Pengkalan Pasir: Taktik kotor Umno bermula
Beberapa hari lalu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kononnya telah mencabar Kerajaan PAS Kelantan agar menjalankan kempen pilihanraya bagi pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir secara bersih. Akhbar THE STAR melaporkan Annuar Musa sebagai berkata:
Conduct the campaign in a clean and mature manner
Jalankan kempen secara matang dan bersih
Hari ini tak sampai beberapa hari cabaran itu dilontarkan rupa-rupanya sedar tak sedar Umno sendiri telah memulakan kempen secara kotor dan kurang matang.
Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak telah hadir di majlis rumah terbuka hari raya Umno Kelantan di Pasir Mas. Lebih macam rumah pilihanraya terbuka dari rumah hari raya terbuka nampak-nampaknya. Tak cukup dengan itu Najib dengan terang-terang menggula-gulakan rasuah politik pertama kepada pengundi di Pengkalan Pasir:
Undi Umno dan jika kami menang ini merupakan petanda kemenangan merampas kembali kerajaan Kelantan dan kelak sebuah univesiti akan didirikan di sini.
Akhbar media perdana seperti biasa dijangka menjadi jurucakap Umno BN sepanjang tempuh berkempen sehinggalah hari mengundi pada 6 Disember kelak. Tak adalah modal lain selain menuduh kerajaan PAS Kelantan gagal membawa pembangunan, satu pertuduhan yang lapok yang telah dijaja sejak PAS berkuasa kira-kira 15 tahun lalu.
Apa pun bagi 18,411 orang pengundi berdaftar di DUN berkenaan eloklah merenung dan memikirkan pesanan Tok Guru Menteri Besar Kelantan sebagaimana dilaporkan oleh NST hari ini:
The people should put their trust in PAS as the party had never swayed from its principles or struggle.
Rakyat seharusnya meletakkan kepercayaan kepada PAS kerana parti ini tidak pernah menyimpang dari prinsip dan dasar perjuangannya.
I pray that voters will elect an assemblyman that will bring them peace and harmony in this world and the hereafter.
Saya berdoa agar para pengundi akan memilih ADUN yang akan memberikan mereka keamanan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Undilah dengan keimanan bukan dengan perasaan, insyallah.
No comments:
Post a Comment