Seorang sahabat dari UK membawa keperhatian saya tentang berita yang sungguh menggemparkan ini. Seorang ahli parlimen Belanda pemimpin parti kebebasan atau Freedom Party telah mendesak agar al Quran diharamkan di Belanda. Beliau menganggap kitab suci umat Islam itu sebagai sebuah buku FASCIST yang menuntut penganutnya membunuh mereka yang tidak beriman dan merogol wanita.
Surat desakan beliau itu disiarkan oleh akhbar De Volkskrant.
Wilders di dalam suratnya menyamakan al Quran dengan buku karangan Adolf Hitler, Mein Kampf, dan mengatakan al Quran tidak ada tempat di Belanda. Malah Wilders menyatakan bahawa tidak ada istilah Islam moderat sebenarnya.
Jelas pandangan sempit, kolot dan ektrimis ini terpacul keluar dari minda seorang pemimpin yang lebih didorong oleh nafsu dari kewarasan dan akal fikiran. Saya pasti ramai yang akan mengkritik pandangan melampau Wilders ini termasuklah dari kalangan masyarakat Islam di Eropah.
Mungkinkah pandangan sumpama ini nanti turut meresap dikalangan pemimpin dan masyarakat kita pula? Saya percaya pandangan gila Wilders ini tidak mencerminkan pandangan majoriti rakyat Belanda atau masyarakat Eropah, akan tetapi jika ianya tidak ditangani dan diperbetulkan, tidak mustahil ianya nanti akan menular dan mencetuskan ketegangan.

No comments:
Post a Comment