ANAK YATIM MAKAN HASIL HARAM DI BULAN RAMADHAN
Perkara ini telah berlaku acapkali tahun-tahun sebelumnya. Kali ini ia berlaku lagi tanpa ada pihak mahu menegur atau mengambil tindakan. Yang saya maksudkan adalah syarikat-syaraikat korporat yang menaja anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim berbuka puasa di hotel-hotel atau dewan-dewan tertentu.
Amalannya memang mulia dan patut diberi pujian. Malah syarikat-syarikat ini ada yang menyumbang pula kewangan kepada rumah-rumah anak yatim berkenaan. Yang menajdi persoalan adalah syarikat-syarikat yang terlibat. Apakah rumah-rumah anak yatim atau Jabatan Kebajikan atau Kementerian yang berkenaan lebih-lebih lagi Jabatan Agama tidak terlebih dahulu mengakaji dan menyiasat latar belakang syarikat berkenaan terlebih dahulu?
Semalam akhbar THE STAR melaporkan seramai 260 orang kanak-kanak dari 9 rumah anak yatim di sekitar Lembah Kelang telah diraikan di majlis berbuka puasa oleh sebuah syarikat korporat TANJONG PUBLIC LIMITED di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di PJ.
TANJONG adalah syarikat yang mengendalikan PAN MALAYSIAN POOLS iaitu syarikat perjudian lumba kuda yang terbesar dalam negara. Sila kunjungi laman web mereka di www.tanjongplc.net . Di Bursa Malaysia sendiri syarikat ini tidak tersenarai dalam syarikat yang beroperasi berlandaskan syarak. Malah syarikat perjudian terang-terang telah di tolak oleh Syariah Advisory Committee di Bursa Malaysia.
Malang sungguh anak-anak yatim yang tidak berdosa ini kita biar dan benarkan makan-minum duit hasil yang terang-terang haram di bulan Ramadhan yang mulia ini. Siapakah yang perlu memikul pertanggungjawaban atas isu ini? Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak memikirkan isu ini sedang ini bukan kali pertama ianya berlaku! Lebih wajarlah Majlis Fatwa atau Jabatan Pentadbiran Agama yang berkaitan mengambil prihatin hal serius ini dari berpenat-lelah mengeluarkan fatwa darihal isu menabur dan membawa bunga ke tanah perkuburan yang remeh dan terlalu kecil itu!
No comments:
Post a Comment