Monday, September 03, 2007

WTV 8 kembali bersiaran

Setelah di hack oleh penjenayah-penjenayah siber yang tidak dikenali tetapi boleh dihidu baunya WTV8 kini bangkit kembali dengan paparan baru yang lebih menarik.

Kunjungilah http://wtv8.tv atau http://wtv8.tv/v2/ untuk terus mendapatkan maklumat terkini dari Saluran Alternatif Anda.

Syabas kepada krew dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus membinanya kembali. Kami yakin jika tidak kerana terancamnya pihak-pihak tertentu dengan siaran WTV8 pasti ia tidak menjadi mangsa pertama webtv tempatan yang di hack. Oleh itu kami sebenarnya semakin terdorong untuk terus menghasilkan paparan yang lebih panas dan mencabar demi melahirkan satu masyarakat yang berani, benar dan berwibawa.

Terima kasih dan teruslah dengan sokongan anda.

No comments: