinan rakyat dah jadi dewas dan matang to see what's right and what's otherwise.

kudos to you,well written

mat_terab said...

Nampaknya betul la apa yang pembangkang katakan Semua Projek masa Pilihanraya tu Projek Mee segera........

Ser@i said...

kemungkinan pengumuman ini memperlihatkan kerajaan sebenornye dah takder duit.

Anonymous said...

Saudara Roslan,

Tak meriahlah PRK tanpa projek mee segera sebab pengundi sudah terbiasa dengan ajaran politik rasuah pembangunan. Pantang ada pilihan raya, ada la habuan yang mahu disogokkan bagi membeli undi rakyat.

Begitulah tidak ikhlasnya cara Umno berpolitik. Mereka mahu membeli apa saja dengan duit. Tetapi mereka bukan boleh berjaya setiap masa. Terbukti mereka tidak lagi mampu meraih undi melalui taburan wang. Akhirnya Umno dipermainkan oleh para pengundi.

Sekarang Umno terpaksa mengala juga. Projek mee segera tidak lagi menguntungkan mereka. Buktinya...??? Buat projek mee segera pun kalah juga.

Semoga pilihan raya negara kita akan menjadi lebih bersih dan lebih sihat. Tapi walau tak buat projek pun, rasuah akan tetap berjalan juga sebab rasuah sudah sinonim dengan Umno.

"Bagi rasuah salah, tak bagi rasuah kalah". Baik bagi sajalah.....

Anonymous said...

antara sebab musababnya ialah

1- takde duit
2- tak yakin menang
3- calon bukan dari kroni tapi geng paklah
4- terpaksa bertanding juga (kalau tak nanti malu)
5- peruntukan untuk pemilihan parti dan bukan pilihanraya kecil
6- lu pikir lah sendiri

tok pengulu