RM69 juta dibelanja untuk ulangtahun Kemerdekaan Negara
Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50 diperingkat pusat sudah hampir melabuhkan tirainya. Menurut jadual tinggal lagi satu acara iaitu pada 16 September ini iaitu perayaan sempena penubuhan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963).
Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang sudah masuk tahun ke 50 ini. Namun tahukah anda berapa banyak wang negara dibelanjakan bagi tujuan perayaan kali ini?
Semua sekali perayaan yang dijadualkan adalah pelancaran perayaan di Dataran Pahlawan, Melaka diikuti dengan perayaan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada malam31 Ogos, Perarakkan pada Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos, sambutan sebelah malam di Stadium Merdeka, jamuan teh di Istana Negara dan akhirnya nanti sambutan pembentukan Malaysia.
Pada tahun 2005 kita berbelanja sebanyak RM35 juta untuk perayaan yang ke 48, diikuti dengan RM38 juta (peningkatan RM3 juta) pada tahun 2006 untuk perayaan ke 49.
Pada tahun ini sebagaimana dimaklumkan di Dewan Rakyat Selasa lepas kita berbelanja RM67.7 juta iaitu peningkatan sebanyak lebih 78% atau RM29.7 juta berbanding tahun lalu. Mungkin ada yang berpandangan perbelanjaan sebanyak itu berpadan dengan ulangatahun ke 50 negara, bukan selalu. Bagi saya perbelanjaannya agak besar dengan peningkatan sampai 78%, sudah jatuh ketahap pembaziran, sedangkan wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk rakyat yang memerlukan, yang masih ramai lagi walaupun kita telah 50 tahun Merdeka.
Pecahan perbelanjaannya adalah seperti berikut:
Dataran Pahlawan:
RM3.7 juta
Ambang Merdeka:
RM8.2 juta
Perarakkan Hari Kemerdekaan:
RM26 juta
Malam Hari Merdeka:
RM17 juta
Jamuan Teh Istana Negara:
RM100,00
Perayaan 16 September:
RM14 juta
Patutlah Rais Yatim sehingga menolak untuk bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel atas alasan sibuk mahu menguruskan perayaan kemerdekaan ini. Bukan senang nak menguruskan perbelanjaan sebesar ini yang perlu dihabiskan dalam tempoh beberapa hari! Jumlah diatas termasuklah barangkali bendera Umno, MCA, MIC dan lain-lain yang digunakan begitu banyak sepanjang perayaan termasuklah baju seragam untuk ahli-ahli termasuk pemuda, wanita dan puteri Umno serta rakan komponannya. Yang mereka tidak sedar semuanya datang dari kocek rakyat Malaysia belaka!
No comments:
Post a Comment