Dollah: Tidak mahu kita jadi ketam
Integriti para pemimpin dan pegawai kerajaan sejak kebelakangan ini semakin dipertikaikan. Dizaman PM kelima ini kita melihat kecurigaan rakyat menjadi semakin membusung apabila melihat Timbalan Menteri, Ketua Pengarah BPR, Ketua Polis Negara dan ramai lagi turut dituduh dan didakwa. Sedangkan PM Dollah Badawi sejak hari pertamanya telah mengisytiharkan yang beliau akan melancarkan peoerangan terhadap rasuah dan penyelewengan.
Semalam Dollah berucap dalam majlis Konvensyen Integriti Nasional 2007 di Putrajaya. Kata beliau:
Didikan atau asuhan ibu-bapa di rumah akan menjadikan anak mereka sebagai insan yang memiliki pekerti baik. Jika didikan ini diberikan dengan bersungguh-sungguh oleh ibu-bapa maka anak akan menjadi baik. Ibu-bapa mesti juga baik, jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Sedangkan dia sendiri berjalan senget.
Saya kira benar belaka apa yang Dollah perkatakan itu. Malah dalam Islam pendidikan agama ke arah pembentukan insan yang bertaqwa dikalangan anak-anak kita sangat ditekankan. Saya hairan juga mengapa dalam majlis tersbut Dollah tidak mahu menggunakan contoh-contoh ajaran Islam sebaliknya beliau mengambil contoh hara-kiri dalam budaya Jepun, dimana pemimpin yang bertanggungjawab memilih untuk memusnahkan diri (membunuh diri) semata-mata kerana malu akibat gagal melaksanakan tanggungjawab.
Memang beliau sekadar mengambil contoh dan tidak menganjurkan budaya itu, tetapi sepatutnya sebagai satu-satu PM yang memiliki asas agama, contoh yang terbit dari Dollah sepatutnya berlandaskan agama.
Cuma saya tertarik kenyataan dari Menteri Pelajaran Hishamuddin Tun Hussien (sebagaimana dilaporkan dalam The Star) berkenaan sikap Allahyarham ayahandanya PM kita yang ketiga, Tun Hussien. Kata Hishamuddin krtika ayahnya bercuti di London kerana menghadiri konvokesyen kakaknya, beliau telah terbang dengan mengambil tiket sendiri kelas ekonomi. Tiba-tiba beliau dimaklumkan yang Tun Dr Ismail telah meninggal dunia, beliau terpaksa bergegas pulang ke KL. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK menawarkan untuk mendapatkan tiket penerbangan pulang dari kerajaan untuk beliau, beliau menolaknya kerana katanya ia berada di sana atas urusan persendirian, lalu terpaksa menanggungnyta sendiri.
Saya juga pernah mendengar kisah yang menarik juga berkenaan Almarhun Tunku dan Allahyarham Tun Razak.
Teringat saya kisah Tun Razak yang dikatakan sering berenang di Lake Club ketika beliau PM dahulu dan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana. Apabila sahaja beliau ke Lake Club maka atas sebab-sebab menjaga keselamatannya, kolam renang itu terpaksa ditutup, lalu para pengunjung lain tidak dapat mengunakannya. Maka timbul cadangan agar membina sahaja kolam renang di Seri Perdana. Apabila diberitahu kos pembinaannya menelan belanja RM60,000 Tun Razak menolaknya kerana kata beliau dengan wang sebanyak itu lebih baik dibina klinik-klinik kesihatan di luar bandar!
Cuma, saya tidak dapat membayangkan bagaimana agakanya lifestyle PM yang menagjurkan rakyat berhemah pada hari ini. Dollah dan keluaraga, bagaimana agaknya lifestyle mereka? Ada tidak beliau atau mungkin anak dan menantunya terbang dengan tiket kelas ekonomi sebagaimana Tun Hussien? Adakah beliau prihatin sebagaimana Tun Razak dalam membelanjakan wang negara terutama untuk hal-hal peribadi?
Yang saya tahu MB Kelantan yang masih berkhidmat, begitulah life style nya. Dan demikian juga bekas MB Terengganu yang kini Presiden PAS. Yang saya tahu MB Kelantan enggan menerima elaun keraian untuk majlis berbuka puasa dan Hari Raya di rumahnya. Beliau mengunakan wangnya sendiri untuk tujuan itu.
Teringat saya satu kisah yang ditulis oleh sahabat saya Sayuti Omar (MSO) dalam bukunya berkenaan pernah berjumpa Tok Guru Nik Aziz di pantry Pejabat MB di Kota Darul Naim, sedang makan nasi bungkus dengan segelas air mati, tanpa teman, tanpa dilayan sedang runag luar pantryu dalam keadaan bergelap, kata MSO.
Kedua-dua MB dan bekas MB itu tidak mengunakan kediaman resmi MB sebaliknya tinggal di rumah masing-masing, lantas menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan negeri.
Dollah yang mengajak kita semua memupuk nilai murni, beliau dan kaum keluarganya sendiri bagaimana? Saya bimbang yang mengajar kita agar jangan jadi ketam itu sendiri tidak sedar rupa-rupanya dia pun seekor ketam juga!
No comments:
Post a Comment