Saya ingin berkongsi satu komen yang saya terima berdasarkan artikel saya dalam BLOG ini baru-baru ini. Penulis mengelar dirinya SHAN, berikut adalah komen beliau:
Shan
Sin Chew pandang rendah Islam atau Roslan pandang rendah?
Sebenarnya, sebagai pembaca artikel ini (saya tidak berpeluang melihat artikel yang disebutkan Roslan SMS), pandangan saya sebenarnya Roslan yang memandang rendah Agama Islam dan saja ingin melepaskan geram di atas suratkhabar Sin Chew dan Star tanpa sebab.
Sebagai seorang bekas wartawan, berdasarkan apa yang saya baca di bawah ini, ternyata yang Sin Chew dan Star kedua-duanya mengikut prinsip kewartawanan yang beretika – melapurkan sesuatu berita yang berlaku tanpa menokok tambah apa yang diberitahu oleh EXCO berkenaan.
Suratkhabar biasanya melaporkan perkara yang jarang berlaku sebagai berita – itulah yang dibuat oleh Sin Chew dan Star! Adakah setiap negeri di Malaysia mengikut tauladan elok yang dibuat di Kelantan? (In fact, kalau semua negeri di Malaysia buat sebegitu, saya rasa kurang juga kemalangan jalan raya akibat mata yang terpesong melihat gambar wanita cantik di poster tepi jalan..)
Sebab negeri-negeri lain tidak pernah buat sebegitu, dan perkara ini tidak berlaku selalu, maka jadilah perkara ini bahan berita; dan Sin Chew serta Star telah mengulas mengenainya.
Sekiranya Utusan, Berita Harian atau Harakah pun menyiarkan artikel ini, saya rasa Roslan SMS tidak akan mengata suratkhabar tersebut sebegini..
Shan
Berdasarkan tulisan beliau saya melihat SHAN membaca saya sebagai seorang racialist sedangkan saya membangkitkan isu ini dari perspektif Islam. Berikut adalah jawapan yang telah saya berikan kepada beliau:
Terima kasih di atas pandangan saudara. Untuk pengetahuan saudara saya adalah pembaca akhbar THE STAR yang tetap sejak saya di tingkatan 3 iaitu hampir 26 tahun sudah, whereas I am just an occassional reader of Utusan and Berita Harian. Point saya di sini adalah bahawa komen yang saya buat bukannya kerana bencikan akhbar tersebut akan tetapi kerana artikel berkenaan saya rasakan dilapor agak berat sebelah, tidak adil terhadap Islam.
Kalau yang dilaporkan oleh THE STAR itu tiada tokok tambah mengapa istilah INAPPROPRIATE digunakan? Mengapa isitlah DIPAKSA digunakan.
Apabila undang-undang negara melarang kita memandu lebih dari 110kmj di lebuhraya kita tidak mengatakan kita DIPAKSA pandu bawah 110kmj. Begitu juga apabila peraturan menghendaki kita menukar kad pengenalan kita dari yang lama ke myKad kita tidak mengatakan kita DIPAKSA. Oleh itu dalam hal ini mengapa istilah DIPAKSA digunakan jika tidak kerana mahu menonjolkan seolah-olah peraturan itu zalim dan tidak patut, itulah telahan dan bacaan saya.
Saudara mungkin tidak bersetuju, itu hak saudara dan saya menghormatinya. Tidaklah adil saudara menghukum saya memandang rendah agama saya sendiri yang tidak berkaitan langsung dengan artikel saya. Kalau saudara tidak setuju, berhaklah saudara memberi pandangan mengapa tidak setuju barulah beretika namanya. Tetapi apabila tidak setuju kemudian tuduh pula saya memandang rendah agama saya sendiri, saya rasa itu tidak berapa patut.
Walaubagaimanapun terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca dan memberikan komen.
ROSLAN SMS
No comments:
Post a Comment