Tuesday, September 04, 2007

Kenapa Annuar mahu muntah?


Tempoh Parlimen penggal ke 11 ini berakhir pada 16 Mei 2009 iaitu kira-kira 1 tahun 8 bulan dari sekarang, namun cakap-cakap politik yang kedengaran mengatakan pilihanraya umum bakal dipanggil antara November 2007 ke Mac 2008.

Dan apabila bercakap berkenaan pilihanraya umum ini sudah pastilah fokus utama sebilangan besar pemerhati politik adalah pada negeri Kelantan, satu-satunya negeri di dalam Persekutuan Malaysia yang diperintah oleh parti pembangkang iaitu PAS. PAS di Kelantan kini memerintah dengan majoriti 1 kerusi di DUN Kelantan.



Sudah pastilah dalam keadaan yang sangat lemah, bertahan dengan cuma 1 kerusi, maka nafsu parti pembangkang di Kelantan iaitu Umno, bergelojak sekali untuk merampas kembali negeri yang ditawan dari mereka pada pilihnaraya umum 1990 dahulu. Sesungguhnya Kelantan telah melihat pertukaran kerajaan negeri dari PAS ke BN dan kembali kepada PAS sejak 1959 lagi.
Kini setelah pengaruh PAS kelihatan semakin mengecil berdasarkan perwakilan dalam DUN Kelantan sejak 17 tahun lalu, sudah barang tentulah Umno menunggu-nunggu dengan penuh selera bagi bulan untuk jatuh ke ribanya. Mungkin diperingkat ini ada yang telah bercita-cita untuk menjadi EXCO, termasuklah Menteri Besar!

Samada PAS Kelantan akan jatuh pada pilihnaraya umum ke 12 nanti atau akan bangkit kembali semakin kukuh dan padu, hanya para pengundi di Kelantan yang akan tentukan. Mungkinkah mereka kini merasakan sudah muak dan jelak dengan slogan Membangun Bersama Islam yang dipelopori oleh Tuan Guru MB mereka sejak 1990 lalu, lalu mahu bertukar kepada Membangun Bersama Islam Hadhari atau apa sahaja slogan Umno, tidaklah diketahui, walaupun menurut para pemerhati sentimen semasa diperingkat akar umbi masih mahukan PAS terus kekal di Kelantan.

Salah seorang pemerhati dan penulis politik, Joceline Tan dari akhbar The Star baru-baru ini menulis berkenaan politik di Kelantan atas tajuk:

Starting before the flag off

Dipaparkan dalam tulisan satu muka beliau itu wajah Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan dan Ketua Pembangkang DUN Kelantan menghadiahkan sebakul buah-buahan tempatan kepada Presiden Umno Dollah Badawi, kedua-duanya berbaju merah darah (mungkin simbolik kepada peribahasa menunggu buah yang tak jatuh, kini bakal jatuh ke riba Umno, entahlah).

Cuma tulisan Joceline itu bagi saya memberikan gambaran mungkin Umno kena tunggu lebih lama lagi sebab buah yang ditunggu akan luruh itu nampaknya degil dan tidak bersedia menggugurkan dirinya. Kerana itulah Joceline menulis dengan memetik ucapan Annuar baru-baru ini:



People say I am here because I aspire to be Menteri Besar. Let me tell you that I sometimes feel like vomiting when people say I will be the next Menteri Besar.

Orang mengatakan yang saya di sini (selaku Ketua Perhubungan Umno) kerana saya mahu menjadi MB. Sebenarnya saya berasa bagai nak muntah apabila ada yang mengatakan saya bakal MB.


Apakah yang menggeli dan meloyakan tekak Annuar itu sehingga mahu muntah beliau dibuatnya? Bukankah jawatan MB itu mulia kalau penyandanganya juga seorang yang mulia? Bagi saya perkara yang mendorong Annuar untuk berucap demikian kerana mungkin yakin yang harapan beliau untuk menjadi MB sesungguhnya semakin malap. Setelah lama menunggu dari 1990 ke 1995, kemudian 1999 dan terbaru 2004, kini Annuar tahu yang harapannya semakin tipis sedangkan usia semakin menghambatnya. Umno dikatakan ada potensi tetapi infighting ataupun sengketa dalaman semakin meruncing terutama apabila tiba sahaja pilihanraya.

Kerana itu dalam artikel yang sama Joceline menulis:



However some Umno politicians privately admit that if elections were held today it would be able to hold on to only 17 of the 22 state seats that it now controls.

Walaubagaimanapun sesetengah ahli politik Umno secara diam-diam mengakui bahawa jika dipanggil pilihnaraya berkemungkinan Umno akan hanya bertahan di 17 dari 22 kerusi yang ia kuasai.


Ini bermakna Umno akan kekal sebagai pembangkang, PAS akan terus memerintah malah dengan majoriti yang l;ebih baikd ari 2004. Mungkin kerana itulah siapa sahaja yang menjolok bahawa Annuar akan menjadi MB Kelantan yang baru mengantikan Tok Guru Nik Aziz, maka muntah berlelahlah pemimpin Umno yang pernah dikait dengan skandal PPRT itu.


Apa pun terserahlah kepada rakyat Kelantan. Saya yakin kedua-dua pihak akan bertarung sengit dinegeri tonggak Melayu itu, kesudahannya anak-anak Kelantan jugalah dengan izin Allah swt yang akan menetukannya. Dan saya yakin sukar untuk siapa sahaja di Kelantan termasuklah sahabat-sahabat dari Umno sekalipun untuk menolak sesuatu yang baik dan tenang untuk digantikan dengan sesuatu yang lain yang sangat diragui kemampuannya apa lagi untuk mencontohi apa yang dirasai selama 17 tahun kebelakangan di Negeri Serambi Mekah ini.

No comments: