Tuesday, November 30, 2004

ADA KE IMAM MUNAFIQ DAN FASIQ DI SINI?

Saya tertarik dengan artikel bertajuk:

LOONY MALAYSIA: Imam Munafiq and Fasik

yang ditulis oleh RAJA PETRA KAMARUDIN di dalam laman webnya Malaysiatoday di http://www.malaysia-today.net

Di dalam artikel tersebut beliau mengulas darihal pengambil-alihan ataupun pertukaran kuasa pentadbiran dan pengurusan masjid-masjid dari anak-anak kariah kepada Jabatan ataupun pihak berkuasa agama sebagaimana yang berlaku di seluruh negara kini.

Yang menariknya ulasan beliau kemudiannya tertumpu pula kepada isu ketulusan dan keikhlasan serta keberanian menegakkan kebenaran dalam konteks pengambil-alihan ini. Dalam erti-kata lain kesungguhan pengambil-alihan ini mestilah disertakan dengan keihklasan dan ketulusan bukannya dengan niat lain apalagi niat jahat.

Beliau memberi contoh di mana adanya Mufti dan Imam Besar yang sepatutnya sentiasa telus dan berani dalam apa keadaan sekalipun telah memilih untuk membisu apabila berada dalam suatu majlis maksiat. Malah yanglebih memeranjatkan lagi apabila beliau memberi contoh adanya Imam Besar yang MAKAN RASUAH! Kata beliau:

I have met no less than two contractors who undertake cleaning and maintenance work at Masjid Negara (Nasional Mosque) who complained they have to pay the imam and bilal kickbacks for contracts awarded to their companies. One even showed me the contract document and allege that the ex-Masjid Negara Grand Imam who stood for elections in Permatang Pauh personally asked him for RM40,000 as commission for a two-year cleaning contract in late 2003.

Subhanallah kalau benarlah sebagaimana yang ditulis, maka celakalah Imam Besar berkenaan dan pasti beliau akan menerima hukuman jika tidak di dunia di akhirat kelak oleh mahkamah Allah swt.


Monday, November 29, 2004

TABIK HORMAT PADA OSMAN "KERING"

Banyak ulasan telah diberikan berkenaan Debat Perdana di RTM1 malam tadi. THE STAR melaporkan debat yang sepatutnya berkisar pada topik perpaduan telah bertukar menjadi debat politik antara Mahfuz dan Annuar Musa. Bagi saya ianya terjadi demikian oleh kerana gelagat moderatornya Johan Jaaffar yang sememang dari mula-mula siri ini diperkenalkan sehinggalah hari ini masih lagi meneruskan sikap berat sebelahnya dalam menjalankan tugas.

Beliaulah yang telah provoke Mahfuz dan Annuar malah Siva dan Dr Wee dari MCA juga diperalatkan oleh beliau untuk memuntahkan hujah-hujah politik bagi menyerang khususnya Mahfuz dan PAS pada malam itu.

Namun saya tidak berhasrat memanjangkan polemik itu, bagi saya yang lebih menarik pada malam itu adalah soalan dari floor. Pelakon dan pelawak terkenal Osman Kering telah mengemukakan suatu soalan ataupun pandangan yang sangat menarik, malah yang mengkagumkan kerana ianya datang dari seorang artis.

Soalan itu saya kira sungguh penting dan barangkali terbit dari keikhlasan dan keprihatinan beliau, kerana tidak ada sindir-menyindir ataupun singgung-menyinggung dalam nada dan isi soalannya.

Beliau bertanya lebih kurang mengapa dalam semangat Eidil Fitri ini PAS dan Umno tidak boleh bersatu demi perpaduan agama, bangsa dan negara.

Bagi saya kalaulah boleh soalan Osman ini diandaikan mewakili masyarakat Malaysia yang tidak komited dengan mana-mana pihak bermakna soalan ini mencerminkan betapa masyarakat Melayu mengiktiraf bahawa kuasa politik Melayu dalam negara cuma disandang oleh PAS dan Umno.

Seterusnya ia juga mencerminkan betapa umat Melayu setelah hampir setengah abad merdeka benar-benar mahu agar sengketa politik kedua-dua pihak yang bersaudara ini dapat dikendurkan dan kemudiannya bergandingan melayari teraju kepimpinan bersama demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

Ianya satu lontaran yang bernas, berani dan saya kira kena pada masanya.

Walaubagaimanapun kita akui ia sukar untuk dicanai menjadi suatu realiti oleh kerana perbezaan yang besar antara kedua-dua pihak samada dari segi pendekatan politik maupun dari segi prinsip perjuangan. Namun ianya perlu diusahakan kerana ianya saya percaya sudah merupakan satu tuntutan tersirat yang bersarang dalam hati sanubari ramai umat Melayu pada hari ini.

Memang kalau dilihat pada aksi Annuar Musa dan Mahfuz malam tadi sukar untuk merealisasikan pandangan Osman ini, namun ianya tidak mustahil.

Letakkan agama, bangsa dan negara sebagai agenda terbesar dan terutama. Kita bongkar rahsia kitab suci sebagaimana baris dalam sajak terkenal Pak Lah, tapi bongkarlah dengan penuh keihklasan dan kejujuran.

Satu ketika dahulu majlis perpaduan seumpama ini pernah diusahakan di zaman Mahathir dimana kedua-dua setiausaha agung parti dan wakil masing-masing duduk untuk beberapa siri perundingan namun ianya terbengkalai di tengah jalan, gersang sehinggalah Osman Kering membangkitkan kembali isu ini!

Kalau benarlah sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu memiliki keinginan yang sama sebagaimana Osman, saya kira perhatian serius terhadap perkara ini perlu diberikan. Sementara itu tahniah Osman Kering andalah yang paling berjaya dalam majlis debat itu!


Friday, November 26, 2004

BISTARI PEMUDA UMNO TERENGGANU

Satu laporan dalam akhbar THE STAR hari ini bertajuk:

LET KARAOKE CLUBS OPERATE

Menurut laporannya Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu Mohd Sabri Alwi menyarankan agar kerajaan negeri Terengganu menarik balik larangan ke atas pusat-pusat karaoke dan snooker di seluruh negeri tersebut. Alasan Sabri kononnya dengan membuka pusat-pusat ini maka para pemuda di negeri Darul Iman tersebut dapatlah menghabiskan masa mereka di sana daripada tertumpu kepada aktiviti lumba haram yang menular di negeri itu.

Demikianlah bijaksananya formula penyelesaian pemimpin muda dalam Umno Terengganu. Masalah gejala sosial seperti lumba haram ini kononnya dapat diselesaikan dengan membuka pusat karaoke dan snooker. Pakar-pakar motivasi remaja, badan-badan belia dan kebajikan termasuklah JAKIM dan jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu patut berbangga dan mencontohi saranan pintar Sabri ini!

Ditempat-tempat lain di luar Terengganu ramai yang mengaitkan masalah gejala sosial dikalangan remaja berpunca dari membiaknya pusat-pusat snooker dan karaoke ini, tetapi di Terengganu yang slogannya kini ISLAM HADHARI TERENGGANU BISTARI pemimpin pemudanya tiba-tiba dapat ilham bahawa pusat-pusat inilah kelak yang akan menyelamatkan anak-anak muda di Terengganu dari kancah kebinasaan!

Kerajaan PAS Terengganu dahulu mengharamkan pusat-pusat ini atas alasan pusat-pusat ini merupakan sarang maksiat dan pelacuran, kini kerajaan negeri baru disarankan bertindak sebaliknya pula.

Apa ISLAM HADHARI sudah ketandusan idea penyelesaiankah? Ingatkan ISLAM HADHARI akan memberikan peruntukkan untuk mempertingkatkan program-program kesedaran dikalangan remaja agar menjadi insan yang bertaqwa dan berguna kepada masyarakat. Mendidik anak-anak muda agar terdedah dengan fahaman Islam yang sebenar. Rupa-rupanya kalau beginilah fahaman pimpinan muda dalam Umno yang bakal mengambil-alih teraju kepimpinan Umno negeri maka eloklah ditukar slogan atau cogankata kerajaan negeri dari yang ada itu kepada UMNO HADHARI TERENGGANU BISTARI barulah sesuai.

ALLAH SELAMATKANLAH TERENGGANU!


Thursday, November 25, 2004

BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI

Demi menghilangkan kekeruhan akhirnya Tok Guru Nik Abdul Aziz (sila lihat harakahdaily) terpaksa juga mengeluarkan kenyataan dari Makkah dan yang saya tertariknya beliau memetik pepatah Inggeris:

It takes a thief to catch a thief


Dalam tulisan saya sebelum ini di bawah tajuk SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI rupa-rupanya demikianlah juga anologi Tok Guru, pencuri dan pembohong belaka penyibar berita dusta dan tidak bermoral ini.

