ANNUAR MUSA PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN KELANTAN
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan di bawah tajuk:
UMNO KESAL KOS BELI KERETA RM1JUTA
betapa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa kononnya kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang membeli 6 kereta mewah jenis Mercedes Benz untuk kegunaan ahli EXCOnya. Kata beliau:
Pembelian model TERBARU jenis 230 dengan kos melebihi 1 juta adalah tidak selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri yang mengalami defisit setiap tahun.
Dan Annuar menambah kononnya pembelian kereta mewah itu sendiri mencerminkan betapa anggota EXCO Kelantan berpecah dalam membuat keputusan sebabnya Kelantan ada 11 EXCO sedangkan kereta yang dibeli cuma 11.
Selain itu dalam laporan yang sama Annuar turut menuduh bahawa perbelanjaan mewah kerajaan negeri ini akan mengakibatkan susutnya rizab kerajaan negeri. Kata Annuar kerajaan Umno meninggalkan rizab RM300 juta dan rizab inilah yang digunakan untuk menampung kekurangan membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM240 juta setahun. Kata beliau pendapatan kerajaan negeri cuma RM200 juta setahun. Beliau menambah bahawa rizab warisan BN itu dahulu kini tinggal RM70 juta sahaja.
Memanglah sebagai anggota pembangkang Annuar berhak melontarkan apa sahaja tohmahan terhadap kerajaan negeri dan sekiranya ia terbukti berasas maka memang wajarlah dibangkit dan didedahkan demi keadilan dan kebenaran. Malah kalau benarlah kerajaan negeri jenis yang berfoya-foya lebih mengutamakan pembaziran wang rakyat dari membela rakyat maka wajarlah ia ditentang.
Cuma dipenghujung laporan Mingguan Malaysia itu adalah dimuatkan sedikit penjelasan dari Timbalan MB Kelantan Ustaz Ahmad Yakob yang menyebut keputusan membeli 6 biji kereta tersebut adalah berdasarkan KEPERLUAN SEMASA. Ianya dibuat kerana 6 orang EXCO terlibat masih belum mempunyai kereta resmi kerajaan. Tambah beliau:
Pembelian itu tidak bermakna kerajaan negeri boros dalam berbelanja kerana perbelanjaan tersebut dibuat setelah mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan. Tambahan pula KESEMUA kereta yang dibeli itu merupakan kereta yang DIBAIK PULUH (reconditioned).
Kalau RM1 juta beli 6 kereta bermakna 1 kereta jatuh RM166 ribu, kereta pun kata TMB adalah kereta reconditioned bukannya brand new, apa yang Annuar nak marah sangat sekiranya EXCO terbabit memang belum lagi memiliki kereta resmi. Tak kan kerana tak beli jenama Proton nak marah. Kalau tak silap Husam Musa pernah buat penjelasan di Malaysiakini bahawa tindakan memilih jenama Mercedes ini kerana maintainancenya lebih ekonomik berbanding jenama Proton dan kerajaan negeri memiliki banyak pengalaman berhubung kereta Proton ini.
Annuar Musa pun semasa terbabit skandal PPRT dahulu yang masih belum selesai-selesai sampai hari ini pun memilih kereta Mercedes Benz untuk kegunaan sendiri. Kereta mewah WCE1 yang dibeli dari Ooi Kee Siang yang disyaki bersubahat dalam kes skandal PPRT melibatkan RM35.5 juta. Ooi kawan Annuar itu sendiri kini diberitakan hilang dan tidak dapat dikesan. Kereta WCE1 milik Annuar ini pernah disita oleh BPR.
Malah seorang lagi kawan Annuar antara yang mula-mula ditangkap dalam kes PPRT ini sekarang menerajui sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Beliau tak sampai 6 bulan pegang jawatan di syarikat ini dah beli kereta baru Mercedes Bens E240 yang kosnya melebihi RM400 ribu, duit syarikat yang diwarisi dari kerajaan PAS Terengganu!
Berbalik kepada pertuduhan Annuar lagi katanya kerajaan negeri berbelanja mewah berdasarkan RM300 juta rizab yang ditinggalkan kerajaan BN Kelantan dahulu. Amboi dahulu tu tahun 1990 Dato' dah lebih hampir 14 tahun dah. Kalau kerajaan negeri belanja RM40 juta setahun untuk bayar gaji kakitangannya sebagaimana dakwa Dato' bermakna 14 tahun dah lesap RM560 juta tapi Dato' kata ada sekitar RM70 juta lagi yang tinggal maka kesimpulannya bijaklah kerjaan PAS Kelantan memerintah!
Saya memang setuju saranan Dato' untuk bawa isu ini ke sidang dewan Kelantan sekurang-kurangnya kerajaan negeri pimpinan Tok Guru boleh buat penjelasan dan justification dan harap-harap Utusan memberi liputan yang sama rata sebagaimana liputan diberi terhadap pertuduhan Annuar ini. Biarlah rakyat Kelantan membuat pertimbangan.
Sementara itu apa khabar kes PPRT ni ya?
No comments:
Post a Comment