Krisis keruntuhan moral rakyat Malaysia
Durex adalah sebuah syarikat pembikin kondom antarabangsa. Setipa tahun syarikat ini menjalankan kajian yang dinamakan Durex Global Sex Survey. Tujuan kajian ini adalah untukmeneliti kecenderungandan gaya seks masyarakat dunia.
Di Malaysia Durex telah turut membuat kajian melibatkan 5,409 orang respondan. 72 peratus respondan terdiri dari mereka dalam lingkungan 21 ke 34 tahun manakala 15 peratus melibatkan mereka yang di bawah 20 tahun.
Dari kajian yang dibuat rata-rata para respondan menyatakan bahawa mereka telah mengadakan hubungan seks seawall usia 19 tahun! Di Malaysia sebagaimana yang kita tahu usia 19 tahun ini biasanya melibatkan mereka yang masih belum mendirikan rumah tangga lagi bermakna seawall usia 19 tahun anak-anak kita telah melakukan zina ataupun hubungan seks di luar nikah!
Dan diantara hasil kajian yang turut membimbangkan lagi adalah:
· 1 dari setiap 10 respondan mengakui pernah mengadakan hubungan sesama jenis atau homoseks
· 29 peratus pernah mengadakan hubungan seks dengan orang yang baru dikenali ataupun pelacur
· 14 peratus yang bernikah pernah mengadakan hubungan seks dengan bukan pasangannya
· 9 peratus pernah mengadakan hubungan seks bertiga ataupun threesome
Walaupun kajian ini dibuat oleh syarikat berkenaan untuk mempromosi produknya namun hasil kajiannya perlu kita berikan perhatian kerana ianya melibatkan isu nilai, moral dan masadepan masyarakat kita.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa segala langkah dan sistem yang diperkenalkan kononnnya untuk melahirkan masyarakat bermoral dan bertaqwa jelas telah gagal dan sewajarnya dihumbankan ke longkang sahaja!
Sekiranya benarlah kajian ini mencerminkan budaya dan perlakuan masyarakat kita, bermakna kita berdepan dengan suatu krisis yang besar dan serius yang perlu ditangani segera sebelum ianya menghancurkan nilai dan pegangan agama yang selama ini kita pertahankan.
Allah swt berfirman dalam surah al Israa ayat 32:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya.
(Bukhari/Muslim)
No comments:
Post a Comment