Akhbar dan media di Malaysia perlu mengembalikan kewibawaan mereka yang jelas telah teruk tercemar. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terus terhadap mereka. Lihat apa yang terjadi pada Badan Kehakiman sejak kes pemecatan zalim terhadap Tun Salleh Abbas. Sehingga hari ini Badan Kehakiman dipandang serong oleh banyak pihak.

Ramai rakan-rakan kita yang baik dan bertanggungjawab berada dalam industri media di Malaysia akan tetapi lantaran ketaksuban ketua mereka terhadap individu yang berkuasa maka diterbitkan juga berita sensasi berupa nista dan fitnah semata-mata atas alasan untuk cari makan.

Benarlah ayat yang dipetik oleh Tok Guru dalam kenyataannya:

Dan tiap-tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitab mu, cukuplah diri mu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadap mu .( Maksud surah Al Isra ayat 13 - 14 ) .

AL JAZEERA PILIH MALAYSIA BOLEH

Siaran Satelit TV berbahasa Arab Al Jazeera yang berpengkalan di Qatar dilaporkan mahu melabur sekitar US$30juta untuk membangunkan siaran bahasa Inggerisnya dan Malaysia dilaporkan telah dikenalpasti sebagai pusat siaran tersebut.

Sudah tentulah langkah ini akan membuka pelbagai peluang kepada syarikat dan anak-anak tempatan untuk menerima limpahan dari pelaburan dan operasi badan penyiaran antarabangsa tersebut nanti.

Al Jazeera dikenali sebagai news network yang telus, seimbang dan berani serta kadangkala lebih terkehadapan dari CNN dan BBC dalam melaporkan isu dan berita tertentu terutama yang melibatkan masyarakat dan dunia Islam. Malah kerajaan tajaan AS di Iraq dan Afghanistan telah berkali-kali mengambil tindakan terhadap Al Jazeera oleh kerana laporan rangkaian tersebut yang tidak disenangi oleh mereka. Malah Arab Saudi juga pernah mengambil tindakan yang sama.

Kalau nak dibandingkan dengan RTM, TV3 dan lain-lain saluran TV di Malaysia, memang jauh sangatlah mutu pemberitaan Al Jazeera dengan produk-produk berita Malaysia ini.

Reaksi menarik darihal langkah Al Jazeera ini telah diberikan oleh Menteri Penerangan Kadir Sheikh Fadzir sebagaimana yang dilaporkan dalam THE SUN hari ini. Kata beliau:

The government hoped the network would provide fairer reporting about Malaysia than western based media.

Kadir menyalahkan laporan berat sebelah media barat terhadap Malaysia. Kadir sepatutnya turut mendedahkan keluhan laporan berat sebelah dari media tempatan terhadap Kelantan dan parti-parti politik bukan BN. sejak berpuluh tahun di Malaysia ini.

Al Jazeera dikenali dunia sebagai rangkaian bebas, melaporkan berita sebagaimana ianya berlaku dan dari kacamata dunia bukannya kacamata pihak yang berkuasa dan berkepentingan semata-mata. Al Jazeera pernah mengadakan siri temubula dengan Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang ketika beliau MB Terengganu dan Ketua Pembangkang Parlimen satu ketika dahulu. Di bumi Malasia Boleh ni jangan haraplah.

Khabar angin perletakan jawatan TG Nik Abd Aziz dua tiga hari ini adalah bukti jelas betapa berat sebelah, tidak adil dan tidak beretikanya media tempatan yang Kadir sendiri ketahui.

Baguslah Al Jazeera dapat berpengkalan di sini, mudah-mudahan dengan langkah tersebut media tempatan juga akan dapat ditransformasi dari menjadi lidah dan tunggangan Umno/BN kepada rangkaian yang bebas sebagaimana Al JAzeera. Takut-takut Al Jazeera pula nanti yang jadi macam mereka.



Wednesday, November 24, 2004

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI

Ia bermula dari laporan Malaysiakini pada hari Selasa. Terus sahaja akhbar-akhbar media perdana yang sememangnya barangkali rindu akan berita Tok Guru memungut khabar angin tersebut dan dimuatkan dalam akhbar masing-masing pada hari ini. Tidak ada verification process ataupun proses penapisan ataupun pengesahan yang dilakukan terus sahaja sondol macam lembu jantan dalam keghairahan. Demikianlah mutu akhbar-akhbar tempatan kita dalam negara yang mendakwa dirinya negara maju serba-serbi.

Utusan Malaysia memaparkan tajuk (versi internet):

Nik Aziz letak jawatan? -- Dikatakan telah menyerahkan surat meletakkan semua jawatan parti

Manakala akhbar THE STAR yang turut menyondol juga menelanjangkan tajuk:

Nik Aziz quit rumour stuns PAS

Saya sendiri pada awalnya enggan memuatkan langsung ulasan berkenaan isu ini akan tetapi apabila Presiden PAS mengulas dengan mengatakan berita yang digembar-gemburkan itu adalah berita bohong maka saya terpanggil bukan untuk membuat penafian yang sudah pun dibuat oleh para pimpinan tetapi untuk menonjolkan mutu kewartawanan dalam negara kita.

Bukan sahaja ianya tidak bermoral dan tidak beretika tetapi lebih parah lagi ia bersedia pula menjadi alat untuk ditunggangi oleh ahli-ahli politik bengkrap dan kecewa yang terlepas cita-cita mahu menjadi Menteri Besar.

Mengapa THE STAR menganggap yang ahli-ahli PAS semacam terencat apabila menerima berita ini jika tidak kerana memiliki niat jahat untuk mengadu-domba dan mencetuskan suasana tegang. Sesungguhnya ramai yang tidak dapat membaca sikap dan pegangan ahli-ahli PAS lalu menganggap sama sahaja ahli-ahli PAS ini dengan ahli-ahli atau penyokong parti lain, kalau dijolok pasti melompat pasti huru-hara.

Bezanya ahli-ahli PAS dengan ahli dan penyokong parti lain, pertama kerana mereka dididik bahawa pergerakan mereka dalam parti adalah laksana satu jamaah. Ketaatan jamaah adalah pada imam ataupun pimpinannya. Kalau terbit serangan ataupun tohmahan mereka tidak akan serta-merta menelannya bulat-bulat sebaliknya mereka akan tunggu reaksi pimpinan. Dan lazimnya apabila pimpinan membuat kenyataan apa sekali pun maka para ahli dan penyokong akan akur dan taat selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak.

Lantas kalau tersiar khabar angin bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz akan ataupun telah meletakkan jawatan parti ataupun jawatan MB nya, tiba-tiba Setiausaha Agung parti menafikan dan Presiden pula menyatakan bahawa berita itu adalah bohong maka ahli PAS akan akur dan terima kenyataan pimpinan mereka kerana disiplin mereka berbeza dengan orang lain dalam organisasi lain.

Kesimpulannya bagi saya, tangan ghaib dari pejabat perhubungan Umno Kelantan barangkali telah menekan butang geli yang telah berjaya menggeletek Malaysiakini dan seterusnya akhbar-akhbar kerabat Umno yang lain lalu bersilat dan berkuntaulah mereka untuk mencetuskan suasana. Siapa yang lemah pasti longlai manakala siapa yang bijak pasti terbaca langkahnya.

Kalau nak jadi MB pun tunggulah pilihanraya sekali lagi, kalau 4 kali pilihanraya boleh tunggu apa salah tunggu 1 kali lagi Abe Nuar! Sesama parti bolehlah demo cah keting tapi dengan orang lain jangan.


Tuesday, November 23, 2004

KETERBUKAAN TIAN CHUA DIKAGUMI

Dalam akhbar THE SUN hari ini diruangan PRESS DIGEST yang memuatkan petikan dari akhbar bukan Inggeris Kong See Hoh menulis di bawah tajuk:

GUAN ENG: NO HOPE OF AN ALLIANCE WITH PAS

betapa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat kenyataan kepada SIN CHEW DAILY bahawa selagi PAS berjuang untuk mengejar matlamat Negara Islam maka selagi itulah DAP tidak akan berkerjasama dengan PAS dalam satu pakatan. Guan Eng sebenarnya membuat komen ekoran kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dalam akhbar yang sama sehari sebelumnya dimana Tuan Guru menyatakan kesediaan untuk menghidupkan kembali pakatan pembangkang bersama-sama dengan DAP.

Guan Eng turut memetik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya meminta PAS merubah konsep Negara Islamnya. Kata Guan Eng:

We will not give Hadi Awang anymore hope to revive the opposition coalition

Jelas Guan Eng dan rakan-rakannya tidak dapat menerima hak PAS berjuang berasaskan prinsip perjuangannya. Dalam negara ini PAS adalah player dalam pentas demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Kata pemutus adalah rakyat, Guan Eng dan rakan-rakannya tidak berhak menafikan perjuangan sah yang telah bergerak lebih 50 tahun dalam negara Malaysia yang merdeka.

Cumanya pimpinan PAS sehingga hari ini mengelakkan diri dari berkonfrantasi secara terbuka dengan DAP dalam hal ini. Tindakan PAS itu mencerminkan kematangannya dalam berpolitik. Yang menariknya adalah kenyataan Naib Presiden PKR Sdr Tien Chua seorang rakan baru berbanding DAP. Kata beliau:



To review the Islamic state concept (or not) is PASs internal affairs we will not ask them for such a review prior to forging an alliance just like we do not ask DAP to review its social democracy ideology.

DAP patut belajar dari Tian Chua dalam hal hubungan antara kaum dan agama serta nilai-nilai persahabatan iaitu hormat-menghormati antara satu sama lain. Mudah-mudahan akan lahirlah di Malaysia ini lebih ramai Tian Chua dikalangan masyarakat bukan Melayu/Islam.


Monday, November 22, 2004

REAKSI TERHADAP ARTIKEL SIN CHEW & THE STAR PANDANG RENDAH ISLAM

Saya ingin berkongsi satu komen yang saya terima berdasarkan artikel saya dalam BLOG ini baru-baru ini. Penulis mengelar dirinya SHAN, berikut adalah komen beliau:

Shan wrote:

Sin Chew pandang rendah Islam atau Roslan pandang rendah?

Sebenarnya, sebagai pembaca artikel ini (saya tidak berpeluang melihat artikel yang disebutkan Roslan SMS), pandangan saya sebenarnya Roslan yang memandang rendah Agama Islam dan saja ingin melepaskan geram di atas suratkhabar Sin Chew dan Star tanpa sebab.

Sebagai seorang bekas wartawan, berdasarkan apa yang saya baca di bawah ini, ternyata yang Sin Chew dan Star kedua-duanya mengikut prinsip kewartawanan yang beretika – melapurkan sesuatu berita yang berlaku tanpa menokok tambah apa yang diberitahu oleh EXCO berkenaan.
Suratkhabar biasanya melaporkan perkara yang jarang berlaku sebagai berita – itulah yang dibuat oleh Sin Chew dan Star! Adakah setiap negeri di Malaysia mengikut tauladan elok yang dibuat di Kelantan? (In fact, kalau semua negeri di Malaysia buat sebegitu, saya rasa kurang juga kemalangan jalan raya akibat mata yang terpesong melihat gambar wanita cantik di poster tepi jalan..)

Sebab negeri-negeri lain tidak pernah buat sebegitu, dan perkara ini tidak berlaku selalu, maka jadilah perkara ini bahan berita; dan Sin Chew serta Star telah mengulas mengenainya.

Sekiranya Utusan, Berita Harian atau Harakah pun menyiarkan artikel ini, saya rasa Roslan SMS tidak akan mengata suratkhabar tersebut sebegini..

Shan


Berdasarkan tulisan beliau saya melihat SHAN membaca saya sebagai seorang racialist sedangkan saya membangkitkan isu ini dari perspektif Islam. Berikut adalah jawapan yang telah saya berikan kepada beliau:

Terima kasih di atas pandangan saudara. Untuk pengetahuan saudara saya adalah pembaca akhbar THE STAR yang tetap sejak saya di tingkatan 3 iaitu hampir 26 tahun sudah, whereas I am just an occassional reader of Utusan and Berita Harian. Point saya di sini adalah bahawa komen yang saya buat bukannya kerana bencikan akhbar tersebut akan tetapi kerana artikel berkenaan saya rasakan dilapor agak berat sebelah, tidak adil terhadap Islam.

Kalau yang dilaporkan oleh THE STAR itu tiada tokok tambah mengapa istilah INAPPROPRIATE digunakan? Mengapa isitlah DIPAKSA digunakan.

Apabila undang-undang negara melarang kita memandu lebih dari 110kmj di lebuhraya kita tidak mengatakan kita DIPAKSA pandu bawah 110kmj. Begitu juga apabila peraturan menghendaki kita menukar kad pengenalan kita dari yang lama ke myKad kita tidak mengatakan kita DIPAKSA. Oleh itu dalam hal ini mengapa istilah DIPAKSA digunakan jika tidak kerana mahu menonjolkan seolah-olah peraturan itu zalim dan tidak patut, itulah telahan dan bacaan saya.

Saudara mungkin tidak bersetuju, itu hak saudara dan saya menghormatinya. Tidaklah adil saudara menghukum saya memandang rendah agama saya sendiri yang tidak berkaitan langsung dengan artikel saya. Kalau saudara tidak setuju, berhaklah saudara memberi pandangan mengapa tidak setuju barulah beretika namanya. Tetapi apabila tidak setuju kemudian tuduh pula saya memandang rendah agama saya sendiri, saya rasa itu tidak berapa patut.

Walaubagaimanapun terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca dan memberikan komen.

ROSLAN SMS

ANTARA TUNTUTAN ISLAM DAN KEPENTINGAN POLITIK

Letaklah nama apa sekali pun sekiranya kita berhasrat benar-benar mahu kembali kepada Islam kita tiada pilihan lain kecuali berpandukan al Quran dan Hadis. Sekiranya akal fikiran digunakan untuk membuat pentafsiran maka akibatnya kita akan kelihatan janggal malah kadangkala akan tersepit dengan kekeliruan buatan kita sendiri.

MB ISLAM HADHARI TERENGGANU

Idris Jusoh mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dari MB lama seorang Tok Guru, yang memimpin sebuah parti Islam. Kerajaan yang lalu meletakkan Islam sebagai agenda utama pentadbiran negeri, dalam keadaan serba kekurangan ia mampu juga menonjolkan Islam dalam erti katanya yang sebenar. Lalu apabila kerajaan negeri bertukar tangan MB barunya mahu tak mahu terpaksa meneruskan juga agenda Islam ini namun menurut pentafsiran dan ruang yang dibenarkan oleh partinya.

Oleh itu tidak hairanlah akhbar THE STAR hari ini melaporkan:

UN-MUSLIM CONCERTS WILL NOT BE ALLOWED

Menurut laporannya Idris Jusoh mengumumkan bahawa konsert atau pertunjukkan pentas yang tidak mencerminkan nilai-nilai Islam tidak akan dibenarkan di Terengganu. Ini berikutan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengeluarkan garispanduan kod pakaian untuk artis-artis yang ingin membuat persembahan.

Apabila ditanya adakah artis-artis tersebut nanti akan dikehendaki menutupi tubuh masing-masing (to fully cover themselves), kata Idris langkah sedemikian terlalu ekstrim (he described such a step as extreme).

Nampak semacam ujud kekalutan. Pada satu ketika kelihatan macam mahu mengenakan larangan terhadap pertunjukkan ataupun konsert yang tidak Islamik namun pada ketika yang lain menganggap pula yang menutup aurat bagi artis itu suatu tindakan yang ekstrim, subbhanallah!

Demikianlah bila kita mentafsir ataupun menyesuaikan Islam untuk kepentingan politik kita semata-mata. Kerana itulah label Islam Hadhari, Islam liberal perlu untuk mengizinkan pentafsiran yang haru-biru ini. Idris turut dilaporkan sebagai berkata:

The attire worn by artistes must also reflect the communitys culture.

Yang jelas budaya orang Melayu yang beragama Islam adalah bersopan-santun menggunakan pakaian Melayu, baju kurung dan seumpamanya yang tidak melanggar syarak, yakni mestilah menutup aurat. Itulah nilai-nilai Islam yang diajarkan kepada kita yang dicungkil dari al Quran dan Hadis. Kalau itu dikatakan ekstrim, maka usahlah menutup aurat, biarkanlah kain terbelah, rambut terurai, campur bebas lelaki dan wanita dengan syarat jangan guna pakai label Islam, jangan Islamkan perbuatan yang bercanggah dengan ajarannya.

Kenapa Datuk Seri tidak labelkan Tok Puan di rumah yang menutup aurat itu sebagai ekstrim?


Sunday, November 21, 2004

ANNUAR MUSA PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN KELANTAN

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan di bawah tajuk:

UMNO KESAL KOS BELI KERETA RM1JUTA

betapa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa kononnya kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang membeli 6 kereta mewah jenis Mercedes Benz untuk kegunaan ahli EXCOnya. Kata beliau:

Pembelian model TERBARU jenis 230 dengan kos melebihi 1 juta adalah tidak selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri yang mengalami defisit setiap tahun.

Dan Annuar menambah kononnya pembelian kereta mewah itu sendiri mencerminkan betapa anggota EXCO Kelantan berpecah dalam membuat keputusan sebabnya Kelantan ada 11 EXCO sedangkan kereta yang dibeli cuma 11.

Selain itu dalam laporan yang sama Annuar turut menuduh bahawa perbelanjaan mewah kerajaan negeri ini akan mengakibatkan susutnya rizab kerajaan negeri. Kata Annuar kerajaan Umno meninggalkan rizab RM300 juta dan rizab inilah yang digunakan untuk menampung kekurangan membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM240 juta setahun. Kata beliau pendapatan kerajaan negeri cuma RM200 juta setahun. Beliau menambah bahawa rizab warisan BN itu dahulu kini tinggal RM70 juta sahaja.

Memanglah sebagai anggota pembangkang Annuar berhak melontarkan apa sahaja tohmahan terhadap kerajaan negeri dan sekiranya ia terbukti berasas maka memang wajarlah dibangkit dan didedahkan demi keadilan dan kebenaran. Malah kalau benarlah kerajaan negeri jenis yang berfoya-foya lebih mengutamakan pembaziran wang rakyat dari membela rakyat maka wajarlah ia ditentang.

Cuma dipenghujung laporan Mingguan Malaysia itu adalah dimuatkan sedikit penjelasan dari Timbalan MB Kelantan Ustaz Ahmad Yakob yang menyebut keputusan membeli 6 biji kereta tersebut adalah berdasarkan KEPERLUAN SEMASA. Ianya dibuat kerana 6 orang EXCO terlibat masih belum mempunyai kereta resmi kerajaan. Tambah beliau:

Pembelian itu tidak bermakna kerajaan negeri boros dalam berbelanja kerana perbelanjaan tersebut dibuat setelah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan. Tambahan pula KESEMUA kereta yang dibeli itu merupakan kereta yang DIBAIK PULUH (reconditioned).

Kalau RM1 juta beli 6 kereta bermakna 1 kereta jatuh RM166 ribu, kereta pun kata TMB adalah kereta reconditioned bukannya brand new, apa yang Annuar nak marah sangat sekiranya EXCO terbabit memang belum lagi memiliki kereta resmi. Tak kan kerana tak beli jenama Proton nak marah. Kalau tak silap Husam Musa pernah buat penjelasan di Malaysiakini bahawa tindakan memilih jenama Mercedes ini kerana maintainancenya lebih ekonomik berbanding jenama Proton dan kerajaan negeri memiliki banyak pengalaman berhubung kereta Proton ini.

Annuar Musa pun semasa terbabit skandal PPRT dahulu yang masih belum selesai-selesai sampai hari ini pun memilih kereta Mercedes Benz untuk kegunaan sendiri. Kereta mewah WCE1 yang dibeli dari Ooi Kee Siang yang disyaki bersubahat dalam kes skandal PPRT melibatkan RM35.5 juta. Ooi kawan Annuar itu sendiri kini diberitakan hilang dan tidak dapat dikesan. Kereta WCE1 milik Annuar ini pernah disita oleh BPR.

Malah seorang lagi kawan Annuar antara yang mula-mula ditangkap dalam kes PPRT ini sekarang menerajui sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Beliau tak sampai 6 bulan pegang jawatan di syarikat ini dah beli kereta baru Mercedes Bens E240 yang kosnya melebihi RM400 ribu, duit syarikat yang diwarisi dari kerajaan PAS Terengganu!

Berbalik kepada pertuduhan Annuar lagi katanya kerajaan negeri berbelanja mewah berdasarkan RM300 juta rizab yang ditinggalkan kerajaan BN Kelantan dahulu. Amboi dahulu tu tahun 1990 Dato' dah lebih hampir 14 tahun dah. Kalau kerajaan negeri belanja RM40 juta setahun untuk bayar gaji kakitangannya sebagaimana dakwa Dato' bermakna 14 tahun dah lesap RM560 juta tapi Dato' kata ada sekitar RM70 juta lagi yang tinggal maka kesimpulannya bijaklah kerjaan PAS Kelantan memerintah!

Saya memang setuju saranan Dato' untuk bawa isu ini ke sidang dewan Kelantan sekurang-kurangnya kerajaan negeri pimpinan Tok Guru boleh buat penjelasan dan justification dan harap-harap Utusan memberi liputan yang sama rata sebagaimana liputan diberi terhadap pertuduhan Annuar ini. Biarlah rakyat Kelantan membuat pertimbangan.

Sementara itu apa khabar kes PPRT ni ya?

Saturday, November 20, 2004

"ILLAHI" IN THE PASSION OF THE CHRIST

The film The Passion of the Christ by Mel Gibson was recently allowed to be screened in Malaysia but with stringent conditions inter-alia that the film will only be screened to Christians who would have to purchase the tickets from their respective churches. Reason being the film contradicts the Islamic versions of Jesus.



However the ministry concerned must have forgotten or overlooked the lucrative and ever popular Malaysia made VCD haram industry, who must have argued that they are not affected by the ruling. Thus the underworld had a time of their life duplicating and selling like hot cakes the movie in DVD/VCD format. If you dont believe me just take a drive to the Petaling Street night market, there you can easily request a copy from the many Ah Loong Chais who would without much hesitation furnish you a copy at reasonable pasar malam market price.

I managed to view the movie recently oops admission of guilt, well tell that to the Ah Long Chais. The film is in the Aramaic language with English subtitle. What I want to highlight here as matter of interest is one of the few last words that came out from the mouth of Jesus. It is actually quoted in Matthew 27: 46 of the New Testament:

My God, my God, why hast thou forsaken me?

In Aramaic it sounded:

ILLAHI

Yes Illahi, similar to Ya Allah in the Malay language, interesting huh.

Following are the Muslims view and understanding of Jesus as revealed in the Quran and by the Prophet Muhammad saw:

Muslims do believe that Isa (A.S.) was sent down as a Prophet of Allah (God), but he (Jesus) is not God or Lord, nor the son of God. Muslims do not believe that Isa (A.S.), also known as Jesus by Christians and others, is dead or was ever crucified.

We believe that he was raised to heaven and is there, and will descend at the appointed time, end all wars, and bring peace to the world. Like Jesus (A.S.), Muhammad (Peace be upon him) is also a Prophet and Messenger. Muhammed (P.B.U.H.) is the last Prophet, though, and there is none after him.

Hence, Islam is the last religion, complete, with the Holy Qur'an as the unchanged and perfect word of God for over 1400 years, as God promised to preserve it till the last day for all of humankind, unlike sacred texts of other religions which have mulitple versions and are "revised" periodically. God, or Allah in Arabic, is Divine and Supreme Being and Creator.

What the Holy Qur'an says about Jesus:

They slew him not, nor did they crucify him but it was made dubious to them. (
Holy Qur'an, Surah Nisaa, Verse 157)

Hadhrat Isa (A.S.) himself told of the coming of Prophet Muhammad (Peace be upon him). In the Bible, Jesus (A.S.) says:

If you love me, Keep my commandments. And I will pray to the Father and He shall give you another comforter that he may abide with you forever. (Bible, John 14-15/16)

But when the comforter is come, whom I will send unto you from the Father, even the spirit of Truth, which proceedeth from the Father, he shall testify of me, and he also shall bear witness, because ye have been with me from the beginning. (Bible, John 15-26/27)

I have yet many things to say unto you, but you cannot bear them now. How be it when he, the spirit of Truth will come, he will guide you into all truth, for he shall speak not of himself, but whatsoever he shall hear, that he shall speak, and he will show you things to come. He shall glorify me, for he shall receive of mine, and he shall show it unto you. (Bible, John 16-12/14)

Ulema (learned scholars in Islam) have said that the person who is described by Hadhrat Isa (A.S.) to come after him - in the above verse - does not comply with any other person but Prophet Muhammad (Peace be upon him).

In this case the "comforter" he mentions is none other than Prophet Muhammad (Peace be upon him) and his laws and way of life (Shariah) and Book (Holy Qur'an) are those that Hadhrat Isa (A.S.) asks his followers to abide by.

The "person" whom Jesus (A.S.) prophecised will come after him, is called Pargaleeta in the Bible . This word was deleted by interpreters and translators and changed at times to "Spirit of Truth" and at other times, to "comforter" and sometimes "Holy Spirit." The original Greek and its meaning is "one whom people praise exceedingly." The sense of the word, then, is applicable to the word Muhammad in Arabic, since Muhammad means "the praised one."
Jesus (A.S.) also says in the Bible:


... and a little while and you shall not see me; and again a little while, you shall see me because I go to the Father.(Bible, John 16:16)

... and the Holy Qur'an says:
And surely they slew him not. But Allah (God) raised him unto Himself. (Holy Qur'an, Surah Nisaa, Verse 157-158)


As such, Muslims believe that Hadhrat Isa (A.S.) was raised to heaven. According to Hadith, he is on the second heaven. Rasulullah (Sallallaahu Alayhi Wasallam=Peace be upon him) mentioned, "During the Meraj (Ascension), I met Hadhrat Isa (A.S.) on the second heaven. I found him of medium stature, reddish white. His body was so clean and clear, that it appeared as though he had just performed ghusal (ablution, cleansing of the entire body) and come.

" In another Hadith, Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) mentioned to the Jews that, " Hadhrat Isa (A.S.) is not dead, he will most surely return to you before Qiyamat (the Day of Judgement)."

May Allah Guide all people to the Truth. Aameen.

Friday, November 19, 2004

ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN

NST hari ini melaporkan betapa kehadiran Najib Tun Razak TPM ke Mindanao baru-baru ini telah mempertingkatkan lagi moral Pasukan Pemerhati Antarabangsa yang diketuai oleh Malaysia di sana. Tajuk laporan yang diberikan berbunyi:

Mindanao Muslims look forward to Malysia's support

Lawatan Najib itu juga dilaporkan memberikan impak yang besar terhadap nasib masyarakat Islam di Mindanao. Sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia kita turut berbangga apabila menyaksikan negara dapat memberikan sumbangan besar terhadap keamanan dunia khususnya dikalangan masyarakat Islam di luar negara.

Mudah-mudahan nasib masyarakat Islam di Mindanao akan terus mendapat perhatian dunia dan semoga mereka beransur-ansur diberikan hak dan autonomi dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Dalam pada kita berbangga dengan peranan kerajaan Malaysia, kita juga berhak mempersoalkan mengapa kerajaan bersungguh membela nasib masyarakat di luar negara sedangkan rakyat sendiri berterus-terusan dianak-tirikan dan dianggap bagai warga kelas kedua. Di Mindanao kita berlagak bagai juara berjuang bagi mengembalikan hak penduduk Islam di sana tapi di Kelantan umpamanya, kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat melalui proses pilihanraya terbuka kita nafikan haknya dan kita tidak pernah memberikan pengiktirafan sewajarnya.



Sejak 1990 lagi kerajaan Umno diperingkat Pusat secara terang-terangan bermusuhan dengan kerajaan negeri pimpinan PAS. Kerajaan negeri di sana tidak diberikan hak sama taraf seumpama kerajaan-kerajaan negeri lain seolah-olah Kelantan bukan sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Persekutuan di Kelantan bagaikan merestui satu negeri dua nakhoda. Kelantan bagaikan negeri "pariah" sedangkan rakyat jelatanya turut menyumbang kearah pembangunan negara sebagai "tax paying citizen".

Diskriminasi dan double standard ini berterusan dan makin menjadi-jadi sejak pilihanraya 2004 baru-baru ini apabila Umno berjaya melipat gandakan jumlah kerusinya di negeri tersebut. Di luar negara kita bersungguh mahu jadi pendamai, pengerak keamanan, pelopor keadilan namun dalam negara rakyat sendiri kita tekan dan tindas.

Kita berjuang melalui OIC dan NAM kononnya mahu berikan autonomi kepada penduduk Islam Mindanao tetapi di Kelantan negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia apabila sahaja rakyatnya mengundi parti yang tidak sehaluan dengan kita, kita pun bertindak lebih kurang penjajah, lebih kurang kerajaan Manila. Jadi apa bezanya kita dengan mereka?

Maaf, saya berbangga dengan perkembangan di Mindanao, namun saya sekali-kali tidak dapat merestui sikap biadap dan dan tidak gentleman kerajaan Pusat bawah pimpinan Umno terhadap kerajaan dan rakyat di Kelantan sejak 14 tahun yang lalu.


FALLUJAH: DIMANAKAH ABU BAKAR, DIMANAKAH AL MUKTASIM

Kita melihatnya dengan mata kepala kita sendiri, di bumi Fallujah Iraq. Betapa umat Islam disembelih terang-terangan. Betapa masjid dan madrasah di bedil dan diserbu. Malangnya kita tidak berdaya melakukan apa-apa. Kita sekadar menjadi penonton, menonton kebiadapan dan keangkuhan musuh-musuh Islam kerana kita kononnya adalah pengganas.




Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a pernah berkata:

Tidak meninggalkan suatu kaum (umat Islam) akan jihad, melainkan Allah akan mengenakan ke atas mereka semua kehinaan dan kemusnahan.




Di zaman pemerintahan khalifah terakhir Bani Abassiyah, sungguhpun kerajaan Islam ketika itu terlalu lemah namun diriwayatkan berlaku satu peristiwa yang mengaibkan seorang individu Muslim di negara asing sehingga khlaifah yang lemah itu mampu mengerahkan bala tentera Islam ke negara tersebut semata-mata kerana menebus maruah seorang Muslim yang dizalimi. Kisahnya:

Seorang perempuan Islam berniaga di sebuah negara bukan Islam. Satu ketika perempuan tersebut terjatuh sehingga sebahagian auratnya dilihat oleh orang-orang kafir lalu diejek-ejek dan ditertawakan oleh orang-orang kafir tersebut. Perempuan itu mengadu dengan katanya: "Ya al-muktasimaah" (Wahai Khalifah Muktasim).

Kejadian ini dilihat oleh seorang lelaki Islam lalu beliau datang ke Baghdad mengadu kepada Khalifah al-Muktasim tentang penghinaan yang diterima oleh perempuan Islam tersebut. Apabila sampai kepada pengetahuannya, Khalifah al-Muktasim berkata "Labaik ya ammah" Ya wahai ibuku. Lantas al-Muktasim mengarahkan tentera Islam menuju ke negeri tersebut, menyerang dan menawan dengan sebab seorang perempuan Islam dihina.




Aduhai Fallujah kezaliman ke atasmu tak mampu kami lakukan apa-apa. Kami sekadar penonton lebih selesa menonton, menitiskan airmata namun tiada kudrat dan tenaga untuk membantu. Walaupun kamu terang-terang dizalimi, kami takut bertindak kerana takut kehilangan kuasa, kedudukan dan harta.




Muncullah wahai Abu Bakar, muncullah wahai al Muktasim, perkenankanlah Ya Allah!

Thursday, November 18, 2004

UMNO SELINDUNG PENJENAYAH

Masing-masing masih dalam mood Hari Raya lagi. Rumah terbuka sedang rancak dianjurkan dimerata pelusuk. Baik Raja, Menteri, Pembesar, Rakyat Jelata semuanya terlibat meraikan hari kebesaran ini.

Dalam bersuka-ria tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenyataan berani seorang bekas TPM di dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini. Tan Sri Musa Hitam telah berkata bahawa ahli-ahli Umno yang didapati bersalah terlibat dalam politik wang seharusnya turut didakwa di mahkamah terbuka. Memang tepat sekali kenyataan tersebut tambahan pula kebetulan Umno merupakan parti tulang belakang yang membentuk kerajaan pusat hari ini. Sewajarnyalah sekiranya ada ahli atau pimpinannya yang tidak bermoral lebih-lebih lagi melanggar undang-undang negara maka yang tertuduh itu perlu dihadapkan ke mahkamah sebagaimana orang awam yang lain. Parahlah kiranya Umno masih membiarkan anasir-anasir seumpama ini berterusan menjadi ahli partinya, bayangkan apa akan terjadi pada negara? Baru-baru ini contohnya ahli Parlimen Titiwangsa turut dibabaitkan dengan politik wang, namun beliau berterusan menjawat jawatan penting ahli parlimen begitu juga dengan seorang EXCO di Melaka.



Umno perlu berani kerana benar. Kalau ahli-ahli parlimen pembangkang yang kononnya membuat tuntutan palsu terhadap Parlimen dengan berani diseret ke mahkamah maka apakah keistimewaannya ahli-ahli Umno? Raja-raja Melayu pun telah hilang kekebalan mereka tak kanlah ahli-ahli Umno mengatasi Raja-raja Melayu?

Yang malangnya ekoran kenyataan Tan Sri Musa itu Najib Tun Razak Timbalan Presiden Umno berkata, sebagaimana dipetik oleh NST:

Dari segi proses perundangan negara, pada masa sekarang kita (Umno) tidak membawa BPR dan polis untuk melakukan siasatan kerana kita anggap perkara itu berlaku dalam parti.

Kalau undang-undang negara dah dilanggar tidak kira samada berlaku dalam parti atau luar parti, ianya tetap kesalahan dan mesti di bawa ketengah. Berikut adalah petikan istilah RASUAH yang diambil dari laman web BPR:

Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

(Surah Al-Baqarah, ayat 188)

Di depan rakyat kita bersungguh mahu memerangi rasuah, tapi rasuah secara terang-terangan berlaku dalam kelambu kita sendiri kita diamkan.


Friday, November 12, 2004

RAKYAT AMERIKA DAN PERANG IRAQ

Ada yang mengatakan dengan kemenangan Bush bagi penggal kedua selaku Presiden Amerika Syarikat menandakan rakyat AS secara majoriti menyokong tindakan penaklukan tentera AS di Iraq. Bermakna Bush berjaya meyakinkan rakyatnya bahawa peperangan dan penaklukan Iraq perlu demi mengelakkan peperangan tiba ke pantai AS melalui gelombang rangkaian keganasan.

Apa pun kalau kita teliti mentaliti rakyat AS rata-rata telah banyka memihak kepada Bush samada kita setuju ataupun tidak. Malah kalau kita perhatikan peperangan di Iraq dilihat sebagai suatu perang "jihad" bagi mereka khususnya para penganut Kristian. Bush sendiri melihat dirinya sebagai penyelamat, dan perang di Iraq dan Afhganistan perlu bagi menyelamatkan dunia dari keganasan Islam.



Saya berkesempatan mengunjungi sato blog iaitu A SOLDIERS BLOG di http://asoldiersblog.blogspot.com/ . Blog ini membuktikan bagi rakyat AS yang beragama Kristian peperangan di Iraq dan Afghanistan adalah peperangan suci mereka. Seorang penulis di BLOG berkenaan mencatakan:

I chose a prayer from Psalms that I have recited to all of my soldiers, and I pray for their safety in the event things don't turn out as well as I hope. I have put it on the bottom of the page so you can read it. This will test all my abilities as a person and as a leader, I know I am ready. This will not be like the everyday combat that goes on here, the rules of engagement are clear, anyone left in the city is a terrorist.

Mereka memetik ayat dari Bible bagi menyatakan betapa peperangan menentang umat Islam ini adalah peperangan puak baik menetang yang jahat:

From a hero approaching Falluja

The LORD is my shepherd, I shall not be in want.He follows me through the green pastures, He leads me beside quiet waters, He restores my soul.He guides me in paths of righteousness for his name's sake.Even though I walk through the valley of the shadowof death, I will fear no evil, for you are with me;your comfort and love, they protect me.You prepare a table before me in the presence of my enemies. You anoint my head with oil; my cup overflows.Surely goodness and love will follow me all the days of my life, and I will dwell in the house of the LORD forever.

Demikianlah sebenarnya sikap tentera AS terhadap rakyat di Iraq dan juga sudah pasti di Afghanistan. Umat Islam adalah pengganas tidak kira samada mereka benar-benar pengganas ataupun seagama dengan mana-mana pengganas. Lantaran itu saya terpanggil untuk mencatakan sesuatu dalam BLOG mereka. Berikut adalah nota saya dan respon berikutnya dari seorang rakyat AS yang anti-perang:

God be with all of our soldiers and please bring our loved ones home safe!MJ Email Homepage 11.11.04 - 12:31 am #

God be with the innocent women and children of Fallujah. God please protect the innocent in Fallujah from the guns of those so called fighting for liberty and freedom roslan sms Email Homepage 11.11.04 - 12:54 am #

On this Veteran's day it would seem especially poignant for each American to ask themselves why we are in Iraq. And to not repeat the Administration's mantra that "if we don't fight them there, we'll be fighting them on our streets". And that we're fighting for our freedom. That has the be the biggest load of crap anyone could utter. This country's streets are already bloody enough with US blood. Think, use your analytical powers, and ask yourself, why would any right thinking terrorist want to fight on the streets in the US? Empty propaganda, repeated like gospel by any US soldier who faces death on a daily basis in the hell of our own making. Understandable that faced with those circumstances one would turn to a supreme being. Just remember, your opponent believes the same thing...just uses different terms...dirtman Email Homepage 11.11.04 - 10:38 am #

Ya Allah Selamatkanlah Para Pejuang Islam Yang Berjuang Ikhlas Menegakkan Agama Mu Di mana sahaja mereka berada.

Ya Allah hancurkanlah musuh Mu dan musuh umat Islam Di mana sahaja mereka berada.

Thursday, November 11, 2004

ALFATIHAH YASSER ARAFAT

Yasser Arafat pemimpin PLO dan Presiden Palestin sah meninggal dunia sebentar tadi. Mudah-mudahan Allahs swt mencucuri rahmat ke atas roh beliau.


AIR MATA FALLUJAH

Diambang Syawal ini pasti kita umat Islam di Malaysia rata-rata sedang membuat persiapan menyambut Eidul Fitr yang dijangka hari Ahad ini. Sekurang-kurangnya masing-masing sudah bersedia untuk pulang ke kampung malah ada pun yang telah selamat sampai. Kuih-muih, baju raya, kasut raya, paket angpow sudah dan ada yang sedang disedia. Demikianlah lumrahnya orang Melayu berhari raya.

Dalam keseronokan ini pernahkah kita berhenti sejenak dan memikirkan masalah yang sedang menimpa umat Islam saudara seakidah kita di Iraq khususnya di Fallujah.

Mereka juga sedang menghadapi penghujung Ramadhan seperti kita, mereka juga tahu Syawal menjelang tiba namun tidak seperti kita mereka kini sedang cemas dilanda gundah-gulana lantaran dikepung dan diserang bertubi-tubi oleh tentera Amerika Syarikat dari pelbagai penjuru. Senjata dan peluru yang terbaik di dunia sedang di tala ke arah mereka, ke arah masjid-masjid, ke arah bangunan dan rumah kediaman, demikianlah getirnya hidup di penghujung Ramadhan ini bagi mereka. Tiada kegembiraan dan keseronokkan seperti yang sedang kita alami di sini.



Hari ini akan masuklah hari ke 4 asakkan tentera Amerika ke atas Fallujah atas alasan mahu mengganyang pusat pengganas yang berpengkalan di sana. Menurut laporan CNN Operation New Dawn telah berjaya menguasai hampir 70% Fallujah, namun bilangan yang maut dan jumlah harta benda yang binasa tidak dilaporkan. Nyawa akan terus hilang melayang, tangkapan akan terus dilakukan, bagaimanakah agaknya anak-isteri mereka menghadapi semua ini? Pernahkah kita memikirkan perkara ini?

Atau barangkali kita berpuas hati, memang mereka ini semua pengganas dan pelindung pengganas maka padanlah mereka dibunuh dan diperlakukan. Samada mereka itu berpuasa atau mahu bergembira seperti kita tidak penting, yang penting pengganas yang Amerika kenal-pasti mesti dinyahkan, demikiankah sikap kita?

Siapa pun tidak gemarkan keganasan. Islam sendiri tidak pernah menuntut umatnya mengganas tidak menentu. Tapi solanya disini perlukah atas nama menghapuskan keganasan maka kita menghancurkan muka bumi Allah dengan bongkak tanpa perhitungan peri kemanusiaan. Berapa keratkah agaknya yang benar-benar pengganas di Fallujah itu sehingga perlu kita bertindak memusnahkan satu bandar? Apakah telah hilang pendekatan tolak-ansur, diplomasi dan perundingan yang satu masa dahulu merupakan nilai dan adab kebangaan dunia barat.

Umat Islam yang prihatin pasti merasa sedih dan hiba melihat betapa kasar dan biadapnya tindakan yang dikenakan ke atas saudara-saudara se akidah kita di Fallujah. Sebagaimana kita hiba melihat saudara-saudara kita yang diperlakukan di Tak Bai baru-baru ini sehingga melibatkan ramai terkorban.

Fikirkanlah saudara-saudara, dalam kesibukan kita mengatur kewangan untuk berbelanja pada Hari Raya ini.

Benarlah pesan Rasulullah saw lebih 1400 tahun dahulu. Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda:

Hampir tiba satu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan. Lalu sahabat bertanya, apakah ketika itu bilangan kami kecil Ya Rasulullah. Jawab Rasullah saw, bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu. Lalu sahabat bertanya, apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah. Kata Rasulullah saw, iaitu cintakan dunia dan takut mati.



Apakah penyakit wahn ini telah mula merebak dikalangan hati-hati kita laksana penyakit berjangkit yang tidak boleh dikawal dan diubatai lagi?

Ya Allah kau cabutlah penyakit wahn ini dari hati-hati kami agar dapat kami bangun segak dan berani laksana Rasul kami dan para sahabatnya. Agar musuh-musuh Islam akan kembali gentar dan menghurmati kami, perkenankanlah Ya Allah, perkenankanlah.

Wednesday, November 10, 2004

KISAH ANAK TUN DR MAHATHIR

Cerita ini mungkin dah agak basi. Beberapa hari lalu dilaporkan yang rumah anakanda bekas PM, Dr. Mahathir (yang memperkenalkan dasar Bersih Cekap dan Amanah serta Kepimpinan Melalui Teladan) yang bernama Mirzan telah dirompak, namun saya yakin tidak ramai yang mengetahui butir terperinci darihal kejadian rompakan ini.


MIRZAN DAN PAK LAH

Rumah Mirzan dimana? Rumahnya di Arbutus Road, Arbutus Road dimana? Bukan di Kg. Medan, bukan juga di Kg. Melayu Subang atau di Balakong. Arbutus Road ini terletak di waterfront di West Vancouver, Kanada. Nilainya sekitar Dolar Kanada $ 5.4 ke $ 6.9 juta (boleh beli lebih 600 unit rumah kos murah bernilai RM25,000 seunit!)

Berapakah nilai barangan yang telah dirompak? Menurut Polis tempatan di sana jumlah nilai barangan yang telah dicuri adalah sekitar Dolar Kanada $600,000.00. Nilai tukaran 1 Dolar Kanada bersamaan 3.1 Ringgit Malaysia, oleh itu nilai yang dicuri lebih kurang RM1.8 juta.

Barangan yang telah dicuri adalah, kereta SUV BMW X5 nombor plet 862 AAA milik Mirzan bernilai RM360,000 2 helai baju "fur coat" jenama Fendi bernilai RM310,000 satu (lebih mahal dari 6 biji Proton Wira 1.5 limited edition baru) dua jam Rolex bernilai RM90,000 satu (bersamaan gaji seorang pegawai kanan untuk 1 setengah tahun jika gaji pegawai tadi RM5,000 sebulan), dua hiasan rumah berupa hasil kraftangan bernilai RM60,000 (boleh beli "fully furnished" rumah kos murah RM25,000 sebanyak 2 unit).

Mirzan anak Dr. M ini telah berkahwin dengan anak jutawan terkaya di Indonesia iaitu Lim Sioe Liong, kawan baik Pak Harto yang terkenal dengan syarikat Salim Group. Demikianlah alkisah orang kaya Malaysia yang bapanya bekas PM Malaysia. Kekayaan Mirzan rata-rata diperolehi semasa bapanya memegang jawatan PM Malaysia.

Apa salahnya, dia pandai berniaga, wallahualam.

(petikan dari laporan akhbar The Vancouver Province - Jumaat 5 November 2004)

Monday, November 08, 2004

SIN CHEW PANDANG RENDAH ISLAM

Di dalam ruangan OTHER NEWS AND VIEWS dalam akhbar THE STAR hari ini dilaporkan petikan akhbar SIN CHEW DAILY yang menonjolkan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu yang melarang iklan yang dicadangkan oleh sebuah rangkaian syarikat peralatan elektrik yang ternama. Menurut SIN CHEW syarikat tersebut DIPAKSA membuat pindaan dengan menggantikan dua pasang model yang sedang berpegangan tangan dalam poster iklannya dengan karikatur kartun.

Akhbar THE STAR memetik artikel ini dengan meletakkan tajuk:

"INAPPROPRIATE" RAYA PROMO POSTER REJECTED

Soalnya mengapa apabila sahaja ada badan ataupun pihak yang mahu melaksanakan peraturan Islam ada sahaja pihak yang berani mempertikai, membuat celaan dan seumpamanya? Bukankah syarikat tadi beroperasi di negeri Kelantan, sudah pasti ianya perlu mematuhi peraturan tempatan, mengapa mahu dihebuhkan seolah-olah ianya dilihat sebagai satu sekatan!

Kata EXCO yang berkenaa Takiyudin Hasan:

Kelantan had its own regulations on advertisements and content in posters which all traders should abide by.

SIN CHEW dan THE STAR harus sedar bahawa kerajaan negeri Kelantan telah diberi mandat oleh rakyat negeri tersebut melalui proses pilihanraya. Oleh itu ia berhak bagi pihak rakyat membuat peraturan dan undang-undang, rakyat Kelantan telah meilih Parti Islam oleh itu layaklah parti tersebut melaksanakan peraturan Islam di dalam pentadbiran dan urusannya.

Kenapa tiba-tiba kita mensensasikannya seolah-olah ia sesuatu yang asing! Saya melihat tindakan SIN CHEW ini sesungguhnya merendahkan Islam dan mahu melaga-lagakan antara agama malah tindakan THE STAR meletakkan tajuk 'INAPPROPRIATE" itu juga sebagai mempunyai muslihat jahat.


Thursday, November 04, 2004

ANOTHER 4 COWBOY YEARS WITH BUSH

Its finally official - the Americans as well as the whole world shall be stuck up with George W. Bush for another 4 miserable years till 2008. If Kerry was to win we wouldn't know what to expect, but now that Bush has won for sure his current policies shall be ongoing and the war against terrorism shall be waged "Bush style" for the next 4 years.



Our Muslim friends in Falluja shall soon be exterminated, Iraqis shall continue to suffer and so shall those in Afghanistan. Iran shall possibly face the same fate now that Bush is still around. Muslim countries around the world including Malaysia shall continue to appease the mighty Bush most of the time at the expense of their Muslim population for fear of losing his favour. For sure those in Guantanamo Bay shall continue to be detained indefinetly.

Meanwhile say what you like, Osama Ben Laden has to be credited for boosting Bush's campaign through his infamous videotape. One wonders if the tape is actually genuine or was actually doctored by the CIA or whomsover at the behest of Bush or perhaps Chenney. For once the President will have to give credit to Osama, a purple heart medal of honour will do!



Back at local front, Bush's victory indirectly shows that no one seems to be listening to poor old Dr Mahathir! Remember Dr M tried to make an impression and gain political mileage by signing an open letter to all Muslim Americans urging them to vote for a change and discard Bush. Well Americans and possibly including Muslim Americans have shown that Dr M's words are of no value whatsoever to them.

But during the previous elections when Bush met head on with Al Gore, Dr. M then supported Bush as according to him then Gore was supporting the Reformasi movement. Having said that now we know for certain that not only the Americans but we too have our own wishy washy figure here in Malaysia Boleh land.

Wednesday, November 03, 2004

ANAK YATIM MAKAN HASIL HARAM DI BULAN RAMADHAN

Perkara ini telah berlaku acapkali tahun-tahun sebelumnya. Kali ini ia berlaku lagi tanpa ada pihak mahu menegur atau mengambil tindakan. Yang saya maksudkan adalah syarikat-syaraikat korporat yang menaja anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim berbuka puasa di hotel-hotel atau dewan-dewan tertentu.

Amalannya memang mulia dan patut diberi pujian. Malah syarikat-syarikat ini ada yang menyumbang pula kewangan kepada rumah-rumah anak yatim berkenaan. Yang menajdi persoalan adalah syarikat-syarikat yang terlibat. Apakah rumah-rumah anak yatim atau Jabatan Kebajikan atau Kementerian yang berkenaan lebih-lebih lagi Jabatan Agama tidak terlebih dahulu mengakaji dan menyiasat latar belakang syarikat berkenaan terlebih dahulu?

Semalam akhbar THE STAR melaporkan seramai 260 orang kanak-kanak dari 9 rumah anak yatim di sekitar Lembah Kelang telah diraikan di majlis berbuka puasa oleh sebuah syarikat korporat TANJONG PUBLIC LIMITED di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di PJ.



TANJONG adalah syarikat yang mengendalikan PAN MALAYSIAN POOLS iaitu syarikat perjudian lumba kuda yang terbesar dalam negara. Sila kunjungi laman web mereka di www.tanjongplc.net . Di Bursa Malaysia sendiri syarikat ini tidak tersenarai dalam syarikat yang beroperasi berlandaskan syarak. Malah syarikat perjudian terang-terang telah di tolak oleh Syariah Advisory Committee di Bursa Malaysia.

Malang sungguh anak-anak yatim yang tidak berdosa ini kita biar dan benarkan makan-minum duit hasil yang terang-terang haram di bulan Ramadhan yang mulia ini. Siapakah yang perlu memikul pertanggungjawaban atas isu ini? Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak memikirkan isu ini sedang ini bukan kali pertama ianya berlaku! Lebih wajarlah Majlis Fatwa atau Jabatan Pentadbiran Agama yang berkaitan mengambil prihatin hal serius ini dari berpenat-lelah mengeluarkan fatwa darihal isu menabur dan membawa bunga ke tanah perkuburan yang remeh dan terlalu kecil itu!


