Pemimpin MCA semakin kepanasan
Transmile Group Berhad adalah sebuah syarikat korporat yang terlibat dalam perkhidmatan kargo udara. Mula beroperasi pada tahun 1993 dengan dua buah pesawat kini ia memiliki 16 buah pesawat kargo pelbagai jenis.
Tetapi sejak kebelakangan ini syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ini dilanda krisis kewangan yang kronik. Dua orang pengarahnya didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan palsu dan nilai saham syarikat telah jatuh teruk, tahun ini sahaja ia mengecut 69 sen untuk ditutup pada harga RM4.48 semalam.
Semalam ia mengadakan emsyuarat agung tahunannya yang seperti dijangka berjalan hangat dengan pemegang saham minoriti mempertikaikan pengurusan kewangan syarikat. Beberapa hari sebelum mesyuarat agung ini pengerusi syarikat Tun Ling Liong Sik (bekas presiden MCA) telah melepaskan jawatannya di dalam syarikta. Satu usaha untuk mengelakkan dirinya dari menjadi mangsa para pemegang saham semasa mesyuarat agung syarikat.
Apa pun para pemegang saham minoriti telah bersuara, dan hukuman mereka yang diterima oleh mesyuarat agung adalah menafikan para pengarah syarikat dari menerima yuran pengarah yang dicadangkan sebanyak RM150,000.00. Takkanlah syarikat yang rugi dan tidak mampu pula memberikan pulangan kepada para pemegang sahamnya, tiba-tiba mahu memberi imbuhan pada para epngarahnya pula!
Para pemegang saham Transmile menurut rekod adalah yang ketiga selepas KFC Holdings (pada tahun 2006) dan Malaysian Merchant Marine Bhd. (tahun 2006 juga) yang memutuskan untuk menolak usul membayar yuran pengarah kepada para pengarah syarikat.
Saya rasa sudah tiba masanya yuran pengarah ini dinafikan dari semua syarikat yang dilanda kerugian dan tidak mampun memberi pulangan kepada para pemegang sahamnya. Sekurang-kurangnya mereka terdorong untuk melakukan sesuatu bagi memulihkan perjalanan syarikat masing-masing dan tidak menguna kesempatan untuk kepentingan peribadi sahaja.
Sepatutnya segala elaun yang diberi kepada Tun Ling juga dituntut ditarik balik kerana lari dari memikul tanggungjawab. Sejak kebelakangan ini nampaknya MCA dilanda pelbagai masalah dan skandal, sudahlah pengundi Cina dilaporkan mula hilnag keyakinan pada BN, kini gelagat pimpinan MCA pula semakin meyakinkan rakyat yang memang BN perlu ditolak. Saya difahamkan seorang Menteri kanan MCA juga sedang kepanasan ekoran skandal kewangand an bailout di Pelabuhan Kelang.
Macam ni nak panggil pilihanraya segera ke?
No comments:
Post a Comment