KETERBUKAAN TIAN CHUA DIKAGUMI
Dalam akhbar THE SUN hari ini diruangan PRESS DIGEST yang memuatkan petikan dari akhbar bukan Inggeris Kong See Hoh menulis di bawah tajuk:
GUAN ENG: NO HOPE OF AN ALLIANCE WITH PAS
betapa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat kenyataan kepada SIN CHEW DAILY bahawa selagi PAS berjuang untuk mengejar matlamat Negara Islam maka selagi itulah DAP tidak akan berkerjasama dengan PAS dalam satu pakatan. Guan Eng sebenarnya membuat komen ekoran kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dalam akhbar yang sama sehari sebelumnya dimana Tuan Guru menyatakan kesediaan untuk menghidupkan kembali pakatan pembangkang bersama-sama dengan DAP.
Guan Eng turut memetik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya meminta PAS merubah konsep Negara Islamnya. Kata Guan Eng:
We will not give Hadi Awang anymore hope to revive the opposition coalition
Jelas Guan Eng dan rakan-rakannya tidak dapat menerima hak PAS berjuang berasaskan prinsip perjuangannya. Dalam negara ini PAS adalah player dalam pentas demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Kata pemutus adalah rakyat, Guan Eng dan rakan-rakannya tidak berhak menafikan perjuangan sah yang telah bergerak lebih 50 tahun dalam negara Malaysia yang merdeka.
Cumanya pimpinan PAS sehingga hari ini mengelakkan diri dari berkonfrantasi secara terbuka dengan DAP dalam hal ini. Tindakan PAS itu mencerminkan kematangannya dalam berpolitik. Yang menariknya adalah kenyataan Naib Presiden PKR Sdr Tien Chua seorang rakan baru berbanding DAP. Kata beliau:
To review the Islamic state concept (or not) is PASs internal affairs we will not ask them for such a review prior to forging an alliance just like we do not ask DAP to review its social democracy ideology.
DAP patut belajar dari Tian Chua dalam hal hubungan antara kaum dan agama serta nilai-nilai persahabatan iaitu hormat-menghormati antara satu sama lain. Mudah-mudahan akan lahirlah di Malaysia ini lebih ramai Tian Chua dikalangan masyarakat bukan Melayu/Islam.
No comments:
Post a Comment