PILIHANRAYA PRESIDEN AS: MEDIA PERLU BELAJAR DARI CNN

Bukan hanya warga Amerika Syarikat malah seluruh masyarakat dunia sedang mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang keputusannya dijangkakan lewat hari ini. Siapakah bakal menerajui negara kuasa besar dunia itu untuk tempoh 5 tahun berikutnya, Bush atau Kerry?



Pagi tadi saya berkesempatan mengikuti siaran secara langsung CNN yang membuat liputan darihal pilihanraya tersebut. Rata-rata stesen berita TV tersebut mengakui tidak mahu mengulangi kesilapan mereka pada pilihanraya Presiden yang lalu. Ketika itu Al Gore, calon Demokrat yang memperolehi undi majoriti terbanyak telah diwar-warkan oleh media AS sebagai Presiden baru sedangkan kemudiannya apabila undi dari Electoral college dikira Bush yang menang. Oleh itu kali ini mereka lebih berhati-hati tidak mendahului keputusan resmi.

Kata Judy Waldrow salah seorang koresponden CNN:

We want to be reporting the right results and not simply being the first one reporting

Justeru mengingatkan saya apa yang berlaku pada malam keputusan Pilihanraya Umum ke 11 yang lalu di sini. Pada jam 8.30 malam skrin di TV3 mendakwa bahawa BN telah memenangi 26 kerusi di DUN Kelantan. Bermakna kerajaan PAS Kelantan telah tumbang dan calon Umno akan menjadi MB Kelantan yang baru. Malah berita internet Malaysiakini turut melaporkan yang Tuan Guru Nik Abd Aziz telah tewas di DUN Cempaka.

Demikianlah gelagat pembawa berita di Malaysia yang tidak bertanggungjawab, sedangkan akhirnya berita resmi menunjukkan PAS terus memerintah Kelantan dan Tok Guru kekal sebagai MB.

Mereka juga barangkali perlu belajar dari CNN bahawa melaporkan maklumat yang benar dan betul lebih utama dan beretika dari berebut siapa yang mampu melaporkan terlebih dahulu walaupun berita tersebut belum tentu kebenarannya.

Siapa dia Annuar Musa

Tuesday, November 02, 2004

SIAPA DIA ANNUAR MUSA

Lanjutan dari artikel saya semalam berkenaan siaran Berita Radio IKIM yang melaporkan darihal kenyataan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa berkenaan peristiwa di Tak Bai, kebetulan semalam dalam akhbar THE STAR terbit berita kecil berikut:

ANNUAR: STAY IN ELECTION MODE



Berita tersebut melaporkan bahawa Annuar Musa mengarahkan jentera UMNO Kelantan agar sentiasa berada ditahap bersiap-sedia untuk menghadapi pilihnaraya umum negeri lantaran rapuhnya kedudukan kerajaan negeri di bawah PAS pada hari ini. Inilah merupakan arahan pertama Annuar setelah di"mahkotakan" oleh Presiden Umno sebagai Ketua Perhubungan Umno yang baru menggantikan Mustapha Mohamad.

Membaca laporan keghairahan Annuar ini saya teringat buku karangan Mohd Sayuti Omar: Pilihanraya Umum ke 11 Suautu Tragedi. Dalam buku tersebut MSO dalam bab ke 5 di bawah tajuk "Kerajaan Campuran di Kelantan?" mendedahkan darihal peranan Annuar Musa disaat genting penubuhan kerajaan negeri Kelantan baru-baru ini.

Menurut MSO dalam buku tersebut pada jam 2.00 pagi pada 22 Mac 2004 beliau menerima SMS daripada Annuar Musa yang berbunyi:

KEADAAN KRITIKAL, RAKYAT KELANTAN PERLU DISELAMATKAN, DEMI MASA DEPAN KELANTAN SEBUAH KERAJAAN CAMPURAN PAS DAN BN PERLU DIWUJUDKAN.

Bermakna disaat krtitikal tersebut Annuar mengakui Umno telah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis namun barangkali demi masa depan politiknya beliau memohon MSO memujuk Tok Guru Nik Abd Aziz agar menimbangkan bagi membentuk kerajaan campuran. Berkemungkinan jika Tok Guru bersetuju Annuar akan beroleh political mileage yang besar dan sudah tentu kurang-kurang dilantik menjadi Timbalan MB.

Lalu apabila MSO sampaikan perkhabaran ini kepada Tok Guru, apa kata Tok Guru:

TIDAK BOLEH HENDAK TUBUH KERAJAAN CAMPURAN. MACAM MANA HENDAK BERGABUNG, UMNO TIDAK IKHLAS DAN JUJUR KITA SUDAH SERIK DENGAN BN DAHULU. BALAS KEPADA DIA TIDAK BOLEH, KITA TIDAK NAK.

Ramai tidak tahu darihal kisah ini. Ramai melihat Annuar sebagai Singa yang bertaring. Rupanya bila tersepit demi mendapat kedudukan yang selesa Annuar sanggup tidur sebantal dengan Sang Kancil yang beliau perlekeh dan gelar musuh!

Tiba-tiba hari ini Annuar desak supaya jentera Umno masuk "gear" dan tunggu kerana kerajaan PAS bila-bila boleh jatuh. Aduhai kerajaan Kelantan kini sedang sibuk bergerak beroperasi membantu rakyat dan membela negeri, tunggulah 4 tahun lagi, jangan kacau-kacau. Buatlah kerja sebagai seorang anggota pembangkang yang terhormat.



RESPON TERHADAP SIARAN BERITA RADIO IKIM

Saya menerima respon terhadap artikel saya berkenaan Radio IKIM dari sahabat BLOG ni Abu Hafidz. Berikut disiarkan sepenuhnya email tersebut:

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Tahniah kpd Pak Roslan di atas komentarnya berhubung dengan Radio IKIM.Sebenarnya itulah manifestasi berat sebelah media di Malaysia ini.Tidak hairanlah 'ranking' Malaysia tahun ini oleh badan Reporters Sans Frontier begitu rendah sekali, malah lebih menurun dari tahun sebelumnya.

Memang amat jelek sekali gelagat jurnalis/pemberita/penyunting yangtak beretika ini. Kalau tidak mengampu, tumpuannya menghentam pula. Selalunya memangsakan PAS dan adversari mereka.Kalau mereka ini profesyenal, pemberitaannya seharusnya seimbang (balanced) dengan mengambilkira pandangan dari semua pihak yg terlibat. Yang paling utama, mereka mestilah "NEUTRAL".

Itulah apa yg kita sebut CONDUCT OF PROFESSIONAL PRACTICE. Tetapi inilah hakikatnya di Malaysia.

Terima kasih sekali lagi Abu Hafidz.

Peistiwa Tak Bai

Monday, November 01, 2004

TAK BAI SUARA TOK GURU DITENGGELAMKAN

Pagi tadi semasa pejalanan ke pejabat saya sempat mendenga Berita IKIM. Salah satu tajuk beritanya adalah berkenaan Peistiwa Berdarah di Tak Bai. Rakyat Malaysia khususnya yang berada di Kelantan diminta agar tidak emosional dan sebaliknya bertenang ekoran tercetusnya peristiwa malang tersebut.

Rayuan ini menurut Berita IKIM dibuat oleh Pengerusi Badan Pehubungan Umno Kelantan yang baru - Annuar Musa.

Mengapa IKIM memetik kenyataan Annuar? Annuar dalam protokol negeri sekadar anggota pembangkang DUN Kelantan, bukan pun Ketua Pembangkang. Dalam hal sepenting ini yang melibatkan negeri yang bersempadan dengan Tak Bai, mengapa tidak diminta pandangan dari Menteri Besar Kelantan sendiri?

Sedangkan dari segi status dan kedudukannya rakyat di Patani dan sebahagian besar negeri-negeri di Selatan Thai lebih mengenali dan menghurmati Tok Guru MB Kelantan. Malah Tok Guru MB telah beberapa kali menjadi tamu stesen radio di Selatan Thai dan diberi kebenaran berceramah di masjid-masjid di sana.



Jelaslah sekianya kerajaan Malaysia serius mahu turut membantu menenangkan suausana yang tegang di sana sebagaimana dicadangkan Pak Lah maka tidak ada tokoh lain yang lebih sesuai dari Malaysia melainkan Tok Guru MB Kelantan sendiri.

Dalam suasana yang tegang sebegini eloklah kepentingan politik diketepikan, dan kepentingan ummah diutamakan. Radio IKIM pun kalau benar ghairah mahu mempromosikan Ketua Umno yang baru eloklah diberi segmen percuma untuk beliau dan bukan melalui publisiti muahan sebegini.